Thursday 30 August 2012

Congratula​tions Atikah! YOU are officially a REAL Sahabat SERU!

Assalamualaikum..!! ^_^


"Congratulations to YOU for committing yourself to the REAL Sahabat SERU program.

We are happy to inform YOU that we will be officially recognizing YOU as a REAL Sahabat SERU at the DTC on the 6th of September 2012 (Thursday). YOU will need to report to UM on the 5th of September 2012."
 
Yes!! Alhamdulillah.. Saya dah terpilih.. ^_^ Terima kasih Abang Amirul dan Kak Elin sebab percaya pada komitmen saya, InsyaAllah, I'll do my best in this.. dan saya akan jadikan apa yang saya belajar daripada program Sahabat SERU ni sebagai guideline untuk saya terus maju dalam apa juga bidang yang saya ceburi.
 
Thank you, thanks, thanks, thanks and thanks again.. =)
 
 

How are you building your life?

Assalamualaikum..

More moral story that I want to share with you..

An elderly carpenter was ready to retire. He told his employer-contractor of his plans to leave the house building business and live a more leisurely life with his wife enjoying his extended family.

He would miss the paycheck, but he needed to retire. They could get by.
The contractor was sorry to see his good worker go and asked if he could build just one more house as a personal favor.

The carpenter said yes, but in time it was easy to see that his heart was not in his work. He resorted to shoddy workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end his career.

When the carpenter finished his work and the builder came to inspect the house, the contractor handed the front-door key to the carpenter. “This is your house,” he said, “my gift to you.”

What a shock! What a shame! If he had only known he was building his own house, he would have done it all so differently. Now he had to live in the home he had built none too well.

So it is with us. We build our lives in a distracted way, reacting rather than acting, willing to put up less than the best. At important points we do not give the job our best effort.

Then with a shock we look at the situation we have created and find that we are now living in the house we have built. If we had realized, we would have done it differently.

 Think of yourself as the carpenter. Think about your house. Each day you hammer a nail, place a board, or erect a wall.

 Build wisely. It is the only life you will ever build. Even if you live it for only one day more, that day deserves to be lived graciously and with dignity.

The plaque on the wall says, “Life is a do-it-yourself project.” Who could say it more clearly? Your life today is the result of your attitudes and choices in the past. Your life tomorrow will be the result of your attitudes and the choices you make today.

Source: Inspiring Stories

The Important Things in Life.

Assalamualaikum..

I've read an article about an inspiring stories.. Tetiba cakap orang putih pulak hari ni.. =P

This is quite a good story to motivates us about... The Important Things in Life.

A philosophy professor stood before his class with some items on the table in front of him. When the class began, wordlessly he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with rocks, about 2 inches in diameter.

He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was.
So the professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles, of course, rolled into the open areas between the rocks.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.
The professor picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else.

 He then asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous “Yes.”

“Now,” said the professor, “I want you to recognize that this jar represents your life. The rocks are the important things – your family, your partner, your health, your children – things that if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter – like your job, your house, your car.
The sand is everything else. The small stuff.”

“If you put the sand into the jar first,” he continued “there is no room for the pebbles or the rocks. The same goes for your life.

If you spend all your time and energy on the small stuff, you will never have room for the things that are important to you. Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children. Take your partner out dancing. There will always be time to go to work, clean the house, give a dinner party and fix the disposal.

Take care of the rocks first – the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.”

Source: Inspiring Stories..

So.. I'm choosing the rocks.. Yeah.. Lets rock it!!

Hari Terakhir di Tadika..

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari terakhir saya bekerja di tadika, untuk tahun ni.. InsyaAllah, cuti semester yang akan datang, kalau saya ketagih nak mengajar, saya buatla lagi part time kat sana.

Hari ni kalau diikutkan budak-budak tu tak belajar, sebab hari ni puan pengetua adakan jamuan hari raya Aidilfitri dan sempena hari terakhir saya di situ.. Seronok saya tengok suasana di tadika hari ni, lebih warna warni daripada biasa, sebab.. semua orang pakai baju raya, dan anak-anak murid yang lebih bergaya sakan berbanding cikgu-cikgu! Bestnya!! ^_^ (haha, jelous lebih tepat =P)

Semua orang bawa makanan masing-masing untuk dikongsi antara satu sama lain. Puan Pengetua sponsor nasi tomato dan minuman, yang lain-lain bawa kuih raya masing-masing dan ada juga ibu bapa yang murah hari sponsor kek sempena hari raya.. Saya? Saya bawa perut yang kosong tak diisi je. haha.. Tak la, saya bawa kek coklat kukus yang saya berjaya buat untuk pertama kali selama 21 tahun hidup sebagai Atikah Zakaria. Thanks to my beloved best friend, Maheran for the awesome brownies recipe, ^_^.. Sharing is caring.. =) Alhamdulillah dapat sambutan, sampai ada yang nak tapau bawa balik untuk family, termasuklah puan pengetua. Kembang hidung bila semua orang sukakannya.. Alah, macam lah orang lain tak pandai buat kan.. =P

Em.. Pastu apa lagi eh? Ha.. Hari ni jugak ada pelajar yang bau nak mendaftar. Kalau tak salah, umur dia 4-5 tahun. Mungkin masuk tadika minggu depan, mungkin jugak tahun depan.. Tak tahulah, yang pasti, saya tak sempat mengajar budak sweet tu.. Danish? Anis? Ntahlah, tak pasti.. Yang penting, dia memang sweet dan mudah mesra, first time jumpa, dia tak kekok pun, apa yang kami tanya, semua dia jawab dengan happy, macam tak sabar nak masuk tadika.. Ecxited pulak tu bila saya ajak bergambar..

Masa nak balik tadi, rakan sekerja, kak Aisya suruh semua pelajar bersalam-salaman dengan saya, salaman istimewa sebab katanya.. "lepas ni cikgu Atie dah tak ada kat tadika.. kamu akan dapat cikgu baru nanti." Ada yang tanya "kenapa?" so saya jawablah "cikgu kena balik universiti.."
"Cikgu nak buat apa kat situ?"

"Cikgu nak belajarlah, macam kamu jugak.. Belajar membaca, menulis, mengaji.."

"Oh, cikgu nak pergi sekolah cikgu ke?"

Hahaha.. Geli hati saya.. Hmm.. Lebih kuranglah sayang oi.. Yang penting perjuangan kita sama, nak berjaya dalam hidup dan jadi insan berguna, cuma tanggungjawab cikgu lebih besar sebab perjalanan cikgu di dunia ni dah semakin jauh dan panjang.. Nanti bila dah besar, fahamlah mereka kenapa saya selalu datang dan pergi bila tiba masanya. Dan.. Agak touching la bila ada seorang pelajar perempuan yang tanya.. "Habis tu nanti macam mana? Intan nak mengaji dengan siapa?" Mata dah kuyu..Sayu.. saya pun cakapla.. nak sedapkan hati.. " Nanti cikgu Biah akan ajar sementara nak dapat cikgu baru."

"Emm.. Cikgu ni kejap datang, pastu dah nak pergi.. Hmm.. =(" haha.. Intan, Intan.. Intan payung.. sedih eh.. Alah, kejap je tu, esok lusa kepoh balik la..

Intan tu memang, drama queen.. Maybe dia dah selesa kot dengan saya sebab saya selalu melayan kerenah dia yang suka buat loyar buruk tu, dan saya selalu guna formula-formula tertentu untuk memudahkan dia ingat bacaan-bacaan yang saya ajar.. Sebabnya dia adalah antara pelajar yang paling susah nak ingat apa yang dia belajar.. Selalu lupa, so saya buat satu stail special untuk dia, sekarang alhamdulillah.. Dia dah makin improve.. Kinda proud of her.. Dan formula tu saya dengan dia je yang tahu.. hehe.. adalah..

Haih, cepat betul masa berlalu kan.. Bukan merungut, cuma.. Terasa berat nak tinggalkan semuanya yang di tadika tu.. Tapi macam manapun saya masih punya tanggungjawab yang lebih besar, untuk masa depan, dan untuk hidup ni.. Semoga semuanya berjalan sebaik mungkin..

That all for now.. Maassalam.. ^_^

Best Quotes of the Day

"There are many things in life that will catch your eye.. But only a few will catch your heart.. Pursue those.. "

 
Mulanya nak bergambar dengan Faris je (baju coklat). Dah semua interframe.. Takpela, lagi ramai, lagi meriah..


 
Port favourite kalau nak melepak time rehat.. Tapi, hah.. takdak maknanya.. huhu..
 
 
Inilah Kak Aisya.. Jurang umur kami memang jauh, tapi saya paling rapat dengan dia di tadika ni..
 
