Thursday 30 May 2013

Ke Temerloh untuk Kajian PRU-13 Anjuran UMCEDEL

Assalamualaikum..
 

Alhamdulillah.. minggu ke-14 ditamatkan dengan mengikuti satu trip ke Temerloh, Pahang untuk satu program iaitu kajian terhadap Pilihanrara Umum Malaysia ke 13 di Temerloh Pahang..

Umum sudah maklum bahawa pilihanraya kali ini menyaksikan ADUN Temerloh, YB DAto' SAifuddin Abdullah telah tewas bertanding di kerusi untuk parlimen tersebut dan jatuh ke tangan pembangkang, ADUN PAS, Hj. Nasruddin Hassan Tantawi..

Kenapa Temerloh?

Menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, yang juga Pengerusi UMCEDEL, Prof. Dato' Dr. Redzuan Othman, antara tujuan kajian di Temerloh dibuat adalah kerana faktor sejarah, demografi dan geografinya, di mana di Temerloh juga suatu ketika dahulu merupakan permulaan kepada kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu, Temerloh juga menjadi pusat pengkalan kegiatan Rejimen ke -10 di bawah naungan Parti Komunis Malaya, merupakan tanah kelahiran tokoh nasionalis terkenal seperti Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) yang kebetulannya, Pahang merupakan tempat kelahiran Prof Redzuan sendiri.

Yang menarik minat UMCEDEL untuk mengkaji tentang pilihanraya di Temerloh juga adalah kerana untuk PRU kali ini, penduduk FELDA secara khususnya sudah mula berpihak kepada Pakatan Rakyat, menyebabkan DAto' SAifuddin gagal mempertahankan kedudukannya di situ. Jadi kami perlukan hasil kajian yang lebih teliti dan diyakini apakan punca sebenar berlakunya situasi tersebut.

Tiga kawasan daerah utama yang menjadi fokus kajian kami bermula esok hingga Sabtu ini adalah di Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan. In shaa Allah esok kami akan berkonvoi dengan kereta yang dipandu oleh team UMCEDEL sendiri yang juga merupakan senior saya di FSSS. Syukurlah sebab kami bertiga iaitu saya, Syima dan Laila ditempatkan di satu kawasan yang sama iaitu Mentakab.

Mulanya tak terfikir pun untuk join program macam ni.. Tapi saya dan Laila diajak ke sana oleh Syima untuk menemaninya ke sana, sebab dia tak kenal sesiapa dalam UMCEDEL tu.. Kisahnya, Syima mengusulkan untuk membuat kajian tesis berkenaan dengan poltik dan pilihanraya yang terkini bermula semester depan, dan usulnya diterima baik oleh Prof Dekan yang sekali gus secara automatiknya menjadi penasihatnya untuk penulisan tesis tu, kebetulan pula kajian tentang itu diadakan di Temerloh, jadi Prof Redzuan terus masukkan nama Syima untuk ikut ke kajian tersebut.. Tahniah ye cik Syima..

So, dah alang-alang Syima mengajak, kebetulan UMCEDEL memang sedang mencari numerator utk kajian mereka, saya dan Laila terima ajakan ni dengan tangan terbuka.. Bukan senang dapat timba pengalaman macam tu.. Dan ini pertama kali saya akan jejakkan kaki ke Temerloh, kebetulan kampung halaman Syima di siti juga.. Alhamdulillah, tercapai matlamat saya untuk luaskan pandangan di tempat baru.. Gitulah ceritanya..

Harap program macam ni dapat menambah pengetahuan, di samping mengisi masa dengan lebih berkualiti.. waktu-waktu macam ni memang elok sangatlah melangkah keluar kejap dari ibu kota, terperap lama-lama pun boleh blank kepala dibuatnya..

Doakan semoga perjalanan kami selamat dalam lindungan Allah.. semoga selamat sampai.. Nanti saya kongsikan lagi ye.. Maassalam..

p/s: penangan menulis assignment.. habis dah dengan post-post ni skema jadinya.. hahaha..


