Friday 4 September 2015

Nota Hati #2 -Bulan-

Bulan,

seperti biasa, sudahkanlah rajukmu
kerana selama waktu kau sembunyi,
sudah ada yang mula rindu.

siapa??

Itu dia.
yang sering-sering kau pujuk dahulu.

Bulan,
Sini aku bisik padamu sesuatu.

"Lihat dalam air, nampak bayang-bayang.
 Campak satu batu, bayang pun hilang."

Bagi kamu itu apa?

kalau bagi aku, itulah--
--kenangan, dan angan-angan--
yang sukar dilepaskan, malah sukar juga didapatkan
akan tetap itu juga menyakitkan.

Aku faham.
Aku mengerti kenapa kau begitu.

Cuma sekarang aku minta,
Senyumlah untuk aku sekejap saja. Boleh? :)

Saturday 15 August 2015

Nota Hati #1 TEGUHLAH



Assalamualaikum.

Buat yang sedang berjuang,
buat yang sedang berusaha memperbaiki
apa yang ada di hati dan peribadi
moga diberi kekuatan untuk terus bertahan

aku di sini baik-baik saja,
bertemu atau terpisah
kesampaian atau terputus di pertengahan,
doa itu selalu ada.
doa yang menghubungkan dua rasa.
mungkin jalan kita tidak menghalakan kita untuk bersua
tapi aku yakin rasa itu masih ada.

teguhlah demi DIA.