 
 
Terasanya diri tinggi, bila berdiri dengan orang yang kecik molek belaka..
Dari kiri, saya, Kak Aisya (dah tukar baju sebab ada pelajar muntah atas baju dia.. So sorry.. Y_Y), Puan Pengetua ( Cigu Rubiah) dan Kak Rubi
 
 
Rakan 1 Malaysia, Cikgu Revati.. Senior saya di tadika, dan senior saya masa seolah menengah, juga jiran satu taman perumahan.. Kebetulan betul.. =)
 
 
 
 
Inilah buah hati paling baik, comel, bijak dan lemah lembut dan segala-galanya.. Qistina, hope to have as sweet niece as you are..
 
 
 
 
Bergambar kat depan pintu, lighting tak clear.. So...
 
 
Tukar kat sini pulak.. baru ok sikit.. ^_^
 
 
Inilah bakal pelajar baru yang saya cakap tadi, Danish? Anis?? Not pretty sure, pelat bayi dia pekat lagi.. Bila tanya nama dia jawab, "er.. a..nii..s"
 

Wednesday 29 August 2012

Diam Tak Diam..

Assalamualaikum.. ^_^

Alhamdulillah.. sedar-sedar, dah nak masuk 3 bulan saya habiskan cuti semester di sini. Rabu depan dah nak balik ke UM.. Yeay!! I'm gonna cry again.. huhuhu.. Dan segala persiapan nak balik ke sana masih tak sampai pun 50% daripada 50% daripada 100% .. hehe.. Mood beraya? Oh, yeah!! Tak jugak.. =( It is more to er.. Saya rasa belum puas memporak perandakan bilik saya tu dengan aktiviti lepak sambil termenung fikir masa depan, sambil makan jajan.. hahah.. Tak hairanlah badan saya makin naik macam kek yang dibuat menggunakan tepung naik sendiri.. Memang naik sendiri.. Isk isk isk.. Y_Y.. Kak Elin jangan terkejut ye tengok saya nanti.. Susah saya nak elak dilayan bagaikan tuan puteri di rumah ni.. Semua kak ngah punya pasal.. Ada ke, hari-hari bawa balik makanan sedap-sedap, pastuh paksa saya makan, kalau tak makan dia cakapla something yang buat saya touching, ayat pasrah konon saya tak suka balik rumah.. Sedih konon, sedihla takut saya nanti lagi comel dari dia.. Ciss!! ><

Hari ni di tadika macam biasa,.. Eh, tak, tak.. Tak biasa.. Hari ni luar biasa sikit sebab buat pertama kalinya sepanjang saya mengajar di situ, saya buat pelajar saya menangis tersedu-sedan.. Isk, isk.. Sedihnya.. Tak tahulah kenapa, nak kata saya moody, tak jugak, nak kata si Shahrul Hakimi tu terlebih sensitif sikit, pun tak jugak.. Mungkin dia terkejut kot sebab first time ever, saya tinggikan suara, lebih tepat, saya bentak dia sebab dia sangat main-main semasa saya mengajar.. Ingat lagi pasal kenakalan Naufal yang saya post dulu? Hah, lebih kuranglah perangai dia, tapi Naufal tu jiwa kental, hentam jela macam mana pun, takdenya perasaan nak sentap, di"psiko"nya orang lain adalah..

Tapi si Shahrul ni lainlah, ok fine.. He's quite stubborn and naughty, normal la kan.. Bila saya tegur, dia buat tak tahu, tak nak mengaji, main-mainkan saya.. Dekat setengah jam handle dia tapi tak ada hasil, saya pun separuh tak sengaja terus "bang" meja tu dengan tangan saya. Ok, sakit jugak.. huhu, patutnya saya yang nangis, tapi terbalik, Shahrul pulak yang meraung macam kena pukul sakit-sakit.. Mulanya saya cuak jugak.. Saya dah buat budak senakal Shahrul menangis teresak-esak. Terfikir jugak nak pujuk, tapi saya takut nanti bila dah pujuk, makin melampau.. So saya biarkan sekejap, biar dia muhasabah diri.. Boleh ke?? hehe.. Lama dia menangis, dan bila saya tengok macam dah ok, saya gosok belakang dia dan cakap..

"Cikgu marah sebab cikgu sayang, macam mama marah Shahrul, tapi mama Shahrul tak benci Shahrul pun kan?" huh, klise.. what to do, I have to..

Dia angguk perlahan sambil teruskan bacaan dengan suara serak sebab nangis, mesti dia takut saya marah lagi sebab dari awal lagi dia dah tahu, suara saya akan meninggi kalau dia ambil masa yang lama untuk membaca.. Saya biar je respon dia, lepas tu saya tengok dia menangis semula dengat sekuat hati.. Kesian pulak saya tengok, bersalahnya rasa, sebab dengan.. Yelah.. budak umur 6 tahun tu pun saya gagal tolerate.. Saya ni memang tak ada bakat keibuan kan?

Saya pun suruh dia berhenti membaca dan saya consult dia sepatah dua ayat, dan saya yakinkan dia bahawa marah saya pada dia sebab saya nak dia jadi baik, dan saya sayaaaaaang dia sepenuh hati.. Then, saya tanya dia "Sayang cikgu tak?" well, saya terima kalau dia cakap "tak!" tapi terharunya bila dia angguk dan datang dekat saya sambil cakap "sayang.."

Budak-budak, marah je macam mana pun, tapi at the end of the story, diorang tetap nak bermanja-manja dengan kita jugak.. Diorang macam boleh tahu je, yang mana sayang dan yang mana benci.. Dan saya harap mereka faham bila orang yang lebih dewasa kadagkala perlu bertindak tegas di sebalik kasih sayang yang dilimpahkan.. Supaya tak ada yang lebih-lebih.. Just nice.. hehe.. Boleh tak macam tu?

Hmm.. Sedihnya esok dah last day for teaching.. Kindergaten.. Gonna miss you a lot!! Thats all for today.. Maassalam.. =)

Thursday 23 August 2012

Seronok Beraya??

Assalamualaikum..

Yup!! Seronok.. Beraya dengan family tu jangan cakapla.. Takde yang tak seronok dapat sambut lebaran dengan keluarga.. Dan keseronokan bertambah-tambah lagi bila saban tahun berjumpa semula dengan rakan-rakan seperjuangan masa sekolah dulu. Baik yg dari SMKTP atau SMKTATAR, every moment was the best ever.. memang reunion tahunan yang sangat gempak..

Hari ni kami melawat Cikgu Sahidan di Hospital, bekas guru Geografi merangkap bekas guru kelas masa form 3 dulu.. Kami dapat tahu cikgu masuk hospital sebab masalah kekurangan darah dalam badan, semuanya sebab ketumbuhan di bahagian usus. Terkejut jugak masa mula-mula dapat berita ni, kami tahu pun lepas pergi ke rumah cikgu semalam, kalau tak memang tak tahu menahu langsung. Tak sangka sekali lagi saya dapat berita mengejut.. trauma tak habis lagi sebenarnya, saya tak bolehla dengar news macam tu, nak nangis je rasa.. Faham-fahamlah.. Alhamdulillah masa melawat tadi, nampak cikgu boleh bercakap macam biasa, sempat lagi bergurau pasal.. er.. tak ingatla pulak, takpe yang penting semua happy kan  ^_^.. Saya doakan semoga cikgu cepat pulih dan gigih mengajar macam dulu..

Sebelum pergi hospital tadi, kami bertandang ke rumah ustazah dan bekas guru kimia kami masa form 5 dulu. Seronoknya dapat jumpa guru-guru.. Terasa berkatnya ilmu yang dipelajari bila tengok cikgu-cikgu tumpang gembira dengan pencapaian kami semua.. Syukurlah, masing-masing ada kisah menarik dan sangat membina untuk dikongsi.

Dan untuk kesekian kalinya, saya terpukul lagi dengan soalan-soalan cepumas berkaitan dengan pengajian saya di bumi UM tu. Salah sorang cikgu saya tanya, kursus yang saya belajar sekarang ni, nak boleh kerja apa nanti bila dah grad? Sentap? taklah, buat apa nak sentap-sentap, betullah soalan tu. Itu tandanya cikgu saya prihatin tentang masa depan saya. Mungkin mereka risau, subjek yang saya pilih ni tak menjanjikan masa depan yang cerah macam orang lain. Tak terlintas pun nak simpan dalam hati tentang itu, semua orang berhak mempersoalkan Saya dah lama prepare dengan soalan-soalan kbkk macam tu, sebab saya sedar, bukan semua orang sudi terbuka dengan jalan hidup yang kita corakkan.

Saya percaya konsep rezeki, takdir dan peluang. Memanglah apa yang kita dapat adalah hasil daripada apa yang telah kita usahakan sebelumnya tapi.. Tapi.. Tapi.. kita juga dilahirkan untuk pelbagai potensi, yakni, potensi untuk cemerlang dalam bidang masing-masing. InsyaAllah, saya yakin dengan jalan yang saya lalui, walaupun mulanya terus terang, ini bukan apa yang saya kehendaki.. hmm.. Orang selalu cakap, kita takkan dapat semua yang kita nak 100 peratus, kita hanya diberi apa yang kita perlukan, semuanya dah ditetapkan.. Allah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.. Dia dah sediakan yang terbaik untuk kita di hadapan sana, kita cuma perlu memilih untuk teruskan perjuangan, atau berhenti di separuh jalan. Dan saya memilih untuk teruskan perjalanan saya, berjalan dan berjalan tanpa henti selagi hayat ini masih diizinkan-Nya. Sebab hidup saya, susah atau senang sayalah yang akan menanggungnya sendiri.. Uhh.. Dejavoo??

