Tuesday 31 July 2012

Naufal Baik Hari Ni.. Sikitla.. (^_^)

Assalamualaikum.. Macam biasa, semoga berbahagia hendaknya. =D

Hari ni Naufal dah tak senakal semalam.. Tak tahulah sebab dia jadi baik tu mungkin ke sebab saya denda dia semalam kan.. Tapi yang saya tahu, hari ni dalam kelas saya, dia sangat baik.. Cuma ada sesekali tu dia buat jugak loyar buruk macam selalu, tapi tak seteruk semalam..

Bacaannya pun semakin lancar, dan dia nampaknya serius belajar dengan saya. And guess what?? Lepas selesai bacaan, dia ada tanya saya,

"Cikgu tak denda Naufal hari ni?" haih, budak ni.. Perli ke apa..

"Kenapa? Nak cikgu denda lagi ke? Cuci jamban nak?"

"Nak, tapi cikgu buatla dulu.. Nanti baru Naufal buat.."

Wah wah wah.. Sedap je bagi cadangan macam tu kan..

"Taknaklah, Naufal yang nakal.. Cikgu baik.." saya 'angkat bakul' depan dia

"Hehe.. Cikgu ni perasanla.."

"Memang cikgu perasan.. Kenapa?? Jelous la tewww..." Sengaja saya psiko dia balik.. Semalam bukan main lagi dia psiko saya kan..

"Huh, tak bestla cakap dengan cikgu ni." hehe, dia dah mula panas.. dengan muncung-muncungnya tu, dia silangkan tangan ke dada.. Macam semalam.. Hahaha.. Jahat jugak saya ni, bila budak tu dah behave, saya pulak yang cari pasal.. Saja nak tengok akal dia je.. =P

"Tak best sudah.. dah, dah!! pergi balik kelas. Tolong panggilkan Faris.."

"Er.. Naufal.." Saya panggil dia sebelum sempat dia bangun dari kerusi..

"Yes, teacher.." loyar buruk lagi.. -__-

"Handsomela Naufal hari ni, jangan nakal macam semalam lagi k.."

"Ok, bos!!" dia angkat tabik prebet dia tu.. Serius comel...

"Dah, pergi balik kelas, jangan lupa panggilkan Faris ok.. Thank you.."

"Sama-sama.."
pastu masa dia nak keluar dari kelas, sekali lagi dia wacchaaaaaaa kan pintu kelas tu, dan lagi,  bagai nak gugur jantung ni.. Bertuah punya budak..

Seronok pergi ke tadika, bukan hari ni je, hari-hari.. Sebab setiap hari ada saja kisah berbeza yang berlaku.. Ragam pun 1001 macam, dan tak samapulak tu hari-hari.. Itu baru kisah pasal Naufal.. Belum masuk anak-anak yang lain.

Dan nak tahu tak, hari ni kami terima murid baru, 5 tahun jugak umur dia. An Indian girl, kalau tak silap.. Nama dia Diwarni.. Tapi tak pandai cakap Melayu, English pun tak pandai, cakap Tamil je yang dia tahu.. Sudah, jadi macam ayam dengan itik tadi bila nak bercakap. Takkan nak cakap Tamil kot, mana khatam lagi.. hehehe.. =).

Nasib baiklah ada Kasvindran dan Kumar, tak pasal-pasal jadi translater tak profesiaonal.. Cikgu Revatilah yang akan banyak mainkan peranan untuk murid baru tu nanti. Dan InsyaAllah, kami akan usahakan supaya Diwarni dapat communicate dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan lancar macam rakan-rakan Indianya yang lain..

Well then, jumpa lagi di post-post yang akan datang.. Maassalam.. ^_^..

Best Quotes of the Day..

"Sayangilah anak kecil.. Kerana mereka juga belajar untuk menyayangi daripada orang dewasa.."

Hai lah.. Nakalnya Cucu Bos..

Assalamualaikum.. semoga dalam rahmat dan perlindungan..

Cerita hari ni eh?
Ok, hari ni seorang anak murid saya kena denda. Semua sebab saya dah tak dapat nak handle lagi dah kenakalan pelajar saya tu. Dah hampir sebulan, setiap kali masuk ke kelas saya, dan setiap kali saya minta dia baca buku Iqra' nya, dia mesti main-main. Jadi hari ni, lepas puas saya berdiam diri, oh tidak.. Kalau saya terus biarkan dia macam tu, sampai ke sudahlah dia takkan progress dengan apa yang dia belajar daripada saya.

Dendanya, berdiri atas kerusi selama 10 minit sambil kedua-dua tangan disilangkan ke telinga....

Saya rasa kejam.. Kejam ke? Entahlah, sebab saya rasa itu satu-satunya cara yang efektif supaya saya dapat kawal keadaan yang memang tidak terkawal. Sepanjang bekerja di tadika, itu kali pertama saya denda pelajar saya macam tu. Thats why, I think its cruel.. Dan pelajar yang saya denda tu, siapa lagi kalau bukan cucu kesayangan Puan Pengetua di tadika tu sendiri. Well then, disiplin tidak mengenal cucu bos.. huhuhu.. Q_Q

Asal dia masuk dalam kelas saya, mesti muka saya jadi macam Squidward yang dalam kartun Spongebob tu.. Saya tak kata anak murid saya yang seorang tu teruk, cuma hiperaktif dia tu, its really drives me crazy.. Tapi saya masih berfikiran positif, sebab bagi saya, kanak-kanak yang hiperaktif ni adalah seorang yang sangat bijak dan berpersonaliti unik, jika dibentuk tak mustahil mereka akan jadi awesome satu hari nanti.... Kan??  -_-

Tapi, balik kepada topik asal.. Hari ni, masuk je dalam kelas, dia tendang pintu kelas tu dengan gayanya macam dalam cerita The Karate Kid. Terkejutlah saya, nasib baik takde lemah jantung.. Lepas tu masa duduk atas kerusi, dia bergoyang-goyang atas kerusi tu sampai lastly, jatuh tergolek atas lantai.

