Wednesday 27 March 2013

Adab Berguru..

Assalamualaikum..
Hari ni tergerak hati nak berkongsi tentang adab-adab berguru yang dianjurkan dalam Islam.. Semoga bermanfaat..


"Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperolehi menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak merasa kepahitan menuntut ilmu walau sedetik, ia pasti akan menelan kehinaan kejahilan sepanjang hayatnya."

Daripada kalimat-kalimat mutiara yang disuarakan oleh ulama' tersohor dunia iaitu Imam al-Syafie ini adalah, pertama sekali adab yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu yang ingin menuntut ilmu adalah keteguhan hati dan kesabaran yang tidak berbelah bagi. Kerana dalam proses menimba lautan ilmu yang tidak bertepi itu bukan kepalang susahnya. Susah mencari guru itu satu, susah menyesuaikan diri dengan garis peraturan yang ditentukan oleh mua'lim itu juga satu hal yang menduga hati, namun jika kesabaran dan disiplin yang dipertaruhkan itu dipandang enteng, maka sampai bila-bila pun berkat dalam menuntut ilmu itu tidak akan diperolehi..

"Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w sendiri mengangkat darjat seorang mu'alim atau guru ini di satu tahap yang tidak kurang tingginya lantaran jasanya yang bertindak menyebarkan ilmu pengetahuan dan memberi pendidikan supaya kita hidup di atas muka bumi ini sebagai seorang yang berbakti melalui ilmu yang disampaikan.

Bayangkanlah betapa besarnya jasa guru membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya. Hidup tanpa ilmu sama lah seperti hidup dalam kegelapan. Guru ibarat nur ilmu menerangi hidup manusia. Umpama lilin yang membakar diri dan menerangi kegelapan. Sebab itulah guru jatuh sebagai golongan yang paling wajib kita hormati selepas ibu bapa kita..

Selain bertindak memuliakan para guru, kita sebagai pelajar juga wajib menunaikan hak-hak guru. Apakah hak-hak guru yang wajib kita laksanakan?

1) Merendah diri terhadap guru.
-Walau sehebat manapun latar belakang peribadi kita, tingginya taraf kita dalam kalangan masyarakat, sebesar manapun pengaruh yang kita atau keluarga kita miliki, guru tetap guru. Kerana kita yang mencari mereka untuk mengambil cebisan ilmu yang Allah takdirkan untuk mereka pelihara sepanjang hayat mereka. Jadi adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka. Contohnya, memberikan salam atau ucapan selamat apabila bertemu, bertutur dalam nada suara yang rendah dan sopan, serta mendahulukan mereka dalam hal-hal seperti tidak duduk sebelum guru duduk di dalam kelas terlebih dahulu dan sebaik-baiknya pergi bertemu guru untuk belajar, dan bukannya menanti guru yang datang ke baitul (tempat) kita untuk "mempersembahkan" ilmunya kepada kita.


Dalam satu tulisan ada mengatakan bahawa adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah mereka sentiasa terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka. Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t

2) Memandang guru dengan hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka lebih unggul berbanding kita.
Sesungguhnya guru itu menjadi role model yang terbaik bagi anak-anak murindnya. Guru yang memiliki keperibadian yang mahmudah akan sentiasa menjadi ikutan bagi pelajarnya sebagai qudwah yang unggul. Justeru, bagi pelajar, selagi mana guru itu sentiasa dalam keadaan mentaati suruhan Allah dan Rasul-Nya, tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan hubungan manusia dengan manusia dan juga hubungan manusi dengan Tuhan, maka wajib bagi pelajar untuk sentiasa menghormati guru-guru tersebut kerana sudah pasti pembentukan akhlak manusia itu didorong oleh contoh terbaik yang diikutinya.

Melihat pada trend hari ini, pelajar cenderung untuk mencari keburukan guru yang mengajarnya terlebih dahulu berbanding kebaikan ilmu yang ingin disampaikannya. Bukan hak kita sebagai pelajar waima sebagai sesama manusia sekalipun untuk menjatuhkan hukum dan menilai baik buruk, dosa pahala mereka yang juga manusia biasa yang sudah pasti banyak juga kelemahannya. 

Selagi mampu, hormatilah guru kita seadanya.. Berusahalah mencapai kemampuan itu. Jangan sesekali mencerca dan menghina guru walaupun mereka tidak menjalankan tanggungjawab mendidik kita dengan sempurna. Kepincangan yang mereka lakukan itu menjadi urusan mereka dengan Allah swt, jangan mengumpat guru kerana seburuk manapun mereka, barakah terhadap ilmunya itu tetap ada. 

3) Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda kita menghormati mereka.
Saidina Ali pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.

