Monday 27 January 2014

Belum Bersedia, Masih Dalam Tempoh untuk Pulih Sepenuhnya..

Selepas merasai pengalaman diperolok-olokkan dalam soal hati perasaan, saya jadi fobia dengan lelaki yang cuba menghulurkan salam perkenalan.. Bimbang jika pisang berbuah dua kali, jadinya sekarang saya lebih berhati-hati.

Bukannya prejudis, tidak! Saya faham.. Bukan semua lelaki jenis yang suka ambil kesempatan macam tu.  Cuma di pihak saya, saya mahu bersendirian untuk sementara waktu.  Sebab proses untuk pulih memang mengambil masa.. Penatlah jadi bahan uji kaji.. Penat mengharap pada sesuatu yang tidak pasti. Dan rasa malu pada Allah, bila setiap kali pulang merintih padanya dalam keadaan hati yang sudah  rosak dan kecewa.. Terasa besar kerugiannya.

Sebenarnya bukan sebab itu saja.. Ada sebab lain yang membuatkan saya serik untuk mengalah dengan perasaan sendiri.. Serik mengharap pada orang yang tak pernah nampak effort kita untuk dia selama ni.. Bila fikir-fikir balik, mana letaknya harga hati ni bila senang-senang ia diberi kepada orang yang tak tahu menghargai.. Sakit bila ingat balik pengalaman tu semua.. Maka dari situ timbul satu azam baru, untuk tidak lagi terbuai-buai dengan perasaan yang tak berkesudahan, untuk tidak lagi bertepuk sebelah tangan dan menunggu buah yang tidak mahu jatuh.. dari situ wujudnya kesedaran untuk menilai kembali, kepada siapakah prioriti  itu sepatutnya diletakkah pada kedudukan tertinggi dalam hati.

Saya ambil iktibar dengan rasa kecewa tersebut dan cuba untuk bangkit dan menjadi seorang Atikah yang baru.. Memang luar biasa perasaannya apabila kita cuba ikhlaskan diri dan kembali kepada Allah.. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan rakan-rakan yang soleh dan solehah dan tak putus-putus membantu memberi dorongan dan kekuatan untuk bangkit kembali daripada khayalan-khayalan yang tidak berpenghujung itu..

Kata seorang rakan, hidup memang untuk melestarikan cinta.. Tetapi cinta yang bagaimana? Dengan keindahan dan amanah cinta dari Allah, maka di situlah letaknya bahagia.. Cinta kepada keluarga, cinta kepada ilmu, cinta kepada ummah, dan cinta sesama saudara.. Hari-hari kita terlalu indah untuk dibazirkan dengan sesuatu yang kita tidak pasti apakah ia milik kita ataupun tidak.. Memiliki seseorang untuk kita berkongsi rasa cinta, berkongsi hidup.. Itu masih panjang, dan belum tentu menjadi milik kita.. Sedangkan kematian, dan perjalanan untuk pulang ke pangkuan Tuhan sentiasa menghampiri kita saban waktu..

Katanya lagi bukanlah kita tidak boleh berfikir langsung tentang perkara-perkara berkaitan hati perasaan, kerana itu juga anugerah daripada Allah, fitrah setiap manusia.. Bila Allah tiupkan rasa itu dalam hati, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangi dengan izin-Nya.. Siapa kita menolak cinta? Siapa kita menafikannya?? Cuma yang lebih perlu diberatkan adalah tanggungjawab menggalas perasaan itu, kerana seperti hidup ini, cinta juga amanah yang tidak ternilai, tiada ganti dan terlalu eksklusif.. Jadi semaikan juga kepada yang benar-benar eksklusif, kepada yang berhak apabila kita benar-benar mempersiapkan diri untuknya..

Alhamdulillah.. Sekarang saya semakin tenang melalui kehidupan yang diinginkan selama ini. Walaupun beban tanggungjawab sosial yang semakin bertambah, dengan kehidupan di kampus, dengan perancangan masa depan yang semakin kompleks, sekurang-kurangnya saya sudah belajar untuk lebih fokus dengan matlamat saya..

Tetapi manusia tetap manusia, hanya mampu merancang dengan baik, namun takdir Allah siapa yang tahu.. Sungguh perancangan Dia jugalah yang paling sempurna.. seorang lagi rakan berpesan kepada saya "let time heals you.. Mungkin sekarang belum bersedia untuk itu, tapi bila hadir seseorang yang tepat pada waktu yang tepat.. Everything will be going smoothly, and you'll be willingly to accept without being force by anything.." Big thanks to her for making me realize a lot more!

Jadi buat masa ini saya menolak bukan kerana tidak sudi, bukan kerana terlalu memilih, dan jauh sekali untuk sombong dengan hukum alam yang Allah tetapkan untuk para hamba.. Hanya mahukan sedikit masa untuk diri sendiri, bermuhasabah, melupakan semua yang dahulunya cukup membebankan jiwa, mahu belajar lebih lagi untuk memperbaiki kekurangan diri.. Dan selagi belum tiba waktunya, selagi itu  belum lagi ada ruang untuk sesiapa.. bukan kerana dia tidak layak menghampiri, cuma diri sendiri yang belum layak untuk menerima..  Maassalam..

1 comment: