Monday 29 October 2012

Making Mistakes: Don't Bother for What People May Say.

Assalamualaikum..

Kelas Intergrated River Basin Hari ni adalah yang paling terkesan sepanjang beberapa kelas dikuliahkan oleh Prof Mehar Gill Singh.

Sebelum mula kelas tadi, awal-awal lagi Prof Mehar dah mention ada kami.. "In class, all you, as a student should do is, listen for something, ask for something and answer it when you've been asked for."

Walaupun slang Hindi yang tebal, memandangkan Prof pun bukannya local lecturer, tapi kami faham mesej yang cuba disampaikan. Sejak dari mula, saya perhatikan stail Prof bila mengajar, dia sangat menitikberatkan komunikasi dua hala..

Kami suka cara Prof, sangat humble, sangat gentle.. Lecturer lain pun macam tu jugak tapi itulah, setiap orang caranya berbeza.. dan ianya sangat menarik perhatian.

Sepanjang kelas, kami belajar tentang pengurusan lembangan sungai.. lembangan sungai terbesar dan utama di setiap benua di dunia, dan dalam seronok mencatat, tiba-tiba Prof Mehar datang di barisan hadapan tempat saya dan rakan-rakan duduk, dan bertanya.. "Now tell me, what is the meaning of river basin?" saya pun jawab "water storage or.. water shed?" mungkin prof tak dengar, dan diulangkan sekali lagi pertanyaan tu pada rakan di sebelah saya. Lepas tu terus rakan saya palingkan  muka dengan wajahnya yang penuh tanda tanya.. "apa eh?", saya tak boleh orang tiba-tiba tanya dan buat muka blurr depan saya, so saya pun akan terikut-ikut blurr jugak.. Walaupun saya rasa saya nak jawab soalan tu, tapi bila dah semua orang terdiam, automatik, dengan saya sekali terdiam seribu satu bahasa.. tak sempat saya nak jawab tiba-tiba prof mencelah..

"Don't worry, just answer my question confidently. feel free to say something.. Don't bother weather it is right or wrong.. we can learn togather. I'll tell you this fact.. The main reason why people cannot develop themselves to be someone's better is, they do always bother for what people may say if they make any mistake.. whereas, it is ok to make mistake.. we are human, most of the important things in life that we learn, they come from it.. MISTAKE.."

"Even a teacher, I am a teacher, might be wrong too.. why? because our knowledge, our skills are very limited, all belongs to God.. Maybe I  do know something, but they were only a few.. I know a little bit, and you may also know a little bit.. and all we have to do is sharing to each other.. Never be afraid to speak out, it helps you to improve yourself.. An excellent starts from 0.. And they  make a point to move one step forward every day.."

Entah la, kenapa terharu sangat dengan kata-kata yang terpacul keluar daripada mulut prof. Seriously, respect! Tabik spring toink-toink! Orang yang sangat luas pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ilmu yang satu ni, begitu merendah diri walaupun dia tahu yang dia tahu banyak benda tentang apa yang diajar. Kalau tak takkan la dapat title "prof" kan..

Sebenarnya tak kisah la siapa pun orang tu, profesor ke, doktor, lawyer, mak cik kantin, cleaner, cikgu sekolah, even orang yang kita anggap 'bukan sesiapa' bagi kita sekalipun, asalkan dia tahu tujuannya untuk hidup dan tahu arah untuk capai matlamat, malah sentiasa memotivasikan orang lain untuk melangkah ke depan dan terus maju, dan maju.. Merekalah yang patut dicontohi.. betul tak? betulkan saya kalau salah.. hahaha.. bak kata prof, we are human, most of the important things in life, we learn through by making mistakes..  Let go off your fearness and be confident to step on one stage at the front.. Teringat pulak konsep B.E.L.I.EV.E  yang abang Amirul dan kak Elin ajar dalam UYT..

Insyaa Allah, segala yang baik, dan terbaik akan sentiasa dijadikan turning point untuk berjaya dalam hidup ini.. oh ya, sebelum balik, prof ada pesan sekali lagi.. "Make sure before you get into the class, get yourself prepared with a question with you, please ask something. the simplest one about river basin management.. Each of you I suppose.." kelas berakhir dengan perasaan bersalah yang teramat sangat pada diri sendiri kalau saranan seorang pendidik sejati macam prof tu dipandang ringan.. Masing-masing macam ada kesedaran sivik sekejap masa tu.. "Baik prof.. noted!" hehe..