Sunday 12 May 2013

Finalize: Wrap Up Session of Sahabat SERU..



Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. selesai sudah peer coaching Sahabat SERU.. Tapi ini bukanlah yang terakhir, inilah permulaan segala-galanya..

Bertemu adik-adik second batch of RSS, sangat mengingatkan saya sewaktu masih baru merangkak dan bertatih dalam bidang ni. Masih segar dalam ingatan macam mana Kak Elin dan Abang Amirul sangat komited dan bersungguh-sungguh memberi bimbingan, berkongsi pengetahuan bermakna, sebagai insan yang sudah banyak melalui rencah kehidupan yang terkehadapan berbanding saya dan rakan-rakan.

Bersyukur kerana mereka sangat komited. Bukan atas nama Sahabat SERU, tapi saya percaya ini adalah kerana keinginan yang tinggi untuk memajukan diri dalam dengan bidang yang diceburi dan kehidupan yang dilalui saban hari yang semakin hari semakin menuntut ketabahan, kecekalan dan keupayaan untuk bergerak keluar dari zon selesa yang pernah dikecapi sebelumnya.

Wrap up session macam tahun lepas, adik-adik RSS diberikan ruang sehabis baik untuk tampil dan bercakap, berkongsi apa sahaja untuk saling membina antara satu sama lain. Saya bangga dengan mereka yang mahu dibimbing, mereka tahu apa yang mereka sedang lakukan. Mereka aplikasikan setiap modul dan diinterpretasikan dengan corak hidup, personaliti dan pemikiran mereka dengan bersungguh-sungguh.

Bagi saya, semalam adalah milik mereka, saya terharu dengan pencapaian mereka terhadap intuisi diri, mereka semakin positif, mereka semakin develop dari segala segi. Semakin percaya pada diri sendiri.. Mahu menerima perubahan yang baik walaupun mulanya agak susah berubah menjadi seseorang yang baru..Sahsiah, keperibadian, spiritual, perhubungan, social network, optimistic value.. Yes they did it! They totally proved themselves, that they valued what do they have, self-potential.. Yes, I am certain that they are our legacy.. Keep it up.. We trust you dear coachees..

Macam postmortem jugak semalam, Abang Amirul minta Coach tampail untuk berkongsi setiap input yang diperolehi sepanjang 4 sesi yang diadakan.. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya, saya sedang develop communication, speech skills masih dalam proses membaik pulih, sebab kecenderungan saya lebih kepada penulisan, in shaa Allah sedang diperbaiki supaya kedua-duanya seimbang.

Abang Amirul minta saya kongsikan 3 perkara yang diperoleh. Antara yang saya peroleh sebenarnya

1)  Coaching session ibarat berdiri di hadapan sebuah cermin. proses caoching ni sebenarnya bagi saya adalah satu proses refleksi diri. Saya membimbing dan pada masa yang sama bimbingan itu saya tujukan pada diri saya juga. Bersama mereka, saya juga lakukan setiap modul tu untuk lihat perkembangan diri saya luar dan dalam. Kalau sebelum ni sebagai coachee kepada kak Elin, kini sebagai coach adik-adik yang sedang terbina. Sebab itulah saya suka sesi ni walaupun agak susah menghimpunkan semuanya dalam satu-satu masa serentak, saya bukan saja mengajar. Mereka juag memberi pengajaran kepada saya, sangat banyak dengan perkongsian yang mereka berikan.

2) Saya jadi lebih matang. Terutamanya dalam soal membuat keputusan drastik, menyelesaikan masalah. Contohnya sewaktu peer coaching kadangkala berhadapan dengan kesukaran apabila ada coachee yang tak dapat datang atas sebab tertentu, partner yang sentiasa bertukar, hingga kami para cocah terpaksa mahu atau tidak, compile kan sekali semuanya dalam satu masa. Alhamdulillah, mereka memberikan kerjasama yang terbaik.

