Saturday 29 September 2012

Suatu Pengalaman Berharga..

Assalamualaikum..
Seminggu ni tak sempat nak jengah sesaat pun blog ni. Agak sibuk dengan rutin harian yang semakin hari semakin menimbun. Alhamdulillah semua tajuk essay semester untuk 4 kertas Sejarah yang saya ambil semester ni dah pun diberi oleh tutor. Dan sekarang agak mencabar nak cari bahan rujukan.  Syukurlah, saya mempunyai ramai sahabat yang sedia membantu memberikan dorongan dan keyakinan untuk terus berusaha.
Ada sesuatu yang saya nak kongsikan juga selain perihal kuliah dan persatuan di kampus. Seminggu ni semua orang beri perhatian pada Pilihan Raya Kampus.  Saya pun tak terkecuali.. tapi saya taklah terlibat secara besar-besaran dalam politik kampus, cuma sebagai seorang mahasiswi yang diberi ruang untuk memilih siapakah pemimpin kita di kampus, saya turut mengundi, dan lagi.. saya juga salah seorang jentera untuk salah satu parti pro di UM ni.
3 hari sebelum pilihan raya, saya dan beberapa rakan menyertai konvoi untuk berkempen di serata pelosok universiti. Memang seronok, bukan sebab dapat berpolitik, tapi sebab dapat merasai suasana pilihan raya dan cara mahasiswa di universiti berkempen untuk menerajui tampuk kepimpinan mahasiswa di sini. Secara tak langsung dapat melihat gambaran asas PRU dan sekurang-kurangnya, saya akan lebih bersedia untuk menjadi seorang rakyat yang memilih untuk mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Ramai yang tak tahu saya join PRK, dan kebanyakan rakan-rakan agak terkejut. Yela, saya di kelas senyap je, tahu-tahu terkantoi berkempen sama. Tapi saya ambil ia sebagai sesuatu yang positif. Walaupun saya tak bising-bising pasal isu politik kampus, tapi saya memang mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Lagipula saya hanya jentera biasa, bukannya calon yang bertanding nak heboh sana sini. Saya faham bidang tugas saya. Emak pun macam terkejut bila dapat tahu saya ikut calon keluar berkempen. Tapi pesan emak tetap saya pegang.. “kempen-kempen jugak, ingat tanggungjawab tu.. pelajaran paling utama.”
Tutor saya pun cakap perkara yang sama bila berdiskusi tentang perkara ni. Bukan tak boleh join politik kampus, lagipun kami di sini adalah pelajar aliran kemanusiaan, sains sosial, kenalah update tentang apa perkara-perkara terkini yang berlaku di sekeliling kita. Tapi jangan lupa nawaitu sebenar datang ke sini. Cari ilmu sebanyak yang mungkin, sebab kalau nak berpolitik, di kedai kopi di luar sana pun boleh berpolitik, katanya. Universiti memang satu platform untuk membina keperibadian sebagai seorang pemimpin, tapi kalau tak cukup ilmu di dada.. Susah nak ke depan ditambah dengan landskap dunia yang wujud pada hari ni.
Ada betulnya juga apa yang tutor saya cakap tu. Sebenarnya itu jawapan dan pandangan yang dia berikan apabila saya luahkan rasa terkilan saya terhadap seorang rakan yang menuduh saya ni mahasiswa yang tak ada tamadun, nak hidup dalam tempurung dan tak berkembang. Sebab bila dia tanya saya pasal join tak pergi tengok proses penamaan calon, saya cakap yang saya tak pergi, sebab belum bersedia untuk involve dalam bidang ni secara meluas.. Terus dia ‘bang’ saya kaw-kaw punya.. Yang paling saya berapi, bila dia cakap saya ni seolah-olah tak nak bangkit membela agama dan tak mahu bersuara untuk menuntut hak yang sewajarnya. Walaweh.. Gaya macam nak campur adukkan dengan politik luar je.. politik kampus is politik kampus, berkempen untuk jadi pemimpin mahasiswa, untuk menjaga kebajikan mahasiswa dalam universiti, membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik dan sahsiah.. janganlah dicampuradukkan dengan politik luar, boleh menimbulkan perpecahan tu. Saya pun hampir berbalah dengan sahabat saya masa tu, sebab cara dia agak menjatuhkan air muka saya. Saya tak dapat terima orang tuduh-tuduh saya macam tu, seolah-olah saya abaikan agama saya.. Well, hanya Allah SWT yang lebih berhak menjatuhkan hukum seperti itu pada saya, atau sesiapa saja.. Hati saya, tindak tanduk saya, ibadah saya.. Semua itu sentiasa dalam pengetahuan-Nya..