Memanglah dia tak menangis, sebab benda tu jadi macam satu keseronokan bagi dia. Dan dia akan buat macam tu berulang-ulangkali tanpa sikitpun rasa sakit. 5 minit berlalu, tapi satu huruf jawi pun dia belum mula baca. Sampaikan saya terpaksa angkat dia, letak atas kerusi dan bagi amaran supaya duduk diam-diam kalau tak mahu saya denda.

Mula-mula tu dia diamlah sekejap, tapi tak sampai 10 saat, dia start perangai macam tadi.. Sabar Atikah, sabar.. Dia kecik lagi, takpe.. Lepas tu saya suruh dia duduk diam-diam dan tumpukan perhatian. Bila saya suruh lagi sekali dia mulakan bacaan, tiba-tiba je dia rapatkan muka dia dekat dengan muka saya, dan tenung muka saya dalam, sedalam-dalamnya.

Saya pun tanyalah dia, kenapa tenung saya macam tu. Dia pun cakap,
"Kan cikgu suruh Naufal tumpu perhatian.."

MashaAllah.. Saya rasa macam nak 'bang' je dahi saya dekat atas meja tu. Kenapalah generasi sekarang, cerdiknya luar biasa.. Tingginya IQ diorang tu..

"Yela, cikgu suruh Naufal tumpu perhatian, tengok buku, bukan tengok cikgu.."

"Ok bos!!"

Hmm.. Takpe, dia budak lagi.. Biasalah tu kan.

Tengah elok-elok dia baca macam biasa, lepas tu tak pasal-pasal, suka hati je dia tukar sebutan huruf Ba' dan Ta', terbalik. Huruf Alif pulak, dia sebut Ya.. Lepas tu dia ketawa terbahak-bahak. hah, saya tahu dia sengaja permainkan saya..

"Salah tu Naufal.."

"Betul la.. Nikan huruf Ya" dia berusaha menegakkan benang yang basah.

"Salah! Naufal, cuba ingat balik, huruf apa ni??"

"Lah, cikgu ni.. Kan Naufal dah cakap ni huruf Alif! Cikgu janganla main-main.."

Bertuah punya anak murid.. Siapa pulak yang main-main ni..

"Naufal, sayang.. Tolonglah jangan buat macam ni, ok.. Bacalah betul-betul, jangan main-main. Cikgu tahu Naufal pandai, sekarang baca elok-elok tau.." saya buat ayat romantik.. wekk.. =P.. Dengan harapan dia akan lebih serius belajar macam rakan-rakannya yang lain.

Mulanya dia baca jugak, lancar. Sikit lagi nak habis, tiba-tiba je dia jatuhkan muka dia betul-betul atas buku Iqra' tu. Sekali lagi saya minta dia bangun, duduk tegak dan teruskan bacaan. Tahu tak apa dia buat? Dia buat buih macam belon air sabun guna air liur dia.. kemudian, dia tutup buku Iqra' tu dan cakap..

"Dah habis..." dan dia sambung lagi aktiviti senaman mulut dia yang entah apa-apa  tu.

Warghh.. Saya rasa muka saya masa tu dah bertukar hijau. Yang ni memang tak awesome.. Terus saya bangun dan menghentak tapak tangan atas meja. Nasib baik tak sakit. Dan nasib baiklah meja tu tak patah saya buat.

"Mohd Naqib Naufal!! Berdiri atas kerusi sekarang jugak!! Now, stand-up.. On the chair.. On the chair! Naufal, cepat berdiri, tangan dua-dua pegang telinga!" Saya betul-betul marahkan dia masa tu. Terkebil-kebil jugaklah mata dia tengok saya, mungkin tak sangka kot yang saya akan marah. Tapi sekejap je terkejut dia tu, muka still macam orang tak ada perasaan.. Apakah?? isk, isk... Y_Y

"Alah, cikgu ni.. Nanti Naufal cakap kat opah, cikgu buli Naufal.."

"Oh, nak cakap kat opah? Cakaplah.. Nanti bolehlah cikgu tolong Naufal bagitau opah, yang cikgu denda Naufal sebab Naufal main-main dalam kelas.."

"Huh, tak nak kawan!!" dia ugut saya, dengan muncung-muncungnya sambil peluk tubuh, tapi masih sempat patuh pada arahan saya dan naik atas kerusi. Nak ketawa juga masa tu, tapi saya tahan je.. Kalau tak lagi ligatlah dia main-mainkan saya.

"Tak nak kawan sudah.. Cikgu tak kisah.. Huh.." saya pun tarik muncung sambil peluk tubuh, mengajuk-ajuk apa yang dia buat. "Berdiri situ diam-diam. Jangan bergerak selagi cikgu tak benarkan."