3) Saya rasa dekat dengan aura sebuah keluarga. Ada bonding adik-kakak di sini. Secara tidak langsung saya merasai bagaimana memiliki adik-adik yang pelbagai ragam, ada yang manja, ada yang banyak ragam, tapi semuanya membahagiakan. Walaupun sesi ni tak lama, dan seminggu sekali, tapi bila berjumpa mereka tunujuk yang saya diperlukan untuk berbagi kasih sayang. Ya Allah saya dah sayang dengan mereka ni sepenuh hati, In shaa Allah..

4) Sentiasa ada peluang untuk upgrade, bangunkan keperibadian diri. Alhamdulillah, macam yang saya cakap tadi, mereka betul-betul dah jadi seseorang. Setiap seorang dengan personaliti yang unik, apabila semakin digilap, mereka memang somethingla.. Saya sendiri terpegun, kalau sebelum ni ada yang pendiam, sekarang dah peramah, kalau dulu senyap sekarang dah pandai bergurau, kalau sembelum ni pemalu yang teramat sangat, sekarang dah tak ada masalah untuk tampil ke hadapan dan bercakap depan audiens.. Serius akak bangga dengan korang semua. Fatin, Fairus, Wardah, Wani, Lili, Hani, Soon Kit, Azivita, Taufik, Syazrin.. Akak sayang awak semua seperti sebuah keluarga.. Walaupun mungkin perkenalan ni singkat cuma, sangat bermakna, Allah hadirkan kalian dalam hidup saya untuk saya belajar perbaiki diri dari segala aspek, belajar banyak perkara dari dunia sekeliling deng personaliti setiap seorang yang unik dan tersendiri.

In shaa Allah.. Saya menanti hari recognition second batch of Sahabat SERU. Teruskan legasi ini, kita ada jenama kita sendiri yang tak dah tak sama dengan orang lain, itulah personaliti dan unstoppable, the infinity of the willingness to learn something new on our own style.. Harap nanti kita ada Alumni kita sendiri untuk ini.. Alumni Sahabat SERU.. that's my new goal in a long term period.. All the best to us all.. Semoga Allah redha.. Maassalam..

Best Quotes of the Day,

If you want to go faster, then you have to go alone, but if you want to go further, you have to go together..


My team, my coachees, my siblings.. R.L Buddies..  <3 <3


The Coaches.. yeah we are the first batch.. memang ketara muka senior tu hehehe..




Wednesday 8 May 2013

Ujian, Bunga Syurga dari Allah..


Assalamualaikum..

Allah takkan uji kalau DIA tak sayang, kalau DIA tak peduli..
Boleh jadi ujian penebus khilaf, boleh jadi teguran kerana tak mahu kita lupakan DIA.. apa juga situasi pulangkan hati kepada-Nya.. DIA yang Maha Mengetahui.. DIA takkan uji kalau DIA murka.. DIA beri ruang untuk pulang, setelah jauh tersasar, dan setelah luluh jiwa meratap ribut tengkujuh juga kemarau ruhani yang tak berpenghujung..

Kepada Allah tempat dituju segala gundah.. Luasnya kasih sayang Allah, selepas diduga sekeping hati, ada Nur yang dititip.. Lihat juga bagaimana ujian itu diterima.. adakah redha.. adakah ingkar lalu berpaling angkuh dari-Nya..

Allah uji bila DIA ambil abah.. Allah uji bila emak lelah tanpanya.. Allah uji bila ada yang sanjung.. Allah uji bila ada yang sisih.. Allah uji bila senang, dan Allah uji bila gusar.. Allah uji bila mundur.. Allah uji bila berjaya.. Allah uji bila dihadirkan-Nya mereka yang menyayangi.. Dan Allah akan uji bila ditemukan-Nya dengan mereka yang sering melukai..