 Masa tu orang tengah ramai kot. Nasiblah saya dah praktis, belajar untuk jadi seorang yang sabar, kalau tak memang suara saya lagi lantang dari dia.. Sedap je kan tuduh-tuduh orang macam tu. Tapi mujurlah saya masih mampu bersabar, diam bukan bererti takut, mengalah bukan sebab saya dah kalah, tapi saya tak nak menang sebagai seorang yang kurang pertimbangan dan pemikiran yang matang. Lebih melegakan bila dengar kata-kata tutor saya tu, sejuklah sikit hati ni. Dan mujur jugak saya berjaya kawal diri daripda beremosi macam sahabat saya tu. Saya berjaya tunjukkan yang saya ni seorang yang cool dan macho (wekk =P)bila berhadapan situasi macam tu.. Terserlah kematangan walhal dalam hati.. Huh, sabar Atikah Zakaria.. Sabar… Rasa nak sembur je.. Haha, positif.. positif..
But at the end of that time, dia tahu juga yang saya pun turut berkempen, reaksinya agak terkejut, tak sangka.. dan sudah tentu.. Haluan kami memang tak sama.. But then we put up our mindset to be a professional, kami hanya saingan di gelanggang pilihan raya, tapi di kelas kami tetap sahabat, makan semeja, berbual pasal kuliah, assignment, bergurau dan boleh pulak tu, berkongsi makanan.. Memang sangat professional.. Itulah yang sepatutnya, walaupun haluan perjuangan berbeza, tapi tak sepatutnya perbezaan itu mewujudkan jurang permusuhan atau perpecahan, sebab di akhir langkah kami tetap bersaudara, sebangsa, seagama dan menyembah Tuhan yang satu, menjadi umat Muhammad yang terbaik.. Tak gitu..
Dan perihal apa yang telah dilakukannya, kata-katanya.. tak apalah, saya anggap itu adalah lontaran semangat yang ingin dia pamerkan untuk tunjukkan bahawa dia adalah seorang yang sangat komited terhadap sesuatu yang diperjuangkan. Dan dia nak tunjukkan yang dia tak gentar untuk capai matlamatnya, serta ingin saya dan rakan-rakan yang lain, kalau boleh semua orang untuk melangkah bersama-samanya. Semangat pertiwi.. Saya kagum dengannya.. Tapi sayangku, bukan semua perjuangan membela agama itu di atas landasan politik semata-mata, walaupun politik dan agama takkan mungkin dapat dipisahkan. Mungkin haluannya tampak lebih dominan di sini, tapi bagi saya, kecenderungan saya lebih ke arah kemanusiaan dan pendidikan.. Nak jadi seorang guru yang berjaya.. Itu juga salah satu cara kita membela kebenaran dan keadilan kan??
Ops.. saya tak cakap yang saya tak seberani dia untuk ke depan dalam hal ini.. Tapi saya tak mahu fokuskan tumpuan saya terhadap perkara yang kedua terpenting di sini, sedangkan yang paling penting pun belum saya lunaskan sepenuhnya (ibadat dan ilmu).. Lagipun tak perlu satu dunia tahu siapa kita, cukuplah apa yang kita lakukan itu menunjukkan hasil di penghujungnya, agar manfaatnya dirasai oleh semua. InsyaAllah.
Apapun pengalaman yang saya peroleh ini banyak mengajar erti persaudaraan, kesungguhan mencapai matlamat, perjuangan (apasal banyak sangat sebut perkataan “perjuangan” eh? ==’), pengorbanan dan kebijaksanaan menguruskan kehidupan yang semakin hari semakin diulit cabaran-cabaran yang maha hebat. Itu je lah dulu.. Jumpa lagi nanti.. Maassalam.. ^_^






















