Monday 11 March 2013

"Ya, Allah, Permudahkanlah Semuanya untuk Mereka.."

Assalamualaikum..

Hari ni Alhamdulillah saya terima satu lagi amanah daripada seorang sahabat.. Sebenarnya dah lama saya suarakan pada sahabat saya, Haziqah untuk tolong saya link kan dengan ahli-ahli PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya) untuk bolehkan saya jadi reader untuk rakan-rakan kelainan upaya.

Kebetulan team HAWARIS (Hari Warga Istimewa) perlukan volunteer untuk membantu mereka jayakan program yang akan diadakan secara besar-besaran di UM sebulan lagi.

So saya tawarkan diri untuk turut serta. Seronok melihat kehidupan daripada pelbagai perspektif. Menambahkan lagi pengalaman berharga dan menambahkan perasaan untuk sentiasa bersyukur dengan setiap rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Manalah tahu nanti bila dah masuk alam bekerja belum tentu boleh commit macam ni kan.. Harap-harap berpanjanganlah.

Dalam keghairahan nak jadi volunteer tu, saya terima satu permintaan Haziqah dan rakan-rakan dalam PERMIUM untuk membantu mereka mencari tajaan. Mencabar tu, bukan senang nak cari sponsorship tambahan pulak dalam bentuk kewangan. Tiba-tiba ada satu tempat terlintas dalam kepala. Zupp!! SERU!!! Terus saya cadangkan pada sahabat-sahabat saya untuk usulkan proposal permohonan mencari sponsor di pejabat SERU. Saja cuba nasib, mungkin akan ada khabar gembira di situ.

Pengarah HAWARIS, Nazif namanya sangat-sangat berharap saya mampu membantu mereka menjayakan projek tu.. In shaa Allah, Nazif, saya akan cuba yang terbaik. Petang tadi saya dah telefon pejabat SERU untuk buat appointment dengan Prof. Samsinah untuk usulkan permohonan tu. Kalau tak ada aral, mungkin esok saya akan jumpa dengan Prof. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Saya memang berharap sangat usaha sahabat-sahabat saya membuahkan hasil sebab program ni  bakal mengeratkan mereka dengan masyarakat dengan lebih dekat. Lagipun projek ni akan menghimpunkan jugak mahasiswa-mahasiswa istimewa dari IPTA seluruh negara.

Ya Allah.. Semoga segalanya dipermudahkan, kepada Nazif dan Haziqah.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Saya akan usahakan sehabis daya.. Doakan saya ye!! ^_^

Berharap ada berita baik menyusul bersama-sama kertas cadangan ni.. Aminn..


 Nak tidur dulu ye, esok kelas awal pagi.. Semoga Allah redha.. Maassalam..

Best Quotes of the Day,




"Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali sesuatu Yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"








No comments:

Post a Comment