Thursday 31 May 2012

My Third Peer Coaching Session of Sahabat SERU.

SESSION 3: The Wheel of Life.
Assalamualaikum semua.. Semoga indahnya hari ini membawa kita terus ke jalan-Nya.. =)

Sesi ketiga Peer Coaching agak “sunyi” berbanding minggu-minggu yang sebelumnya, sebab tiga korum tak cukup. Daripada 6, hanya 3 ahli kumpulan yang dapat hadir sebab yang lain ada personal matter yang nak diuruskan. Yang ada waktu tu cuma saya, Firman dan Zul. Walaupun macam tu, sharing yang kami buat memang best, macam biasa.. penuh inspirasi.
Topik yang dikongsikan bersama adalah tentang the wheel of life ataupun roda kehidupan.


1) Studies/ Pelajaran. 8/10
-Sebelum ni study group jarang-jarang sekali.. heheh.. tapi sekarang, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. inshaAllah.. akan berusaha untuk upgrade lagi.. kalau boleh tiap-tiap hari..
-Waktu study dipanjangkan daripada 2 jam sehari kepada 3-4 jam sehari untuk dua topik yang berbeza.
-Sedang bertungkus-lumus lengkapkan nota..
-Oh, susahnya…

2) Money/ Kewangan. 4/10.
-Mencabar juga nak buat 6 jars! So, saya start dengan satu tabungan dulu. Semua duit syiling yang lebih2 daripada perbelanjaan harian dimasukkan dalam tabung, secara kekal.. dah sendat tabung tu nanti.. masuk bank la.. adoi, childhood punya style.. takpela.. little baby step.. huhu.. Y_Y
-Masih amalkan senarai barang kalau nak membeli. Tapi kadang-kadang still tak dapat kawal diri beli barang yang bukan dalam list. Contoh, novel.. haih, nafsu yang sembilan.. Insha Allah, sedang dididik..

3) Health/ Kesihatan. 6/10.
-Dah kerap jalan kaki ke kelas sekarang, untuk lebih fit dan pada masa yang sama dapat menyeimbangkan pernafasan.
-Masih belum involve dalam mana-mana aktiviti sukan atau permainan. Kekangan waktu dan kurang minat. Tapi saya rindu nak main volleyball macam zaman sekolah dulu.. harap dapat teruskan..
-Masih amalkan suplemen dan minuman herba yang emak saya bekalkan, supaya saya kekal bertenaga walaupun kadang-kadang saya kurang tidur dan makan tak menentu dekat sini.
-Belum berhenti sepenuhnya daripada minum ais, tapi sedang dikurangkan. It’s just like an addiction to me..
-Saya sentiasa pastikan sekarang, sarapan yang diambil tidak lewat dari jam 9 pagi. Kafein dikurangkan, more to cereal drink.. tapi kalau terdesak saya ambil juga, contoh macam nak stay up untuk buat assignment atau study lewat malam, secangkir Nescafe tak pernah ditinggalkan..

4) Family and Friends/ Keluarga dan Rakan-rakan. 10/10.
-Mestilah ini priority yang paling tinggi. Anyhow, family and friends do come first. Dulu dengan mereka semua, saya sangat suka membangkang. Ada saja situasi yang saya nak sentiasa menang. Tapi sekarang, saya rasa jadi seorang pendengar yang baik itu lebih menyeronokkan. Sebelum ni, masa di kampus, saya cuma akan telefon emak sekali saja sehari, tapi sekarang dah jadi 2-3 hari sekali, sampai emak pun naik hairan dengan sikap saya ni.. hehe, sayaaaaang mak.. ^^.
-sekarang pun dah kerap contact kakak-kakak. Paling tidak, saya akan sms tanya.. “along buat apa tu..” “angah, hari ni takde gosip ke..” sebelum ni memang takla.. Just jarang-jarang atau kadang-kadang je, itu pun kalau mereka yang hubungi saya dulu untuk tanya keadaan saya di sini. Saya kan adik.. hehe…. =)

5) Personal Growth and Learning. 5/10.
-Apa yang ada pada diri saya, itulah saya. Memang kena jadi diri sendiri, tapi pada masa yang sama saya perlu sedar yang saya tak boleh selalu kekal di takuk lama.
-Sedikit demi sedikit saya cuba ubah kekurangan sikap saya. Contoh, kalau sebelum ni saya susah nak maniskan muka dan senyum pada orang lain, sekarang saya dah cuba jadikannya sebagai personality saya yang baru. Personality boleh berubah-ubah kan? Asalkan ia membawa kesan positif pada diri dan sekeliling. Mula-mula tu memang susah, tapi amalan yang berterusan akan menjadi habit yang berkekalan, inshaAllah.. dan saya dapat feedback positif, mereka senyum semula pada saya dan saya disapa dengan mesra. How great it feels, and I really love it!
-Kalau dulu saya hanya mampu senyum-senyum saja pada staf kolej, makcik cleaner, pakcik driver bas, pekebun, tapi sekarang saya rasa ion positif dalam diri saya semakin bertambah bila saya tegur mereka, sekurang-kurangnya beri salam, kalau ringan mulut, tanya khabar.. Saya boleh nampak wajah terharu mereka dan saya tahu mereka senang begitu. Sebab mereka rasa dihormati dan dihargai walaupun hanya sebagai staf bertaraf rendah. Rendah? Taklah, profession tu kan halal, dan mulia.. Well, mereka juga manusia macam kita, ada perasaan. Tambahan pula mereka orang yang lebih tua, anggap saja mereka seperti bayangan orang tua kita.  dan merupakan komuniti yang sangat, sangat, sangat, sangat penting dalam masyarakat. Tanpa mereka, huru hara hidup semua orang di sini. Masing-masing kan saling melengkapi.