Menuntut ilmu memanglah untuk kesenangan hidup.. Tapi kesenangan hidup yang macam mana ye? Kerja? Gaji? Material? Semua tu kesenangan sementara, yang didambakan adalah keseronokan dan perasaan puas apabila diberi peluang menimba setitis ilmu yang dipinjamkan Tuhan.. Semoga bermanfaat. Selalunya kata-kata yang mengusik hati, kadangkala akan menjatuhkan semangat juang yang dipertahankan selama ni. Namun bagi saya, ini peluang baik, terbaik! untuk saya tingkatkan usaha dan buktikan pada mereka di luar sana, yang di luar bidang saya, InsyaAllah saya akan berjaya dan bahagia dengan apa yang saya perjuangkan sekarang. Takde niat nak riak ke atau bangga diri, tapi saya dah immune dengan kritikan, tak kisahlah apa assumption orang terhadap saya, dan saya sangat hormat dengan kritikan cikgu saya, saya anggap ianya pendorong untuk terus maju. Kritikan yang membina akan saya pegang dan saya jadikan prinsip, kritikan pesimis, juga saya pegang dan jadikan prinsip, akan saya jadikan ia sepositif yang mungkin..

wahh.. kisah beraya dan jadi karangan motivasi ke apa? hahaha.. saja je nak berkongsi. Terima kasih, kerana terus menjadikan hati saya seperti tanah liat (huh?? apakah? hehe =P).. Sebab, semakin lama dibakar api, semakin ia kuat dan tahan lama.. =).. k, maassalam..

Best Quotes of the Day..

















Saturday 18 August 2012

Di Ambang Syawal..

Assalamualaikum.. Salam Lebaran semua.. Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab terhadap rukun Islam ketiga kita.. Harap hari kemenangan yang bakal disambut esok mengembalikan kita ke fitrah insani sepenuhnya..

Tak dinafikan raya tahun ni memang suram sebab, yelah.. Tak nak mention boleh?? I believe you guys knew it kan.. =).. Sambut, ya.. Memang sambut, cuma ala kadar.. Tak kan semeriah tahun-tahun sebelumnya dah. Lagipun tahun ni kami cuma bertiga,.. emak, kak ngan dan Atikah Zakaria.. Kak long pula tahun ni giliran dia beraya di kampung mertuanya di Kluang.. dan hanya akan pulang pada cuti 16/9 nanti. Hmm.. Tak sempatla nak jumpa kakak saya yang sorang tu.. Sunyi jugak, dan part yang paling sedih, saya nampak mak menangis lepas bercakap dengan kak long dalam fon tadi.. Walaupun mak tak tunjuk, tapi saya tahu, mak rasa sunyi sebab memang tak lengkap lebaran tahun ni..Takpelah, saya harap kak long bergembira beraya dengan keluarga mertuanya.. Huh, cool Atikah, cool..


Ok, semua tugasan part saya dah siap, daripada proses membersihkan ruang depan, pasang langsir, basuh karpet, kemas bilik, mandikan meow (hehe, meow pun nak raya jugak.. =P).. dan kejap lagi, habis je mengupdate ni, masa untuk mengisi kuih raya di dalam balang-balangnya.. Dan lepas tu, yeay.. Tidur!! Ok, rendang daging emak belum masak lagi.. Owh, lemahnya part masak-memasak nih.. Hehe.. =D

Esok, lepas sembahyang raya, InsyaAllah kami akan ke kubur arwah abah sebelum ke rumah sanak-saudara dan pulang ke kampung mak tok.. Tapi maybe tak tidur sana kot, sebab sepupu sebelah emak dari Perak semuanya nak turun ke Jitra. Harap esok semuanya berlangsung dengan gembira.. Dan semoga semua orang beroleh berkat di Aidilfitri yang mulia ni.. Selamat Hari Raya, minal aidil wal faizin.. Maaf Zahir dan Batin.. Maassalam.. =)

Wednesday 15 August 2012

Janganlah Terlalu Paranoid..

Tadi masa nak buat ujian QTI kereta, ada lah terjumpa dengan sorang budak perempuan ni. Dia pelajar lepasan matrik dan tengah tunggu tarikh nak mendaftar di UNIMAS bulan depan. Bercerita dan berkongsi pengalaman belajar sebelum dapat tawaran ke universiti, sangat menarik sebab pengalaman belajar kami memang tak sama.

Dalam dok bercerita tu ada jugak dia luahkan rasa gementar dia sebab pertama kali akan berjauhan terus dengan keluarga sebab selama dia belajar, walaupun tinggal di asrama, tapi dekat je dengan keluarganya, dan setiap minggu ibu dia akan datang melawat di asrama. Tapi lepas ni memang tak akan ada lagi semua tu sebab dia akan merantau ke seberang laut (walaupun masih dalam semenanjung ni) untuk tempoh 3 tahun 1/2 lagi.

Gementar sebab.. Pertamanya, jauh dari keluarga.. Kedua sebab tak tahu keadaan di Sarawak tu nanti macam mana. katanya lagi, sejak menerima tawaran keamsukan ke sana, saban hari dia dimomokkan dengan cerita kurang enak berkenaan dengan keadaan persekitaran dan masyarakat di Bumi Kenyalang itu.

Ikutkan hatinya, nak saja dia menolak tawaran tersebut tapi apakan daya, kalau dia reject, mungkinpeluang keemasan untuk belajar di menara gading akan terpadam. Semuanya sebab dia rasa terlalu takut dan risau dengan kedaifan hidup di tempat yang terkenal dengan kawasan pedalaman yang luas dan petempatannya yang tidak membangun. Dia cakap lagi, ramai orang cakap keadaan di bandar Kuching boleh digambarkan sebagai Melaka yang tidak maju.Senang cakap, kekampungan. Dan dia cakap lagi, kawan-kawan dia kata nanti kena tinggal dalam rumah panjang dan hidup dengan masyarakat bertelinga panjang.  Oh, come on la.. Ceteknya pemikiran! Macamlah teruk sangat duduk dalam rumah panjang. Budak tu pergi UNIMAS, tinggal dalam kampus, bila masanya pulaklah kena tinggal dengan orang telinga panjang. Kalau pun di sana nanti bertemu dengan orang macam tu, siapa kita untuk menghina kebudayaan masyarakat lain dan merendah-rendahkan mereka. Etnosentrik namanya tu!! ><


Inilah masalah orang kita. Kalau bab mengutuk tu nombor satu. Orang yang bercakap tu pun bukannya pernah jejakkan kaki ke sana nak describe tempat orang macam tu. Lagipun sekarang ni banyak kawasan di Sarawak yang semakin membangun. Dan saya cakap pada budak perempuan tu, zaman sekarang dah ramai rakyat di negeri bumi Kenyalang tu dah jadi kaya raya sebab mereka dah maju dari aspek ekonomi. Sana sini orang berniaga, mereka kaya dengan sumber alam yang berharga yang susah dan memang tak ada di Semenanjung ni. Aspek pendidikan pun dah berkembang dan apa yang saya lihat sepanjang pengalaman saya berkawan dengan teman-teman dari Sabah dan Sarawak ni, cara berfikir mereka cukup bagus, mereka tahu banyak perkara dan lagi, walaupun bukan semua tapi hampir keseluruhan rakan-rakan dan penduduk Sabah Sarawak yang saya kenal fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Di Sabah pula, memang tak dinafikan kadar kemiskinan rakyat di Sabah adalah antara yang paling tinggi di Malaysia, tapi bukan bermakna mereka tu masyarakat yang tidak bertamadun. Mereka ada kelebihan mereka sendiri. Hidup dalam keadaan dikelilingi petempatan yang masih belum membangun, memberikan mereka kelebihan dalam mengenali alam semula jadi dengan lebih sempurna berbanding masyarakat yang tinggal di bandar. Ya, memang masih ramai yang tinggal di dalam kampung, dekat dengan hutan, dekat dengan pulau. Rumah nelayan di atas laut, tapi itu memberikan satu kelebihan untuk mereka menguruskan khazanah alam yang wujud sejak beribu tahun dahulu dengan kepakaran mereka sendiri, yang mungkin masyarakat yang dianggap maju macam kita ni tak mampu lakukan.