Jika di sekolah, kita memanggil murabbi kita mengikut subjek yang diajarnya.. Contoh kalau subjek yang biasa-biasa tu kita akan panggil "cikgu", kalau yang diajar tu subjek agama Islam, maka kita akan memanggilnya dengan gelaran "ustaz" atau "ustazah", kalau bahasa Inggeris, kita akan panggil mereka "sir" atau "teacher". Ada sesetangah institusi pelajarnya memanggil guru mereka dengan gelaran murabbi, mu'allim, tuan syeikh dan sebagainya.. Masuk ke alam universiti, di hadapan pensyarah, walaupun gaya mereka berbeza, namun taraf mereka sama seperti guru kita, kerana merekalah yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kita. 

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)


Ulama' terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan"awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.


Jadi panggillah dengan gelaran yang baik dan tidak merendah-rendahkannya. Kalau yang mengajar itu pensyarah biasa, gelaran untuknya adalah "puan" atau "encik", kalau level pendidikannya lebih tinggi, kita boleh panggil dengan gelaran dr. atau prof. Dari situ menunjukkan bahawa kita bukan sahaja mengiktiraf mereka sebagai pendidik kita, tetapi sebagai pelajar, kita juga telah mengiktiraf diri kita sendiri sebagai anak didik mereka.

4) Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.
Maksudnya, setiapa amanah yang diberikan guru seperti tugasan, kerja rumah, kehadiran di kelas wajib dilaksanakan selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika guru/pensyarah kita menugaskan kepada kita untuk menyiapkan kerja yang diberikan, menjadi kewajipan kita untuk melaksanakannya, kerana amanah itu bukan untuk kebaikan guru itu sendiri bahkan untuk manfaat kita di masa-masa akan datang. Maknanya, jika guru memberikan tugasan kepada kita, wajib kita laksanakannya dengan sebaik mungkin dan mengikut masa yang ditetapkan, takut-takut jika kita tidak menyempurnakan tugasan itu, jatuh berdosa kerana tidak melaksanakan amanah yang diberikan ibarat kita tidak mengiktiraf hak mereka sebagai guru kita dan secara tidak langsung kita enggan menghormati mereka.

Para ulama' terdahulu, apabila mereka berhajat untuk bertanyakan sesuatu kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Pernah dalam satu kisah di mana seorang ulama' iaitu Ibnu Abbas r.a bahawasanya beliau  pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu sahabat itu berkata kepadanya: "Dia sedang tidur." Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu lalu dikatakan kepada beliau: "Tidak perlukah kita mengejutkannya?" Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.


Begitulah betapa besarnya penghormatan yang ditunjukkan oleh para ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. 


Sabda Rasulullah s.a.w.

" Tidak termasuk umatku, orang yang tidak menghormati orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

5) Mendoakan kebaikan untuk guru.

Hubungan pelajar dengan gurunya tidak berhenti setakat di dunia. Ianya akan membawa sampai ke akhirat. Kita akan ditanya tentang setiap amalan termasuklah akhlak dan tanggungjawab kita terhadap guru. Begitu juga dengan guru. Seperti yang telah saya sebutkan awal tadi, guru juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Selagi kita hidup di dunia ini, janganlah lupa mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat selepas mendoakan ibu bapa kita.

Sekali dia mendidik kita, maka selamanya dia adalah guru kita. Walaupun sudah berpuluh tahun tidak bertemu, sudah berpuluh tahun terputus hubungan, namun selagi kita hidup dengan mengingati segala ilmu yang diajarnya, maka selagi itulah hubungan itu tidak pernah berakhir. Tidak luak masa kita jika sedekahkan doa pada mereka setiap hari sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia, malah para malaikat akan mengaminkan doa tersebut dan mendoakan juga supaya diberi keberkatan kepada kita. Pelaburan yang baik kan, yang penting ikhlas..


“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa guru-guru aku sekiranya adakalanya mereka telah mengabaikanMu. Tetapi, kau syafaatkanlah mereka di akhirat dengan syurga, atas jasa dan budi mereka mendidik aku sehingga aku menjadi insan yang berjaya"


Setakat ini dulu perkongsiannya.. Siapa pun kita hari ini, jangan pernah lupakan budi mereka yang bagaikan lilin, membakar diri menerangi hidup kita untuk meraih cahaya yang lebih terang..  In shaa Allah.. Kepada rakan-rakan yang bakal bergelar guru, selamat berjaya, ingatlah di tanganmu tertanggung segunung anamah, mendidik anak bangsa, membentuk umat Muhammad yang bertaqwa.. Teruskanlah perjuangan ini sehingga akhir hayatmu.. Dan buat guru-guru yang telah banyak berjasa.. Diri ini bukanlah sesiapa andai tiada bimbingan dan kesabaranmu menyampaikan ilmu pinjaman Tuhan.. Semoga dilimpahi rahmat kasih sayang Ilahi dunia akhirat.. :) Maassalam..