6) Fun, Leisure and Recreation. 7/10.
 -Keseronokan bagi saya adalah apabila saya dapat habiskan masa dengan orang-orang yang saya sayang. Kalau di rumah, tentulah dengan keluarga saya. Masa arwah abah masih ada lagi pun, kami selalu keluar bersama, shopping, makan-makan di restoran terbaik di sekitar Jitra dan Alor Setar, melawat Mak Tok di kampung, rindunya sawah padi kat rumah Mak Tok. dan kalau tak keluar ke mana-mana pun, kami akan lepak di rumah, tonton rancangan tv yang best, bergelak-ketawa.. dan adakalanya emak dan arwah abah selalu buka kisah-kisah lama. Macam, zaman kanak-kanak mereka, cara hidup orang dulu-dulu, macam mana emak dengan abah bertemu jodoh. Sweeeeeett sangaaaatt… The best moment ever, indahnya…
-Di rumah saya di Jitra, selalu juga saya keluar beriadah dengan rakan-rakan di Tasik Darul Aman. Hujung minggu je, awal pagi sebelum matahari terbit, saya dan rakan-rakan saya di kampung memang akan keluar ke sekitar tasik, jalan-jalan hirup udara segar, kalau rajin nak keluarkan peluh, dua pusingan kawasan tasik tu kami jogging, memang semput nafas. Seronoknya…
-Di sini, jarang saya dapat buat macam tu, walaupun ada tasik Varsiti.. Haih, penyakit malas selalu datang, tapi itu tak bermakna keseronokan saya hilang macam tu je. Masa lapang yang ada saya manfaatkan juga, habiskan bacaan novel-novel, menulis.. itu juga keseronokan bagi saya, kalau rajin sikit, saya akan asah pensel saya kat atas kertas lukisan, hobi masa terluang, lukis saja apa yang terlintas dalam fikiran.. Seronoknya…!!  
- Kadang-kadang tu saya akan ajak kawan-kawan saya lepak di study corner kolej. Berjam-jam bersembang pasal assignment, zaman sekolah, kehidupan di kampung masing-masing dan… putera impian.. err.. yang tu kadang-kadang je.. pada saya, tak perlu keluar berhibur, cukup jika dapat memenuhi masa senggang dengan berkualiti. Sekali sekala tu keluar juga ke Mid Valley (apa boleh buat, itu je yang dekat pun.. haha), bila sempat, kami ada juga tengok movie, tapi saya kurang minat untuk itu. tempat yang paling saya suka adalah MPH book store dan Animal World di situ.. tinggalkan saya dua jam di situ pun takpe, bahagianya.. Bau buku-buku dan novel di situ sering saja membuatkan saya bertenaga dan segar.. buku-buku adalah aromatherapy untuk saya. Haiwan di Pet Wolrd juga, gelagat mereka membuatkan saya lupa sebentar dengan cabaran hidup di kota besar ni.. Muka buku (facebook) pun sama.. hehe, telah dihadkan, sebab sekarang kan saya dah ada blog.. cewah, berlagaknya.... =)
7) Physical Environment. 4/10.
-Sebelum tu, saya nak bagitahu ni.. pokok kaktus saya dah mati.. wahhh.. sedihnya… dua minggu lebih dah tak bersiram.. tahu-tahu je dah terkulai layu.. saya memang takde bakat jaga pokok bunga.. kesiannya… pokok kaktus saya.. isk isk.. O_Q
-Oklah, bilik saya ni tak banyak perubahan pun, semuanya masih selamat di tempat yang sama. Cumanya, sekarang saya akan cuba kemas almari loker dan meja setiap hari.
-Lantai bilik disapu, sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebelum ni sekali sehari. Itupun bergilir dengan roommate. Tapi sekarang, inshaAllah saya akan jadikannya sebagai rutin harian. Dalam mindset saya, kalau nak selesa, kena buat sendiri. Tak perlu tunggu orang lain buat ikut giliran sebab itu tanggungjawab bersama.. tapi kalau roommate dah tolong sapukan dulu.. Thank you very much!! I really appreciate that.. =)
Sekarang sedang berusaha untuk dapatkan tidur yang selesa dalam bilik. Selalunya memang susah sebab bila malam je, keadaan bilik akan rasa berkuwap dan panas. Mungkin juga sebab kedudukan kipas yang agak jauh dari katil.. berpeluh-peluh saya bila tidur atas katil.. solusinya, saya akan tidur atas lantai betul-betul di bawah kipas. Memang tak selesa, tidur atas lantai simen, beralaskan selimut.. Tapi itu je cara untuk saya dapatkan tidur yang.. err.. lena juga la.. Badan memang sakit-sakit sikit tapi sekarang dah biasa.. Sampai satu tahap saya terpaksa turunkan tilam dan tidur di bawah.. Thats feel much better..
-Sebelum ni kalau nak keluar, kami mesti akan tutup tingkap, tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, kami akan buka juga tingkap bilik, biar ada pengudaraan yang seimbang. Hidup dalam keadaan indoor air poullution pun tak bagus juga.. Alhamdulillah, bilik saya setakat ni tak ada bau-bauan yang tak menyenangkan. Cuma rasa panas sikit, sebab cahaya matahari direct masuk ke bilik, tingkap pula betul-betul mengadap ke laman foyer kk9. Kalau panas, panas sangat, kalau masa musim hujan, memang sejuklah.. macam mana pun, masih mampu lagi belajar dengan selesa..

8) Spiritual and Religious Wellbeing. 9/10.
-Saya memang tak pandai agama macam orang lain. Tapi saya sentiasa nak dalami, selalunya melalui pembacaan. Saya pun tak pernah belajar di sekolah agama, jadi saya rasa pengetahuan saya dalam aspek keagamaan agak lemah.
-Banyak lagi yang perlu saya pelajari terutamanya dari segi pembacaan al-Quran iaitu amalan, hafalan, kefahaman dan tajwid. Kalau dulu, lepas habis solat saya terus baca doa dan… ok, done. Sekarang saya akan cuba upgrade lagi.. sikit-sikit je dulu, asalkan istiqamah..
-Kesedaran untuk mantapkan aspek keagamaan dalam diri memang ada, sebelum sertai sahabat SERU ni lagi. Biasalah bila nak buat perkara baik, ada saja halangan yang mematahkan semangat. Bila dah ada motivasi untuk memperbaiki kelemahan diri, terutamanya bila melihat rakan-rakan lain lebih banyak pengetahuan agama mereka, inshaAllah saya yakin saya juga mampu sampai ke arah itu.. Satu lagi yang saya perlukan, bimbingan dari mereka yang pakar..

Oklah.. setakat ni dulu lah ye.. Bertemu lagi di post yang seterusnya.. Have a good and inspiring day, everyone.. Ma’assalam.. =)

Best Quotes of the Day..
5 Reasons why Allah Uses Problems
-To Perfect Us.
-To Direct Us.
-To Correct Us.
- To Inspect Us.
-To Protect Us.



My Second Peer Coaching Session of Sahabat SERU.