Walaupun mereka orang kampung yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan masih ramai yang berpegang pada adat lama dan kepercayaan masing-masing daripada apa yang diwarisi turun-temurun, tapi itu bukanlah bermaksud mereka terus tertinggal jauh di belakang dalam urusan kelestarian hidup. Mereka masih ada adat, adab dan budaya yang mencorakkan nilai yang ada dalam diri mereka. Mereka masih menghormati orang lain, cuma mengikut resam budaya masing-masing yang memang dijadikan Tuhan berbeza-beza suapaya kita dapat saling berkenalan dan mengambil apa yang boleh dijadikan contoh teladan yang baik daripadanya. Dan mereka juga sentiasa ingin berusaha untuk maju dalam hidup. Yang diperlukan adalah sokongan moral dan bimbingan untuk terus maju dalam hidup melalui usaha penambahbaikan dari segi prasarana.

Tak sangka dalam kemajuan zaman teknologi hari ini pun, masih ramai pihak yang tidak henti-henti memberikan interpretasi yang kurang molek didengar tentang masyarakat pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. "Orang Sabah Sarawak tu kaum nomad", "hidup atas pokok", "Telinga panjang", "tempat kotor". Apa ni?? Zaman dah berubah, tak ada lagi isu macam tu, malah orang peribumi pun dah pakar gunakan teknologi macam kita. Kalau betul pun benda macam tu masih wujud, sekurang-kurangnya janganlah menghina. Bayangkan apa perasaan sahabat-sahabat kita dari sana yang mendengar orang di sini keluarkan statement negatif macam tu secara berlebih-lebihan. Keciklah hati mereka. Saya pun terasa jugak sebab salah seorang best friend saya dari Sabah, sedih saya bila diorang cakap masyarakat di situ macam tu. Sama lah macam dia menghina sahabat saya, menghina sahabat saya, bererti menghina saya jugak. Sakitlah, berdesing telinga saya dengar dia cakap macam tu tadi. But truly, I never blame her.. Apa yang dia cakap tu berdasarkan apa yang dia dengar dari orang sekeliling.

Sebenarnya tak kiralah di mana pun kita tercampak, di pulau, di lombong emas atau di tengah gurun padang pasir sekalipun, jika kita bijak membawa diri dan beradab.. InsyaAllah, Tuhan akan pelihara kita.. Lagipun di UNIMAS tu tak kurang hebatnya macam IPTA di Semenanjung, malah mungkin lebih advance, lebih besar dan banyak facilities.. Saya dengar satu tarikan yang ada di UNIMAS tu, mereka ada pusat bowling mereka sendiri.. Kita nak main nowling? Kena keluar pergi ke bowling center atau mall yang tersedialah jawabnya.

Saya suruh budak tu fikir balik, kelebihan merantau ke negeri orang. Its not that bad, as long as we can get along and adapting well with the situation.. Ia mematangkan. UNIMAS, bandar Kuching tu pun tempatnya macam di tempat lain jugak, cumanya mungkin suasana dan cara pembawakan yang akan nampak lain sikit nanti.. Tak rugi belajar di situ, bukan sebab ada bowling centre sendiri je, tapi kita jejakkan kaki ke tempat orang. Belajar sesuaikan diri, belajar menerima dan memahami budaya orang lain yang pelbagai. Belajar untuk adapt dengan perkara-perkara baru. Dan belajar untuk memantapkan personaliti diri seiring pergerakan usia yang semakin meningkat. Sampai bila nak terperuk dalam kepompong yang sama.. dan sampai bila nak hidup dalam budaya berfikir yang masih pesimis serta tidak berkembang..

Lagipun di sana bukannya tak ada pelajar lain dari Semenanjung.. Hidup di alam kampus memang tak sama dengan alam persekolahan. Kita belajar luaskan jurang sosial dan hidup dalam budaya bermasyarakat di situ. Got lots of fun there.. Sekurang-kurangnya nanti bila dah masuk alam pekerjaan tak adalah jadi culture shock kan.. Macam yang saya cakap sebelum ni, kalau pandai jaga diri dan positif terhadap perkara sekeliling, InsyaAllah semuanya akan jadi lebih mudah dalam perlindungan-Nya.. Di mana bumi dipijak, di situ jugalah langit yang akan dijunjung..

Dan pasal isu Sabah Sarawak ni kuno, naah.. Theres no such thingsla.. Cuba lah lihat dari sudut yang lebih optimis. Skeptikal biarlah berpada-pada.. Jangan nanti perkara tu berubah menjadi paranoid yang hanya merugikan.. Kepada adik tu tadi, saya harap dia berjaya habiskan pengajian ijazah pertamanya di sana dengan cemerlang. Janganlah difikirkan sangat cakap-cakap orang.. Tak kenal maka tak cinta. Silap hari bulan berat hati nak balik bila dah habis study. Semoga ilmu yang ditimba di sana nanti bermanfaat untuk semua hendaknya.. Masih banyak perkara dalam dunia ni yang belum diteroka. Itu baru dalam Malaysia, belum belajar sampai ke luar negeri lagi.. Kehidupan semakin mencabar hari demi hari, terpulang pada kebijaksanaan kita untuk menghadapinya.. Hanya orang yang melaluinya saja akan tahu susah atau senang sesuatu perkara tu. But then, there's no as easy as ABC in every first time..

Thats all.. Maaf kalau entri ni tidak menyenangkan.. Saya hanya berkongsi pendapat.. Maassalam.. ^^

Yeay!! Lulus Ujian QTI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, seperti yang diharapkan, lulus jugak ujian QTI kereta yang saya ambil pagi tadi walaupun dari segi persediaan tu memang agak tak menyakinkan. Tapi mungkin nasib saya baik hari ni, Tuhan permuahkan segalanya dari awal hingga akhir. Mulanya saya takut jugak, takut gagal.. Penyakit utama manusia yang bernama Atikah Zakaria ni.. Tambah pula bila tengok muka tester tu macam nak telan orang hidup-hidup je.. lagi la macam nak tercabut jantung.. Nasib baiklah boleh buat..

Bahagian parking, bukit dan simpang tiga memang saya tak ada masalah. Cuma bila masuk ke laluan luar di jalan raya tu mulalah saya gelabah. Saya pun tak tahu kenapa saya lemah sangat dekat bahagian yang orang lain anggap paling senang dalam syllabus sekolah memandu tu. Tapi saya memang gementar setiap kali masuk ke laluan jalan raya. Cikgu memandu tu pun selalu tegur, saya memang lemah bahagian tu walaupun itu antara paling mudah untuk lulus.

Dan sekali lagi nasib saya baik tadi. Tester suruh saya bawa ikut satu laluan saja iaitu di laluan dua sebab tak banyak kenderaan kat situ waktu-waktu pagi macam tu.. Itupun separuh jalan je, katanya, ikut syarat.. Alhamdulillah tak ada masalah yang timbul sepanjang saya memandu, cuma tester selalu tegur tentang kawalan stereng yang agak kurang memuaskan terutamanya bila membelok. Yes, saya akui itu, masa belajar kelas 8 jam tu pun itu juga antaa masalah utama, tapi saya yakin dah semakin improve sebab sekarang bila memandu, cikgu tu dah tak perlu tolong control stereng untuk saya macam sebelum ni, tester tu pun tak complain apa-apa. Dia cuma pesan kalau nak tukar gear pasikan saya tumpukan pada jalan di hadapan, bimbang jika stereng terhuyung hayang jika tak fokus di hadapan.

Itulah kisahnya untuk hari ni. kalau diikutkan sebenarnya hari ni saya sepatutnya tak dibenarkan untuk megambil ujian tu sebab.. saya pakai tracksuit untuk test hari ni.. Yeay!! "bijak" kan saya, langgar peraturan isntitut memandu. =P Saya mengaku silap saya, siapa suruh pakai track nak test kereta kan.. Mulanya memang saya dah keluarkan jeans, tapi saya doubted masa tu, saya rasa macam jeans tak dibenarkan. Hanya tracksuite dan slack saja yang dibenarkan, kebetulan slack semua dah masuk washing machine, so saya pakai jela tracksuite tu.

Sampai masa nak daftar QTI, terus kakak di bahagian pengurusan tu cakap seluar yang saya pakai tu tak dibenarkan untuk ujian QTI dan JPJ. Tapi tester di situ lepaskan saya sebab katanya itu hanya isu "kecil" dan asalkan tiada pegawai JPJ di situ masa tu, tak ada apa yang nak dirisaukan. Syukurlah, hari ni memang saya terlalu diberkati. Berkat Ramadhan barangkali, setiap kekurangan yang saya lakukan tidak begitu diambil pusing oleh tester di situ. Tapi itu tak bermakna saya boleh buat suka hati, saya anggap itu bagaikan peluang untuk saya bagi pengajaran pada diri sendiri supaya lebih improve dan lakukan yang terbaik..

Well then, insyaAllah mungkin 28/8/12 ni saya struggle untuk test JPJ pulak.. Doakan eh.. Maassalam.. ^^

Best Quotes of The Day..

Sunday 12 August 2012

Kelas Memandu..

Assalamualaikum..