Ke mana langkah kaki, di situ hidup takkan sepi dengan cubaan.. Yang menjadikan manusia kenal tahap kekuatan, dan agungnya ketentuan Tuhan yang penuh kejutan.. penuh hikmah, tanpa sangsi.. DIA sebaik-baik pengatur rencana.. Akan ada sesuatu yang lebih baik tercipta, hadir dari perkenan-Nya.. Ilahi rabbi, tiada selain-Nya tempat kebergantungan para hamba sahaya...

Sebab dia uji, dia nak hadiahkan darjat tinggi kehambaan dalam diri.. bernilaikah? ikhlaskah?? Hanya DIA yang tahu.. yang pasti.. bila Allah duga tekad di hati, raih saja dengan berlapang dada.. usaha untuk sabar, tiada gentar.. kerana yang Allah beri bukan ujian kosong, tapi benih-benih bunga dari syurga.. Allah, aku yakin, dengan sebenar-benar keyakinan!!



Alhamdulillah.. La takhaf wa la tahzan ya akhwat.. Innallaha ma'ana.. :)









Saturday 4 May 2013

Kempenlah.. Undilah... Dengan Matang....

Assalamualaikum..

Yeah it's me again..
Macam mana persediaan nak mengundi?? Harap semua ok, Jitra kekurangan satu undi daripada rakyatnya esok sebab saya takde.. wahhh... sedihnya nama tak naik dalam sistem untuk mengundi penggal ni, sebab katanya saya mendaftar awal tahun 2013, kalau tahun sebelum tu mesti akan ada.. Tapi ada je kawan-kawan lain yang mendaftar awal tahun ni jugak katanya dapat mengundi.. Rezeki la tu kot.. Takpela, saya kirim doa, semoga semuanya lancar.. In shaa Allah..

Dah fikir nak siapa jadi PM penggal ni?? Well, buatlah pilihan yang bijak, masa depan negara boleh jadi kerana pilihan kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab menentukannya.. Boleh jadi, tapi yang pasti Ketentuan Allah siapa yang tahu kan.. May the best leader with the best leadership wins!! Berdebarnya Ya Allah, berilah yang terbaik untuk Malaysia.

Terbayang satu je, alangkah indahnya kalau dalam menifesto setiap calon yang bertanding diselitkan jugak usaha murni untuk bendung masalah lambakan warga asing kat Malaysia ni.. Menjadi-jadi dah.. Kat area KL ni tak payah cakap la, bersepah dan ada di mana-mana, rasa macam kita ni pulak yang ada kat negara asing.. Sangat terasing di tempat sendiri.. Harap PM dan para jemaah menterinya boleh fikirkan tentang masalah ni bila dah bentuk kabinet nanti.. Risau betul, kalau datang sini behave takpe jugak, ini mengganggu ketenteraman.. Seriously bukan nak menghina ke apa, but that's the fact, saya rasa tak selamat bila dikelilingi warga-warga asing terutamanya lelaki, haih... Pergilah balik.... Malaysia is not rich as you thought, oh dear people..

Cakap pasal mengundi ni kan, tak boleh lari daripada berkempen.. Yup, dan apa yang saya dapat tengok di persekitaran dan di media-media massa kebanyakannya adalah saling condemn dan memburuk-burukkan antara satu sesama parti.. Di kampus misalnya, baru-baru ni saya dan beberapa rakan sekelas yang lain menegur salah seorang classmate kami yang lancangnya menggelarkan seseorang dengan panggilan yang menghina.. walaupun ideologi politik kami hampir sama, tapi saya memang tak setuju dengan caranya yang tak profesional dalam berbincang tentang isu semasa.. Semuanya berpunca apabila saya berkongsi info tentang Uitm yang mendapat cuti lebih satu hari dari UM.. Boleh dia cakap..

"Dah nama pun universiti of macai, memangla, nak hairan apa..." dengan gaya-gaya jambunya tu..