SESSION 2: 360ยบ Feedback Exercise.
Assalamualaikum.. Semoga terus berkasih sayang dan berinspirasi dalam lindungan Allah..
Seperti yang dijanjikan, untuk post kali ini, saya akan kongsikan tentang sesi kedua Peer Coaching Sahabat SERU yang saya hadiri sebulan yang lalu. Dalam peer coaching kali ini, ada dua perkara yang kami kongsikan sepanjang dua jam lebih program tersebut berlangsung. Di bawah bimbingan coach kami iaitu Kak Elin, banyak perkara yang kami kongsikan. Pertama, tentang feedbacak daripada keluarga dan rakan-rakan tentang keperibadian kita positif dan negatif. Yang ni pun telah saya kongsikan dalam post yang lepas bertajuk, "Atikah Zakaria: Positive vs Negative."
Daripada feedback yang saya dapat daripada orang sekeliling iaitu keluarga dan rakan-rakan, ada empat perkara yang saya nak sentuh.
1) What I’ve notice from my 360 feedback is..
-yang saya dapati paling ketara adalah.. manusia yang hidup di sekeliling kita sentiasa menilai keperibadian kita, cuma kita tak sedar pun tantang tu. macam saya, saya tak pernah sangka pun yang selama ni mereka yang hidup di sekeliling saya, terutamanya yang dekat dengan saya, rupanya sentiasa menilai saya luaran dan dalaman. Saya ingat saya je yang suka analisis orang. Sekali sedar-sedar saya juga dianalisis rupanya.. biasalah, hidup umpama roda.. hehe..
-saya fikir selama ni hanya saya yang memahami diri saya sendiri. But then, I was totally wrong.. people surroundings knowing me better, and I hope they could also understand me as well.
2) What most surprise me was…
-I am a blurring person.. Really?? ahh, mungkin saya tak sedar kot.. saya rasa saya jadi macam tu mungkin sebab saya terlalu suka termenung. Saya terlalu banyak berfikir.. “macam mana kalau..” “boleh ke tak,..”, “analyse,… analyse… proceed data..” that’s truly make me lost sometimes.. sebelum ni saya tak tahu pun saya ni blur orangnya, kuat termenung tu, ya.. memang betul.. tapi tak tahu pulak dua benda tu sama.. termenung.. blur.. blur.. termenung.. ok, need to deal with it..
-Suka merajuk.. Seriously!!?? I don’t ever know that I am a princess of sulking all this while.. Kuat merajuk? Bila masa ye.. hmm.. but I admit it, I got easily tempered on something. Chooppp!! dua benda ni sama ke? Tapi kan, kalau ada antara family dan rakan-rakan yang buat saya tak puas hati, selalunya saya akan macam ni.. “Fine!! don’t talk to me anymore.. just forget I exist!! Buwekkk.. ><..” lepas tu, saya buat-buatla membawa diri yang lara.. haha.. drama sangat kan, tapi kejap je.. and then, everything will comes back to normal.. Mungkin sebab tu kot semua orang ingat saya ni kuat merajuk.. ok, I’ll do something about it.. tapi tu dah jadi habit, boleh ubah ke? Saya ni kan si manja yang comel.. haha.. =P.. ok2, akan diperbaiki..
-Sarkastics.. Hmm.. feedback ni saya dapat dari seorang teman yang baru saya kenal.. Dia ni peramah orangnya, dan agak.. er.. frankly person I think.. baru je kenal dengan saya dah cakap.. “actually, you are a very sarcastism person..” terlopong jugak mulut saya waktu tu.. macam ni, =O.. katanya percakapan saya lebih ke arah menyindir, kalau saya tak setuju atau tak suka dengan sesuatu tu, saya tak terus bang bang boom macam tu aje, saya akan cakap dengan baik tapi hakikatnya ianya sungguh menusuk ke hati.. Amboi-amboi.. Amboooiii… suka hati dia je cakap saya macam tu kan.. tapi balik je ke bilik, saya terus muhasabah diri, kata-katanya terngiang-ngiang di fikiran saya.. hmm.. betul jugak apa yang dia cakap tu, Ya Allah.. begini rupanya sikap saya.. selama hari ni saya suka cakap menyindir ye.. I am so sorry for behaving on that way.. Baiklah, akan diperbaiki.. tapi kan, berterus terang pun boleh menusuk ke hati jugak kan? kan?? kan???.. Er, yela… berterus terang lebih baik, tapi dengan cara yang sopan, betul tak?

-Pandai layan tetamu.. Ini Kak Ngah saya yang cakap.. tapi, tapi, tapi… sungguh saya tak percaya.. bila masa pulak saya ni pandai layan tetamu? Setahu saya, asal ada orang datang je, jadilah saya macam kura-kura.. suka menyorok.. kura-kura menyorok takpe lagi, dalam cangkerang je.. saya ni, dengar je orang cakap.. “Assalamualaikum..” terus saya cabut masuk dalam bilik, tutup pintu bilik serapat-rapatnya, siap kunci lagi.. saya jadi takut seolah-olah ada zombie yang datang nak makan otak saya, “Otaakkkkk…” itulah yang saya akan rasa.. haha, nonsense!! Dan lagi, saya hanya akan keluar bila emak panggil.. itupun lepas emak sebut nama penuh saya dengan lembut.. “Atikah Zakariaaaaaa…..” masa tu fahamlah saya, itu isyarat kepada “kalau tak keluar juga, tetamu balik nanti siap kau.. mak cili habis-habisan”.. ok, waktu tu dengan terhormatnya, saya akan keluar salam dengan tetamu, tersipu-sipu, senyum-senyum, tanya khabar dan terus ke dapur, buatla apa yang patut sebagai anak dara.. haha.. bukan apa, saya ni pemalu sikit orangnya.. cewahh.. =P.. tapi bila dah biasa, orang pun nak ajak saya sembang-sembang, masa tu barula respon saya baik punye dan kadang-kadang terlebih ramah pulak.. hehe.. sebab tu kot family anggap saya ni pandai layan tetamu..  hmm, maybe...

