Monday 27 January 2014

Belum Bersedia, Masih Dalam Tempoh untuk Pulih Sepenuhnya..

Selepas merasai pengalaman diperolok-olokkan dalam soal hati perasaan, saya jadi fobia dengan lelaki yang cuba menghulurkan salam perkenalan.. Bimbang jika pisang berbuah dua kali, jadinya sekarang saya lebih berhati-hati.

Bukannya prejudis, tidak! Saya faham.. Bukan semua lelaki jenis yang suka ambil kesempatan macam tu.  Cuma di pihak saya, saya mahu bersendirian untuk sementara waktu.  Sebab proses untuk pulih memang mengambil masa.. Penatlah jadi bahan uji kaji.. Penat mengharap pada sesuatu yang tidak pasti. Dan rasa malu pada Allah, bila setiap kali pulang merintih padanya dalam keadaan hati yang sudah  rosak dan kecewa.. Terasa besar kerugiannya.

Sebenarnya bukan sebab itu saja.. Ada sebab lain yang membuatkan saya serik untuk mengalah dengan perasaan sendiri.. Serik mengharap pada orang yang tak pernah nampak effort kita untuk dia selama ni.. Bila fikir-fikir balik, mana letaknya harga hati ni bila senang-senang ia diberi kepada orang yang tak tahu menghargai.. Sakit bila ingat balik pengalaman tu semua.. Maka dari situ timbul satu azam baru, untuk tidak lagi terbuai-buai dengan perasaan yang tak berkesudahan, untuk tidak lagi bertepuk sebelah tangan dan menunggu buah yang tidak mahu jatuh.. dari situ wujudnya kesedaran untuk menilai kembali, kepada siapakah prioriti  itu sepatutnya diletakkah pada kedudukan tertinggi dalam hati.

Saya ambil iktibar dengan rasa kecewa tersebut dan cuba untuk bangkit dan menjadi seorang Atikah yang baru.. Memang luar biasa perasaannya apabila kita cuba ikhlaskan diri dan kembali kepada Allah.. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan rakan-rakan yang soleh dan solehah dan tak putus-putus membantu memberi dorongan dan kekuatan untuk bangkit kembali daripada khayalan-khayalan yang tidak berpenghujung itu..

Kata seorang rakan, hidup memang untuk melestarikan cinta.. Tetapi cinta yang bagaimana? Dengan keindahan dan amanah cinta dari Allah, maka di situlah letaknya bahagia.. Cinta kepada keluarga, cinta kepada ilmu, cinta kepada ummah, dan cinta sesama saudara.. Hari-hari kita terlalu indah untuk dibazirkan dengan sesuatu yang kita tidak pasti apakah ia milik kita ataupun tidak.. Memiliki seseorang untuk kita berkongsi rasa cinta, berkongsi hidup.. Itu masih panjang, dan belum tentu menjadi milik kita.. Sedangkan kematian, dan perjalanan untuk pulang ke pangkuan Tuhan sentiasa menghampiri kita saban waktu..

Katanya lagi bukanlah kita tidak boleh berfikir langsung tentang perkara-perkara berkaitan hati perasaan, kerana itu juga anugerah daripada Allah, fitrah setiap manusia.. Bila Allah tiupkan rasa itu dalam hati, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangi dengan izin-Nya.. Siapa kita menolak cinta? Siapa kita menafikannya?? Cuma yang lebih perlu diberatkan adalah tanggungjawab menggalas perasaan itu, kerana seperti hidup ini, cinta juga amanah yang tidak ternilai, tiada ganti dan terlalu eksklusif.. Jadi semaikan juga kepada yang benar-benar eksklusif, kepada yang berhak apabila kita benar-benar mempersiapkan diri untuknya..

Alhamdulillah.. Sekarang saya semakin tenang melalui kehidupan yang diinginkan selama ini. Walaupun beban tanggungjawab sosial yang semakin bertambah, dengan kehidupan di kampus, dengan perancangan masa depan yang semakin kompleks, sekurang-kurangnya saya sudah belajar untuk lebih fokus dengan matlamat saya..

Tetapi manusia tetap manusia, hanya mampu merancang dengan baik, namun takdir Allah siapa yang tahu.. Sungguh perancangan Dia jugalah yang paling sempurna.. seorang lagi rakan berpesan kepada saya "let time heals you.. Mungkin sekarang belum bersedia untuk itu, tapi bila hadir seseorang yang tepat pada waktu yang tepat.. Everything will be going smoothly, and you'll be willingly to accept without being force by anything.." Big thanks to her for making me realize a lot more!