"Baik, kapten.." dia angkat tabik macam prebet askar. Tengok tu, sempat lagi dia buat loyar buruk. Memang comel, tapi saya tak nak layan kerenah dia hari ni, nanti lagi menjadi-jadila perangai ngada-ngada dia tu..

"Eh-eh.. Tangan tu, pegang telinga.. Tutup mulut kamu!"

Sepuluh minit keadaan aman tanpa kenakalan Naufal, Yes.. Dah terkawal sikit keadaan. Kemudian saya suruh dia turun dan balik ke kelas asalnya di bilik darjah sebelah. Pantas dia turun dan terus datang peluk saya..

"Thank you cikgu, sayang cikgu.." wahh.. sweetnya anak seorang nih.. Cair sebentar.. hehehe..

"Aik, tadi cakap tak nak kawan.." saya cuba mengusik dan ulang balik statement dia tadi..

"Esoklah Naufal tak nak kawan dengan cikgu, hari ni nak kawan lagi.."

Haih, suka hati kamulah.. Naufal memang nakal dan hiperaktif,. Tapi saya tahu dia ni sebenarnya sangat pintar dalam pelajaran. Cuma kadang-kadang degilnya tu membuatkan kesabaran dan kekreatifan saya handle budak macam tu akan teruji.. Lagi satu, dia sangat manja.. dan pandai psiko orang lain. Opah dia, bos saya pun selalu juga dipsikonya, sampai nak marah pun dah jadi tak sampai hati..

Pasal denda tu, saya ada cakap pada Puan Pengetua. Bukan sebab takut Naufal mengadu atau sebab Naufal tu cucu dia. Tapi sebab saya nak dia tahu prestasi pelajar-pelajarnya yang dirasakan penting untuk diupdate. Atas arahan dia jugak..

Pengetua sendiri pernah cakap, kalau cucu dia nakal, bagi je apa yang patut, jangan patah riuk sudah. Dia pun tahu cucunya memang super mega nakal. Tapi setakat ni memang tak pernahlah saya jentik pelajar-pelajar di situ, setakat marah sikit-sikit dan denda yang simple-simple tu adalah..

Lagipun dalam polisi dan etika mengajar, tak boleh pukul dan mengeluarkan kata-kata yang tak baik.. Sebab setiap kelakuan orang dewasa akan menjadi tauladan kepada anak-anak kecil seperti mereka..

Rasa teruk jugak, sebab perihal denda mendenda ni, memang tak ada dalam agenda saya sebagai cikgu di tadika tu. Walaupun dalam hati memang tak tergamak, tapi dalam nak membentuk watak anak kecil yang berdisiplin, terpaksa jugakla kan.. Entah betul ke tidak apa yang saya buat ni..

Naufal, cikgu Atie sayang kamu k.. ^_^

Thursday 26 July 2012

Si Pintar Cemerlang Ku..

Assalamualaikum w.b.t. Nothing much that can be shared today, cuma beberapa foto di tempat kerja yang sempat saya snap sementara menunggu waktu rehat. Kebetulan Puan Pengetua tak ada di tadika waktu ni, hehehe... This is the time.. Inilah tempat kerja saya sepanjang cuti semester ni, tempat kerja yang sama saya bekerja masa tunggu keputusan STPM tahun lepas. Tadika Pintar Cemerlang.. Tempat yang masih sama, cuma isinya yang banyak berubah. However, I love it as much as I love the fresh air on Earth. Seriously!! ^^..

 

Sementara menunggu waktu rehat, pelajar menghabiskan tugasan kerja seni untuk hari ini. Dari mula buat sampai nak masuk waktu rehat pun tak siap-siap lagi.


Nur Amani.. She's among of the fastest one who had completed her work earlier.. Tengah menanggung beban kebosanan.. "Bila nak rehat ni.." lebih kurangla ayat dia.. Tengok tu, monyok je.. =(



Tadaa.. Dah siap.. Cantik kan?? Hari ni dalam kelas seni kami hasilkan kraftangan daripada botol air mineral terpakai, hiaskan dengan kertas warna dan masukkan biji kacang hijau dekat dalam botol tu.. dan jadilah alat muzik.. Mungkin akan digunakan untuk hari persembahan konvokesyen tadika November ni..



"Dari tadi dok buat ni tak siap-siap lagi?"
"Er..Hehehe.. =)"


Hero tamil paling disegani di tadika.. Kumaresan..


Ehem-ehem.. Bila besar nanti.. hehe.. ^^
cc: Syazwani & Fariz..


Penat duduk atas kerusi je, apa kata kita try habiskan kerja seni ni sambil berdiri.. Kan Fahmi.. Tapi sampai berdiri atas kerusi.. Dahsyat..



"Wahh.. Irfan, Ain.. Tak puasa!!"
 Hobi mereka di waktu rehat, berkongsi makanan masing-masing..
Agakla.. so sweet.. ^^


"Cikgu, ambillah foto saya.." kata Kumaresan dengan pelat tamilnya.. By the way, dia dah fasih cakap Melayu.. Better than last year.. We were lost each time we converse with this smart boy.. Kinda proud of him..



Comel kan dia.. Tapi pantang ditegur.. Kalau ditegur, maka muncungnya panjanglah sedepa.. But she's my beloved little bunny ever..