Minggu ni adalah minggu yang terakhir saya jalani kelas memandu 8 jam. 4 minggu memandu kereta manual untuk pertama kali seumur hidup, tak tahu nak describe macam mana. Seronok? Agakla jugak.. Sebab mencuba perkara baru dalam hidup memang mengujakan. Tapi, takut tu jangan cakapla.. Ikutkan hati ni memang tak ada perasaan nak ambil lesen kereta, tapi bila memikirkan ni semua untuk kebaikan saya jugak, dan ramai rakan-rakan sebaya dah lepas lesen P, so saya rasa kecik je bila saya antara yang terkebelakang, jadi saya belajar jela. Lagipun sekarang ni memang ada banyak kesempatan. Cuti semester 3 bulan bukannya selalu kan.. =)

InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa halangan mungkin Rabu ni saya buat ujian QTI. Seriously memang saya gementar sekarang ni. Sebabnya, saya rasa saya belum cukup bersedia walaupun dah sebulan berlatih. Dan hari ni, boleh dikatakan cara saya memandu terutamanya di jalan raya adalah yang paling teruk dalam sejarah. Macam-macam benda berlaku sepanjang dua jam memandu hari ni.

Pertamanya, saya langgar lopak air sewaktu memandu di jalan raya, habis terperanjat cikgu memandu saya tu. Bergegar kereta. What then.. kena sound la.. "Apa ni, Atikah, dah 4 minggu bawa kereta tak boleh alert lagi?"

Lepas tu masalah nak handle gear, paling saya rasa susah bila nak tukar dari gear 4 ke gear 2, ataupun waktu nak membelok, kadang-kadang saya main hentam belok je tak tukar gear.. Dah tu memang kena hentam lagi la.. "Atikah, kamu kan dah ada lesen motor, takkan tak boleh handle gear lagi kot.. Motor dengan kereta tak jauh beza pun!" Pastu mulut saya ni pun laju je menjawab, "Saya naik skuter, tak ada gear.." dan saya tengok muka cikgu tu dah lain.. Pastu terus dia ketawa terbahak-bahak.. Saya tahu dia ketawakan kelurusan saya.. huhuhu.. Y_Y.. Tak suka..

Situasi ketiga, masa tunggu turn nak buat dekat petak parking. Tak tahu lah kenapa, tak pernah-pernah berlaku seumur hidup saya sepanjang belajar memandu tiba-tiba saya rasa nak meng"adjust" sit kereta. Dan saya adjust sit tanpa free gear terlebih dahulu. Apa lagi, macam kuda mengamuk la kereta tu melambung-lambung.. Cikgu memandu saya yang menunggu di bawah pondok petak parking pun naik gelabah dan terus berlari ke arah saya.

"La, kamu buat apa pulak kali ni? Ni mesti adjust sit tak mati gear.. Tak pernah-pernah buat macam tu kenapa hari ni jadi macam ni.." muka dia dah merah padam, saya tahu dia nak marah tapi macam biasa, dia ketawakan saya lepas tu, macam saya ni Mr. Bean yang tengah buat lawah bodoh depan orang ramai. Macam biasa, saya pun jawab.. "Entah, rasa macam hari ni kaki pendek sikitlah, susah nak tekan cluch."

"Itulah sebabnya sebelum start drive dalam undang-undang jalan raya pemandu kena adjust siap-siap apa yang tak selesa, sebab tak mahu jadi macam ni lah.. Dah, sekarang free gear dan matikan enjin. Lepas tu mula balik.."

"Hehehe..." saya hanya mampu sengih, pemandu yang tunggu di belakang semuanya ketawakan saya.. Sentap juga, tapi turn saya ketawakan mereka bila ada yang naikkan tayar kereta atas bendul masa nak buat parking dan ada yang enjin mati masa tengah memandu.. cikgu diorang pulak yang tepuk dahi.. Hah, itulah.. ketawakan orang lagi.. Rasakan! huh.. ><

Masa nak balik, saya memandu dari driving school terus sampai ke rumah.. Kebas jugaklah kaki tangan ni.. Memmang mencabar, selalu juga kena sound setempek sebab ada je kesalahan yang saya buat, tapi saya buat muka tak bersalah je, dan itu menambahkan stress cikgu memandu saya tu..

Yang best sepanjang jalan saya kena komen. Macam ni..

"Atikah, kamu ni.. Petak parking ok, simpang tiga, bukit semua dah cantik, pejam mata pun kamu boleh buat.. Yang tu ok pulak,orang lain yang tulah part paling susah, highway pulak senang.. Tapi kamu, bila atas jalan raya ni apasal lah cemerkap sangat. Kamu tahu tak, jalan area Langgar ni lah yang paling senang sekali, kalau driving school Alor Setar, Malau.. Ada lima laluan nak kena ingat. Sini dua laluan saja. Lagi satu, kamu ni gopoh sangat. Kamu tak rasa bimbang ke? Tak takut kena langgar lori, tak pun tak takut ke kalau kamu tu yang langgar lori.. Bla, bla, bla..."

Haih, yelah cikgu.. Saya faham, isk.. isk.. kenapalah saya ni slow sangat nak pick up apa yang saya belajar, baik di sekolah, kelas memandu, kelas tae kwando, selalu tak lepas.. Tapi harap-haraplah, saya lulus ujian yang ni.. Walaupun saya memang tak ada bakat nak memandu kenderaan manual macam orang lain, tapi saya akan atasi kekurangan tu. Saya yang akan mengawal keadaan, bukan keadaan yang mengawal saya.. Saya akan apply konsep BELIEVE yang saya belajar dalam Sahabat Seru.. Percaya pada potensi diri.. "You are what you think." Kalau orang lain boleh atasi cabaran yang lebih besar dari kelas memandu ni, kenapa tidak saya.. Dan saya memang tabik spring toink toink la pada rakan-rakan dan semua orang yang dah lepasi semua halangan ni.. InsyaAllah, saya akan menyusuli kalian, cepat atau lambat je.. Doakan eh.. Maassalam.. ^^

Best Quotes of the Day..

"Don't wish it was easier, wish you were better. Don't wish for less problems, wish fo more skills. Don't wish for less challenges, wish for more wisdom."

Tuesday 7 August 2012

Gaji Pertama, 6 Jars & ASB.

Assalamualaikum semua..
Seronok kan bila dapat gaji? ^^ tambah pulak dah nak raya ni, tiba-tiba pulak semua benda rasa nak beli. Tapi dalam keghairahan nak berbelanja, saya mesti tunaikan janji pada diri sendiri, untuk lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan.  Sebelum ni pun saya ada menabung bila dapat duit poket atau gaji, tapi belum pun cukup sampai hujung bulan, tiba-tiba tabung jadi ringan.. Lepas tu bila buat senarai barang yang dah dibeli.. Mak aih, banyaknya yang saya bazirkan untuk benda yang tak penting.
Barulah nak insaf.. Itupun kejap je..

Dan kali ni, saya dah tekad. Gaji saya akan dibelanjakan dan disimpan dengan lebih bijak. Jadi saya dah mulakan finance management melalui konsep 6 Jars yang diajar dalam seminar Upgrade Yourself Skills dulu di bawah bimbingan Abang Amirul dan Kak Elin. Saya tahu agak lewat untuk start apply semua ni. But atleast I try my best for my best.. Sebab saya rasa ini antara salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk mereka yang nak disiplinkan diri dalam hal ehwal kewangan. Harap-harap berhasil..

Hari ni juga, saya dah buka akaun ASB. Alhamdulillah, hasil tabungan saya sejak sekolah dulu, walaupun tak sebanyak mana, akhirnya dapat juga saya buka saya akaun pelaburan. Niat nak buka akaun ASB ni memang dari Form 6 dulu. Tapi tak ada kesempatan. Tabung-tabung kat rumah ni pun dah berhabuk sebab dah lama tak dipeduli, kalau dibiarkan je dalam tu, tak bercambah jugak kan. Kalau melabur ada jugak hasil.

Sebelum ni memang ada simpanan dalam bank, tapi itu dibuat oleh arwah abah melalui skim insurans untuk pendidikan. Akaun yang dah sedia ada pun akaun biasa je untuk perbelanjaan di kampus. Sekarang bila abah dah tak ada, saya pun dah dewasa, barulah sekarang saya tahu betapa susahnya nak dapatkan wang dengan titik peluh untuk menyara diri sendiri. Dan jugak kesedaran betapa pentingnya menabung untuk masa depan pun dah makin bertambah.. Walaupun duit bukan segalanya, tapi zaman sekarang segalanya perlukan duit. Baru macam tu dah rasa besar cabarannya, itu baru untuk diri sendiri.. Susahnya abah uruskan kewangan sepanjang hayatnya dulu.Ya Allah, rahmatilah abahku.
Semoga bermanfaat.. Maassalam.. ^^


My First 6 Jars.. Sengaja saya guna container kecil, nanti walaupun simpanan sikit, tapi boleh nampak macam banyak.. haha. But then, this is how I begin..