Saya memang pantang orang guna perkataan tak baik untuk gelar seseorang, suka ke tak suka ke janganlah di pagi hari rencatkan barakah hidup dengan mulut celupar macam tu kan.. so saya tanya dia bailk..

"Macai tu apa ye? Boleh kau terangkan??"

Terus dia pandang saya lain, macam terkejut sebab saya tanya dia macai tu apa?? sebenarnya saya tahu macai tu membawa maksud untuk menghina tapi..

"eh-eh.. kau tak tahu eh macai tu apa?" dengan gaya liuk lentok dia tu.. " nama je lelaki..

"haah, memang tak tahu, sebab tu aku tanya kau, kau kan lebih tahu.."

katanya "macai tu, err.. er..." dia garu kepala fikir jawapan, mungkin nak cipta idea, sebab saya tengok mata dia asyik pandang ke kanan.. "er.. macam ni, kau tahu tak bila kau tak dibayar tapi kau buat kerja free je.."

Oh... ye ke.. maknanya kau ni pun bekas macai jugaklah ye... itu saya cakap dalam hati je.. Bertengkar dengan orang perasan bijak ni memang buat tambah sakit hati je.. tak profesional langsung, nama je pelajar universiti.. Saya dan seorang rakan lagi bertegas.. "kau ni ***i, gelar-gelar orang macam tu, tak eloklah.. aku cakap pasal UiTM cuti je sampai selasa ni, bukan pasal siapa jadi macai.. dah, tak suka dengar.. nak komen biar ilmiah laa.." nasiblah dia ni jenis orang yang tak sentap sangat bila saya dengan kawan yang lagi sorang tegur macam tu, kalau tak memang bersilat la masing-masing kat situ kalau semua sama-sama tak matang...

Ntahla.. Katanya dia nak bertanding jadi calon pilihanraya kampus sem depan.. dia minta saya jadi pencadangnya.. Perghhhhhhh..... sorry to say, muchos impossible!! Takmo.. takmo orang gitu memimpin.. Huuuuuu  serammm.... Ada kisah tragis di sebaliknya.. taknak cerita, mengaibkan pula jadinya nanti, cukupla pengalaman yang kat atas tu yang saya kongsikan sebagai pengajaran supaya bila bercakap pastikan otak berfungsi dengan lebih baik berbanding mulut.. Nah sudah.. negatif betul post saya hari ni ye.. penangan PRU13 ke apa.. fuhh, breathe in.. breathe out.... Atikah yang baik... stay cool ya.. hahahaha... :P

Tak kisahlah nak pilih siapa, nak tolong kempen jadi jentera ke apa ke.. Yang penting adab kenalah jaga, ini cerita kedai kopi tu sampai berkibar tangan macam nak tebar roti canai kutuk orang tu, maki orang ni, padahal orang tu bukannya dengar pun, kalau nak reveal kelemahan sesuatu calon tu, pastikan dengan fakta, bukti, sahih, akademik, kita kan golongan berpendidikan.. barulah boleh mencerna minda, boleh tambah pengetahuan dan bertambah matang.. Setakat cakap sampai bersembur air liur masuk dalam pinggan nasi orang.. hah, buang masa!!

Suka sembang dengan Abang Amirul dan team Coaches Sahabat SERU hari tu, ideologi macam-macam, pandangan.. Tapi alhamdulillah, setiap kritikan dan pandangan yang diutarakan oleh semua orang langsung tak menghina mana-mana pihak, malah terasa lebih matang.. banyaknya info pasal politik boleh dikongsi.. Beza tu bercakap dengan orang terpelajar dengan orang panjang akal.. Yang terpelajar belum tentu panjang akal, yang panjang akal sudah tentu terpelajar.. dengan gaya masing-masing..