Yes! I want to upgrade myself everyday! Semoga bermanfaat.. Maassalam.. =)

 Best Quotes of The Day..

Remember, you don't have to be great to start!

Saturday 27 October 2012

Apabila Diari Lama Diselongkar..

Assalamualaikum.. ^_^

Sihat semuanya hari ini? Alhamdulillah, semoga sentiasa hendaknya dalam perlindungan Allah..

Hobi saya bila memerapkan dalam bilik selain berhibernasi, saya suka sangat selongkar rak-rak buku lama dan membaca semula diari-diari yang ditulis semasa zaman sekolah dulu.. Ketawa sorang-sorangla bila terbaca semula apa yang saya tulis. Ada yang jiwang, ada yang emosi, ada yang kelakar.. haha.. Baru sekarang saya faham kenapa masa sekolah dulu sahabat-sahabat selalu gelar saya sasterawati.. Dalam seronok-seronok membelek rak-rak dan buku yang bak kata kak ngah "dah patut masuk museum dah buku-buku tu", saya terbaca satu puisi daripada salah satu diari yang saya catat, karya seorang tokoh akademik yang cukup disegani dalam dunia sejarah di Universiti Malaya dan Malaysia amnya, ikon pilihan saya di Jabatan Sejarah UM, iaitu Prof. Dr. Khoo Khay Kim.. Puisi ni tajuknya Nazam Ayah dan Ibu.. Salah satu puisi yang menjadi kegemaran saya selepas puisi Ke Makam Bonda dan Mimpi karya Allahyarham Dato Dr. Usman Awang.

Nak saya kongsikan? Tak perlu lah kot, orang sekarang bukan suka sangat puisi-puisi ni kan? Semuanya nak direct, straight to the point je betul tak? Al maklumlah dunia dah maju.. Cukuplah sekadar saya kongsikan yang saya rasa sangat gembira bila terjumpa semula puisi yang saya anggap cukup eksklusif tu.. Kalau share pun bukannya semua faham...





Hahaha.. Janganlah marah saya yang comel ni.. Gurau je la.. Benda yang baik, tak kira lah lama ke baru ke, kalau elok tak salah berkongsi betul tak? Terimalah puisi eksklusif karya Prof. Dr. Khoo Khay Kim..

Nazam Ayah dan Ibu.

Hai segala anaknya Adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan

Ibu mengandung sembilan bulan
Lebih dan kurang tak ditentukan
Lahirkan dikau betapa kesakitan
Berpantang pula minum dan makan

Setelah engkau sudahlah ada
Siang dan malam ibu menjaga
Tidur pun tidak barang seketika
Makan dan minum tidak berasa

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu berasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Berapakah dian dengannya tanglung
Diangkat diam lalu dibedung
Setelah jaga lalu didukung
Kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga di tengah malam
Badan pun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutan;
Kain dan baju tidak dipandang
Basah di ampai kering di pinggang
Tidur bergalas tidak berenggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ayah ibumu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya Adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan.

Tersentuh kan? Belum lagi dengar edisi nazam yang dinyanyikan sendiri oleh Prof. Khoo. Insaf kot.. Puisi yang sarat dengan pesanan untuk seorang anak supaya mengenang dan menghargai jasa ibu bapa yang tidak pernah berbelah bagi. Tidak kiralah ibu bapa masih ada di dunia atau sudah dijemput Ilahi, tanggungjawab sebagai anak itu tidak akan putus hingga membawa ke akhirat. "Ayah ibumu hubungan Tuhan". Itulah bahagian yang paling.. huh.. tertusuk sampai ke sedalam-dalam dasar hati.. Semoga Allah mengasihi ibu bapa kita lebih dari mereka menyayangi kita.. Dan Semoga perkongsian ini bermanfaat.. Maassalam.. :)

Best Quotes of The Day.

"Berehsanlah kepada ibu bapa, kerana dengan ehsan merekalah Allah izinkan kita lahir ke dunia."

Friday 26 October 2012

Aidiladha yang Sederhana, Tetapi Bermakna..

Assalamualaikum..