3) I am most valued for..
-when my peers said that I am a good middle person and agood one to keep any secrets..
Wahh.. masa tu, terawang-awanganlah saya.. Terasa bagaikan dipuji, dan dihargai bila rakan-rakan percayakan saya. Tak tahulah benda ni betul atau tidak, tapi yela.. sejak dari tingkatan 1 lagi, kalau ada rakan-rakan saya tak puas hati sesama sendiri, mereka akan datang mengadu pada saya. Dan selalunya saya akan suruh mereka berbaik semula dengan “mengungkit” semula kenangan-kenangan indah masa mereka berbaik dulu. Kadang-kadang menjadi taktik saya tu, tapi kadang-kadang ada yang jenis keras kepala, nak tegakkan benang yang basah. Dan kadang-kadang nak aje saya hantuk kepala mereka semua, biar bergaduh lagi.. tapi saya taknak la jadi batu api.. Munafik namanya tu.. Nauzubillahiminzalik Ya Allah.. lagi satu, saya ni jugak selalu jadi orang tengah antara cinta monyet kawan-kawan saya, tolong sampaikan salam la, tolong dapatkan nombor telefon seseorang la,.. selalunya kawan-kawan lelaki yang akan buat macam tu. Maka, jadilah saya posmen tak bergaji. Masa jadi pengawas dulu pun, kalau ada pelajar tak puas hati barangnya dirampas guru disiplin, muka saya juga yang akan dicari.. “tolonglah kak, handphone tu handphone pinjam je, tolonglah pujuk cikgu bagi balik..” kadang-kadang kalau saya rasa saya ni baik hati, saya tolong jugak, kesian.. tapi kalau saya badmood hari tu, memang semua saya hentam sekucup rasa.. kakak tak kakak.. Huh!! ><
Perihal pandai simpan rahsia pula, saya harap saya masih boleh dipercayai lagi untuk itu. Rahsia seseorang itukan amanah, satu penghormatan jika kita dipilih sebagai salah seorang penyimpan rahsia mereka.. wahh, macam penyimpan mohor besar raja-raja pulak dah. hehe.. InshaAllah, sahabat-sahabatku.. rahsia kalian masih teguh dalam simpanan saya, dikunci rapat, dan kuncinya telah saya benamkan dalam jauh-jauh ke dasar hati saya.. dan tak dapat diselami lagi.. wah3 ayat, tak boleh blah.. =P
-My friends told me that I got talent to lead an organization or project.
Pendapat yang sama saya terima daripada rakan-rakan sekolah lama dan di universiti. Contohnya masa sekolah, tingkatan 5 dulu, masa tu sempena hari Merdeka.. semua guru demand nak tengok persembahan dari kelas 5 Sains.. kelas saya la tu sebab kami tak pernah buat persembahan untuk sambutan di sekolah, paling tidak.. masuk pertandingan pidato je, wakil sekolah.. tu pun tak pernah menang, erk.. =P.. masing-masing buntu tak tahu nak buat persembahan apa.. yela, selama ni asyik study je kan, otak pun tepu dengan formula addmath, bio, fizik, kimia, fakta sejarah bla bla bla.. oh my.. macam mana ni.. lepas tu ada yang cadangkan kami buat sketsa.. tapi idea masih tak muncul-muncul.. tiba-tiba salah seorang classmate saya bagi cadangan gila.. dia minta saya yang organize team persembahan sebab kata mereka, saya ni kan sasterawati sekolah.. mesti banyak idea..hah, yela tu.. mulanya saya memang tak nak terlibat, tapi memikirkan maruah semua ahli kelas.. saya pun mulala mengarang cerita dan menyusun atur plot, watak dan semuanya dengan kerjasama semua orang dalam kelas tu.. Alhamdulillah.. sketsa tentang 50 Years Before and After Merdeka berjaya dan ianya menjadi kenangan indah sampailah ke hari ini..
Situasi kedua pula adalah semasa di kampus..  apabila saya dipilih oleh rakan-rakan untuk lead kumpulan subjek Hubungan Etnik. Mulanya saya risau.. Bimbang kalau team saya punah ranah dalam pimpinan saya.. tapi bila melihatkan kesungguhan ahli-ahli kumpulan untuk bagi kerjasama, keyakinan saya untuk memikul tugasan sebagai ketua dapat saya jalankan dengan.. ok.. hehe.. berkat sokongan dan semangat berpasukan.. walaupun ada yang cakap saya ni cerewet macam cikgu sekolah sebab semua bahagian tugasan ahli kumpulan saya marking dengan pen dakwat merah, kena buat pembetulan banyak kali pulak tu... well, pilihla lagi saya sebagai ketua ye.. hehehhe..

4) I could most improve.
-My attitude towards someone who are new to me.. Saya sedar saya ni dingin sikit orangnya.. tambahan pula dengan orang yang saya tak kenal, yang tak rapat atau pun yang baru muncul dalam hidup saya.. Saya takla sombong, Cuma agak kurang mesra dan memerlukan masa untuk itu. mungkin sebab saya tak biasa sebab saya ni masih terbawa-bawa dengan doktrin lama.. “orang tak suka saya, jadi duduk je diam-diam kat situ.” Tapi pola kehidupan sentiasa berubah kan? Makin tinggi tahap kehidupan kita, makin ramai orang yang kita jumpa, pelbagai ragam dan pemikiran.. Di sini (kampus), saya yakin rakan-rakan pelajar semuanya sudah matang untuk berfikir dengan lebih bijak. Jadi saya pun kena jadi lebih professional. Sebenarnya ramai orang baik di dunia ni, yang penting, kena pandai bawa diri.
-kena lebihkan senyum.. and make as sweetest face as could be.. kawan-kawan saya cakap, mereka sebenarnya takut-takut nak tegur saya mula-mula dulu sebab muka saya yang tak pernah nak manis, sombong dan macam nak marah orang je. Takla, muka saya memang macam ni.. Y_Y.. dan diorang cakap saya sebenarnya sangat comel bila senyum.. wahh…  kembang dah semangkuk.. haha, perasan betul..!! ><. Yelah, kawan-kawanku sekalian.. Sekarang ni saya cuba improve personality saya, saya akan lebihkan manis dalam senyuman ye.. tapi jangan salahkan saya bila saya didapati senyum sorang-sorang, mungkin waktu tu saya tengah praktis memaniskan wajah saya yang memang tak manis ni.. Smile, Atikah.. just smile.. that’s all..
-jangan blur-blur lagi.. yela, saya akan lebih fokus dan yakin dengan apa yang saya buat. Kalau nampak muka saya macam tu, tegur-tegurlah ye.. Kadang-kadang saya pun tak perasan saya tengah blur.. huhu, kesiannya saya..
-don’t be so clumsy.. Yes!! Inilah yang paling saya kena, mesti, WAJIB perbaiki.. Ya Allah, saya memang cuai.. kalau dikira dengan jari memang tak cukup walaupun terpaksa guna jari orang lain. Saya janji saya akan perbaiki, sebab saya nak jadi seorang yang bermanfaat untuk orang lain. Jadi, mesti bermanfaat untuk diri sendiri dulu..

Selesai perkara yang pertama.. baru yang pertama.. Ada lagi yang kedua.. hehe.. pada hari yang sama juga, setiap ahli kumpulan kami yang diberi nama U-Youth ni telah diminta untuk membawa buku berkenaan dengan biografi dan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w untuk dikongsi dan diambil manfaatnya bersama. Tapi sedihnya hari tu, hanya saya seorang saja yang tak ada buku untuk dikongsi.. kesibukan menyebabkan saya terlupa untuk mencari buku-buku yang bersesuaian. Semua orang bawa buku masing-masing yang dibeli, termasuklah coach kami, Kak Elin.. I’m so sorry ya Kak Elin and friends.. TAPI!! Minggu yang berikutnya, saya bawakan dua buah buku berkenaan dengan Nabi Muhammad s.a.w iaitu yang bertajuk “Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit” dan “40 Strategi Pendidikan Rasulullah.” Sebagai penebus kesalahan saya sebab tak dapat memenuhi tugasan yang satu ni.. Input daripada buku-buku ni,  nanti akan saya kongsikan dalam post yang seterusnya ok.. =)

Have a great day, everyone.. Assalamualaikum..

Best Quotes for Today..
“Beginning are usually scary and ending are usually sad, but it’s everything in between that makes it all worth living..”