Best Quotes of The Day..
"Jika hari ini kau punya seluruh dunia, tanpa jasa dia gurumu, kau bukan sesiapa.."


Sunday 24 March 2013

Mengenal Cinta Meraih Allah : Rabi'ah al Adawiyah; Sufiah Agung

"Alangkah manisnya Engkau, sedang hidup ini pahit..
Alangkah senangnya kalau Engkau Redha, meski semua manusia membenci,
Alangkah semaraknya hubunganku dengan-Mu, 
sedangkan hubunganku dengan alam semesta runtuh,
Jika benar Engkau cinta,  maka segala sesuatu adalah hina,
dan segala yang di atas debu adalah debu."

Itulah dia Rabi'ah al Adawiyah.. Itulah dia yang melabuhkan dasar cinta yang tiada lain hanyalah pada Dia yang Maha Mentadbir segala rasa.. Dia pencetus mazhab cinta Ilahi.. Pencinta agung, yang mencintai Allah bukan dengan naluri kewanitaannya, dia melestarikan cinta agung buat al-Khaliq sepenuh hati dan jiwanya..

Dalam fikrahnya, cinta berasal dari Allah dan untuk Allah selayaknya cinta itu kembali.. Sejatinya cinta itu harus bersendikan ketulusan, kejujuran, murni demi dan untuk-Nya semata..


"Dua jiwa yang saling mencinta, tidak akan memerlukan tafsir, yang ada adalah ungkapan kerinduan dan rasa. Barangsiapa merasa akan memahami, barangsiapa  memahami akan menghayati. Bgaimana kau akan mampu memaknakan rasa kasih dan cintamu ketika kau berhadapan dengan Kekasihmu, kau seakan jauh, ketika Dia memandangmu, kau selalu berpaling, dan ketika Dia menemuimu, kau acuh kepada-Nya. Padahal Kekasihmu selalu melihatmu, memperhatikanmu, di manapun dan bilapun kau berada."

Dalam tasbih rindu dan kalimat cinta Rabi'ah kepada Kekasih Sejatinya,

"Tuhanku, jika ibadahku, hanya untuk menjauhkan diriku daripada api neraka-Mu, maka kelak bakarlah aku  dengan api neraka-Mu. Jika sembahku hanya untuk meraih syurga-Mu, maka haramkan syurga-Mu atas diriku. Adapun bila ibadahku hanya ingin beroleh kasih-sayang-Mu, berilah aku kurnia agung-Mu. Anugerahkan kepadaku nikmat bisa melihat-Mu, wahai yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia."

Rabi'ah Adawiyah adalah contoh wanita dengan peribadinya yang sangat sederhana dan penuh bersahaja. Mengambil dari dunia ini apa yang perlu dan tidak merasa tamak dengan gemerlap fananya duniawi. Walaupun hidupnya menyendiri, namun dia yakin dia selalu ada Allah yang menemani. Kebahagian hakiki baginya adalah apabila dia mampu menyendiri dengan Kekasih Sejatinya.. Dalam sepertiga malam, dia bersenandung;

"Bekalku sedikit, sedangkan aku tidak tahu akhir perjalanan ini. Oleh jauhnya perjalanan ataukah sedikitnya bekal, entahlah untuk apa aku menangisi ini. Akankah ku bakar diriku dengan api neraka-Mu wahai Harapanku? Lantas di mana harapan dan ketakutanku terhadap-Mu?"

Rabi'ah al-Adawiyah adalah satu daripada hamba kesayangan Allah swt, yang mampu menangkap butiran kasih suci dan getaran cinta Sang Maha Cinta. Ia mewariskan kepada generasi Islam (wanita) teladan ibadah yang sempurna, bersandarkan kecintaan yang tidak berbelah bagi buat Dia yang Maha Mengasihi. Sebuah perjalanan yang terbentang menuju kekasih abadi, sebuah kisah mencinta dan merindu juga kedamaian hakiki.. Melahirkan kesejukan dan kedamaian jiwa, terpatri di relung kalbu tiap insan yang meraih cinta itu sepanjang masa.

via buku "Kisah Cinta dalam al-Quran; Mengenal Cinta Meraih Allah." karangan Misbah Em Majidy..

Semoga Bermanfaat..