Pada orang yang suka "berzikir" guna perkataan "macai" atau yang sewaktu dengannya dua tiga bulan ni tu, ubahlah.. kata nak ubah kan... Jom ubah, ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.. hohohoho.... so diri sendiri pun kenalah ubah.. ubahlah sikap suka mencarut tu, inikalilah.. Nabi tak ajar kita maki orang.. Awak tu contoh junior-junior, jangan nanti ada budak datang tegur.. "bang, mak kate dose maki owang.. ngeh3..." haa... masa tu dah takde tempat nak sorok muka.. biar kurang pandai takpe, jangan nampak kurang matang.. dan kuraaaannnnggg...... kuang kuang kuang...

Selamat mengundi ye.. dan.. Selamat hari raya.. hahaha.. dah esok pilihanraya kan.. selamat hari raya lah...
Malam raya ni, jom tingkatkan amalan, semoga Allah menangkan pihak yang benar.. Aminn yan Rabb.. :)

Jenis Manusia Apakah Kita??

Assalamualaikum..

Fuhh.. Fuhhhh.. Fuhhhhhh!!!!! (Buang habuk kat blog.. hahaha..)

Ok, my bad.. lama dah tak update blog, sibuk je memanjang di facebook sampai dah tepu debu-debu di laman blogku yang tak berapa nak cantik ni.. huhu.. So, bila dah boring di fb, boring dengan kisah luahan cinta tak berpenghujung, kisah perang politik yang hampir makin sakit mata memandangnya, sakit telinga mendengarnya, dan sakit otak membacanya, so here I am.. I'm back.. yeah.. *fireworks sparkling*

Tadi ada dengar slot motivasi daripada Dr. Muhaya di youtube tentang jenis-jenis manusia.. Sangat menarik, dalam menikmati hujung minggu yang mendung dan sambil melayan assignment yang tak berpenghujung (ohmydear..T_T), dapat jugak saya belajar sesuatu yang baru..

Jenis manusia yang Dr. Muhaya bincangkan dalam slot tersebut adalah Manusia Eksport dan Manusia Import.. Manusia yang bagaimanakah kita ini? Import atau Eksport?

Sebaik-baik manusia menurut Dr. Muhaya adalah Manusia Eksport iaitu manusia yang paling banyak memberi.. Memberi dalam erti kata lain bukan hanya dari sudut materialnya sahaja, tetapi lebih kepada yang memberi nilai terhadap dirinya untuk diberikan pula kepada orang lain. Macam sesebuah negara yang nak mengeksport barang dagangannya ke negara luar, negara itu mestilah terlebih dahulu memberi usaha yang jitu untuk mengeluarkan produknya dan dipasarkan ke negara luar untuk mendapatkan pulangan yang lumayan.. Begitulah kiranya analogi yang dimaksudkan.

Lumrah manusia hari ini kebanyakannya hanya mahu menjadi "Pengimport" yang hanya berada di posisi sehala.. Dia nak dia je yang terima, sentiasa mengira-ngira, dan mengharapkan orang lain yang memberi kepadanya.. Contohnya sebagai jiran tetangga, sahabat handai atau saudara mara yang datang ke rumah, selalunya tuan rumah yang akan sediakan apa-apa juadah untuk diberikan kepada tetamu yang datang berkunjung, sepatutnya yang mengunjungi juga harus begitu. Jika kita rasa bahagia apabila menerima sesuatu daripada seseorang sebagai tanda penghargaan, begitu jugalah dengan orang lain. Kalau kita selalu letakkan diri kita dalam posisi orang lain, pastinya kita tidak akan menjadi seorang yang individualistik yang hanya tahu mementingkan keperluan diri semata-mata.

