Wednesday 27 August 2014

Let Go..

Assalamualaikum,..

"I balas balik apa yang dia cakap pada I.. I cakap dia poyo, loser.. tapi to that extend, I terfikir.. itu takkan membuatkan I nampak hebat di depan semua orang.. I cakap dia bodoh, tapi itu tak membuatkan I pandai pun. Bila I fikir-fikirkan balik, buat apalah I nak balas segala benda menyakitkan hati yang orang buat pada I tu.. Itu pun takkan membezakan I dengan diorang. So I just let go of it, buat apa nak sakitkan kepala dengan benda-benda yang tak ada faedah, nanti I juga yang sakit.. Bila I let go, hati pun tenang, jiwa lapang.. hidup pun aman damai.."

I swear I love this dialogue.. tak ingatlah drama apa, tapi memang kata-kata daripada skrip ni ada betulnya. buat apalah nak sakit-sakitkan kepala, sesakkan hati memikirkan cakap-cakap belakang orang pasal kita. Banyak lagi benda yang memberi faedah yang kita boleh fokuskan dalam hidup ni kan..

Jadi janganlah terlalu membebankan hati dengan memikirkan persepsi orang pada kita.. bukan dengan kata-kata mereka yang memberikan kita kehidupan.. bukan dengan kata-kata mereka juga yang menjadikan kita mati.. bukan.. tapi penerimaan kita itulah yang meletakkan siapa kita terhadap diri kita sendiri.

Biarlah apa pun pandangan mereka terhadap kita, biarlah satu dunia menjauhi, biar satu dunia membenci dan menghakimi perkara yang tidak benar yang mereka fikir tentang diri kita. We don't need the whole world to know the truth.. only Allah does, hanya Dia yang layak menilai dosa pahala, buruk baik kita di hadapan-Nya. Kita buat perkara baik, sehabis baik, sedaya upaya kita, kita tak perlu sesiapapun mengetahui dan menyukainya melainkan Allah. Kita buat sesuatu biarlah dengan keredhaan Allah, bukan atas persetujuan dan penerimaan manusia dengan sesungguhnya. kalaulah penilaian manusia yang menjadi dalil kepada segala amalan kita di dunia ini, maka tiada lain yang akan kita prolehi selain sesuatu yang sia-sia.

biar orang kata kita hipokrit, biar orang kata kita ini FAKE, tapi yang mengetahui isi hati kita hanya Allah taala. Manusia hanya akan terus menghukum, hanya tahu memberi pengadilan daripada cakap-cakap belakang orang lain tentang diri kita ini tanpa asas yang adil yang untuk semua pihak terutamanya kita, dan tanpa mendengar bicara dari mulut kita sendiri tentang letak duduk sesuatu perkara yang sebenarnya. Biarlah, biar saja, kerana seumur hidup tidak akan pernah cukup untuk kita memuaskan hati semua orang di dunia ini.

Jadi lepaskan segala tekanan itu, beri hati dan jiwa kepada Allah sahaja, Dialah yang Maha Penyembuh dan Memelihara. Pasti ada hikmah kenapa semua ini terjadi, sama ada ianya ujian, atau kifarah. Juahkan diri buat seketika dari negativiti itu, dan jalani kehidupan ini seperti biasa dengan gembira. :)
-----------------------------------------------------------------------------
Aku optimis dan terhibur dengan bicara Khaliq dalam ayat-ayat cinta-Nya bahawa,
apakah manusia itu dibiarkan mengaku beriman tanpa diuji?
Terima Kasih, ya Allah..
Engkaulah saja yang Maha Mengetahui..

Tuesday 26 August 2014

Tolong Tepi Sikit, Gadget!

Assalamualaikum.

Kalau nak ajak saya keluar makan, satu je.. satu jeeee saya mohon.. segala gadjet tak kiralah iphone ke, ipad ke, mp3 segala mak nenek tu mohon simpan atau letak ke tepi ya..

kalau setakat ajak keluar "just nak temankan makan" tapi hanphone tu melekat kat tangan, swipe tak berhenti dari mula makan sampailah habis makan sepatah tak bercakap, baik kamu makan depan tiang lampu lagi bagus. jangan ajak saya kalau macam tu lah sikap kamu yang lebih pentingkan komunikasi di alam maya berbanding komunikasi dengan manusia depan mata kamu ni.