Sunday 17 March 2013

My First RSS Coaching Session As a Coach..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Our first met in coaching session last week went so well, although,,  not all of our kuih koci (heheh), made it through.. Only 9 out of 12,.. 13 in actual.. Only 9 of them came to have our first session of RSS peer-coaching last Thursday.. Well then, university students nowadays such a busy bee, busy at all the time, they can even beat with the Prime Minister's packed schedule I guess.. hahahaha.. kiddin' on you.. xP

Sincerely, I do felt a slightly disappointed as the numbers doesn't fit in the right place .. But its ok, I understand that everyone got their own responsibilities to be done too..

So either by hook or by crook, we (including Habib and Mhiruna, my two peer coaches) have to make it on another day with this another 3 people before two weeks roll by as we have to make a report and do some briefings with both our coach, Abg Amirul and Kak Elin,.. before.. we jump into the next coaching session soon.

But anyhow, its ok, my dearest coachees.. I don't put this blame on you, just feeling a little bit "ouch!!" as I expected everyone can filled up all the column perfectly.. As everyone could even have a great and fantastic sharing moment at once, yet we could know each other better..

By the way, as I say it just now, ITS OKKAY.. ^_^.. we still have time either.. We made it to share lots of things before.. It memorize me on how my first peer-coaching session with Kak Elin went through back at the time.. Those days.. Owh.. That's one of the moment to be remembered.. Now I know how do they feel.. how do they really put their effort to guide us to become someone's better, becoming who Atikah Zakaria as everyone knows until today.. (cewah.. macamlah semua orang kenal kan.. :P)

To lead someone wasn't that easy.. At the first place I struggled myself to look perfect in front of my juniors.. But then I was totally wrong.. There's now way to become such a perfect, as the perfectness of human being is their own imperfection anyway.. All I will do is just be with them, learn together, keep inspiring and leading on each other..

So, my "kuih koci" (peace..:D) please help me to help you, "hold my hand" so that we can lift, grow together because each one of us is a leader, a great leader in shaa Allah.. Keep it up, kinda proud of you guys muah!! x1000.. Thanks to be one of my best part in my inspiring life... Love you guys thiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiissssss much... :).. Maassalam.. ^_^

Best Quotes of The Day

"The moment you're ready to quit is usually the moment right before the miracle happens.. Don't give up!"

Bukan Tertulis Rezeki Mereka..

Assalamualaikum.. :)
Ingat lagi pasal entry saya "Ya Allah, Permudahkanlah Semuanya untuk Mereka?"

Hmm.. macam mana nak mula ni..
Tengok tajuk pun tak tahu kan resultnya betul tak??
Apa boleh buat, kami dah usaha. kami dah rancang sehabis daya, sesungguhnya rezeki setiap makluk yang bernyawa, Allah yang pegang.. Mungkin Dia mahu kami lebih berusaha.

Pihak SERU tak mampu tolong tentang tajaan tu sebab program HAWARIS bertindih dengan aktiviti SERU sendiri, dan setiap dana keluar masuk yang dikeluarkan SERU adalah melalui KPT, dan HAWARIS tidak ada dalam senarai usahasama dengan program-program yang KPT anjurkan.. Jadi Prof Samsinah tak mampu nak buat apa-apa, beliau juga perlu patuh pada prosedur organisasi..

Saya faham perasaan Nazhif masa tu.. Masa kami sama-sama dalam bilik meeting SERU dan terima jawapan yang agak mengecewakan, saya tahu dia rasa down sangat, yelah sesiapapun kalau ada di tempat dia, memang akan rasa benda yang sama.. Tambahan lagi bila program tu dah makin sampai deadline, tapi tajaan masih banyak tersangkut.. Kalau saya mungkin dah lama give up, tapi dia tak.. nampak bagaimana optimisnya dia.. Bila permohonan tu ditolak, dia tak melatah, tapi tetap bersangka baik.. Pasti ada jalan..

Sebenarnya saya rasa bersalah yang teramat sangat, sebab saya lah yang letakkan harapan yang tinggi untuk diorang untuk tajaan ni.. Macam mana hebat sekalipun kita merancang, Tuhan tu yang Maha Mengetahui..

Tapi Prof Samsina tak biarkan kami, Nazhif terutamanya pulang dengan harapan kosong.. Ada cadangan-cadangan yang boleh dipertimbangkan dan sangat bermanfaat untuk golongan mahasiswa kurang upaya seperti mereka memajukan diri setelah tamat belajar dan bergraduasi.. Dan pihak prof sendiri akan negotiate dengan pihak KPT dan berbesar hati untuk memberi sumbangan dalam bentuk dana dan fasiliti untuk mereka yang memerlukan.