Contoh yang lainnya pula sebagai pelajar, antara sekumpulan pelajar, pasti akan ada seorang dua yang diberikan kelebihan oleh Allah swt untuk lebih maju dan cemerlang berbanding rakan-rakan pelajar yang lain. Menjadi pelajar yang suka mengimport memang ramai, semua pelajar adalah pengimport, tetapi untuk menjadi pelajar yang mengeksport?? Macam mana tu?? Misalnya yang macam saya cakap tadi, dalam satu kumpulan pelajar, pasti akan ada yang dianugerahkan dengan kebolehan mencerap ilmu yang diajar lebih tinggi berbanding rakan-rakan yang lain. Namun, kebanyakannya sering bersikap mementingkan diri.. apabila diajak belajar berkumpulan akan dikatanya.. "aku tak biasa belajar berkumpulan, jenis aku susah nak faham kalau study group.." bagi Dr. Muhaya, katanya pelajar jenis ini sebenarnya dia tergolong dalam golongan taraf manusia rendah kerana mencipta alasan untuk mengelak daripada berkongsi ilmu.. Sedangkan dia sangat diperlukan dan sangat berperanan terhadap rakan-rakan pelajar yang lain.

Begitu juga dalam satu situasi ni, ada tak kita jumpa rakan yang bila diminta ajar tentang sesuatu subjek yang kurang difahami, dan dia akan cakap macam ni.. "Aku memang faham benda ni, cuma aku tak tahu nak terangkan macam mana.. Hmm.. entahla.." ini lagi satu golongan yang selfish dan kedekut kerana menurut Dr. Muhaya, mustahil bagi seseorang pelajar yang faham akan sesuatu subjek tu tapi dia tak tahu nak terangkan, perkataan tak tahu tu sebenarnya lebih kepada "malas".. Malas nak fikir macam mana nak membantu sedangkan dia tahu dan orang lain sangat memerlukan dan dia sangat berkebolehan. Lagi satu sebab dia takut kalau orang lain akan lebih pandai daripadanya.. That's a common fact.. Ramai je yang macam tu.. Bila minta ajarkan kata tak tahu, tapi bila tengok ke result, perghhhhh!!!!! Bikin luluh hati..

Saya ada jumpa yang macam ni masa first year.. Bila minta ajarkan, kata tak tahu, tak reti, tak faham bla bla bla.. tapi bila tulis esei semester tudia... memang dean list la dia.. Lagi satu masa ajak tukar esei semester.. Sebab tajuk lain-lain, dan kemungkinan soalan yang nak ditanya dalam exam pun berdasarkan antara soalan esei-esei semester yang diberikan, so bila minta tukar dia akan cakap "kau hantar dulu yang kau, nanti aku emailkan esei tu.." so saya pun email kan lah esei saya, tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai ke minggu study week saya belum terima esei dia, tutp-tup esok nak exam subjek tu, malam tu baru dia emailkan.. Itupun lepas saya call, sms dan inbox kat fb minta macam pemungut derma.. Alasannya lupa, sedangkan hampir setiap hari saya remind dia benda yang sama..

Lagi satu bila kita tanya dia "tahu tak mana nak cari bahan-bahan ni?? Pusing-pusing satu library tak jumpala.." Kita tanya dia sebab dia memang tahu.. Tapi yang dijawabnya.. "Aku pun belum cari lagi bahan.. Pergila tengok kat library tu.." Tup-tup dua tiga hari lepas tu dia dah submit assignment dia walaupun tarikh hantar jauh lagi.. Rupanya dia guna nota senior yang lepas-lepas, dan adalah rujukan lain yang dia dapat di library bahagian artikel tesis.. Tak nak kongsi maklumat tu, kedekutnyaaaa.... Then boleh pulak tu tanya, "Kau dah submit esei??" Soalan minta penampor tu..

Memangla.... kannnn.... So saya tinggalkan terus orang macam ni, semester lepas pun masa dia ajak study sekali dan nak bertukar esei macam biasa.. I just ignore him.. Ya, dia memang bijak, cemerlang dan maju orangnya, tapi dia nak dia sorang je yang rasa manfaat tu, so I simply don't need this kind of person in my life, yet, I survived.. Ramai lagi yang boleh bergerak bersama sebagai rakan import eksport saya.. saling memberi la kan.. Nah... mengumpat pulak dah Atikah ni.. haih.. =..= Actually berkongsi pengalaman, supaya rakan-rakan lain dapat berhati-hati dengan orang macam ni.