Khairiyah & Erina..
Sebelum baik punya posing-posing depan kamera ni, diorang ni sebenarnya baru je lepas bertengkar sebab berebutkan biskut oreo.. See!! Sekejap je dah berbaik balik..


Faris dan Syafiq... Dua sahabat baik yang berkongsi segala-galanya.. Huh?? Segalanya?? Ya.. Segalanya yang ada di tadika.. well, sharing is caring.. =P




Er.. I don't really know what was going on, as long as they're happy with their fun time togather-gather.. Its okla ^^



Seriously, i'm gonna miss you a lot, Naufal.. For your non-stop bubbling like mak nenek on everything, even with your meal.. "Cikgu, kenapa dalam nasi lemak ni tak ada timun?"
"Kalau ada, awak makan ke timun tu?"
"Eeeyeww.. saya tak suka timun.."
"So, that is the reason why.."


Sedih.. Ditinggalkan seorang diri.. itulah, kamu main kasar sangat.. Adib Faiq, I wish to have a gorgeous son like him someday.. cewahh.. berangan je lebih..




Masih sedih?? "What to do yunk.. Its your own fault.. Kalau nak kawan-kawan kamu baik balik dengan kamu, pergi minta maaf.." Tahu tak, lepas saya cakap macam tu, terus dia pergi dekat kawan-kawan dia dan minta maaf. Then, everything turns to normal again.. Itulah yang dinamakan anak kecil, bergaduh macam adik-beradik je, tak sampai pun 5 minit..


"Hai, nama beta.. Putera.."

 


"Putera? Adakah Putera Shazlan??"


"Owh tidak.. Putera sahaja.."

owh.. ok... =.=.. susahnya nak senyum dia ni, jenuh paksa..


Fahmi dan Kumaresan, adalah dua seteru paling memeningkan kepala. Jangan pernah biaran mereka bertembung. Then, its world war 3... hehe.. inipun baru lepas bercakaran.. Tengoklah muka tuu.. Tegang je.. Tapi sempat pose baik punye.. Yang di belakang tu, Afiq.. Rakan baik Kumaresan, and he's kinda a bit special.. He can't speek although he's going to turn 6 this year.. But as for me, he's just like the other kid I met.. Adoreable..

So, thats it.. Inilah dunia saya sekarang.. Walaupun hanya 4 jam sehari.. 5 hari seminggu.. dan untuk 3 bulan.. Inilah keseronokan dan warna hidup saya.. Semoga mereka membesar menjadi anak-anak yang berbakti kepada keluarga, negara dan agama.. dan semoga menjadi insan yang mulia suatu hari nanti.. Amin..

Jumpa lagi di post yang seterusnya.. Maassalam.. ^^

Best Quotes of the Day..

"Lihatlah keindahan dunia dari pandangan anak kecil, pasti tiada titik hitam yang terpalit di hati.."


Tuesday 24 July 2012

Tidak!!! Hentikan gosip di dalam surau!!!!

Assalamualaikum, semua.. Semoga sihat dalam pemeliharaan-Nya..

Sebelum tu, maaf ye kalau post kali ni kurang menyenangkan, tapi.. Inilah apa yang saya rasa, saya pun tak senang dengan situasi ni.. Situasi apa??

Aduh.. Terpaksa mendengar golongan para ibu dan suri rumahtangga bergosip sewaktu menunggu untuk solat terawikh berjemaah di surau Taman Mahsuri tu. Apakan daya, saya tersepit di tengah-tengah antara makcik-makcik tu.

Semuanya gara-gara orang belakang yang menyuruh saya memenuhi ruangan saf di hadapan. Kebetulan masa tu saya je yang paling muda yang ada di saf tersebut. Muslimat sebaya saya ada yang masih belum datang, kenalan-kenalan rapat yang biasanya bersama-sama saya ke surau tu sebelum ni kebanyakannya segan nak datang terawikh malam ni, letih, ada urusan lain, err.. faham-fahamla.

So, tinggallah saya seorang yang paling muda di situ (macam yang saya cakap tadi). Adalah tiga-empat orang jiran yang agak rapat, jadi saya bersama-sama mereka memenuhi barisan solat di hadapan. Dalam tengah termenung (macam biasa) ambil menunggu siak untuk azan solat Ishak, Tiba-tiba makcik yang kat sebelah kanan tu menyendeng kat sebelah saya, memanggil-manggil makcik yang duduk di sebelah kiri saya.. Lagi sekali, susuk kiri saya disendeng makcik itu. Rasa macam daging burger yang kena kepit dengan dua potong roti untuk dijadikan sandwich.. Aduh, tahulah badan saya ni comel, tapi kedua-dua suri rumah yang menindih badan saya dari tepi tu pun boleh tahan comel jugak.. Semput sekejap menahan nafas bila dihimpit. Lepas tu mulalah mereka bergosip.

"Eh, tak dengar cerita ke petang tadi?" yang sorang lagi pun jawab.

"cerita apa? takdak pun, kita sibuk masak lauk kat rumah sehari suntuk ni,"

"Alah, takkan tak dengar, riuh satu lorong rumah tu tadi si ****** tu bergaduh dengan si ######.."

"Lah, iya ka? Bila?? Tak dengar apa-apa pun pasal tu. Teruk tak. Apa jadi lepas tu?"