Sambutan Aidiladha hari ni begitu sederhana, dan agak sunyi.. Sebelum ni arwah abah selalu jugak akan bercerita tentang suasana ibadah korban yang akan abah sertai sama ada di kampung, atau di kawasan perumahan kami. Sepanjang hari akan ada saja cerita daripada abah. Keadaan haiwanyang dikorbankan, bagaimana agihan daging untuk fakir miskin diadakan.. Dan selalu jugak abah akan bawa emak ke tempat sembelihan sebab lepas tu akan ada gotong-royong beramai-ramai memasak dan berkenduri dengan daging korban tu. Tahun ni dah dua tahun kami miss moment tu.. Tapi takpelah, insyaa Allah semuanya akan dilalui dengan tenang.

Tahun ni kami banyak habiskan masa di rumah, ada jugak balik ke rumah mak tok tengah hari tadi, itupun sekejap je, cuma nak hantar makanan. Kesian mak tok, dengan keadaan usia yang semakin lanjut, kudrat pun dah semakin terbatas, manalah mampu nak buat kerja berat-berat. Kini giliran kami generasi muda lah pula yang berbakti..

Balik dari rumah mak tok, saya jemput rakan-rakan sekolah lama datang ke rumah, ada la jamuan ala kadar yang emak sediakan untuk tetamu yang datang berkunjung. Mungkin hari ni ramai yang balik merayakan Aidiladha di kampung, jadi tak ramai yang dapat hadir. Tapi alhamdulillah kehadiran mereka yang datang sekurang-kurangnya mengeratkan lagi ikatan persahabatan antara kami, walaupun masing-masing dah sibuk dengan haluan masing-masing.

Hampir dua jam berborak, banyak juga yang kami bualkan. Antaranya rutin harian semasa di kampus dan berkongsi pengalaman menguruskan kehidupan sebagai mahasiswa. Dan dari situ dapat beberapa tips untuk belajar, antaranya bagaimana nak belajar secara berkumpulan dengan lebih sistematik, antaranya, bentukkan satu kumpulan, yang penting mesti sefahaman, dan mesti ada seorang yang boleh memainkan peranan sebagai ketua, dan ketua itulah yang akan bertanggungjawab memastikan kumpulan perbincangan sentiasa progress, dan setiap ahli mesti mainkan peranan sebagai tutor kepada rakan-rakan kumpulan perbincangannya. Maknanya, dalam kumpulan tu, setiap orang mesti ulangkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu topik, dan dialah yang akan membuat pembentangan, dan mengajar semula kepada rakan-rakannya seperti seorang tutor..

Wahhh.. Best kan, sebenarnya konsep tu memang dah lama ada, cuma dari segi praktikalnya, mungkin memerlukan komitmen 101% daripada semua yang terlibat. Dan mereka telah melakukannya.. Dari situ timbul rasa cemburu saya terhadap sahabat saya yang seorang tu, dia dan rakan-rakannya adalah golongan first class student yang sentiasa mencari jalan untuk berjaya dalam hidup dan bagaimana nak rebut peluang untuk jadi seorang yang maju ke hadapan, serta bagaimana nak cari penyelesaian untuk setiap kesukaran yang dihadapi. Ok, saya akan ambil ia sebagai contoh, inspirasi. Semoga sama-sama beroleh kejayaan yang dimatlamatkan.. Amiinn..

Itu saja dulu setakat ni, semoga perkongsian ini bermanfaat.. Maassalam.. =)

Best Quotes of The Day..

The past is where you learned the lesson, and the future is where you apply the lesson.

Monday 22 October 2012

Hari Ini Saya Gembira!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Agaknya inilah yang dikatakan hikmah ujian. Allah nak hadiahkan saya dua perkara yang menggembirakan, dan ianya hadir serentak yang membuatkan saya semakin bersemangat nak teruskan hari-hari yang semakin lama semakin hebat dugaannya.

Setelah hampir seminggu berperang dengan emosi yang turun naik tak menentu, diuji dengan sikap orang sekeliling yang banyak meng'spoil' kan aura-aura positif saya, dan setelah hampir seminggu juga mata saya bengkak menahan air mata kesabaran, akhirnya Allah bagi saya dua kuntum 'bunga' kegembiraan. Cewah, skema tak bertempat.. hehe..