My First Peer Coaching Session of Sahabat SERU

Assalamualaikum, semua.. Semoga dililmpahi rahmat Allah dalam cahaya Iman hendaknya.. =)
Hmm… Lamanya tak menjenguk blog ni, dah berhabuk dah.. biasala time-time study week ni, banyaknya topik nak kena recall balik.. Semoga dipermudahkan.. inshaAllah..
Oklah.. Back to the main point..  Sharing feeds hari ni, tentang Peer Coaching Session yang dah saya lalui selama empat minggu pada bulan lepas. Ingat lagi pasal Workshop Sahabat SERU yang saya ceritakan awal-awal dulu? Selama 4 sesi yang saya ikuti, macam-macam input yang saya dah dapat. Biar saya share ye pasal keempat-empat sesi tu.. Boleh ye? Ye?? Ye??? Hehe.. Sharing is caring.. =)
SESSION 1: GOAL SETTING..
Apabila bercakap tentang goal setting.. bayangkan….  Bagaimana nak menjaringkan bola sepak, bagaimana nak strike dalam bowling, bagaimana nak chat-mate dalam permainan catur.. dan, macam mana nak spite dengan baik masa main volley-ball (hah, favourite game tuu.. haha).
Analogi yang sangat tepat untuk diadaptasi dalam penetapan matlamat dalam hidup ni. Nampak macam benda simple kan.. tapi taklah semudah yang disangka.. Nak tetapkan matlamat, tak ada masalah.. tapi untuk capai matlamat tu, yang pipih takkan datang melayang betul tak?
-Focusing on The Outcome..  What is that I REALLY want to improve?
Ada 6 perkara pokok yang terdapat dalam aspek-aspek utama kehidupan yang saya perlu perbaiki.. Yup!! Sudah saya tetapkan..
1- Spiritual/ Religious Development.
2- Behavioral Development.
3- Health.
4- Academic Performances.
5- Personal & Leadership Development.
6-Extra-Curricular Involvement.
Rasanya tak perlulah saya terangkan panjang lebar di sini, sebab bahagian ni dah pun saya masukkan dalam post yang sebelumnya bertajuk “6 Most Important Aspects of My Life..”
-Specific Outcome.
Spesifikasi tentang diri saya yang selama ni saya rasa ianya terlalu membebankan dan menghalang potensi diri saya untuk terus maju ke depan iaitu rasa rendah diri. Bila berhadapan dengan kelompok yang ramai, mulalah saya menggelabah. Bukan sebab malu saja, tapi lebih kepada rasa takut, risau kalau-kalau saya buat silap.
Yup!! KESILAPAN.. Itulah perkara yang paling menakutkan saya bila perlu berhadapan dengan orang ramai.  Terlalu risau jika apa yang saya buat di hadapan orang lain akan jadi sangat tidak sempurna dan… Ya, memang selalu ada je yang tak kena.
Walaupun pada dasarnya saya ni jenis individu yang mementingkan kesempurnaan, tapi pada masa yang sama saya ni agak kelam-kabut orangnya, cepat menggelabah, dan er.. agak cuai. Itulah yang membuatkan apa yang saya nak buat, jarang meletakkan saya dalam situasi yang positif.. seriously!!
Saya juga suka menilai sesuatu perkara itu dengan pandangan yang rumit. Belum apa-apa dah memikirkan kesusahan dan benda tu sangat melecehkan. Jadi benda-benda yang macam ni lah selalunya merendahkan tahap keyakinan yang ada pada saya.
-Are the goal something you truly want, or are they something you think you should have or should be doing? If it’s a should, it may be a good goal.
Ooo..k.. Hmm.. Sebenarnya prinsip hidup saya selama ni mudah saja; usaha sehabis daya, mesti dapatkan apa yang diinginkan tapi jika tak berhasil, maknanya itu bukan rezeki.
Kalau saya rasa sesuatu yang saya inginkan itu penting dalam hidup saya dan pada masa yang sama ia juga bermanfaat untuk orang lain, saya akan gunakan apa saja yang saya ada, (pengalaman, pengetahuan dan kewangan untuk mendapatkannya). Jika ia tidak penting, maka sampai bila-bila pun ia adalah ‘tidak penting’ untuk saya.
Saya sedar hidup ini perlu ada matlamat yang jelas. Dalam apa-apa aspek sekalipun, kalau tidak berlandaskan matlamat, umpama berada dalam sampan di tengah-tengah laut, tak ada pendayung.. Maka terumbang-ambinglah tanpa tujuan.  Saya percaya, tak ada sesiapa pun yang nak berada dalam siatuasi macam tu, macam tu juga dengan saya.
Saya memang nak matlamat saya tercapai, sebab itu akan menjadikan hidup saya lebih bermakna. Masalahnya sekarang, nak mulakan tu yang rumit.
-Can you start and maintain this goal/outcome? Do you have complete control over achieving it? Obstacles and challenges?
Apa tu?? Maksudnya lebih kurang macam ni.. Boleh ke saya kekalkan matlamat dan hala tuju saya, dan apakah cabaran saya sepanjang saya berusaha untuk menetapkan matlamat tersebut?
Yes!! Saya memang dah ada planner sendiri tapi masalah yang selalu timbul adalah apabila ada saja perkara lain yang berlaku dan seringkali ia merubah rutin harian yang saya dah tentukan sepanjang hari tersebut. Ianya selalu saja menjadikan kerja-kerja saya tergendala. Dan lagi, apabila perkara yang saya rancangkan tu tak seperti apa yang saya mahukan, mulalah saya malas untuk teruskan lagi, lebih kurang macam fade-upla..
Untuk capai sesuatu matlamat, perlukan kebijaksanaan dalam menguruskan masa dengan lebih sistematik. Itulah yang saya cuba upgrade sejak dari semester pertama di universiti lagi. Memang banyak halangannya untuk saya menjaga ketepatan masa saya. Contoh, saya dah setkan dalam minda untuk sampai awal ke kelas, terutamanya pada waktu pagi, tapi ada saja situasi yang menyebabkan saya selalu gagal tiba pada waktu yang ditetapkan. Adalaa.. Rasanya tak payah sebut kot, nanti ada yang terasa.. huhu.. Sorry ye..
Cabaran yang seterusnya.. Moral support. Ini adalah aspek yang penting sebagai langkah awal untuk lakukan perkara-perkara yang positif. Contohnya bial saya beri makan kepada haiwan-haiwan terbiar. Contoh terdekat, kucing terbiar. Ada yang pandang sinis, kononnya saya buat perkara yang sia-sia. Bagi mereka, haiwan terbiar boleh hidup dengan sendirinya, tak perlu diberi makan, mereka tahu cari sendiri.. Mentaliti… haih, tolonglah…