Saturday 22 September 2012

Finale Projek Minggu Mesra Pelajar

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Minggu Mesra Pelajar Kolej 9 semalam berjalan dengan sangat.. Hah, tak tahu nak describe macam mana.. tapi memang happening.. Semua orang buat dengan mantap, terbaik.. Suka sangat kerja dalam team MMP kali ni, nilai dan semangat kekeluargaan antara semua yang terlibat memang boleh dilihat melalui cara kami bekerja. Walaupun dah dibahagikan dalam department tertentu, tapi kami tidak berpuak2 untuk menjadikan projek ini berlangsung dengan baik. Contohnya macam dalam department saya, memang team saya hanya terlibat dalam urusan menghiaskan pentas, dewan dan photoshoot corner, tapi bila habis je satu bahagian tugasan, kami akan cepat-cepat masuk ke department lain untuk membantu. Team cenderamata lah yang paling memerlukan banyak tangan untuk membantu.. Macam team lain jugak, mereka selalu turun dekat deparment kami, mewarna, mengecat, menggunting dan menggantung apa yang patut.
Paling mengharukan bila team  kebudayaan India dengan baik hatinya membantu dari awal hingga akhir proses membuat kolum berbentuk bunga raya yang pada mulanya idea saya ni agak tidak begitu dipersetujui oleh pengarah, tapi bila dah siap.. Nah, semua orang beratur nak ambil gambar, dan ia adalah yang paling menjadi tumpuan pada malam tu. Saya amat hargai kesungguhan rakan-rakan India yang bertungkus lumus  sedangkan mereka perlu persiapkan diri secara total untuk persembahan pada malam tu. Tapi mereka memang jenis yang tak pernah berkira habis je praktis, terus fokus pula untuk tolong kami siapkan kerja yang satu ni. Nak harapkan saya? Idea memang banyak, tapi nak start buat tu, asas pun tak tahu. Then, habis je event, mereka juga yang bertanggungjawab mengemas kembali kolum tu walhal itu tugas saya. Tapi mereka berkeras nak membantu. Kata mereka, kesian tengok saya seharian tak duduk diam buat kerja.. Haha, itukan dah memang tanggungjawab saya, kenalah amanah.. Inilah semangat Kk9 Family, semangat perpaduan dan semangat satu Malaysia macam tema kami jugak  untuk MMP kali ni. Bangga menjadi sebahagian daripada komuniti yang bersatu padu, melangkapi antara satu sama lain.

Dan sekarang saya dah tahu macam mana orang India buat kolum menggunakan beras dan saya baru tahu, ia bukan saja berfungsi sebagai perhiasan, tapi juga boleh dijadikan makanan oleh haiwan-haiwan tertentu. Bertambah lagi pengetahuan am saya sejak itu. Banyak juga kebudayaan kaum India yang saya langsung tak tahu sebelum ni, telah pun saya ketahui daripada perkongsian pengetahuan tentangnya daripada mereka. Semangat betul mereka bercerita perihal budaya dan adat resam mereka, dan semangat juga mereka nak tahu cara hidup, budaya Melayu dan pegangan orang Islam yang jarang diperkatakan dalam kalangan mereka selama ni. Bila dah bertukar-tukar pengalaman hidup, terasa ianya penuh warna-warni.. Begitu positif.. Sharing is Caring.. ^^
Penat memang penat.. Seminggu berturut-turut tidur lambat untuk event ni, tapi berbaloi.. ^^ Sebab jerih perih kami ada hasil yang boleh dibanggakan, dan pengalaman yang diperolehi melalui projek ini menjadikan saya semakin matang, berfikiran kritis, tidak individualistik dan sentiasa terbuka menerima cabaran dan kritikan. Inilah peluang saya untuk membina keyakinan diri, nikmati hidup sebagai pelajar dengan seoptimum yang mungkin. Dan ini, baru permulaan untuk terus melangkah ke hadapan sebagai seorang yang berguna untuk kebaikan orang di sekeliling dan juga diri sendiri. Dan saya sukakannya..
Yang seronoknya,  dapat kawan baru.. ^^ dengan rakan-rakan yang jarang bertegur sapa pun, sekarang dah makin rapat dan mesra alam.. Rasa macam saya dapat semangat sebagai seorang Atikah Zakaria yang baru.. But I’m still the same Atikah, cuma harapnya boleh jadi lebih baik daripada yang sedia ada.. Lepas ni, InsyaAllah saya akan libatkan lagi diri dalam sebarang aktiviti yang nak dianjurkan pada masa yang akan datang.. Maassalam.. =)