Jadi buat masa ini saya menolak bukan kerana tidak sudi, bukan kerana terlalu memilih, dan jauh sekali untuk sombong dengan hukum alam yang Allah tetapkan untuk para hamba.. Hanya mahukan sedikit masa untuk diri sendiri, bermuhasabah, melupakan semua yang dahulunya cukup membebankan jiwa, mahu belajar lebih lagi untuk memperbaiki kekurangan diri.. Dan selagi belum tiba waktunya, selagi itu  belum lagi ada ruang untuk sesiapa.. bukan kerana dia tidak layak menghampiri, cuma diri sendiri yang belum layak untuk menerima..  Maassalam..

There's No Goodbye For You!

Assalamualaikum..

Jumaat yang lalu, hajatnya mahu diadakan gathering dengan rakan-rakan sekolah lama, gathering terakhir sebelum salah seorang rakan akan berpindah terus dari Jitra ke Sg Buloh kerana bapanya membeli rumah di sana.. Dalam ramai-ramai, hanya kami bertiga (saya, Nabilah, dan Iqbal) yang ada rezeki bertemu dengan Azirah sebelum beliau berpindah.. Sedih memang sedih, lepas ni memang dah susah nak jumpa lagi macam selalu, entah dapat lagi ke tak kau datang rumah aku masa raya macam setiap tahun tu, lepak, sharing good things about life, about.. Ehem-ehem.. Hehe.. Lepas ni FB je la yang jadi penghubung.

So, kurang lagi kawan saya di Jitra ni.. Tapi nak buat macam mana, semua ni juga adalah ketentuan-Nya.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap orang yang mahukan perubahan pasti akan behijrah ke tempat baru untuk suatu kehidupan yang lebih baik. Semoga sukses selalu, bahagia, dan teruskan usaha mencapai segala impian, bahagia dunia akhirat dan berbakti untuk ummah.. May you become a good muslimah and the best hamba Allah in your life..

Banyak nak cakap ni, semoga murah rezeki, semoga sihat selalu, semoga ringan jodoh.. Haha.. Banyaklah "semoga-semoga"nya tu.. Kalau buat karangan 14 muka surat pun tak habis..

10 tahun usia persahabatan kami.. Sejarah keakraban kami mungkin tidak sama seperti orang lain.. Ia banyak dimulakan dengan konflik yang caca marba terutamanya semasa di tingkatan 1-3.. Kami selalu bergaduh, bertikam lidah.. Sampai satu masa tidak mahu bertegur sapa.. Ada kalanya kami seolah-olah melancarkan perang dingin antara satu sama lain. Untuk sentiasa dilihat ke hadapan dalam pelajaran dan ingin mendapat tempat di hati guru-guru.. Betul taakkk??? Hahaha.. Immature teenagers story.

Tapi lama-lama, dari situ timbulnya satu perasaan.. Perasaan yang hangat, seolah-olah jalinan itu adalah untuk memperlihatkan adanya hubungan kekeluargaan dan persaudaraan yang terjalin antara kami semua, dan Azirah tidak terkecuali.. Kami mula akrab dan menghargai satu sama lain sewaktu di tingkatan 4.. Di dalam kelas 4-5 Sains 2007/2008 SMK Tanjung Pauh itu, wujud satu persekitaran di mana kami sahaja  yang faham, like we are all the rules in there.. yang membuatkan kami sebenarnya tidak boleh berenggang dan saling memerlukan untuk tetap bertahan dengan dugaan yang semakin lama semakin mencabar. Selalu adanya sikap saling membantu.. We even discussed on the test questions together during the examination.. Haha that would be the most craziest moment to be remembered.. Meniru pun, markah hampeh juga..

Kami belajar bersama, kami berpersatuan bersama, kami hadapi tentangan orang yang tidak suka dengan pendirian kami di sekolah itu bersama-sama, malah kami mengutuk satu sama lain, juga bersama-sama.. Haha :P .. Di dalam satu kelas yang sama, kami bersaing, bukan untuk menjatuhkan, tetapi mendorong untuk bangkit dan terus melangkah maju ke hadapan, "kalau kau cepat surrender, kalau kau tak boleh jadi lagi bagus daripada aku, kau loser!!!".. Musuh kami adalah diri kami sendiri. Dengan kelebihannya masing-masing, dengan kekurangannya masing-masing, kami menompang dan berpaut untuk saling melengkapi.
 