-Who will you have to be to achieve this goal?
Sebenarnya ramai yang berpegang pada prinsip, “apa pun yang kita buat, kita perlu jadi diri sendiri.. Itu identiti kita yang tak ada pada orang lain.”
Absoloutely!! Saya setuju dengan pandangan tu, tapi bagi saya, selain berpegang pada prinsip “just be yourself”, pada masa yang sama saya rasa perlu ada “seseorang” yang memberikan kita inspirasi untuk berjaya sepertinya.
Dan untuk saya, memang ada ramai ikon yang saya jadikan role model yang selalu menaikkan semangat saya untuk terus berjalan.. walaupun cuma, little baby step journey.. hehe..
-Tun Mahathir.. Ya, walaupun apa yang saya ada sekarang jauh berbeza dengan pencapaian yang telah beliau lakukan, namun sifat-sifat ketokohan yang ada padanya yang saya ambil sebagai contoh iaitu tegas dalam mempertahankan prinsip, tak peduli pada cemuhan dan mementingkan kebergantungan terhadap keupayaan sendiri tanpa mengharapkan ianya datang bergolek dengan bantuan orang lain 100%.
-Sarah Joseph.. Saya admire dia sejak sekolah menengah lagi.. dan saya ingat lagi, ramai rakan-rakan saya mempertikaikan, kenapa saya begitu mengagumi wanita ini sedangkan tak banyak pencapaian yang dia lakukan. Dan lagi, ramai yang tak mengenali siapakan Sarah Joseph ini. Entahla, saya pun tak tahu kenapa saya memandang beliau sebagai seorang yang boleh dicontohi. Mungkin kerana aura yang ada padanya.. Mungkin.. tapi yang saya tahu, beliau adalah seorang saudara baru yang menghadapi banyak cabaran di awal pengislamannya. Dikecam keluarga, sahabat handai, kerana memilih Islam sebagai jalan hidup. Namun begitu,  beliau tak pernah berputus asa. Dari bawah, beliau bangkit dengan semangat yang masih utuh dalam diri, bertemankan kekuatan spiritual, hidayah kurniaan Allah.. semoga kita juga begitu.. dan kelebihan yang ada dalam bidang penulisan dimanfaatkan sepenuhnya di pada Fisabilillah… Alhamdulillah, dakwah beliau melaliu penulisan dan persatuan-persatuan NGO yang diceburi banyak mambawa kebaikan pada umat masa kini.. Sebab itulah saya mengaguminya hingga kini.

Ikuechi Aya..
-Aya-San..  sesiapa yang ada menonton filem I Lttre of Tears pasti akan tersentuh dengan semangat gadis Jepun ini. Berdasarkan kisah benar yang berlaku, ketabahan dan semangat juang untuk teruskan kehidupan tak pernah luntur walaupun menderita dengan penyakit  spinocerebellar degeneration. Beliau adalah seorang yang rajin berusaha dan sangat aktif sepanjang hidupnya. Pintar dalam pelajaran dan walaupun baru berusia lima belas tahun pada waktu itu, namun cara pemikirannya lebih matang berbanding remaja-remaja yang seusia dengannya. Sentiasa berinspirasi dan optimis dengan segala yang dihadapi hingga ke akhir hayatnya.
Encik Zakaria Said.
-Beliau menduduki tangga teratas dalam hidup saya. Abah yang amat saya kasihi. Tiada tolok bandingnya di dunia ini dan tiada ganti. Dialah yang memberi saya banyak inspirasi dan sumber kekuatan saya untuk bangkit daripada setiap kekecawaan, dia membimbing saya setiap kali saya jatuh dan dirundung kegagalan. He’s my hero. He’s my king, and he’s my everything. Pemergiannya pada 30/9/2011 yang lalu meninggalkan impak yang cukup dahsyat dalam hidup saya. Terasa seperti separuh nyawa ini turut hilang bersamanya.  Kerana selama hayatnya, hidup saya tak pernah sunyi daripada nasihat, “bebelan”, dan kasih sayang yang dicurahkan untuk kami sekeluarga. Ketiadaannya sedikit sebanyak menjadikan saya hilang arah pada awalnya. Namun yang pergi tetap akan pergi, tapi kenangannya tetap hidup dalam hati. Abah tetap ada, cuma perbezaan alam yang memisahkan.
Kata-kata semangat dan didikannya selama ini adalah kekuatan untuk saya terus bertahan. Dia mengajar saya untuk cekal sepertinya, kerana sepanjang hayat, dia tak pernah hidup dalam kesenangan, segalanya penuh dengan kepahitan, tapi dia tidak pernah abaikan tanggungjawabnya untuk membahagiakan kami sekeluarga.  Segala musibah diterimanya dengan hati yang lapang dan sentiasa berbaik sangka dengan takdir Tuhan tetapi berusaha keras untuk memperbaiki setiap kekurangan dengan tenang dan sabar. Dia tegas, tapi itulah kebanggaan kami. Abah kami tegas, tapi penuh dengan sifat penyayang, dan orang sekeliling sangat senang dengannya. Ya, kami bahagia.. kerana apa yang diberikannya lebih dari cukup.. didikan, kasih sayang, pengorbanan, kemanusiaan, sahsiah dan yang paling penting, agama.. itulah yang paling dititikberatkan arwah dalam membentuk kami adik-beradik sebagai insan yang patuh dan bermanfaat kepada agama dan sesama makhluk. My abah is the best in the whole world. And he’s been my inspiration forever..  Emak as well, 3x extra.. =).  I am proud and I feel blessed to be your princess..

What resources do you already have to help you achieve your gaol? (Things, people, personal qualities, skill, info finance, etc)
a) Keluarga/ Family members..
-First and a very foremost ! Mereka sentiasa ada untuk saya setiap kali saya dalam kesusahan
-tak pernah abaikan kebajikan dan keperluan saya dan sentiasa update dengan keadaan saya terutamanya sekarang bila saya jauh dari mereka. Jauh di mata je, tapi dala hati, “you are number one”
-Sumber kekuatan untuk saya teruskan perjuangan.

b) Iman / Faith.
-Kalau bukan kerana nak cari redha Allah dalam hidup ni, dah lama saya menyerah dan berputus asa. Tapi sikap itu bukanlah cirri umat Nabi Muhammad s.a.w yang sejati. Lantaran itu saya masih mampu bertahan.
-saya sedar, hidup ini amanah. Kejayaan juga menjadi tuntutan dalam agama selepas ibadah. Dan melakukan kebaikan kerana Allah juga dikira ibadah.

c) Sahabat Baik/ Best Friends.
Merekalah peneman saya di sini. Sepanjang di perantauan, kami sentiasa menyokong dan membimbing antara satu sama lain. Sahabat adalah keluarga kedua kita kan..
-mereka terima kekurangan saya. They truly accept me myself as who I am. Sentiasa membantu setiap kali saya bermasalah. Di sini (kampus), merekalah keluarga saya. Saya takkan mapu hidup sendirian walaupun saya cukup dari segi kebendaan. Sahabatlah cerminan peribadi, dan saling melengkapi..
d) Kewangan/ Finance.
-Memang betul, duit bukan segalanya. Tapi segalanya memerlukan duit. Dan duit takkan boleh beli semuanya di dunia ini, tapi tanpanya juga banyak urusan boleh tergendala. Ia adalah sebagai medium sokongan untuk kita mencapai matlamat yang diidamkan. Asalkan sumber dan salurannya adalah ke jalan kebaikan, insha Allah imbuhannya berlipat kali ganda.
e)Lessons Learned.
-kegagalan lampau banyak mengajar saya untuk tidak mudah menyerah kalah dan kuat meneruskan perjalanan hidup.
-saya lebih bermotivasi terutamanya sewaktu kecundang dalam SPM dulu. Dari situlah saya bulatkan azam untuk bangkit berjuang, dan. Alhamdulillah, now here I am. Pengalaman lampau akan tetap saya jadikan pedoman dan pengajaran berharga.