Best Quotes of The Day..
“Positive  thinking  will let you do everything better than negative thinking will”
-Zig Ziglar-



Tuesday 18 September 2012

Second Year!! Nice to meet You! ^^

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, permulaan semester untuk second year session ni berjalan dengan sangat lancar, sangat positif, sangat awesome (sebab kelas bertali arus huhu..)..
Paling mengujakan bila jumpa dengan adik-adik freshie yang bagi saya batch diorang kali ni memang sempoi habis, ramah dan sangat menghormati senior.
Pasal kuliah, setakat ni syukurlah, saya masih mampu bernafas dengan baik walaupun macam saya cakap tadilah, kelas memang macam kereta api, agak berlanjutan tanpa henti untuk hari Selasa dengan Khamis, rasanya hari Khamis hari yang paling sesuai untuk memengsankan diri. Hahah.. Tapi saya suka, rasa puas sebab tahun ni kebanyakan kursus yang diambil adalah kursus yang sangat diminati. Memang sedikit terbeban sebab terpaksa ambil lebih banyak subjek majoring sebab subjek minor dah terlalu penuh.. Sedih.. =(
Kuliah pun ok-ok je.. Alhamdulillah, dah ada keyakinan untuk take part dalam kelas, walaupun baru dalam second week of semester, ada jugaklah saya tanya satu dua soalan, bagi pandangan.. Ianya begitu membina keyakinan untuk terus aktif dalam pembelajaran dalam kelas.Kelas Pengenalan kepada Kemanan dan Kemanusiaan yang paling membantu saya untuk sentiasa respond dan berinteraksi dengan semua orang. Tapi ada jugak, dalam kelas Islam dan Masyarakat di Malaysia, lecturer ni, Prof Ridhuan namanya, yang juga dekan di fakulti.. Suka sangat ajukan soalan pada student. Saya antara orang yang paling kerap diajukan soalan KBKK daripda Prof Ridhuan.. Akibat suka sangat duduk depan, selalulah kena tanya. Semua soalan fakta pulak tu, “bila kali terakhir baca surat khabar? bila kali terakhir tengok tv?  Soalan paling best.. “Atikah, bagi contoh binatang yang tergolong dalam zakat harta di Asia Tenggara zaman dahulu?” Saya tak berapa dengar ayat yang penghabisan tu (Asia Tenggara) So dengan muka tak bersalah dan penuh yakinnya saya jawab “Unta..” .. Best jugaklah diketawakan, prof pulak tu yang ketawa terbahak-bahak.. Eh, betullah unta tu salah satu kategori binatang dalam zakat haiwan. Cuma silap saya jawab unta sebab Prof tanya pasal Aisa Tenggara, saya jawab pasal binatang di Asia Barat.. Memang agak macho la muka saya cover malu tadi.. haha.. Tragis nya.. Anyhow  I do really like it, sebab bagi saya, bila sentiasa ada interaksi antara pensyarah dengan student, kelas jadi bertambah menarik dan apa yang disampaikan dapat diterima dengan baik. InsyaAllah..
Cerita di asrama pulak, sangat bersyukur sebab still jadi sebahagian daripada warga kk9 macam sem lepas jugak. Roomate dah bertukar orang, rindu sangat dengan ex-roomate dulu, dan roommate yang sekarang pun ok.. Mestilah ok, dialah jugak classmate, sahabat baik, sahabat SERU.. =p, macam adik beradik.. Dialah Noor Maheran Kamaruddin.. Suka eh?? Hmm.. Bolehlaa.. Wahhh boleh pulak kan macam tu..  Best dapat jumpa lagi members sama batch, senior, dan yang pasti, junior yang sangat nakal, suka betul mengusik kami senior-senior ni, mesra alam, comel, dan yang paling penting, diorang begitu hormat pada semua orang di sini. Junior perempuan yang mana agak baik sikit dengan saya, setiap kali jumpa dan nak pamitan pasti diorang akan salam dan cium tangan, ada jugak yang peluk.. Rasa sangat dihargai.. Kitorang dulu pun takde buat macam tu pun masa jadi freshie dulu.. Takpe nanti kita upgrade ok.. =D .. Ada orang cakap budak baru ni memang selalunya macam tu behaved and ‘sweet talk’ untuk ambil hati. Tapi saya tetap positif yang mereka semua akan kekal dengan attitude macam tu sampai nanti turn mereka pulak nampak ‘tua’ sebagai senior .. Ok what ambil hati, daripada menyakitkan hati kan.. hehe.. Peace!! ^^
Pasal tugasan semester, pun dah dapat.. Subjek pengajian Arkeologi.. Mencabar tu agakla.. eh, tak! Memang mencabar as it is very new to everyone of us.. Tapi kena belajar jugak sebab ni salah satu daripada disiplin ilmu sejarah.. Yes, I am a Historian to be, bangga gitu.. ^^ Cuma rasa agak sayu sebab nanti dekat hampir dua bulan jugak Dr. Supian akan tinggalkan kelas sebab nak tunaikan ibadah haji tahun ni..  Wahhh.. Nak rujuk siapa weh.. haha macam tak biasa pulak kena tinggal.. Its ok doc, we will survive, semoga selamat pergi, selamat sampai dan mendapat haji yang mabrur..
Tu je lah sharing kali ni.. Tak sabar nak jumpa lagi dengan team sahabat SERU 20 October nanti.. ^^
Maassalam.. =)