Haa.. Lepas tu saya dah tak dengar apa-apa lagi dah, sebab saya cepat-cepat sumbat jari dalam telinga, malas nak dengar. Nanti dengan saya yang tak tahu apa-apa ni pun dapat dosa subahat dalam acara godip-bergosip.. Keadaan kembali normal bila tok siak mengumandangkan azan. Fuh, lega.. Hilang satu beban.

Tapi, tapi, tapi.. Oh, Allah.. Apa dosa saya kali ni.. Sekali lagi saya dihimpit oleh kedua-dua kaum hawa beranak tiga itu (hah, patutla sebulu.. kebetulan betul!) sempat lagi menyambung kegiatan yang tidak mengurangkan kolesterol itu. Ada ke patut, habis je imam cakap "amin, ya rabbal 'alamin.."
tak sampai seminit mula soseh-soseh sambung gosip yang ter"pause" tadi..

Masa tu nak je saya menjerit.. "Makcik, saya tak boleh bernafas!!" pastu nak je saya cakap "Makcik, dilarang bergosip di sebelah saya.." eh, bukan.. "Makcik, dilarang bergosip di dalam surau.. Lebih penting, dilarang bergosip di mana-mana.." Tengoklah akibatnya, sekarang saya pun tengah bergosip pasal sikap makcik-makcik yang suka bergosip.

Haih, penatnya kena himpit.. huhu.. O_Q..
Bulan Ramadhan ni sepatutnya kita berpuasa segala-galanya, puasa makan, minum (itu jangan cakapla), yang lain-lain ni. Mulut, nafsu, hati.. itupun perlu dididik supaya berpuasa daripada, apa-apa aje la yang negatif, bergosip salah satu..

Bila imam cakap supaya kami semua rapatkan saf, makcik yang duduk di saf hadapan sekali, lebih tepat, di hadapan saya meminta saya bertukar tempat dengannya. Alasannya, dia tak tahan dengan keadaan di saf hadapan yang panas kerana kipas hanya berada di kedudukan belakang saf.. Saya sanggup, masa tu jugak kami bertukar tempat. Takpelah, saya tak kisah pasal ni, biarlah saya berpanasan, berpeluh sebab tak berkipas daripada saya kepanasan dihimpit-himpit macam nasi impit.. Its ok, I totally doesn't mind at all..

Haa.. Nak tahu tak, masa saya nak bangun untuk pergi ke saf hadapan, dengan tidak sengajanya saya ter.. I repeat, saya ter..pijak kaki makcik yang kat sebelah kiri saya tu.. Alamak.. Aduh, sakit tak makcik.. "Aduh, duh, duh.." makcik tu mengaduh, tapi perlahan je.. saya pun.
"Eh, sorry, sorry.. maaf ye makcik, tak sengaja,.." Seriously memang saya tak sengaja.. tak sengaja, sebab tak perasan, tak perasan, sebab kaki kebas, kebas.. sebab kena himpit dengan makcikla.. cakap dalam hati je la.. Yang tua dihormati.. hehe..

Balik rumah, sambil tulis post ni, saya story mory la dekat emak.. ketawa besarlah emak dengar cerita saya.. Saya pun nak ketawa jugak, tapi saya tahan, sekali dengan tahan geram. wahh, kalaulah mereka lagi muda dari saya, memang kena sound direct sorang-sorang.. Haih, sabar jela.. sabar-sabar.. Emak jugak yang selesa terawikh sendiri dekat rumah.. Atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan, mak tak mampu solat selain di atas kerusi, tak dapat nak rukuk lepas operation perut tahun lepas.. Tapi kesian jugak, sebab emak selalu cakap, lain suasananya bila solat brjemaah dengan solat seorang diri.. Mother, you are always right..

Tapi itu semua tak mematahkan semangat saya untuk terus ke surau malam esok.. Cuma, tengoklah, pengalaman hari ini menjadikan saya lebih berhati-hati.. Saya tak kata saya baik, sempurna.. Tapi, SAYA TAK SUKA KENA HIMPIT!!!!! tu je.. hahahaha... ^^

Ok, selamat berpuasa semua. Ingat, tak mau gosip-gosip dalam surau.. Nanti malaikat kutuk.. Arwah tok wan yang cakap.. Maassalam.. =)

Monday 23 July 2012

A+ Teaching..

Assalamualaikum, delightful noon, sunshine.. =)

Wanna be a teacher someday?? Me too!! (tengah jadila ni, preschool je pun.. heee =D.. ) so here are some sharing feeds about an A+ Teaching that i've got from walkthetalk.com. daily mail.. Check this out..


So, what exactly is teacher effectiveness? What is A+ Teaching? Many things! There is no single definition. For some people it may be developing and maintaining successful classroom management skills. For others, it may be enabling students to outperform state, local, and national test scores. To be sure, it will vary, depending on your district’s goals and initiatives. There is, however, a myriad of teaching behaviors, practices, and attributes which are universal to a quality education.

A+ Teaching involves the use of a wide range of successful ideas and activities. This means learning new strategies and trying what has worked for others. The good news: You don’t have to reinvent the wheel! Hopefully, you’ll be as excited to try them as I am to share them – as together we rediscover that…

1.Establishing positive relationships and building a caring community is essential to student success.
Organization of systems, materials, and the classroom environment helps your days run more smoothly.
          