Risau jugak bila memikirkan apalah akan jadi pada projek mega HAWARIS  ni nanti, bulan depan je projek tu.. Berat hati saya nak beritahu sahabat saya yang juga permanent volunteer untuk PERMIUM, Haziqah yang "we've got bad news.." tapi tak sempat saya nak beritahu Haziqah, Nazhif dah beritahu dulu.. Tapi kata Haziqah, Nazhif sangat optimis orangnya, sebesar manapun dugaan yang dia terpaksa lalui, dia tak pernah persoalkan, malah dia pulak yang bagi semangat, "takpe, masih ada cara lain.. rezeki ada di mana-mana,".

Yep!! Rezeki ada di mana-mana, yang penting jangan berhenti mencari.. Saya sentiasa menyokong sahabat-sahabat OKU saya untuk sama-sama maju ke hadapan.. Kita usahakan lagi, in shaa Allah, akan ada jalannya..

Best Quotes of the Day..
"a rejection sometimes can be a one way open to another acceptance.."

Monday 11 March 2013

"Ya, Allah, Permudahkanlah Semuanya untuk Mereka.."

Assalamualaikum..

Hari ni Alhamdulillah saya terima satu lagi amanah daripada seorang sahabat.. Sebenarnya dah lama saya suarakan pada sahabat saya, Haziqah untuk tolong saya link kan dengan ahli-ahli PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya) untuk bolehkan saya jadi reader untuk rakan-rakan kelainan upaya.

Kebetulan team HAWARIS (Hari Warga Istimewa) perlukan volunteer untuk membantu mereka jayakan program yang akan diadakan secara besar-besaran di UM sebulan lagi.

So saya tawarkan diri untuk turut serta. Seronok melihat kehidupan daripada pelbagai perspektif. Menambahkan lagi pengalaman berharga dan menambahkan perasaan untuk sentiasa bersyukur dengan setiap rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Manalah tahu nanti bila dah masuk alam bekerja belum tentu boleh commit macam ni kan.. Harap-harap berpanjanganlah.

Dalam keghairahan nak jadi volunteer tu, saya terima satu permintaan Haziqah dan rakan-rakan dalam PERMIUM untuk membantu mereka mencari tajaan. Mencabar tu, bukan senang nak cari sponsorship tambahan pulak dalam bentuk kewangan. Tiba-tiba ada satu tempat terlintas dalam kepala. Zupp!! SERU!!! Terus saya cadangkan pada sahabat-sahabat saya untuk usulkan proposal permohonan mencari sponsor di pejabat SERU. Saja cuba nasib, mungkin akan ada khabar gembira di situ.

Pengarah HAWARIS, Nazif namanya sangat-sangat berharap saya mampu membantu mereka menjayakan projek tu.. In shaa Allah, Nazif, saya akan cuba yang terbaik. Petang tadi saya dah telefon pejabat SERU untuk buat appointment dengan Prof. Samsinah untuk usulkan permohonan tu. Kalau tak ada aral, mungkin esok saya akan jumpa dengan Prof. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Saya memang berharap sangat usaha sahabat-sahabat saya membuahkan hasil sebab program ni  bakal mengeratkan mereka dengan masyarakat dengan lebih dekat. Lagipun projek ni akan menghimpunkan jugak mahasiswa-mahasiswa istimewa dari IPTA seluruh negara.

Ya Allah.. Semoga segalanya dipermudahkan, kepada Nazif dan Haziqah.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Saya akan usahakan sehabis daya.. Doakan saya ye!! ^_^

Berharap ada berita baik menyusul bersama-sama kertas cadangan ni.. Aminn..


 Nak tidur dulu ye, esok kelas awal pagi.. Semoga Allah redha.. Maassalam..

Best Quotes of the Day,




"Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali sesuatu Yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"








Thursday 7 March 2013

Dah Dapat Assignment!!

Assalamualaikum..

Masuk minggu ke-3, kelas tutorial pun dah mula.. Alhamdulillah setakat ni dah dua assignment yang dah diberi. Untuk subjek Sejarah Pendidikan dan Sejarah Rusia. Sem ni saya dapat buat soalan yang awal-awal belaka. Beza sikit dengan semester yang lepas, dapat soalan hujung2.. Hmm.. Macam best ni, setiap semester ada saja benda baru yang saya nak hadapi.. In Shaa Allah saya mampu tempuhinya.

Semalam saya dapat soalan ke-4 untuk subjek Sejarah Pendidikan under Dr. Kamal. Tutornya pulak diselenggara oleh Cik Nik Afifah yang nampak je cool tapi jangan main-main, tegasnya kalah saya.. Wahh, ngumpat tutor ekk.. Haha, taklah.. respect Cik Nik punya stail.. 

So nanti takdelah student naik tocang je kan sebab selalunya student kalau bab-bab tutorial ni lemah sikit kan nak punctual. So bila adanya Cik Nik, In Shaa Allah dapatlah membantu kami ni untuk membina jati diri dan disiplin betul tak?

