Saturday 29 September 2012

Suatu Pengalaman Berharga..

Assalamualaikum..
Seminggu ni tak sempat nak jengah sesaat pun blog ni. Agak sibuk dengan rutin harian yang semakin hari semakin menimbun. Alhamdulillah semua tajuk essay semester untuk 4 kertas Sejarah yang saya ambil semester ni dah pun diberi oleh tutor. Dan sekarang agak mencabar nak cari bahan rujukan.  Syukurlah, saya mempunyai ramai sahabat yang sedia membantu memberikan dorongan dan keyakinan untuk terus berusaha.
Ada sesuatu yang saya nak kongsikan juga selain perihal kuliah dan persatuan di kampus. Seminggu ni semua orang beri perhatian pada Pilihan Raya Kampus.  Saya pun tak terkecuali.. tapi saya taklah terlibat secara besar-besaran dalam politik kampus, cuma sebagai seorang mahasiswi yang diberi ruang untuk memilih siapakah pemimpin kita di kampus, saya turut mengundi, dan lagi.. saya juga salah seorang jentera untuk salah satu parti pro di UM ni.
3 hari sebelum pilihan raya, saya dan beberapa rakan menyertai konvoi untuk berkempen di serata pelosok universiti. Memang seronok, bukan sebab dapat berpolitik, tapi sebab dapat merasai suasana pilihan raya dan cara mahasiswa di universiti berkempen untuk menerajui tampuk kepimpinan mahasiswa di sini. Secara tak langsung dapat melihat gambaran asas PRU dan sekurang-kurangnya, saya akan lebih bersedia untuk menjadi seorang rakyat yang memilih untuk mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Ramai yang tak tahu saya join PRK, dan kebanyakan rakan-rakan agak terkejut. Yela, saya di kelas senyap je, tahu-tahu terkantoi berkempen sama. Tapi saya ambil ia sebagai sesuatu yang positif. Walaupun saya tak bising-bising pasal isu politik kampus, tapi saya memang mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Lagipula saya hanya jentera biasa, bukannya calon yang bertanding nak heboh sana sini. Saya faham bidang tugas saya. Emak pun macam terkejut bila dapat tahu saya ikut calon keluar berkempen. Tapi pesan emak tetap saya pegang.. “kempen-kempen jugak, ingat tanggungjawab tu.. pelajaran paling utama.”
Tutor saya pun cakap perkara yang sama bila berdiskusi tentang perkara ni. Bukan tak boleh join politik kampus, lagipun kami di sini adalah pelajar aliran kemanusiaan, sains sosial, kenalah update tentang apa perkara-perkara terkini yang berlaku di sekeliling kita. Tapi jangan lupa nawaitu sebenar datang ke sini. Cari ilmu sebanyak yang mungkin, sebab kalau nak berpolitik, di kedai kopi di luar sana pun boleh berpolitik, katanya. Universiti memang satu platform untuk membina keperibadian sebagai seorang pemimpin, tapi kalau tak cukup ilmu di dada.. Susah nak ke depan ditambah dengan landskap dunia yang wujud pada hari ni.
Ada betulnya juga apa yang tutor saya cakap tu. Sebenarnya itu jawapan dan pandangan yang dia berikan apabila saya luahkan rasa terkilan saya terhadap seorang rakan yang menuduh saya ni mahasiswa yang tak ada tamadun, nak hidup dalam tempurung dan tak berkembang. Sebab bila dia tanya saya pasal join tak pergi tengok proses penamaan calon, saya cakap yang saya tak pergi, sebab belum bersedia untuk involve dalam bidang ni secara meluas.. Terus dia ‘bang’ saya kaw-kaw punya.. Yang paling saya berapi, bila dia cakap saya ni seolah-olah tak nak bangkit membela agama dan tak mahu bersuara untuk menuntut hak yang sewajarnya. Walaweh.. Gaya macam nak campur adukkan dengan politik luar je.. politik kampus is politik kampus, berkempen untuk jadi pemimpin mahasiswa, untuk menjaga kebajikan mahasiswa dalam universiti, membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik dan sahsiah.. janganlah dicampuradukkan dengan politik luar, boleh menimbulkan perpecahan tu. Saya pun hampir berbalah dengan sahabat saya masa tu, sebab cara dia agak menjatuhkan air muka saya. Saya tak dapat terima orang tuduh-tuduh saya macam tu, seolah-olah saya abaikan agama saya.. Well, hanya Allah SWT yang lebih berhak menjatuhkan hukum seperti itu pada saya, atau sesiapa saja.. Hati saya, tindak tanduk saya, ibadah saya.. Semua itu sentiasa dalam pengetahuan-Nya..