2. Communication is essential for all stakeholders to reach their common goals.

3. Decisive, creative decision-making skills are crucial when the unexpected occurs.                                  
4. Incorporating brain-based strategies and responsive classroom activities significantly enhances student performance.

Well then, whether you are a new or experienced, tutor, or a temporarily teacher  – no matter if you teach preschool, elementary, middle, or high school students – there’s something here for you – and for all of your colleagues.

Good day, everyone.. Maassalam.. ^^

Best Quotes of the Day;

Ask yourself this question today:
“Am I growing or dying?”
If your answer is dying, make the decision today to become more aware and begin growing

Get Our "Generations Working Togather."

Assalamualaikum, everyone..
Again, i got an email sent by walkthetalk.com to be shared with all of you about successful thinker..

"Dear Friends,
Looking to narrow the gaps that inherently exist between different workplace generations? Here are some important things each manager needs to do!

Acknowledge that everyone wants to be treated with dignity and respect. And, remember that those expectations will likely be defined differently by different people.

Give coworkers, customers, and suppliers the same benefit of the doubt that you wish from them.

Presume that everyone you interact with is motivated by good intentions – unless they prove otherwise.

Accept that you can learn from others’ different life experiences, perspectives, and approaches – just as others can learn from yours.

Make an effort to focus on your similarities with others rather than your differences. Find, appreciate, and celebrate the common ground you share with those you work with … and work for.

Be willing to flex your natural style and preferences in order to work more effectively with all of your colleagues. Increased cooperation and collaboration results in greater success … for EVERYONE!

Be open and tactfully honest about your personal “hot buttons” (i.e., recurring sources of tension or conflict) and mindful of the things that bother others.

Remember that each individual brings something special (and needed) to the table … each person represents a piece that must be present in order for your organizational puzzle to be complete.

Focus on what really matters: productivity, teamwork, customer service, and mutual success.
Accept the fact that how you treat, deal with, and respond to others is purely and simply a matter of your own choosing."

Source : walkthetalk.com daily mails


I've take it as one of the best way to keep up with the life journey and i'll look forward in it.. InsyaAllah..


Best Quotes of The Day;

“Always remember there are only two kinds of people in this world – the realists and the dreamers.
The realists know where they’re going. The dreamers have already been there.”

Habits Die Hard..

We are all creatures of habit and if you make good habits, good habits will make you. This wisdom has been around since ancient times. Aristotle once said, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act but a habit."

                                       
The subconscious mind — the habitual mind — is over one million times more powerful than the conscious mind. This means that we spend a substantial amount of our lifetime on "autopilot," playing out the mental programs that govern our behavior.

                                       
 For example, while driving a car and carrying on a conversation with someone, the conscious mind is attending to what is being said in the moment while the subconscious mind is turning on the turn signal, hitting the brakes, attending to oncoming traffic, monitoring our blood sugar, regulating our breathing, planning our next move and on and on. The subconscious mind is so vast and so powerful that we do not even know what it is thinking or capable of. It truly runs our lives — whether we know it or not!

                                       
Habits begin and manifest deep in the mind and they can be friends or foes. Good habits can make our lives easier, helping us to do the more mundane things of life without thinking about them, like automatically depositing your paycheck.

                                       
But, as all of us know all too well, habits can also be destructive ... to our health, to our finances, to our relationships. It's why we struggle with losing weight, paying off our credit cards or quitting smoking ... to name a few "bad habits."

                                        
Whether they are a positive force in our lives or obstacles to the goals we want to achieve, habits become ingrained through repeated actions.

                                       
 Here is a little test to display the power of our habits. Cross your arms as you normally would, and look down to see which one is on top. About half of you will have your right arm on top and the other half will have their left on top. When you crossed your arms for the very first time, you might have been still in your playpen, and you have been crossing your arms the same way ever since. Now, cross your arms again, but this time put the opposite arm on top. It feels extremely weird! If you were to challenge yourself to cross your arms the "wrong" way for the rest of your life, could you do it? Probably. Would it be difficult? You bet it would!

                                       
Here's the point: Habits — good, bad, or neutral — are difficult to break ... they Die Hard!
The real key to success is replacing destructive habits with successful habits.

                                       
To win — to break self-defeating attitudes and behaviors — we must understand that we have the power to choose and the power to change. We have the power to let go of old thinking and adopt the mindset of a champion.

Based on the inspirational book : "Habits Die Hard: 10 Steps to Building Successful Habits" written by  Mac Anderson and John J. Murphy.

Have a good day, friends.. Maassalam.. ^^

Best Quotes of the Day;

“Life must be lived forwards, but it can only be understood backwards.”

A Simple Secret to Stop Procrastin​ation..

Assalamualaikum, may Allah bless our day with lots of love..

You have heard the old question, "How do you eat an elephant?" The answer is, "One bite at a time!"

                                           
How do you eat your biggest, ugliest frog? The same way; you break it down into specific step-by-step activities and then you start on the first one.

                                           
Your mind, your ability to think, plan and decide, is your most powerful tool for overcoming procrastination and increasing your productivity. Your ability to set goals, make plans, and take action on them determines the course of your life.

                                           
Conversely, as Alec Mackenzie wrote, "Taking action without thinking things through is a prime source of problems."