Itu saja untuk post kali ini.. Ma’assalam.. =)

Best Quotes of the day..
“Senyumlah seindah suria pagi.. kerana hangatnya menyenangkan bagi yang merasa tempiasnya.. “

Saturday 19 May 2012

Pengalaman sebagai Pengajaran.

Assalamualaikum w.b.t.. Semoga sentiasa dalam naungan kasih Ilahi.. =)

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Itu ayat yang biasa kita dengar setiap kali berlaku sesuatu yang kita tak jangka atau yang kita tak nak hadapi.

Kisah yang nak dikongsi ni berlaku dua hari yang lalu. Sewaktu selesai sesi Peer Coaching Sahabat SERU yang terakhir, saya ingat lagi, masa tu dah pukul 11.20 malam.. I repeat.. 11.20 MALAM.. Apa yang berlaku.. Haa.... Pada Suatu malam.. cewah, suspen je.. =P

Balik malam tu, tak seperti malam-malam Peer Coaching Session yang sebelumnya, biasanya saya dan seorang lagi rakan (Maheran) akan tumpang bermalam di kolej kawan kelas kami di Kk3. Tapi hari tu kami decide nak balik terus ke Kk9 sebab besok awal-awal pagi jam 8 ada kelas Hubungan Etnik. Takut tak sempat, nanti kelam kelibut jadinya.

Kebetulan, salah seorang rakan Peer Coaching kami (Atiqah Malik) offer dekat semua rakan Peer Coaching yang lain untuk hantar kami balik ke kolej kediaman masing-masing, sebab dia bawa kereta yang dipinjamkan seorang rakan Sahabat SERU yang tak dapat hadir malam tu sebab ada urusan di Singapore. Dipendekkan cerita, saya dan dua orang rakan dari kolej yang sama (Maheran dan Fatin) dihantar pulang menaiki kereta tersebut yang dipandu oleh Hazwan, dan Atiqah monitor di sebelahnya.

Masa mula-mula naik kereta tu, saya dah rasa selamat dah, sebab ada kenderaan nak balik kolej. Kolej 9 tu, kalau tak kuat iman di dada, memang seram jugak nak jalan balik tambahan pula malam-malam macam ni. Tapi perasaan cuak mula timbul bila Hazwan dengan jujurnya cakap.. "eh, korang.. saya tak tahu jalan nak pergi kk9 ikut main gate ni." dan tambah cuak bila Atiqah pun mencelah.."haah, harap kat korang je nak cari jalan ke kk9. kite pun memang serius tak tahu."

Ok... Saya dan rakan-rakan kk9 yang duduk kat belakang ni mula berpandangan antara satu sama lain. Pandangan yang penuh pengharapan. Saya berlagak cool je walhal dalam hati.. "habisla... habisla... aku pun tak berapa terror keluar ikut main gate UM ni nak balik kk9." Saya terbayang kalaulah kereta si Azim ni ada GPS, alangkah indahnya dunia.

Sambil membebel pasal tak berapa pakar jalan-jalan kat KL ni, kami mula sedar yang perjalanan kami semakin jauh daripada biasa. Tapi saya dah start hairan masa sampai depan stesen Universiti lagi, cuma saya tak rasa menggelabah sangat sebab yakin masih ada jalan nak ke pusing balik ke Petaling Jaya. Tapi lama kelamaan... Oh, tidak.. Tersesat sudah.. Tiba-tiba nampak pula sign board ke Ipoh dan JB. Dan tahu-tahu je dah sampai kat area Bangsar. Sah! Memang tersasar dari jalan yang benar.. wahhh.. Nak nangis!! T_T

Tapi saya still berlagak cool lagi, muka maintain ayu je sebab kalau saya gelabah, yang dua orang kat depan tu lagi la cuak. Walaupun yang tengah memandu tu sebenarnya asal sini jugak.. Tapi dia sendiri mengaku tak berapa mahir jalan-jalan kat KL ni sebab banyak simpang.. Betul tu, banyak betul simpang kehidupan kat sini, sampai tersesat.. hehe..

Berbekalkan kekuatan mental dan spiritual (cewah.. haha).. Kami cuba menenangkan keadaan dengan beristighfar, berdoa dan beselawat sebanyak-banyaknya. Tambah yang memandu tu, asyik "Bismillahirrahmanirrahim" tak henti-henti.. Memangla, waktu-waktu kritikal macam ni, tak ada yang lain kita letakkan pengharapan 100% kecuali pada Allah, kerana dia yang Maha Melindungi. Atiqah dan Fatin pulak, sibuk telefon kawan masing-masing untuk tanya, macam mana nak buat bila dah tersilap masuk jalan nak ke selatan. Dan Maheran.. "Takpe, boleh cari pelan-pelan.." Relaks je cik kak sorang ni.. Saya pula?? Mata dibuka seluas-luasnya melihat signboard yang ada di simpang jalan, berbekalkan dua "mata" tambahan.. Heeee... =)))

Berpandukan papan-papan tanda yang disediakan dan nasihat rakan-rakan yang dihubungi, kami mencuba nasib. Sambil-sambil tu saya perhatikan jam di tangan, dah pukul 11.41.. Lebih kurang 15 minit sebelum pintu pagar kk9 ditutup. Positif, Atikah.. Positif!! takpe semua orang tengah berusaha.. bak kata Maher Zain, InsyaAllah, ada jalannya!!