Sambung yang pasal Dr. Muhaya cakap tadi. Dalam keluarga pun macam tu. Selalunya anak-anak mesti demand lebih kasih sayang kepada ibu bapa.. Nak itu, nak ini, dan adakalanya menjadi anak-anak yang hanya tahu mengimport kasih sayang itu daripada ibu bapa hingga terlepas pandang yang ibu bapa juga perlukan anak-anak melestarikan kasih sayang tersebut sebagaimana yang mereka berikan.

Contoh, satu hari minggu tu anak minta pada ibu nak makan sesuatu.. Bila ibu dah beli barang nak masak, tolonglah membantu di dapur, angkat barang ke, kupas bawang ke, tak pun tolong kemas rumah dan jaga adik-adik.. dah nanti ibu terkontang kanting nak memasak untuk kita, sekurang-kurangnya kita sebagai anak ringankan tulang membantu apa yang patut.. Barulah ibu kita akan rasa usahanya ingin membahagiakan keluarga tu dihargai, walaupun ibu kita tak pernah cakap, tapi jauh di sudut hati sebenarnya itulah yang diharapkan.

Macam tu juga dengan bapa kita, seharian keluar mencari rezeki untuk keluarga bila pulang ke rumah, penat, letih macam-macamlah, pastinya dia inginkan rumah itu menjadi pelepas tekanannya di luar. Jadi sebagai anak apa yang perlu kita buat? Behave! Jaga kelakuan, senangkan hati ibu bapa dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menambahkan kusut di fikiran mereka memikirkan sikap kita.. Kejap, saya nak fahamkan maksud yang Dr. sampaikan ni.. hmmm... faham2!! hehe.. :)

Ada juga selain manusia import eksport.. ada juga jenis manusia low standard apabila hidupnya hanya mahu minta dipuji dan diberi perhatian.. Hari-hari bercerita benda-benda yang nak orang puji, dia hebat dia lawa, dia pandai.. dia macam-macamlah, nak orang je dengar cerita dia, bila orang lain nak bercerita, dia mula bosan.. Dia akan anggap dirinya yang terbaik dan kebaikan atau kelebihan orang lain akan dipandang remeh.. Wahh... saya sedang berhadapan dengan orang macam tu!! Jadi apa nak buat ni?? Bagi saya, selagi telinga saya tak keluar api, boleh kot.. Dan dengan orang yang suka makan puji ni senang je nak "stuck" kan dia sekejap.. puji orang lain yang lebih baik daripada dia yang tak boleh ditandingi sesiapa pun.. lagi dia puji diri, lagi tu kita puji orang lain... Saaaaaaaampai dia bosan, boring dan segala bo lagi yang ada.. Saya dah buat, yes Alhamdulillah sangat berhasil.. hihihi... kawan-kawan saya cakap, psyhicology attack.. gitu ke?? taklah, saya cuma nak hentikan dia daripada terus hanyut dengan keujuban dia dan menyampaikan mesej secara tersirat.. "kalau kau bagus, raaaaaaamai lagi yang baaaaaaagussss dari kau.."

Di akhir-akhir slot, Dr. Muhaya ada bagi satu quotes ni, lakukanlah sesuatu yang kita akan suka bila orang lakukannya kepada kita.. dan lagi, Dr mengkelaskan juga jenis manusia dalam empat kategori;

Manusia wajib: Bila ada dihargai, bila tiada akan dicari..
Manusia haram: Bila ada dibenci, bila tak ada disyukuri..
Manusia sunat: Bila tak ada tak mengapa, kalau ada lebih baik..
Manusia makhruh: Bila ada tak mengapa, kalau tak ada lebih baik..

Jadi, manusia jenis apakah kita??
Maassalam.. :)

Best Quotes of The Day,

Kayakan diri kita, supaya kita dapat kayakan orang lain, sekurang-kurangnya dengan hati budi dan kasih sayang..