1. SPENDING (Prioritized Necessities) 50% . Contoh, perbelanjaan harian, pastikan kita research sikit tentang rutin perbelanjaan kita setiap hari supaya kita tahu cash flow kita ke mana dan untuk apa wang kita dibelanjakan. Benda ni akan lebih berkesan kalau dalam kita nak setup bajet untuk kategori tabungan macam ni, better buat list keperluan rutin.

2. SAVINGS (Long Term ) 10%. Ingat, sebelum bayar orang lain untuk keperluan semasa kita, bayar diri sendiri dahulu "pay yourself first" untuk kegunaan masa depan. Jangan sentuh langsung amount dalam balang ni, cukup timing, terus transfer dalam akaun. Kalau takut duit hilang dalam bank, guna je peti besi. Haha. Bagi pelajar terutamanya pelajar sekolah yang biasanya dapat wang saku secara harian, tetapkan tempoh untuk untuk kumpul simpanan dalam balang ni. Kalau ikutkan cadangan Abang Amirul, setkan tempoh setiap bulan untuk kosongkan isi balang tu ke dalam simpanan yang lebih proper (bank), dan isi semula bila tiba bulan yang baru. Part ni serius tak tipu, iman kena kuat, hati kena nekad, jangan pandang belakang dah once dah isi dalam balang ni. 

3. FINANCIAL FREEDOM (Investment) 10% - Yang ni best sikit, sebab ini simpan bukan sebarang simpan, simpan cara orang yang fikirkan hari tua esok (kalau umur panjang), boleh rileks dok goyang kaki lepas pencen cukup timing bila perlu, tuailah hasilnya. Kalau orang muda, eloklah melabur dalam SSPNi ke, pendidikan, takaful, tabung haji, insuran hayat, insuran mulut, ehhh.. Kalau anak-anak kecil, antara institusi yang boleh dipercayai untuk urus simpanan pelaburan mereka adalah amanah saham didik. kita ni dah tua, ada je alternatif lain. Tak rugi mencuba. Jangan labur kat skim cepat kaya pula ya, hangus jadi abu nanti. Tak percaya. Eh terpulang...

4. EDUCATION (Current or Long Term) 10-% . Let say lah macam saya ni student undergrad kena buat group project ke, assignment, seminar kerjaya ke apa ke, atau apa-apa saja yang melibatkan akademik, at least dah ada petty cash yang lebih tersusun dan stabil untuk berbelanja. Pada masa yang sama, buat catatan dalam buku rekod perbelanjaan (ni tambahan, takde masalah kalau taknak buat), supaya kita tahu basically berapa banyak kos yang kita kena prepare untuk keperluan macam ni. Kalau rasa macam akan ada budjet burst, cover la sikit daripada balang yang SPENDING tu. Lagi satu tujuan balang jenis ni diwujudkan juga untuk encourage kita untuk tambah  kegiatan yang menambah ilmu pengetahuan macam setkan tabungan ni khusus untuk beli buku akademik setiap bulan. sambil-sambil tu sahutlah seruan kerajaan untuk banyakkan membaca. Well, membaca kan jambatan ilmu, ILMU PUNCHA KEHIDUPAN. UM IS ONE! Haaaa tiber!

5. FUN & PLAY (Once in a While) 10%- Apa-apa sahaja (benda positif) yang kita minat, kita suka buat, biasanya mesti kena ada modal kan. Bagi saya, waktu berhibur paling best bila movie best keluar panggung, biasanya kalau tak urus kewangan dengan baik, memang menonong je buka dompet bayar tiket wayang, tak peduli dah duit ada ke takde, lepas tu mulalah drama sebabak, "semalam baru je keluarkan duit weh, hari ni tetiba dah takde." Bila kita dah allocate sebahagian kecil duit belanja kita untuk balang F&P ni, one thing fo sure, kita akan mula belajar self control dan tak terlalu menurut hati selagi tak sampai masanya. Tapi bila dah cukup amount yang kita nak guna untuk tujuan ni, rasa bersalah nak berbelanja tu kurang sebab kita faham memang itu adalah untuk kegunaan hobi kita. Tak kisahlah dari sekecil-kecil mengumpul setem saaaaaaampailah travel hingga ke seloroh pelosok dunia. Cash is king.

6. GIFT GIVING (Gratitude and Appreciative) 10% - Pernah dengar pepatah ulama pasal sedekah "sebenarnya yang dalam tangan kita tu bukanlah milik kita sehinggalah kita mula memberikannya kepada yang lebih memerlukan." "Harta yang menjadi hak milik kita bukanlah apa yang kita simpan, tapi apa yang kita infakkan.". Ini juga menjadi satu latihan pada diri kita untuk belajar menyucikan harta. Kalau dalam konsep Islam, lebih kepada zakat dan sedekah, even dalam agama pun kita diajar bahawa dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain. Dah cuba buat, tak semestinya sedekah mesti cari fakir miskin semata-mata, sedekah paling baik adalah pada ahli keluarga, kepada asik-beradik yang kita nampak dia macama gak kesempitan di situ. masa nilah nak infakkan untuk kebajikan mereka. Paling simple la kan, beli makanan kucing dan bagi stray cats makan. The act of kindness could be in everywhere, tak kiralah sama ada terhadap sesama manusia atau kepada makhluk lain. Buatlah setakat yang termampu. Asalkan buat. sebab panduan dan ada.



Nampak mudah, tapi rasa macam susah kan? Alah bisa tegal biasa. Belum cuba tak tahu, benda ni asalkan ada disiplin dan kemahuan je. Terpulang la pada kecenderungan masing-masing. Dan lagi jangan salah faham, tak semestinya kena ada duit berkepuk-kepuk baru boleh buat, even waktu tu dapat seringgit sekalipun, cubalah allocate kan, at least masukkan dalam SAVINGS jar pun jadilah. Its better than nothing, though. 



Tak dinafikan agak terlambat. Tapi macam orang bank tu kata, "takpe lah, kurang-kurang pun, janji ada.."

Semoga bermanfaat.

Monday 6 August 2012

Tanggungjawab Baru..

Assalamualaikum, semua.. Hari yang indah untuk berkongsi.. ^^

Alhamdulillah, hari ni saya ada tiga berita baik nak dikongsi bersama. Pertamanya, saya dah dapat gaji pertama sepanjang bekerja sejak balik bercuti di kampung.. Kedua, saya dapat confirmation untuk tinggal di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin  @ KK9  bagi sesi yang akan datang, setelah dua kali gagal isi borang permohonan secara online, nak nangis jugak masa tu, manalah tahu tak dapat stay mana-mana kolej, mana nak tebiang (bak kata orang Kedah) untuk cari tempat tinggal sem depan..

Tapi hari ni, syukur sangat, Allah makbulkan doa saya di bulan yang mulia ni.. cewah!! haha.. Tak perlu lagi pening kepala nak mencari rumah sewa di luar, dan InsyaAllah, keselamatan pun lebih terjamin tinggal di asrama.. Harapnya lah..Paling best, still dapat kat kk9, kolej kediaman yang sangat hijau dan permai walaupun kedudukannya di luar kampus.. Tapi mempunyai family-bond environment yang erat.. suka, suka, suka, suka, suka sangat-sangat!!.. ><.. Sorry, terover excited sikit hari ni.. hehe.. =)

Dan berita baik yang ketiga, saya diberi tanggungjawab baru sebagai AJK untuk Majlis Mesra Pelajar (MMP) di KK9. Majlis yang dibuat untuk meraikan kemasukan pelajar dan ahli baru dalam KK9 Family.. Must be a great day to celebrate kan.. dan mungkin saya akan check in pada 5/9/12 nanti..

InsyaAllah, bahagian tugasan saya nanti adalah berkaitan dengan hiasan pentas. Maknanya nanti, saya dan team hiasan akan menguruskan segalanya yang berkaitan dengan hiasan-hiasan dan kerja-kerja untuk mencantikkan venue tu nanti. Kami juga akan menyediakan tempat untuk semua tetamu bergambar dan berglamour sesama mereka. Wah, best2..!! Gonna have an experience to do something new.. Taklah baru sangat, masa sekolah dulu pun pernah buat. Tapi yang ni lain sikit sebab semuanya diuruskan oleh student sendiri..

Excited + Nervous.. Entah macam manalah nanti rupanya kan.. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Tak sabar jugak nak start buat kerja-kerja menghias tu semua. Memang favourite lah kalau bab-bab nak menghias ni, walaupun takde bakat langsung sebenarnya.. hehe.. Syok sendiri je lebih, tambah kalau yang bertema dan detail macam tu.. But I love it, cause it is all about arts!! =D

Dan sekarang, otak saya perlu bekerja lebih keras daripada biasa untuk fikirkan tentang "landskap" event tu nanti. 3 hari lagi dah nak kena submit idea kat PP nih.. Konsep dah diberi, either hari raya or 1 Malaysia.. Hmm.. Mana satu eh? Kalau buat tema hari raya pun best jugak kan... Terubatlah sikit kerinduan kami semua di kampung masa tu.. Dan lagi, biar tambah meriah sambutan mesra pelajar tu selain mengeratkan silaturrahim antara senior dan junior nanti, dah nama pun Mesra Pelajar, kalau tak mesra tak tahulah... Wah, wah.. Mesti awesome!!! ^^. Tak sabar menunggu hari esok.. Tapi sedih pulak bila teringat, cuti dah nak habis.. =( Huh, positif Atikah, positif!! Say cheese..!! =))))

Sunday 5 August 2012

Sakit adalah Tarbiyyah & Kifarah Dosa..