Best Quotes of The Day..
“It’s really nice to wake up in the morning realizing that Allah has given me another day to live..”

Jadi Tourist Guard untuk Outbound student ke Melaka.. Best!! ^^

Assalamualaikum..
Minggu lepas saya dengan dua lagi sahabat, Maheran dan Fizi bawa rakan-rakan outbound dari Universiti Andalas, Padang Indonesia,  ke Melaka.. Tak sangka dapat ikut mereka ke sana, sehari selepas Reconization event Sahabat SERU ke DTC.
Mula-mula tu rasa macam tak nak pergi, sebab ingatkan nak rehat je sebelum check-out dua hari lepas tu. Tapi bila difikirkan, peluang ni bukannya selalu datang. Perjalanan ke sana pun 100 % ditanggung pihak universit di bawah Jabatan Sejarah FSSS. Bak kata Kak Elin, “Ambil Peluang”.  Bukan setiap hari kita dapat rezeki terpijak nak berjalan tengok tempat yang bersejarah macam tu, rugi lah kalau dilepaskan macam tu je.. Walaupun memang dah selalu jugak ke sana, tapi bila pergi bersama satu amanah, iaitu untuk memperkenalkan warisan sejarah di tempat kita sendiri kepada orang luar, jadi apa salahnya, lagipun ia sangat membantu dalam proses pembelajaran dan kepimpinan pada masa yang sama.
Terima kasih kepada classmate saya Fizi, orang yang bertanggungjawab untuk in-charge outbound student tu,  yang sudi ajak kitorang join, lagipun katanya senior yang nak escort student dari Indonesia tu dia sorang je, sebab lasyang lain tarik diri last2 minute. Jadi since tempat pun banyak yang kosong, pergi bawa diri je, tunggu apa lagi..
Student-student dari Andalas yang kami bawa ke sana memang teruja bila sampai Melaka, sebab buat pertama kali seumur hidup dapat jejakkan kaki ke tempat yang memang dikenali dunia sebagai tempat yang sangat hebat dalam sejarah Nusantara dan Kepulauan Melayu selain gugusan kepualauan Indonesia sendiri. Selama ni, belajar dalam buku je, dan hari ni mereka dapat lihat sendiri di depan mata, tempat bertapaknya tamadun Melayu yang agung sehingga menjadi rebutan penjajah asing suatu masa dulu. Habis semua fakta tentang Melaka ditanya betubi-tubi, semput jugak nak jawab, nasib semua yang ditanya tu yang memang dah belajar dari sekolah menengah.. Cuma di “up” kan sikit supaya dapat bantu mereka untuk sediaka laporan tentangnya dengan lenkap bila balik ke Andalas nanti.
Hampir satu badaraya Melaka tu jugaklah kami meronda, bagi saya lokasi yang paling tak dapat saya lupakan adalah sewaktu menaiki river cruise di sepanjang Sungai Melaka.. Dari situ saya dapat lihat secara dekat  kesan tinggalan penubuhan awal empayar Melaka, iaitu pohon di mana dikatakan Parameswara berehat dan lokasi di mana anjing perburuannya jatuh ke dalam sungai selepas ditendang oleh pelanduk putih sehingga mencetuskan inspirasi terhadap Parameswara untuk membina kerajaan baru di situ.. Rasa sangat teruja bila semua tu dapat diamati dari dekat.