Lama kami berpusing.. Akhirnya ternampak satu singboard ke Petaling Jaya semula.. Syukur Alhamdulillah.. Tak lama lepas tu pulak jumpa simpang ke seksyen 18, hah.. Tu jalan Universiti.. Dah dekat dah.. Sabar, sikit lagi nak sampai.. Menara TM!!!!! Petunjuk konkrit kami dah kembali ke pangkal jalan.. hahaha.. hati mula berbunga riang, sambil kata syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. 10 minit kemudian, akhirnya... Sampai juga ke kk9 yang dicintai.. Amboi, dan-dan.. bak kata orang Kedah.. ^^

Kelakar jugak bila ingat-ingat balik.. Macam x-plorace pun ada.. Balik ke bilik, memang saya ketawa habis bila terkenangkan peristiwa tu. Lama saya termenung masa nak tidur, rutin biasa setiap hari.. sedar-sedar dah dekat jam 1 pagi, hah.. tak boleh jadi ni, esok mesti terlewat ke kelas. Haha, saya rasa saya tidur sambil senyum waktu tu, tanpa menyedari rupa-rupanya ada lagi perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Handphone saya tercicir dalam kereta Azim!! Astagfirullahalazim.. cuainya saya... Y_Y..

Dari pengalaman ni, ada beberapa perkara yang saya ambil sebagai pengajaran berharga. Pertama, kena belajar lagi untuk EXPLORE jalan-jalan di bandar-bandar besar terutamanya di KL ni. Silap jalan, sesatla jawabnya. Kedua, jangan cepat panik, bila terjadinya sesuatu yang mengusutkan fikiran, tak ada cara lain melainkan, TENANG... pujuklah hati supaya sentiasa tenang, dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah, kerana Dialah sebaik-baik tempat kembalinya segala masalah..

Ketiga, semangat berpasukan.. Bila jadi hal-hal yang macam ni, sebagai satu kumpulan yang berada dalam satu situasi yang merumitkan, mesti ada semangat saling mendukung antara satu sama lain. walaupun masing-masing dalam keadaan blur masa tu, tapi.. A brain can think something, but a team can do many things.. Apa yang penting,, KERJASAMA!! (lama betul tak tengok wonderpet..=P).

Pengajaran yang keempat, jangan ingat bila selesainya satu-satu masalah, maka berkhirlah semua kesulitan.. Ada lagi dugaan yang menanti dan ia menuntut kita BERFIKIR dengan lebih MATANG dan BERJIWA KENTAL bagi menghadapinya. Life is full of challenges, as long as you dare to face it with strength and positive thinking, you'll survive.. 

Dan pengajaran terakhir... Don't be so clumsy, tolonglah.. ><.. Sebagai contoh, saya tertinggal telefon dalam kereta Azim malam tu.. Aduhai.. cuai betul Atikah Zakaria ni... Hmm, tapi Alhamdulillah, nasib tercicir dalam kereta Azim, bolehla dapat balik, kalau terjatuh atas jalan,  tak tahulah..Huru hara hidup saya sepanjang hari tu.. Terima kasih kepada yang membantu pulangkan semula boyfriend ketiga saya tu ye Hazwan dan Atiqah.. hehe..  Peace.. ^_~ v

Have agood day everyone.. Assalamualaikum..

Best Quotes of the Day..

"Semalam jadikan pedoman, hari ini teruskan perjalanan, dan esok melangkahlah dengan penuh impian.."

Saturday 12 May 2012

My Goal: 6 Most Important Aspects of My Life that I Want to Improve it Better.

Spiritual/Religious Development.
sebagai seorang  muslimah, proses untuk memahami dan mendalami ilmu agama adalah yang paling asas. Agama itu identiti bagi masyarakat yang bertamadun. Pincang agama, maka pincanglah hidup dunia dan akhirat. Masih banyak ilmu keagamaan yang belum saya ketahui sepenuhnya. InsyaAllah, saya akan terus belajar dan belajar lagi sebab saya nak berdiri seiring dengan wanita-wanita solehah di luar sana. Biar generasi umat Muhammad lahir sebagai hamba-Nya yang bertaqwa, berilmu, berjaya dan bahagia.

2. Behavioral Development.
Saya nak jadi diri sendiri. Tapi pada masa yang sama saya juga perlu berubah. Ya! Manusia tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan, kerana proses belajar itu sentiasa berterusan dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Saya bermatlamat untuk mengikis semua sikap negative saya; terhadap keluarga, rakan-rakan, persekitaran, dan masyarakat. Sifat ego, cuai, dan suka mengkritik sesuatu yang tidak memuaskan sudah menjadi keperibadian saya. Tapi saya percaya semua itu boleh diubah jika saya berkehendakkan ia berlaku. Perlu lebih banyak senyuman agar hidup sentiasa ceria dan positif.. =)


3.Health.
Ini yang paling merisaukan. Kesedaran untuk lebih peka terhadap kesihatan itu memang ada. Cuma ada kekangan yang menghalang matlamat kualiti kesihatan untuk dicapai dengan sebaik mungkin. Saya nak dapatkan berat badan yang ideal. BMI saya tak stabil ok. Tengok pun dah tahu. Bukan untuk nampak cantik dipandang saja. Tapi untuk kesihatan sepanjang usia. Health is wealth.. Tak boleh dibeli walaupun kita adalah manusia yang paling kaya di dunia!


4. Academic Performance.
Sejak kecil saya memang kurang progress dalam pelajaran. Saya suka belajar, tapi selalunya saya kecundang di tengah jalan, mungkin tidak yakin dengan keupayaan dan potensi diri. Tapi saya yakin dengan konsep usaha tangga kejayaan. Allah tidak akan mengubah nasib hamba-Nya jika hamba-Nya sendiri yang tidak mahu berubah. Pelajaran itu penting. Ianya tuntutan dan amanah dalam kehidupan. I want dean list! Dengan itu saya akan lebih serius dalam study. Plan A, setup a startegi.. Wake up from a day dreaming..!!!


5. Personal and Leadership Development.
Saya akan lebih bersikap professional dalam tugasan berkumpulan. Terutamanya jika diberi tanggungjawab sebagai ketua kumpulan. Perlu lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam memimpin sesuatu kumpulan atau organisasi. Nak pimpin diri sendiri dengan sebaik mungkin terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain. Saya mahu lebih bermotivasi. Walaupun saya bukanlah orang yang berpengaruh dan bijak pandai yang sejati, tapi permulaan secara sedikit-sedikit itu mampu membawa perubahan yang lebih besar. Doesn’t matter how does we look, it is how we look into ourself.


6. Extra Curricular Involvement.
Emm… Masih tercari-cari aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan. Fotografi ke. Rasa macam nak aktif balik tae-kwando dengan volleyball macam masa sekolah menengah dulu.. Harap dapat tetapkan masa dengan lebih fleksibel untuk itu. Mungkin lepas ni dapat fit kan balik badan macam dulu semula.. Tapi bab-bab bersukan ni memang saya kurang sikit. Saya lebih suka aktivitis kemasyarakatan macam program sukarela ke, aktivis sosial, penulisan, seni lukis, saya minat walaupun bakat tak seberapa.. At the same time, saya akan berusaha menyambung semula penulisan novel saya yang tergendala sejak dua tahun yang lalu.. kesibukan rutin seringkali menjadikan saya lupa dengan minat yang tersemai sejak lama. And I think that this is the right time to finish lots of thing that I’ve started..