Assalamualaikum.. Sejahteralah selalu buat saudaraku..

Dua hari berlalu tanpa sebarang perkongsian. Sorry.. Y_Y.. Biasalah bila satu anggota yang tak sihat, anggota yang lain turut terasa sakitnya.

Sejak tiga hari lepas saya selsema tak henti-henti.Rasa macam nak putus urat kepala ni.. Kelas tutorial pun tak boleh nak buat macam biasa.. Sorry yea adik-adikku.. huhuhu...

Walaupun demam, Alhamdulillah puasa belum sempat ponteng lagi tau.. (wah, berlagak.. haha..)
Ada juga emak suruh saya "burn"kan satu hari sebab memang dah tak tahan, dengan selsemanya, sakit tekak, peti suara habis bateri (suara hilang), tapi.. Oh tidak.. Kalau 10 tahun yang lalu mak suruh saya buka puasa sebab sakit, memang hoorey-hoorey lah saya.. Tapi sekarang saya dah terlalu "tua" untuk buat semua tu.. Malu kot kat anak-anak jiran yang berpuasa penuh walaupun baru berusia 6 tahun. Walhal dalam hati.... Bak kata UNIC, Hanya Tuhan yang Tahu.

Itulah faktor utama saya "sunyi" je sehari dua nih.. But now, I'm back..!! :)) Alhamdulillah, terima kasih pada Allah yang memberikan kesembuhan setelah dia datangkan sakit tu. Itu baru sikit dah rasa... "isk.. isk.., mungkin ini hari terakhirku.." Tapi Allah yang Maha Pemurah, masih juga dia mahu berikan saya ruang untuk meneruskan kehidupan ni.

Teringat saya pada kata-kata ustazah saya masa sekolah dulu. Kadang-kadang kita diberi sakit supaya Allah dapat memberi kita peluang untuk raih pahala percuma. Yup, percuma maksud saya macam bonus, hadiah untuk kita.. Ditambah pula jika kita pertaruhkan kesabaran dan berserah hanya kepada-Nya. InsyaAllah, pahalanya berlipat ganda. Dan sakit itu juga kifarah dosa. Mungkin ada khilaf yang kita terlepas pandang atau yang kita tak sedar pun selama ni yang telah menyebabkan bertambahnya dosa-dosa kecil dalam buku catatan harian kita.. Jadi sakit itu menjadi pemadam kepada catatan dosa-dosa kecil itu.. Wallahua'lam.. semua itu atas perkenan Allah swt untuk hamba-Nya yang lemah..

Sakit Mendidik Hati Agar Sentiasa Mengingati Mati...

Tak ada sesiapa pun di dalam dunia ini yang bergembira meraikan kesakitan setiap kali ia muncul. Dalam hati atau yang melata di bibir waktu tu pastinya "aduh, cepatlah sembuh.. dah tak tertahan lagi.." lebih kuranglah kan..

Tapi setiap yang menimpa kita baik atau buruk, ibarat kata-kata insan bijak pandai "pasti ada hikmahnya." Dan bagi umat Islam seperti kita, itu adalah satu kenyataan yang wajib kita terima sebagai iktikad kita terhadap Qada' dan Qadar daripada Allah swt.

Di saat kita ditimpa kesakitanlah, hati selalunya akan cenderung untuk lebih mengingati kematian yang sentiasa menanti untuk menjemput kita bila-bila masa tanpa sesaat cepat atau sesaat lambat. Justeru, mengingati mati itu akan menjadikan kita takut, takut sekiranya saat kita dijemput, kita masih belum mengumpul bekalan sekucupnya untuk dibawa pulang ke negeri abadi.. Maka, hati akan selalu merintih memohon rahmat dan keampunan Allah, serta peluang untuk kita menebus setiap keterlanjuran dan menampung mana-mana lompang yang masih belum terisi sepenuhnya. Dengan itu, bertambah lagi keimanan kita kepada Allah, lantas menjadikan kita hamba yang sentiasa ingat kepada-Nya..

Ibnu Umar meriwayatkan, bahawa "Nabi memegang pundakku lalu berkata, "Jika kamu berada di waktu petang, jangan kamu nantikan pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi, jangan kamu nantikan petang, Manfaatkan masa sihatmu sebelum datang sakit dan masa hidupmu sebelum datang kematian."

Sama-samalah kita ambil kebaikan daripadanya dan seriously, saya memang takut mati.

Kehidupan Lebih Dihargai...

Setuju atau tidak, waktu sakitlah kita akan tersedar fungsi sebenar anggota tubuh yang terasa sakit itu. Sebagai contoh, kita selalu tak alert kepada keperluan tubuh untuk mendapatkan keseimbangan waktu rehat yang mencukupi, dan selalu kita abaikan masa tidur yang berkualiti.

Jika kita mengabaikan waktu tidur misalnya (saya la tuu..), otak akan mengalami keletihan, lalu menyukarkannya untuk bekerja dengan baik. Hah, masa tu mulalah, migrain, selsema, demam, insomnia dan sebagainya. Bila dah dapat semua sakit tu, barulah kita akan terasa.. Azabnya bila kepala ni sakit, rasa macam nak meletuplah, macam kena cucuk besi lah.. Dan, pastinya kita akan berusaha untuk memastikan tubuh badan kita sihat seperti sedia kala.. Dan sesudah sembuh, pasti kita akan lebih prihatin terhadap kesihatan diri melalui rehat yang secukupnya.

Itulah hakikat yang sedang saya hadapi sekarang ni. Bila dah sakit, baru nak rasa betapa nikmatnya sihat.. Dan mulai semalam, saya akan pastikan saya akan masuk ke bilik tepat jam 10.30 malam dalam keadaam bilik gelap gelita, supaya memudahkan saya untuk tidur walaupun saya ni memang susah ya amat nak tidur malam.. teringat pula dengan kata-kata adik sepupu yang sorang tu, dia selalu cakap, "ntah-ntah kakak dah kena sumpah jadi burung hantu tak.. Tak pun zombie.. sebab tu lah susah tidur malam.." Wahh,!! tak awesome langsung jadi zombie.. So, sekarang, saya lebih banyak mengahabiskan masa bergolek-golek di atas katil pada waktu malam berbanding membaca novel cinta fantasi yang dah jadi tabiat sejak Form 3 dulu.. =D.. Peace.. (^_^)v

Jadi, itulah sharing feed hari ini.. Salah satu punca jatuh sakit, dan juga hikmah di sebaliknya.. Yang mengajar erti sabar dan syukur..
Semoga bermanfaat, insyaAllah.. Maassalam..

Best Quotes of The Day..

Thursday 2 August 2012

Hanyalah Seorang Tutor..

Assalamualaikum.. Semoga dalam rahmat dan perlindungan yang berpanjangan.. :)

Menjadi seorang tutor memang memberikan satu pengalaman yang menarik. Macam simple, tapi bila bersangkutan dengan amanah dan tanggungjawab, saya kena pastikan apa yang saja ajarkan pada mereka dapat difahami. Lagipun, UPSR dah tak lama, kalau tak salah, 11/9 ni kan?

Masa mula-mula mengajar, saya diberitahu oleh ibu-ibu mereka, supaya bertegas dengan mereka, marah kalau perlu dan jangan berlembut. Alasannya, anak-anak mereka ni malas belajar dan sangat lemah dalam subjek bahasa Inggeris. Saya iakan saja, tapi saya takkan buat macam tu. Saya ni cuma tutor separuh masa, bukannya guru sekolah yang bertauliyah untuk buat semua tu. Peranan saya tak lebih hanya sebagai pembimbing dan berkongsi apa yang saya tahu sebagai orang yang dah mengalami apa yang bakal pelajar-pelajar ni tempuhi tak lama lagi..


Sepanjang tutorial yang saya jalankan dengan 3 orang pelajar yang juga anak kepada jiran-jiran tetangga di rumah saya, saya tak nampak apa-apa yang ekstrim teruknya sebagaimana yang digambarkan oleh ibu-ibu mereka tu.. Lemah English, yup.. Itu memang betul, tapi part yang dikatakan malas tu, langsung saya tak nampak ada pada sikap mereka terhadap pelajaran.