Seronok juga hampir separuh hari jadi tourist guard, bawa mereka ke kota A Famosa, masuk ke Istana Lama, lawat tapak arkeologi , yang kini sedang dijalankan usaha penambahbaikan semula kota Melaka yang dibina oleh sultan pada zaman awal pembentukannya, masuk muzium Belanda,  tawar menawar harga barangan cenderahati (hehe, tawar harga sampai nak pengsan taukeh kedai tu.. =P). Dan yang paling takkan dapat dilupakan bila ada orang tempatan layan saya baik semacam sebab ingat saya ni pelancong Thailand.. Haih, jenuh nak mengexplain kat orang tu kenapa muka saya ala-ala orang Siam.. Ade ke patut.. >< Tapi bila tahu saya ni orang Malaysia juga, student UM pulak tu, lagi diorang layan baik, katanya bangga bila tengok anak muda macam saya dan rakan-rakan masih mahu menghargai Sejarah.. Itu mesti lah pakcik!! Inikan memang bidang kitorang ^_^
Habis je ke Melaka, ingatkan balik tu nak bawa mereka semua melawat masjid terapung di Putrajaya, tapi keadaan hujan dari Seremban hingga ke KL yang agak membataskan pergerakan, jadi kami terus balik ke UM.. Takpelah, tak ada rezeki mereka lagi.. Boleh nampaklah betapa seronoknya mereka di situ, sampai semua cakap nak sambung pengajian master di sini nanti sebab Malaysia ni aman dan mudah bergerak ke mana saja tanpa gangguan, yang penting, kemudahan pendidikan sangat bagus. “Senior pun baik-baik dan ramah sekali!” Bak kata diorang la.. hehe, diorang ni buat saya tersipu-sipu je.. =P
Sebenarnya saya pun menyimpan impian yang sama, untuk melihat tapak-tapak sejarah kepualauan Melayu terutamanya di Indonesia dan menimba seluas-luasnya ilmu di sana.  Bagi saya, di sana juga terkandung berjuta khazanah dan budaya yang sehingga hari ini masih terpelihara dan belum diterokai.  Tempat yang paling saya nak jelajah di Indonesia adalah Surabaya dan Yogjakarta.. insyaAllah doakan semoga suatu hari saya sampai juga di sana. Ok, sampai sini dulu.. Maassalam.. ^_^.
Best Quotes of the Day..
“Take any new best experience, so that we can have the best memory to remembered..”

dari kiri, Dephie, Sarah, Sri , Fizi, Haryati, dan yg paling comel nih.. Atikah Zakaria la..




Sepanjang susur Sungai Melaka..


 Ini merupakan tinggalan lama kota Melaka pada zaman kerajaan Melayu Melaka dulu yang sedang dalam proses penambahbaikan dan pemeliharaan sebagaim salah satu tapak warisan sejarah Malaysia.. Fuh!! Senafas.. ^^