                                            
Increase Your Return on Energy.
One of your top goals at work should be for you to get the highest possible return on your investment of mental, emotional, and physical energy. The good news is that every minute spent in planning saves as many as ten minutes in execution. It takes only 10 to 12 minutes for you to plan out your day, but this small investment of time will save you up to two hours (100 to 120 minutes) in wasted time and diffused effort throughout the day.

                                           
You may have heard of the Six-P Formula. It says, "Proper Prior Planning Prevents Poor Performance."                                           
When you consider how helpful planning can be in increasing your productivity and performance, it is amazing how few people practice it every single day. And planning is really quite simple to do. All you need is a piece of paper and a pen. The most sophisticated Palm Pilot, computer program, or time planner is based on the same principle. It is based on your sitting down and making a list of everything you have to do before you begin.
                                            

Two Extra Hours Per Day
Always work from a list. When something new comes up, add it to the list before you do it. You can increase your productivity and output by 25 percent or more - about two hours a day - from the first day that you begin working consistently from a list.

                                          
Make your list the night before for the workday ahead. Move everything that you have not yet accomplished onto your list for the coming day, and then add everything that you have to do the next day. When you make your list the night before, your subconscious mind will work on your list all night long while you sleep. Often you will wake up with great ideas and insights that you can use to get your job done faster and better than you had initially thought.

                                           
The more time you take to make written lists of everything you have to do, in advance, the more effective and efficient you will be. 


Based on the Book: Eat That Frog! 21 Great Ways to Stop Procrastinating and Get More Done in Less Time. Written by; Brian Tracy.


Well then, sharing is caring.. =D.. Maassalam.. ^^

Best Quotes of the Day;


“It is not because things are difficult that we dare not venture.
It’s because we dare not venture that they are difficult.” 

Provide What They Need to Succeed.

Assalamualaikum, good day to everyone of you!! ^^

This is one of the mail from walkthetalk.com about constribution of the leadership.
May it will gives us some benefits from this useful thoughts.. =)

This “Commandment” is the cornerstone of getting work done through others with their commitment and their contagious enthusiasm. Here are a few ways you can provide them what they need to succeed:

1.Maintain an “Open Door.”
Encourage them to come to you with their problems and concerns. Listen and respond appropriately.

Be accessible and available.
Unless you’re on personal leave, make sure they can contact you for any needed clarification or guidance.

Allow reasonable schedule flexibility to accommodate their personal needs.

Think and plan before assigning work and implementing projects so you can minimize unnecessary changes and extra work.

Keep the environment respectful and “safe.”
Do not allow derogatory humor, destructive feedback, or the criticizing of input and ideas. Take immediate action to stop them if they occur.

Back their decisions and act on their recommendations whenever possible and appropriate.

Run interference.
Be a “go-between” to help team members get any required senior management approvals and interdepartmental cooperation.

Minimize obstacles.
Identify any organizational factors (including your behaviors) that inhibit team member success. Eliminate or minimize those obstacles as best you can.

Thats all for this time.. See y'all in other post soon!! ^^ Maassalam..


Best Quotes of the Day;


“The circumstances of our lives have as much power as we choose to give them.”

What Gives a Man or Woman the Right to Lead?

Assalamualaikum, good day, everyone.. ^^

Sharing feeds for today is about leadership within us..
                        
It certainly isn’t gained by election or appointment. Having position, title, rank or degrees doesn’t qualify anyone to lead other people. And the ability doesn’t come automatically from age or experience, either.

                       

No, it would be accurate to say that no one can be given the right to lead. The right to lead can only be earned. And that takes time.

                       

The Kind of Leader Others Want to Follow
                       

The key to becoming an effective leader is not to focus on making other people follow, but on making yourself the kind of person they want to follow. You must become someone others can trust to take them where they want to go.

                       

As you prepare yourself to become a better leader, use the following guidelines to help you grow:

                       

1. Let go of your ego.
                       

The truly great leaders are not in leadership for personal gain. They lead in order to serve other people. Perhaps that is why Lawrence D. Bell remarked, “Show me a man who cannot bother to do little things, and I’ll show you a man who cannot be trusted to do big things.”



2. Become a good follower first.
                       

Rare is the effective leader who didn’t learn to become a good follower first. That is why a leadership institution such as the United States Military Academy teaches its officers to become effective followers first – and why West Point has produced more leaders than the Harvard Business School.

                       

3. Build positive relationships.
                       

Leadership is influence, nothing more, nothing less. That means it is by nature relational. Today’s generation of leaders seem particularly aware of this because title and position mean so little to them. They know intuitively that people go along with people they get along with.

                       

4. Work with excellence.



No one respects and follows mediocrity. Leaders who earn the right to lead give their all to what they do. They bring into play no only their skills and talents, but also great passion and hard work. They perform on the highest level of which they are capable.

                       

5. Rely on discipline, not emotion.
                       

Leadership is often easy during the good times. It’s when everything seems to be against you – when you’re out of energy, and you don’t want to lead – that you earn your place as a leader. During every season of life, leaders face crucial moments when they must choose between gearing up or giving up. To make it through those times, rely on the rock of discipline, not the shifting sand of emotion.

                       

6. Make added value your goal.
                       

When you look at the leaders whose names are revered long after they have finished leading, you find that they were men and women who helped people to live better lives and reach their potential. That is the highest calling of leadership – and its highest value.

                       

7. Give your power away.
                       

One of the ironies of leadership is that you become a better leader by sharing whatever power you have, not by saving it all for yourself. You’re meant to be a river, not a reservoir. If you use your power to empower others, your leadership will extend far beyond your grasp.