Antara peraturan dan garis panduan yang Cik Nik utarakan masa pertama kali masuk dalam kelas tutorial Sej. Pendidikan;
1. Dua pembentang yang berkongsi soalan yang sama mesti bentang gunakan handout yang berbeza (soalan je share, jawapan sendiri-sendiri; good idea!)
2. Sesiapa yang datang tutorial lewat lebih daripada 10 minit tidak dibenarkan masuk dan akan dikunci dari luar. Pandai-pandailah beri alasan kukuh.
3. Soalan perbentangan mesti submit dalam bentuk esei semester 2 minggu selepas perbentangan.
4. Setiap pelajar mesti tanya sekurang-kurangnya satu soalan selepas pembentang selesai membentang.
5. Pembentangan secara interaktif mengikut kreativiti akan diambil kira dan sangat digalakkan.
6. Jangan cedok previously punya assignment, kalau tak, gagal terus untuk tugasan.
7. Handout mesti padat supaya semua orang dapat rujuk dgn sebaik mungkin. 
8. Jangan cincai masa membentang. Mesti bentang sampai tutor puas hati. Kalau tak, buat semula depan Dr. Kamal sampai Dr. puas hati.

Hmm.. Strict kan? Tapi strict tu saya takkan anggap sebagai sesuatu yang menyusahkan, sebab saya suka dengan cara Cik Nik handle tutorial, sebabnya Dr. Kamal ni Orang Kelainan Upaya, cacat penglihatan. Saya yakin kalau Dr. dengan Cik Nik tak tegas macam tu, mesti ada antara kami yang akan ambil kesempatan. So, it is fair, and it is square.. 

Mencabar tau soalan saya tu. Tapi syukurlah saya berkongsi soalan dengan Cik Syima kita.. Termakbul doa saya untuk berguru dengan sahabat saya yang hebat ni.. She's a dean-list holder f.y.i..

So, esok barulah saya akan menapak ke main library untuk cari rujukan untuk selesaikan tugasan saya tu dengan Kalsyima.. Semangat, Atikah, semangat!

Untuk sejarah Rusia pulak, disebabkan kami hanya 6 orang pelajar saja dalam kelas tu (haaaa... percayalah..), so Dr. Zulkanain bagi kami kebebasan untuk memilih soalan tuturial yang juga akan jadi soalan esei semester. Dan berbeza dengan Dr. Kamal, kami hanya perlu menghantar tugasan selewat-lewatnya pada hari jumaat minggu ke-12 semester. 

Tapi azam saya, dua atau tiga minggu lepas pembentangan saya nak hantar tugasan saya tu, dah fed-up peram tugasan macam yang berlaku sem lepas. Sebab terlalu fokus untuk mencari bahan, tup-tup dah nak masuk minggu 10.

Mula-mulanya Dr. cadangkan saya untuk buat soalan nombor 5, berkenaan dengan ekonomi di Rusia pada sekitar pertengahan abad ke -19. But then saya minta untuk buat soalan nombor 2. Dr, senyum je, ntah apalah maknanya, mungkin ke Dr faham apa yang ada dalam otak saya yang baru nak cair ni?

Tiga tujuan saya volunteer untuk buat soalan tu . Pertama, sebab saya nak cepat-cepat bentang, kemudian bolehlah fokus terus pada tugasan. Keduanya, sebab soalan yang awal-awal tu selalunya tak serumit soalan yang terkemudian.. wee.. srategi.. menjadi ke tak, belum tentu.. Moga Allah permudahkan..

Lagi satu, saya tak berapa minat tentang soalan berkaitan ekonomi, sebab sejak sem yang lepas-lepas banyak dah persoalan ekonomi dalam sejarah yang saya bincangkan. Nak cuba yang lain pulak, tentang penaklukan, strategi penyebaran pengaruh empayar.. amboi, ngade-ngade le pulok..dari situ dah nampak kan perangai saya macam mana.. heheh :P... Soalan nombor 2 yang saya pilih tu berkenaan dengan pengaruh Byzantine..Suka, suka, suka!!

Best kelas Rusia tu, sebab itulah kelas di mana lecturer kenal semua nama studentnya. Yela yang ada pun 6 orang je.. Kata Dr, kelas Rusia tahun ni adalah antara yang bakal tercatat dalam sejarah kat Jabatan Sejarah Fac Sastera tu sebab inilah kali pertama bilangan pelajar kurang dari 10, tutorial di pejabat Dr. sendiri yang juga Timbalan Dekan FSSS, kelas tutorial jam 6-7 petang.. hah, memang sejarahla..