Pertamanya, tutor kelas Metodologikal Sejarah saya, Puan Noraini umumkan bahawa saya dan rakan pembentang dapat markah tinggi dalam pembentangan yang dah kami lakukan minggu lepas. Alhamdulillah, ada hikmahnya kenapa tiba-tiba tutor yang lagi satu, Encik Razali terpaksa menggantikan kelas tutorial dengan Puan Noraini minggu lepas. Macam tak percaya jugak bila Puan Noraini cakap "saya yakin tutorial minggu lepas berlangsung dengan baik sekali memandangkan pembentang kita, saudari Atikah dan saudara Adam diberikan markah yang saya kira cukup tinggi oleh Encik Razali, tak sangka.. bagus!"

Waduh-waduh.. Kembang dong ah.. haha marah Firman dengan Puri saya cakap macam ni.. =P.. Bila difikirkan balik, biar betul Puan Noraini ni, bergurau ke?? tapi nampak macam serius. Memang serius pun. Syukurlah, walaupun pembentangan minggu lepas berhadapan dengan beberapa kesusahan, susah menjawab soalan audience yang bombastik, sampai tergaru-garu kepala nak menjawabnya. Nasib baiklah, saya dapat laluinya dengan yakin masa tu. Pembentangan yang saya rasa sangat mencerna minda, tambahan pula untuk subjek yang tough macam Teori dan Kaedah Pensejarahan tu. Terima kasih, Encik Razali, semoga Allah rahmati.. Terima kasih juga pada rakan pembentang, Adam sebab dah usahakan yang terbaik..

Yang keduanya, bagi orang lain ini mungkin tak ada apa-apa pun, tapi pada saya perkara yang satu ni sangat membuatkan hari ini sangat awesome fantastic wow! Sebabnya lepas hampir dua minggu berhempas pulas mencari rujukan untuk pembentangan Sejarah Islam dan Masyarakat Melayu di Malaysia, cari dengan air mata tau..akhirnya Allah kabulkan doa saya. Hari ni sekali lagi saya mencuba nasib dan untuk kesekian kalinya, saya nekad untuk teroka seluas-luasnya Main Library UM tu untuk cari rujukan yang diperlukan. Apa nak jadi pun jadilah, tak larat dah nak tension tak tentu pasal.

Sampaikan saya terpaksa merayu pada salah seorang librarian untuk ikut mencari bersama saya, aduh.. Agak-agak librarian tu marah tak ye, suka hati saya je merengek minta dia tolong. Padahal dah besar panjang kot, dah boleh independent. Ini tak, saya buat librarian tu macam saya buat kat kakak-kakak saya kalau saya merengek nakkan sesuatu, dan dengan muka terpaksanya dia terpaksa membantu. Dahlah banyak lagi kerja nak kena buat..

Agak melampau jugak saya ni kan, =P.. biarlah.. Dua minggu cari buku tak jumpa-jumpa, sedangkan dalam sistem ada je "2 copies available." Tapi  salah saya jugak, memang salah saya sebab tak cari berul-betul.. Sampai satu tahap librarian tu cakap pada saya, "awak ni mesti anak bongsu kan? Manja betul. Nasib baik saya ni baik tau, kalau dengan librarian lain dah lama awak kena ketuk.." wahh.. hebatnya, memang tepat sekali.. hahaha, sorry..

Saya pun hairan dengan sikap saya hari ni, mengada-ngada entah apa-apa. Mungkin cooling meter saya dah sampai takat didih agaknya, itu yang pelik-pelik sikit dua tiga hari ni. By the way, its worth it sebab lastly, finally, I found what I've been searching for this two chaotic weeks! Ya Allah, seronoknya.. Terima kasih encik librarian.. jasamu dikenang.. Promise! This is the first, and also will be the last time ever.. heeeee... senyum sikit.. =D..

Betul lah kata orang bijak pandai, kamanisan yang abadi hanya diperoleh selepas kita menelan yang pahit itu dengan tegukan ikhlas dan sabar..

Maka dengan kegembiraan ini.. Tak ada alasan untuk terus maju setapak lagi ke hadapan.. Kan?? Semoga berjaya.. Doa untuk semua.. Maassalam.. ^_^

Best Quotes of the Day..

"Everyone wants happiness, no one wants pain.. But you can't have a rainbow, without a little rain."

Saturday 20 October 2012

UYT Kali Kedua Bersama Junior.