Source: Walkthetalk.com (daily quotes and mails)

Best Quotes of the Day:

Just as your car runs more smoothly and requires less energy to go faster and farther
when the wheels are in perfect alignment, you perform better when your thoughts, feelings, emotions, goals and values are in balance.

Saturday 21 July 2012

Ramadhan Pertama Tanpa Abah..

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan buat semua..

Ibadah puasa tahun ni hati terasa kehambarannya. Kami sekeluarga terpaksa belajar untuk biasakan diri berpuasa tanpa abah. Memang susah, tak biasa bila tak dengar suara riuh rendah abah kejutkan kami semua bangun sahur, bagi tazkirah bila seminit lagi nak berbuka, sebab masa tu la masing-masing sibuk nak buat hal masing-masing, sedangkan abah dah ready set go kat meja makan. Abah juga akan bising-bising bila kami selalu ponteng terawikh, nanti akan berjela-jela la ceramah abah tentang fadhilat ramadhan dan betapa besar kerugian yang diperolehi bagi mereka yang tak nak rebut peluang tu yang datang cuma setahun sekali.

Hari pertama puasa, alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar, walaupun masing-masing terasa sunyi, tapi kami cuba sibukkan rutin harian dengan perkara yang penuh pengisian. Emak dengan kerja-kerja di dapur, kak ngah sibuk dengan hobinya mengemas rumah dan saya?? merenung masa depan.. hehe.. takldelah, saya dah mulakan tugas saya sebagai tutor separuh masa bermula dari petang selepas zohor hingga lah ke pukul 6 petang. sebelum puasa, selalunya saya mulakan tutor tepat jam 8.30-10.30 malam. Bila dah start puasa, saya pinda ke waktu petang sebab azam saya malam-malam saya akan ditumpukan sepenuhnya kepada ibadah dan berehat, serta menghabiskan masa bersama keluarga. memandangkan cuti semester saya pun dah tak lama..

Tujuannya selain hendak mengejar rahmat dan keampunan yang berlipat ganda pada bulan ini, ia juga adalah untuk meneruskan tradisi yang sebelum ni boleh dikatakan hanya abah saja yang fokus 100 peratus melakukannya. Dulu dalam bab-bab ibadah sunat ni, saya hanya fikir tentang diri sendiri
bila rasa nak buat, baru saya akan buat,.. Ya, memang agak selfish, dan tak matang langsung.
Sekarang ni amalan abah, kesenangan abah di sana banyak juga bergantung pada amalan anak-anaknya, sebagai sedekah dan penyambung pahala.. Jadi saya akan berusaha memantapkannya demi abah, dan kerana Allah taala..

InshaAllah, di kesempatan yang ada tahun ni, Ramadhan 1433 Hijrah ini akan dijadikan madrasah untuk saya terus bermuhasabah diri dan menampal lompang-lompang kekurangan yang dah sedia ada.. =).. sama-samalah kita ye..

Salam Ramadhan semua.. Maassalam..

Friday 13 July 2012

Hikmat Pergerakan dalam Solat.

Assalamualaikum.. Sejahtera ke atas Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam..

Perkongsian hari ini adalah tentang hikmah-hikmah secara saintifik dalam pergerakan solat yang disyariatkan oleh Allah swt dalam ibadah seharian. Seperti yang kita tahu, setiap perintah yang diturunkan itu tidak ada yang sia-sia.. Untuk pengetahuan anda, solat terbukti menyihatkan tubuh badan kita baik secara fizikal mahupun spiritual.. Dengan teknologi yang semakin berkembang dari hari ke hari, dan kajian yang dilakukan dari semasa ke semasa, jelaslah fakta ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Hikmat Pergerakan Dalam Solat..

Berdiri.
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara ortopedik. Rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstrimiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.


Takbir.
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.


Rukuk.
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju itidal, member tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat (bagi lelaki). Takpe nak berkongsi ilmu, buang sekejap rasa malu.. huhuhu..


Sujud.
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah kea rah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini akan menyebabkan pengembalian darah menuju jantung menjadi lebih mudah.


Duduk Iftirasy.
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis akan meningkatkan mengeluaran peluh. Ianya mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.


Transisi.
Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari akan mempengaruhi organ-organ kencing, jantung dan saluran darah.


Salam.
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri bermanfaat bagi meregangkan otot-otot dan kepala leher. Ini menai senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.


Thuma’ninah.
Thuma’ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia hingga tubuh, hati dan fikiran menjadi segar kembali.

So…  Selagi diberi kesempatan untuk hidup, tiada alasan untuk melalaikan solat kan.. Dan sebaik-baik solat adalah dengan tertib dan khusyuk..

Semoga dirahmati hidup dunia akirat.. Amin.. =)

Sumber dipetik dari buku “Mengapa Rasulullah S.A.W Tidak Pernah Sakit.” Karangan Dr. Adi Hashman, 2009.

Best Qutes of The Day.
Sabda Rasulullah s.a.w
“Akan datang suatu masa ke atas manusia, mereka melakukan solat namun pada hakikatnya mereka tidak solat.” Dan “betapa ramai orang yang melakukan solat namun hanya mendapat penat sahaja.”
                                                                                                                                             (Riwayat Abu Daud)