penting sangat ke facebook, twitter, instagram kamu tu sampai nak berborak dengan saya pun tak boleh?? cer kabor gak penting sangat ke?? o.O

saya pun ada jugak segala benda alah tu semua, tapi bila duduk makan semeja, keluar habiskan masa dengan family/sahabat handai, automatically saya memang dah tak pandang benda-benda tu semua kalau tak ada keperluan penting. saya pun kaki facebook jugak, saya pun dok mengupdate jugak status, post gambar segala bagai, tapi tak adalah sampai lupa diri.. tak adalah sampai I have to wave my hand to say, "hello.. I'm here, right in front of you.. can we talk?" haih...

saya tak tahulah kalau orang lain tak kisah pasal tu. Tapi saya kisah, ok!! dan saya memang cukup pantang bila duduk depan manusia yang 24 jam tengok handphone, bergelak ketawa depan handphone, tapi kawan yang ada depan mata ni jadi tunggul.. haaa... ini memang menimbulkan kemarahan yang luar biasa, luar biasa tahu takk..dah macam zombie pun ada orang macam ni.  haih, geramnyaaaa!!!!!! >..<
rasa macam nak ambil handphone tu baling je dalam tong sampah.

nak keluar dengan orang macam saya tak susah, saya serius tak cerewet esp bab makanlah kan.. (hahhahhaha) tapi yang saya utamakan kualiti masa yang dihabiskan bersama tu, tak kiralah sejam ke, 15 minit ke, yang penting ada komunikasi. sebab masa tulah kita nak berkongsi tentang kehidupan, pemikiran dan kasih sayang kita dengan orang yang kita habiskan masa bersama tu. dahlah nak jumpa duduk semeja sekali sehari pun payah, bila dah ada kesempatan macam ni boleh pulak pentingkan gadget dari manusia?? kenapa?? kalau tak view news feed dekat social network tu 24 jam sehari, boleh mati ke??!!!
---------------------------------------------
kalau calon suami aku nanti macam ni punya perangai, hah! bye-bye lah jawabnya.. kau nak sangat perangai macam ni kan..pergi kahwin jelah dengan i-phone kau tu!

Monday 25 August 2014

Result Tesis: Dah Jangka..

Assalamualaikum..

Officially Result Tesis dah pun keluar. Syukur, ya syukur sekurang-kurangnya lulus dengan kepujian. Terkilan sikit sebab tak dapat A macam yang diangan-angankan.

memang dah jangka pun, result mungkin tak sebagus yang lain, dan tak sebagus expectation penyelia tentang kajian yang ditulis tu. Tidaklah meletakkan kesalahan tu pada sesiapa. kekurngan tu memang dari diri sendiri juga.. sebab dari awal tak rujuk penyelia untuk tukar objektif kajian. based on dapatan kajian, rujukan semata-mata... seratus peratus rujukan memang di arkib.. banyak yang terpaksa ditukar di saat-saat akhir.. and it was totally my bad bila tak jumpa penyelia untuk kemukakan masalah tu. yelah, apa function penyelia kalau bukan untuk bantu student yang menulis latihan ilmiah di bawah seliaannya setiap kali bermasalah kan.. padah bila memandai-mandai.. buat tulis tesis tu macam ngapdate blog pun ada..hurmm..

Sebenarnya kekuatan tu tak ada.. bimbang dan takut dengan penyelia yang sangat optimis dan berharap apa yang bakal dipersembahkan itu nanti mengikut apa yang dikehendaki. doktor yakin yang saya mampu hasilkan apa yang diinginkan. lantaran kepercayaan yang tidak berbelah bagi itulah, bila adanya masalah saya jadi takut dan tidak yakin diri untuk berjumpa doktor dan kemukakan segala masalah yang ada berkenaan rujukan yang ada. jadi saya putuskan untuk menulis berdasarkan bahan yang ditemukan, yang mana sedikit sebanyak ianya telah mengubah objektif yang dirancang sejak pembentangan proposal tesis tu dibuat.

3 minggu saya skip dari berjumpa doktor. minggu depan dah nak kena submit, hari ni baru jumpa untuk berterus terang masalah sebenar.. memang tak sempatlah doktor nak membantu, nasiblah doktor terima tesis tu, walaupun dengan riak muka kecewa sebab hasilnya berubah, tak sama macam yang dirancang.

keputusannya ok, tak teruk, tapi tidaklah cemerlang mana.. tak cemerlang macam yang lain-lain.. tapi alhamdulillah, apapun yang berlaku, taklah sampai jejaskan pointer untuk sem ni. tak jatuh, naik sikit.. sikiiiitttt je.. haha, nasiblah result final exam tu ok, kalau tak memang hangit kena masak dengan mak..

Itulah Atikah, orang lain sibuk belajar, kau sibuk belajar juga, tapi tak hadam.. pastu hentam keromo..  Aduhai,.. moga jadi pengajaran bermakna..

Maassalam..