Tamat SPM, masing-masing dengan haluan sendiri, ada yang dapat sambung belajar di matrikulasi, ada yang ke maktab perguruan, ada juga ke politeknik.. Saya? Masa tu frust sebab tak dapat tawaran ke mana-mana IPTA.. Nak masuk politeknik, itu bukan kecenderungan saya.. Jadi saya mencuba nasib ke tingkatan 6. Berpecah, yes.. Memang berpecah.. Ada yang ke selatan, ada yang ke timur, ada yang masih kekal di utara, macam saya, ikut rezeki masing-masing.. Tapi itu tak pernah merenggangkan persahabatan kami, sampailah saya dapat tawaran sambung belajar di UM, Alhamdulillah.. Kami  selalu berhubung, bertanya khabar.. Dan setiap kali bila balik bercuti di kampung, kami masih berjumpa, sampai sekarang.. Harap-harap lepas ni tradisi tu masih dikekalkan.. Hopefully sampai ke anak cuculah kan.. :)

We won't say goodbye to you.. There's no such things like that.. Just take care, come back often to pay some visits and.. Dear, Azirah,.. We do love you! Ok, mohon touching laju-laju!!











Tuesday 21 January 2014

Tesis Menanti!!

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekarang dah dalam cuti semester.. Memang sem ni tak banyak yang nak dikongsi.. Er.. Actually, memang banyak nak dikongsi.. Cuma simptom malas nak menaip tula.. Eh, tak jugak, dekat fb laju je kan.. Haha..

Cuti ni takde banyak sangat planning dalam kepala.. Saya dah kena mula menulis tesis sebab sem depan dah nak submit.. Risau tu tak payah cakaplah, banyaknya dugaan.. Nak mencari bahan, sumber yang tak cukup.. Bila dirujuk pada supervisor, Dr.  Zul cakap sumber untuk tajuk saya tu memag banyak di arkib dan main library UM. Tapi bila cari macam takde pula..

Ada sekali tu pernah saya suarakan hasrat untuk tukar tajuk, berubah muka Dr. Zul, sambil betulkan cermin mata, pusing-pusing pen, Dr pandang je saya..

"Kalau saya yakin awak boleh buat, kenapa awak tak boleh yakin dengan diri awak sendiri? Saya yakin awak mampu, Atikah.. Awak pelajar saya, saya kenal awak, lagipun saya dah cakap dekat Prof Khoo Kay Kim tentang tajuk awak tu, dan beliau memang teruja menantikan hasilnya, dan kalau tesis awak diterbitkan dalam jurnal, akan membawa satu pengetahuan baru untuk pengajian sejarah di UM.. Tajuk awak yg saya cadangkan tu tajuk yang fresh.. Belum ada mana-mana pengkaji sejarah yang mengkaji.. Awak patut berbangga, Atikah.."kan.. Dah macam kena sental dengan clorox je panjang lebar  Dr brainwash saya masa tu..

Itulah masalahnya sekarang, memang dah tak bleh tukar tajuk.. Especially bila Dr. cakap yang dia dah bagitahu Prof Khoo Kay Kim pasal tu.. Bukan calang-calang orang, bukan boleh sembarangan tu, Dr Zul memanglah, terujanya lain macam..  Macam tu sekali kepercayaan yang dihempaskan atas bahu saya..

Terus-terang, sampai hari ni saya blur lagi pasal tajuk tu.. Sebab tajuk tu bukan perancangan asal, tapi cadangan Dr Zul sendiri. Of course saya tak salahkan Dr, sebab niat Dr Cuma nak membantu memudahkan skop kajian.. Sebab katanya tajuk yang saya nak kaji tu dah terlalu ramai pelajar sebelum ni dah tulis, bukan dari jabatan sejarah je, tapi dari Akademi Pengajian Islam kebanyakannya, jadi kalau saya kaji pun, dah takde variety.. Dan sebab saya memang berminat nak mengkaji tentang ekonomi dan kewangan, perbankan, jadi Dr cadangkan tajuk berkaitan perbankan juga, Cuma skopnya yang terpusing 360 darjah.. Memang macam langit dengan bumi, dan.. Dr yakin saya boleh buat.. See?? Inilah masalah saya, orang lain yakin je dengan kemampuan saya, saya je yang tak nampak-nampak sampai hari ni..

Kadang rasa macam treasure hunt pun ada.. Dari sem lepas menggali, entahlah jumpa ke tak 50-50 je, tapi dah start menulis.. Haha, macam mana tu..


Time to motivate yourself, Atikah.. This is so not you.. In shaa Allah percaya je akan ada kesudahan yang terbaik untuk ini, kuncinya usaha jela.. Kurang 5 bulan je lagi.. Harap sempat lah T..T .. Maassalam..