 Masa tu orang tengah ramai kot. Nasiblah saya dah praktis, belajar untuk jadi seorang yang sabar, kalau tak memang suara saya lagi lantang dari dia.. Sedap je kan tuduh-tuduh orang macam tu. Tapi mujurlah saya masih mampu bersabar, diam bukan bererti takut, mengalah bukan sebab saya dah kalah, tapi saya tak nak menang sebagai seorang yang kurang pertimbangan dan pemikiran yang matang. Lebih melegakan bila dengar kata-kata tutor saya tu, sejuklah sikit hati ni. Dan mujur jugak saya berjaya kawal diri daripda beremosi macam sahabat saya tu. Saya berjaya tunjukkan yang saya ni seorang yang cool dan macho (wekk =P)bila berhadapan situasi macam tu.. Terserlah kematangan walhal dalam hati.. Huh, sabar Atikah Zakaria.. Sabar… Rasa nak sembur je.. Haha, positif.. positif..
But at the end of that time, dia tahu juga yang saya pun turut berkempen, reaksinya agak terkejut, tak sangka.. dan sudah tentu.. Haluan kami memang tak sama.. But then we put up our mindset to be a professional, kami hanya saingan di gelanggang pilihan raya, tapi di kelas kami tetap sahabat, makan semeja, berbual pasal kuliah, assignment, bergurau dan boleh pulak tu, berkongsi makanan.. Memang sangat professional.. Itulah yang sepatutnya, walaupun haluan perjuangan berbeza, tapi tak sepatutnya perbezaan itu mewujudkan jurang permusuhan atau perpecahan, sebab di akhir langkah kami tetap bersaudara, sebangsa, seagama dan menyembah Tuhan yang satu, menjadi umat Muhammad yang terbaik.. Tak gitu..
Dan perihal apa yang telah dilakukannya, kata-katanya.. tak apalah, saya anggap itu adalah lontaran semangat yang ingin dia pamerkan untuk tunjukkan bahawa dia adalah seorang yang sangat komited terhadap sesuatu yang diperjuangkan. Dan dia nak tunjukkan yang dia tak gentar untuk capai matlamatnya, serta ingin saya dan rakan-rakan yang lain, kalau boleh semua orang untuk melangkah bersama-samanya. Semangat pertiwi.. Saya kagum dengannya.. Tapi sayangku, bukan semua perjuangan membela agama itu di atas landasan politik semata-mata, walaupun politik dan agama takkan mungkin dapat dipisahkan. Mungkin haluannya tampak lebih dominan di sini, tapi bagi saya, kecenderungan saya lebih ke arah kemanusiaan dan pendidikan.. Nak jadi seorang guru yang berjaya.. Itu juga salah satu cara kita membela kebenaran dan keadilan kan??
Ops.. saya tak cakap yang saya tak seberani dia untuk ke depan dalam hal ini.. Tapi saya tak mahu fokuskan tumpuan saya terhadap perkara yang kedua terpenting di sini, sedangkan yang paling penting pun belum saya lunaskan sepenuhnya (ibadat dan ilmu).. Lagipun tak perlu satu dunia tahu siapa kita, cukuplah apa yang kita lakukan itu menunjukkan hasil di penghujungnya, agar manfaatnya dirasai oleh semua. InsyaAllah.
Apapun pengalaman yang saya peroleh ini banyak mengajar erti persaudaraan, kesungguhan mencapai matlamat, perjuangan (apasal banyak sangat sebut perkataan “perjuangan” eh? ==’), pengorbanan dan kebijaksanaan menguruskan kehidupan yang semakin hari semakin diulit cabaran-cabaran yang maha hebat. Itu je lah dulu.. Jumpa lagi nanti.. Maassalam.. ^_^






















No comments:

Post a Comment