Mereka sentiasa bertanya dan bertanya tentang sesuatu yang mereka tak tahu.. Kejap, bukan tak tahu, tapi tak yakin yang mereka tahu tentang apa yang mereka patut tahu.. Saya rasa frasa "malas" tu sepatutnya ditukar kepada istilah yang bagi saya lebih tepat disebut sebagai "takut". Ya, memang mereka takut. Takut buat salah, takut kena marah dan takut nak berhadapan dengan cabaran yang tidaklah sesusah mana kalau mereka yakin dengan kemampuan yang mereka ada.


Mereka juga sentiasa alert dengan apa yang saya cakap dan setiap yang saya katakan, mereka akan tulis di atas buku latihan, walaupun spelling nya tunggang terbalik macam bahasa sanskrit kadang-kadang tu.



Saya tak nafikan, berdasarkan kertas-kertas ujian dan latihan-latihan yang lepas, menunjukkan betapa lemahnya pelajar-pelajar ini dalam subjek-subjek tough macam bahasa Inggeris, Sains dan Matematik kertas II, tapi bahasa Inggerislah yang paling teruk sekali. Tapi masa belajar dengan saya, mereka mampu hasilkan dua esei 100 perkataan dengan baik kurang dari satu jam. Mereka bagus, cuba perlu perbaiki ejaan dan perbanyakkan vocabulary dalam penulisan esei untuk kertas II mereka tu.



What is wrong with those kids? I can see how pale they are each time they have to deal with this English "stuff".. Fine then, saya akan cari punca masalah ni. Saya tak sampai hati tengok pelajar yang sepatutnya jalani baki-baki masa yang ada sebelum peperiksaan bermula, terpaksa berhadapan dengan tekanan belajar dan fobia terhadap sesuatu hingga mengganggu tumpuan mereka untuk terus belajar. Mereka memang berpotensi untuk berjaya, tapi bila halangan-halangan macam tu tak diatasi segera, hampir mustahil untuk mereka capai target yang ditetapkan..



Untuk tutorial esok pagi (owh, sebelum tu.. Kedah cuti hari Jumaat.. ^_^),  saya minta mereka bawakan jadual belajar di sekolah dan jadual peribadi mereka. Dan lagi, saya minta mereka bawakan sekali semua buku-buku latihan bahasa Inggeris dan kertas latihan dari tempat tuisyen .



Rasanya ok tak saya menyibuk macam tu sekali? Saya tahu saya tak layak bertindak sejauh tu, seolah-olah saya mempertikaikan cara pembelajaran yang mereka terima daripada guru mereka, sedangkan saya juga tak ada sebarang kelayakan pun untuk mengajar, lagi-lagi subjek ni, saya ni pun bahasa Inggeris masih di tahap merangkak, baby step.. Telalu banyak kelemahan.. Tapi inilah saja caranya saya nak dapatkan kepastian, kenapa mereka sangat takut dengan bahasa Inggeris sedangkan mereka tak ada masalah kalau mereka percaya dan yakin pada diri sendiri.. Saya tak lihat mereka sebagai pelajar, tapi sebagai adik yang perlu dibimbing oleh kakaknya. InsyaAllah, saya akan bantu selagi mana yang termampu.. Doakan eh.. =)



Oklah, sampai di sini dulu.. Jumpa lagi dalam post-post yang akan datang.. Maassalam..

Best Quotes of the Day..


Hampir Di Pertengahan Ramadhan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sedar tak sedar, dah nak sampai ke pertengahan Ramadhan kan.. Rasa cepatnya masa berlalu.. Macam baru pagi tadi bangun makan sahur untuk hari pertama berpuasa tahun ni. Cewahh.. =D

Secara lahiriahnya, nampak macam puasa ni meletihkan. Yela, tahan perut, tahan lapar dan dahaga.. Tahan segala-galanya. Malah ada juga yang ambil kesempatan di bulan yang mulia ni untuk repair balik maintainence yang low sebab selama 11 bulan ni "beroperasi" tanpa henti.. Masa ni lah nak cover balik apa yang terlebih kan, overdose, overweight (saya lah tuu..), overreacting.. dan segala-galanya... hehe.. Peace.. (^_^)v

Tapi semua ni bukanlah tentang menahan lapar dan dahaga je.. bukan pasal nak diet atau nak slim balik mana-mana bahagian yang terkembang tu.. Ia lebih kepada membina dan memantapkan disiplin diri baik secara fizikal, mental, rohani, emosi, spiritual dan intelektual, selain dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt dengan penuh kerendahan hati.

Saya pernah dengar ayat ni.. "Ramadhan ibarat satu bonus tahunan bagi umat Islam yang nak tambahkan pendapatan pahala dan berkat di dunia dan akhirat. Memang Allah nak bagi sebab Dia nak hamba-Nya merebut peluang untuk menjadi umat yang terbaik di alam ini." Tengok tu, baiknya Tuhan kita, betapa rahmat dan keampunannya lebih luas daripada kemurkaannya walaupun sebagai hamba yang lemah, hidup ini tak pernah sunyi dari kekhilafan..(Teguran untuk diri sendiri.. huhu..)

Jadi, selagi berpeluang, jangan lepaskan peluang keemasan yang datang cuma setahun sekali. Dan untuk bertemu semula bulan mulia ni untuk tahun-tahun akan datang, belum tentu lagi. Well then, enjoy the song that I want to share with you guys.. Semoga bergembira dalam ibadah..

Maassalam.. =)

Best Quotes of the Day..

"Sambutlah Ramadhan seperti menyambut kehadiran orang yang dicintai. Datangnya dirai, perginya ditangisi.."









Wednesday 1 August 2012

Kegagalan Biarlah Berhikmah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tak perlu baca sampai habis tau, kalau rasa post ni susah nak difahami..^^ Ini cuma luahan hati je..

Tidak semua kegagalan itu memusnahkan.. Itu yang saya pelajari selama ni. Pegangan yang membuatkan saya terus bertahan sehinga ke hari ini. Walaupun tak dapat dinafikan, sakit yang teramat sangat. Memanglah, tak ada orang yang tak sakit bila terjatuh kan. Jatuh bukan atas "rumput", tapi atas batu.. Luka, berdarah, and it may takes a very long time to recover.

Tapi macam yang saya cakap tadi, kegagalan itu tak semestinya memusnahkan. Semua tu bagaikan duri-duri tajam yang menghalang seketika perjalanan kita untuk terus maju ke destinasi yang menunggu di hadapan sana. Bagaimana kita bangkit, dan bagaimana kita nak buang "duri-duri" tu daripada terus menghalang perjalanan kita.. Thats the main point.. (ops.. dejavu..)

Tak apalah kalah untuk sekali ni. InsyaAllah peluang untuk raih kembali apa yang terlepas dari genggaman itu masih ada, selagi Allah beri kesempatan, dan selagi kita tekad untuk teruskan perjuangan ni. Selagi itulah tak ada sesiapa yang mampu buat kita berhenti untuk terus  membina kejayaan.

Cikgu saya pernah pesan.. Letakkan sasaran untuk menggapai impian setinggi langit.. Sebab bila kita jatuh, sekurang-kurangnya kita tersangkut di atas gunung yang tertinggi di dunia.. Taklah sakit sangat. Jangan sesekali bermimpi untuk berenang di lautan seorang diri, bimbang kalau hanyut di tengah-tengah, tak ada sesiapa yang dapat selamatkan.. Sebab waktu tu, orang yang pandai berenang setangkas ikan pun boleh lemas.. Dalamnya kandungan yang tersirat di sebalik kata-kata tu. Sampai sekarang saya ingat kata-kata tu walaupun mulanya susah nak faham makna yang tersirat di sebalik kata-katanya.. Sungguh melankolik..

Jadi, jomlah letakkan sasaran setinggi bintang di langit, sekurang-kurangnya bila terjatuh, kita masih di tempat yang tinggi. Dan semua tu harus dimulakan dari bawah, mulakan dari mana tempat kita berpijak.. Di bumi yang nyata.. Di bumi, yang sentiasa menjadikan kita sedar tahap diri kita, cuma perlu sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.. Bukan untuk bermegah-megah, tapi untuk berbakti di atas tanah milik Tuhan yang terbentang luas ni..

Juga, jangan pernah berpaling daripada hikmah setiap kegagalan dan kekecewaan yang berlaku, sebab itu akan menambahkan kesakitan yang dah memang ada.. sedarlah, sahabat.. sedarlah, Atikah.. Gagal sekali akan jadi gagal selamanya kalau kau tak lakukan sesuatu daripadanya.. You are what you think.. You are what you did.. And..

I know it hurts,
to fall before you climb up to the wall..
the wall of hopes,
the wall of ambitions,
the wall of successful..
your day seems to have nothing,
nothing but always in frustrating
you can see but you couldn't feel
seeing your life is about dying
hey, friends!
this is not the end
yet you're still stand
still.. and stay..
now lets take out the silver lining
behind all grey clouds
and start again from the beginning
so ask Allah to guides you
from sadness and feeling lose
come on.. lets do it once again,
and give to yourself one more chance..

dedicated to all who're always giving up in their effort to ace in achieveness.. =)

Maassalam, have a good day..