Assalamualaikum.. ^_^

Program Upgrade Yourself Training untuk kali kedua semalam Alhamdulillah berlangsung dengan jayanya. Walaupun peserta yang hadir taklah seramai peserta yang hadir untuk sesi pertama UYT, tapi kami bersyukur.. Sebab adik-adik bertahan hingga ke akhirnya, kecuali dua tiga orang yang terpaksa dismiss awal  sebab ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.

Sepatutnya semalam saya dengan rakan-rakan Sahabat SERU yang lain perlu menyertai program Sukarelawan Muda Mudi juga anjuran SERU, tapi disebabkan Program dengan Abang Amirul dan Kak Elin berlangsung pada hari yang sama, jadi saya perlu memilih, sukarelawan, atau UYT? UYT?? Atau sukarelawan? Sukarelawan bagi saya cukup menarik. Macam mana pun saya tetap sayangkan program UYT, pemberatnya lebih di sini, ingin bersama-sama adik-adik first year untuk membina personaliti dan kepimpinan. Sebab dari sinilah bermulanya perjalanan hidup saya di kampus dengan bimbingan dan dari sinilah, saya belajar menjadi seorang yang menghargai setiap perkara dalam kehidupan. Ada banyak sentimental values di situ.. No wonderla.. ^_^

Sekali lagi di penghujung program akan ada slot sharing.. Kali ni saya berkongsi tentang "Attitude". Yup!! Attitude saya antara yang paling ketara perubahannya sepanjang saya di'coach' oleh Abang Amirul dan Kak Elin. Topik yang saya sentuh adalah attitude saya yang suka beremosi walaupun untuk satu perkara yang tak ada apa-apa nak diemosikan. Jujur saya katakan bahawa sebelum ini saya agak terbuka untuk tunjukkan perasaan saya pada satu-satu masa.

Contohnya macam bila ada seseorang yang menyakitkan hati saya. Terus saya "bang" dia dalam facebook.. Bytheway, saya ni kaki facebook yang tegar sebelum ni.. Sebelum ni lah heee.. :D.. Tak pun saya akan luahkan ketidakpuasan hati saya selantang-lantangnya di hadapan rakan-rakan saya tanpa memikirkan kesan perbuatan saya tu dalam jangka waktu yang panjang, bagaimana persepsi orang lain terhadap saya. Nampak sangat Atikah Zakaria ni memang tak matang orangnya, tak positif, dan ada life. Ok, saya bukan nak buka pekung sendiri, tapi semoga perkongsian ini menjadi pengajaran untuk orang lain.

Bila menyertai UYT, dengan bimbingan Kak Elin sebagai coach saya pada masa tu, ia banyak membuka mata saya bahawa betapa hidup ini terlalu bermakna untuk dibazirkan dengan sikap-sikap negatif macam tu. Itu salah satu perubahan yang saya boleh katakan agak berjaya (masih dalam proses sebenarnya). Banyak lagi perkara-perkara yang perlu diperbaiki, dan alhamdulillah ianya semakin baik dari hari ke hari. Macam disiplin, pergaulan, komunikasi, sikap terhadap rakan-rakan, keluarga, masyarakat. Terasa perubahannya dari sini (sambil pegang hati.. haha)..

Apapun kita ini manusia kan.. Tak lari dari pelbagai perkara yang kadangkala membuatkan kita rasa hidup ni, perasaan dan situasi yang menjadikan kita agak terumbang-ambing. Saya pun tak terkecuali.. Masa tu memang takde benda lain yang terlintas, hanya rasa sakit dalam hati yang semakin lama membuatkan hari-hari kita sugul, bosan dan ia sangat memenatkan.. Seriously!

Dan dari situ perlu belajar untuk buang segala emosi yang tak bagus tu, sampai bila nak biarkan diri hanyut dengan perasaan sendiri yang tak ke mana, banyak lagi perkara bermakna yang nak diberi perhatian kan? Jadi pekara pertama yang akan saya buat mestilah, dekatkan diri sedekat-dekatnya dengan Tuhan (yela kan, bila ada masalah barulah nak ingat Allah lebih dari biasa = =') dan kemudian saya akan buka balik blog saya, baca semula segala content sewaktu menyertai peer coaching dulu. Ia sangat membantu, asal nak down je, tengok balik blog, ingat balik matlamat yang nak dicapai, muhasabah diri dan tak lama lepas tu alhamdulillah semua aura-aura negatif dapat dapat disingkirkan sedikit demi sedikit.. Haha, macam peluntur baju kan, menyingkirkan kotoran degil dalam masa beberapa saat dan semuanya dah kembali seperti asal.

