Friday 2 May 2014

Manusia Itu Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah.

Assalamualaikum..

Perkongsian dari roommate..

Katanya, kita beramal, kita beribadah.. Pahala itu in shaa Allah..
Tetapi yang menjadikan kita dapat masuk syurga bukanlah kerana banyaknya amalan kita itu, tetapi kerana rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya.

Walau sebesar apapun gunung dosa seseorang, hingga membuatkannya terhumban ke dalam neraka, tetapi dengan rahmat Allah, jika ada sekelumit pun amalan yg dilakukan yang membuatkan Allah redha kepadanya, Allah akan masukkan juga dia ke dalam syurga.. Kehendak Allah tak siapa dapat menduga, tak siapa dapat mempersoalkan apatah lagi menghalangnya..

Dan walau sebanyak manapun, malah seluas lautan sekalipun timbunan amalan seseorang, tetapi jika ada walau sebesar hama perasaan ujub, riak dan berbangga diri dengan amalan yang dilakukan, itu hanya akan mengundang murka Allah.. Tak mustahil, walaupun seseorang itu dilihat ketika di dunia ini dia seorang yang warak, tetapi di akhirat dia muflis hanya dengan perasaan yakin, bahawa dengan  amalannya itulah, dia pasti akan ke syurga.. Tidak!

Oleh itu, kita jangan sesekali yakin bahawa dengan banyaknya amalan kita, itu akan menjamin akses kita ke syurga-Nya..

Lantas saya bertanya..

"bukankah dengan amalan ketika di dunia akan menjadi tuaian hasil di akhirat dan menjamin bahagia di sana?"

"ya, memang benar.. Tetapi amalan yang banyak tidak ada gunanya jika hati tidak ikhlas, dan tidak pula istiqamah.. Ibarat kita mahu mengusahakan tanaman, biji benih yang baik tidak juga akan menghasilkan tuaian yang diinginkan jika tanahnya tidak subur.. Dalam menyemai redha Allah dengan amalan kita, tanah yang subur itu adalah keikhlasan.. Namun, ikhlas semata-mata juga tidak cukup jika tidak dengan perbuatan.. Sebab itulah iman dan amal itu mesti bergerak seiring, ibarat bumi yang perlukan siang dan malamnya. Begitulah.."

Dia menyambung lagi…

"sebab itu, dalam kita beramal, mesti bersungguh-sungguh, Allah tak pandang yang banyak.. Allah pandang yang ikhlas, yang sungguh-sungguh dari hati..  apa guna makanan yang banyak jika khasiatnya tidak ada.. Lama-lama mudarat juga kan..jadi sama-samalah kita usaha, dalam apa pun yang kita buat, targetnya adalah untuk mendapatkan redha Allah.. Baru hidup ni diberkati.."

In shaa Allah, Hibah..
Baru sekarang Tikah faham..

Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan insan-insan yang selalu dekat dengan-Nya..
Semoga Allah rahmati dan kasih pada kita semua..


Maassalam.. :)