Dan yang paling menarik, dalam 20 IPTA kat malaysia ni, hanya fac sastera, jabatan Sejarah UM je satu-satunya IPTA yang tawarkan subjek ni, dan dalam beribu-ribu pelajar sejarah atau aliran kemanusiaan kat Malaysia ni, hanya 6 orang je yang ditakdirkan Allah untuk belajar tentang Rusia yang sebenarnya sarat dengan pelbagai sejarah yang paling menarik dalam tamadun Eropah. 

So, kata Dr. lagi, kalau ada yang sangkut untuk subjek ni, habislaaa kami.. Nampak sangatla kami ni main-main nak belajar.. Baiklah Dr.. In Shaa Allah, kami belajar kerana Allah swt..

Jadi sebagi langkah permulaan, sebab kami memang tak ada pendedahan walaupun untuk asas tentang  pembentukan empayar Rusia, Dr. dah tetapkan kami untuk hafal dan fahamkan peta negara Rusia dan akan ditanya dalam kelas minggu depan.. "Atikah, saya akan tanya kamu tentang kedudukan Kiev dan kawasan petempatan Slavs pada awal perkembangan empayar separuh Asia dan Eropah tu."

Selamat menghafal peta, Atikah..


Wahhh... Nervousnye.. Kembang muka saya bila nama saya disebut-sebut selalu dalam kelas.. heheh, ada kisah di sebaliknya tu yang buatkan Dr. Zul ingat nama saya sampai hari ni.. ^_^ Ok Dr. I'll perform my best in this.. 

Semangat Atikah, semangat lagi!!.. Doakan saya ye.. Maassalam..

Best Quotes of the Day; 

Wednesday 6 March 2013

This is How I Begin with Calligraphy Arts.

Assalamualaikum..
I believe, every starts wouldn't be that easy.. In this Arabic Calligraphy Art things, this is how do I have to face with. Learning the theory and the right steps to write even a single letter like "alif" has made me felt like "did I be born with two hands or a pair of wood??" Astaghfirullahal azim.. what a self underestimate of me by that time!!..  Y_Y


 
Actually learning on how to write khat doesn't difficult that much.. We may need some more time to get use to it.. Like the wise keep telling us, "practice make perfect". But a good start shall begin with a good medium of exercises too.. So we were all given, er.. the right pronunciation is, we were all being asked to buy an Arabic calligraphy notebook with a calligraphy pen that cost only RM15 each. That one is a guideline booklet so that the learning process would be much much much easier!

my baby step handwriting in khat.. may Allah guide me..
In this class, our co-instructor taught us two types of khat which one is the Nasakh and the other is Suluth. The most simplest khat in the whole world I guess.. But still, as a beginner I can only make a baby step forward for the time being.. InsyaAllah.. I'll do my best in this once in a lifetime experience, perhaps.

Still practicing.. I hope it can help me most to increase my level in multi-intelligences, so that I can share these useful knowledge with anybody out there in the future.. My future kids maybe, hahaha ^_^... Well then, I'll make it a compulsory for them one day as I seriously do not want this untalented skills or "rabun seni" to be inherited :P I believe talent emerge when passion take place.. By then, I believe I can!!

k, guys.. do pray for me all the best ya.. Maassalam..

Best Quotes of the Day..
There are no classes in life for beginners, right away you are always asked to deal with what is most difficult.

Sunday 3 March 2013

Moh Kite ke Pesta Ko-K UM Mei Nanti!!

Assalamualaikum.. ^_^

Ada planner tak korang? Kalau ada, tengok sekarang kat tarikh 30/5/13, ada lompang tak? Kalau ada, haaaa..... (6 harakat), inilah masanya korang boleh penuhkan tarikh tu dengan datang beramai-ramai memeriahkan Pesta Ko-Kurikulum, atau dalam bahasa muda mudi macam saya ni, pesta Ko-K (weee.. ^^) Sebutan formalnya, Pesta Pendidikan Ko-Kurikulum UM.

Best ke? Uish.. belum datang, belum nampak.. belum nampak, belum tahu.. So kalau nak tahu, kenalah datang, tengok dan rasai sendiri pengalaman tu. InsyaAllah,  macam-macam aktiviti ada hari tu nanti. Dari situ kita akan dapat lihat bakat-bakat pelajar UM yang 1001 macam gayanya.Yang paling penting, saya pun ada.. Itu yang paling best.. Wahhh!! gitu.. Sebab bila dah ambil subjek ko-kurikulum sem ni, maknanya saya pun kenala libatkan diri. Mungkin saya dan rakan-rakan sekelas saya dalam kelas Seni Khat akan adakan pameran khat nasakh dan suluth.. Masa tu dapat le tengok saya yang rabun seni ni menulis tulisan kaligrafi Arab. Haaaaa...(6 harakat jugak) Jeng3!!