Dan sekarang.. emosi saya tidak lagi di facebook.. mana-mana yang negatif digantikan dengan simply best quotes yang membina semula nilai-nilai dan ianya sangat bermanfaat untuk orang lain. Rakan-rakan saya pun perasan perubahan ni, sampaikan bila saya mula nak down, diorang akan cakap.. "this is not the real you, my dear.. plaese return back to normal.." "Atikah, kenapa hari ni I tengok you tak berseri-seri macam selalu ye.. come on, senyumla.. we all jatuh sakit bila tengok you macam orang putus cinta.." haha.. Nak ketawa bila ingat balik.. Hmm..

Itulah.. Bila belajar sesuatu ilmu yang Allah pinjamkan, dan ilmu tu diaplikasi untuk setiap perincian hidup, setiap perkara akan jadi sangat menguntungkan. Tambah berbaloi bila dikongsikan pula dengan orang lain.. Semoga bermanfaat.. Amiinn..

Itu je dulu setakat ni.. InsyaAllah program lanjutan untuk Real Sahabat SERU akan diadakan pula pada 1 Disember nanti.. Peer coaching dengan junior, as a coach.. Macam manalah nanti kan.. Maassalam.. =)

Best Quotes of the Day..

"Look forward without forget about the past, as it is the best thing to teach us what was life's all about.."



Tuesday 9 October 2012

Terkejut, Tak Sangka dan Tak Faham..

Assalamualaikum..

Hidup ni selalunya berkisar tentang sesuatu yang tak dijangkakan.. Ya, begitu banyak perjalanan hidup yang dilalui akan bermula dengan sesuatu yang tak disangka..

Salah satunya adalah tentang sesuatu yang terjadi.. er.. taklah terjadi tapi macam.. sesuatu yang saya lalui hari ni yang membuatkan saya berfikir sampai sekarang.

Ceritanya macam ni.. Tadi, masa keluar dari Kompleks Perdanasiswa UM (KPS), saya disapa oleh seorang kakak yang menegur saya dari belakang. Ingatkan dia nak bertanya arah jalan atau tempat sekitar UM ni. Tapi bila saya toleh, rupanya student macam saya jugak.

Melihat personaliti kakak tu, nampak macam baik.. yup, sangat baik.. Katanya dia dari Sabah.. Bila saya cakap yang saya ni dari Kedah, nampak keterujaan dia tu sebab katanya dia ada abang ipar yang berasal dari Kulim, dan pernah menetap di Jitra.. kiranya macam bertemu saudara jugalah ni.. Sekarang tengah sambung master di Akademi Pengajian Islam di UM. Tapi tak tahulah dalam bidang apa..

Ok, bila orang dah tegur dengan begitu sopan dan mesra, saya memang tak ada masalah untuk approach orang tu semula.. Lepas tu kakak tu datang pada saya dan tanya nama, asal, fakulti dan segala-galanya tentang basic detail saya sewaktu nak melintas untuk ke bus stop.

Mula-mula tu saya terkebil-kebil jugak, kenapa tiba-tiba ada orang datang dan terus bertanya itu ini tentang diri saya, dan minta nombor telefon dan alamat facebook untuk keep in touch pulak tu.. Nasib baiklah dia perempuan, kalau lelaki dah lama saya lari.. Tapi ada ke lelaki yang berani buat macam tu eh.. Nak- nak pulak dengan orang macam saya ni, dahlah muka garang kan, sombong je.. haha..

Biasalah, penyakit/tabiat buruk saya yang satu ni, masih tak dapat nak dikikis sepenuhnya, iaitu paranoia... First assumption saya bila terjumpa dengan orang macam kakak tu, dalam fikiran saya tak lain "mesti kakak ni nak buat kaji selidik pasal aku, biasalah pelajar universiti ni, tugasannya lain macam sikit." "tak pun, ada sesuatu yang dia nak dari aku ni.." sebab sebelum ni pun ada jugak saya bertemu dengan orang macam kakak tu, yang melayan saya dengan sangat baik, terbaik, tip top..dan bila sampai satu tahap saya dapat tahu rupanya dia berbaik-baik dengan saya sebab nak ajak saya jadi salah seorang ejen di bawahnya dalam satu skim cepat kaya yang ala-ala macam MLM dan Skor A tu.. Masuk kali ni dah tiga kali saya jumpa dengan orang macam tu.. Nauzubillahiminzalik, Ya Allah.. Minta-mintalah yang ni bukan salah satu daripadanya..