Bukan tu je, ada lagi macam-macam program yang menarik menanti anda. Yang memang UMers, mesti kena datang jugak.. Rakan-rakan lain kalau ada kelapangan, kebetulan pula memang berada di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, feel free to join us!! :)


Kat bawah ni saya sertakan sekali lagi detail tentang Pesta Ko-K yang akan diadakan tak lama lagi.. Yela.. tak lama lagi la.. dua bulan lebih tu pejam celik pejam celik dah dua bulan.. Jadi apa tunggu lagi, bulatkan tekad, sematkan niat di hati (hahaha, poyo jek :P) untuk sama-sama memeriahkan lagi acara mega tahunan UM yang akan diadakan nanti.

Tarikh: 30 Mei 2013
Tempat: Dewan Tunku Canselor UM (DTC)
Masa: 9.00 a.m- 4.00p.m ( Pameran)
           7.30 p.m- 9.00 p.m (Persembahan)

Datang le ramai-ramai.. The more the merrier ^_^ Kecil tapak tangan, Tasik Varsiti kami tadahkan.. Tak, tak!! Tasik Varsiti tak cukup besar.. Padang Varsiti kami tadahkan.. Hmm.. Pun tak cukup besar.. hahaha, okla.. Datang je, terbuka pada semua.. See ya!!

Best Quotes of The Day
If we really want to do something, we'll find a way, if you don't we'll find excuses..



Saturday 2 March 2013

I'm A Coach..

Assalamualaikum..
Dua hari tak jumpa tak rindu ke?? ececece... hahaha...

Hari ni bermulanya program Peer-Coaching Sahabat SERU. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik setakat ni. Dan insyaAllah, mungkin dua minggu dari sekarang saya dengan rakan-rakan first batch RSS akan jadi coach a.k.a mentor kepada coachees dalam setiap group masing-masing. Nama group yang saya akan coach kan nanti R.L Buddies.. R.L. stands for Real Leaders perhaps.. wahh.. kelasss gitu...

Nampak adik-adik Sahabat SERU macam masih mencari tune yang sesuai untuk boleh nak get along dengan kami. Mungkin malu? mungkin segan?? or mungkin takut.. Alamak, takkanlah hari ni saya terlupa nak tinggalkan muka singa dalam bilik masa nak pergi peer-coaching tadi kot sampai nak takut semua..emm.. tak, tak, tak.. Saya tak rasa saya garang.. Serius sikit je.. ^_^

So sekarang kami geng-geng coach ni tengah cungkil idea dalam kepala macam mana nak buat something yang baru, yang happening untuk pastikan group kami sentiasa bersemangat dan rasa dekat dengan kami. Biar nanti benda ni jadi legacy, bak kata chief coach kami, Abang Amirul.. Biar kekal jadi budaya positif yang berterusan..

Program ni macam ala-ala program pembimbing rakan sebaya jugak.. cuma yang ni kita ada konsep dan trademark sendiri.. Besar tanggungjawab, memang perlukan komitmen yang optimum. InsyaAllah, inilah masanya saya nak gunakan dan gilap semula kepimpinan saya. Kena polish balik zaman kegemilangan yang dah makin berhabuk lepas tamat sekolah zaman sekolah menengah dulu. Semoga dapat jadi seorang coach dan pembimbing yang baik, untuk upgrade diri sendiri jugak bila kita kongsikan pengalaman untuk tingkatkan kepimpinan dan potensi diri.

16 Mac ni pulak insyaAllah saya akan join program UYT jugak dekat MidValley. Mungkin ada kelainan sikit daripada apa yang kami biasa belajar sepanjang sesi program tu tahun lepas. Masa mula-mula Kak Elin dengan Abang Amirul ajak kami sekali lagi join program tu, berbelah bagi jugak sebab rasa macam tak free je.. Tapi dalam hati memang nak sangat join program tu kat luar. Sebab pesertanya lebih ramai berganda-ganda, so we may have to get to see more first class attitude among us.. walaupun saya ni memang kena catch-up untuk sampai ke tahap tu. Tapi bila buka balik planner tadi, nasiblah tarikh tu masih berlompang. So, tunggu eh untuk sharing yang seterusnya..

Rindunya dengan peer-coaching dulu, tak sangka sekarang dah jadi senior, first batch lagi.. fuh, macam tak dapat terima je dah tua kat sini.. huhuhu...

Setakat ni dulu.. Maassalam..

Best Quotes of the Day;

you don't start leading when there are hundreds in your group, you lead even there is only one in your group! If you have none, lead yourself!

 saya tahu saya sangat skema masa ni.. hahaha.. peace!!
cc: Maheran dan Puri (rakan-rakan first batch coach of RSS)