Kadang-kadang terfikir jugak analogi mak-mak kita kan, pesan orang lama.. Kalau terjumpa orang yang walaupun baru pertama kali dah baik dengan kita macam sepuluh tahun kenal, pijak semut pun tak mati.. Better hati-hati, mungkin ada udang sebalik mee.. (makan mee bandung time mendung ni sedap jugak kan.. hehe..) Takut nanti kebaikan itu dieksploitasi sebagai satu kesempatan untuk memanfaatkan kita demi kepentingan dia..

Dan di sebalik paranoia saya itu, ada satu lagi persepsi yang berbeza yang terlintas di fikiran saya.. Siapa tahu mungkin dia memang ikhlas nak meluaskan ukhwah sesama saudara semuslimah.. Saya tanya jugak dekat kawan saya Maheran pasal hal ni, katanya golongan macam kakak tu memang peramah dan mesra alam, mereka sentiasa nak mencari teman baru.

Hmm.. berdasarkan apa yang Maheran cakap tu, mungkin jugak tujuan kakak tu mulakan perkenalan dengan saya sebab nak berdakwah.. Yela.. Saya ni memanglah Muslimah, tapi nak sampai tahap sejati tu, tengok dari luaran pun dah tahu belum sampai seru untuk ke arah itu. Mungkin sebab tu kot dia nak berkenalan supaya senang dia nak sampaikan dakwah bila dah tahu personaliti saya macam mana.. Well then, I am an unpredictable person, Atikah Zakaria boleh berubah ikut situasi tau, macam Mask Rider gitu.. haha, macamlah saya sorang je macam tu kan..

Walaumacam mana pun, saya tetap positifkan hati dan fikiran saya terhadap kakak tu, dia juga manusia biasa.. Agaknya, memang dah habit dia kot, suka berkawan dengan orang.. InsyaAllah.. Saya letakkan kepercayaan saya pada Allah taala, bahawa kakak tu orangnya baik dan berhati ikhlas, jujur dalam berukhwah. Macam saya juga, suka tegur junior-junior sebab nak mereka tak rasa kekok dalam mobiliti sosial di kampus ni, macam tu jugak la agaknya dengan kakak tu. =)

Tadi baru dapat sms dari akak tu dan dia nak ajak saya jumpa dengan dia bila-bila free sebab katanya,.. katanyalah.. nak berkenalan dengan lebih erat lagi.. Since saya ni sekampung dengan abang iparnya.. Saya ok je, well.. jujur saya katakan, tak banyak.. sikit pun perasaan was-was tu tetap ada, penilaian saya berdasarkan pengalaman yang lepas.. Tapi InsyaAllah, saya takkan biarkan perkara yang sama berulang.. Tapi itulah, belum kenal, belum tahu, hati budi orang susah nak ramal.. So, saya memang tak ada masalah kalau orang nak berkawan.. Positif, Atikah, positif.. Bak kata orang bijak pandai, dalam banyak-banyak orang yang tak baik, sebenarnya lebih ramai lagi orang baik yang ada di luar sana tu.. Ya, saya pegang prinsip tu. Ada hikmah Allah nak bagi.. Tengoklah nanti macam mana kan..

Apapun, seronok jumpa kakak tu.. =) Maassalam..

Best Quotes of the Day:
"Kita takkan tahu sedalam mana lautan itu, sehingga lautan itu diselami sedalam-dalamnya.."

Monday 8 October 2012

Program UYT Pertama dgn Junior.

Assalamualaikum..

Lepas MHS hari tu, 6/10/2012 yang lalu adalah perjumpaan kali kedua Abang Amirul, Kak Elin, saya dan rakan-rakan Sahabat SERU yang lain  dengan junior-junior untuk program Upgrade Yourself Training.

Alhamdulillah, tak sia-sia hujung minggu adik-adik dengan pengisian yang sangat bermakna. Apa yang disampaikan oleh Abang Amirul dan Kak Elin sebagai konsultan memang saling tak ubah sama macam apa yang saya peroleh masa penglibatan saya dalam UYT dalam semester yang lepas.

Semuanya berlangsung dengan sangat baik. Bermula daripada sesi pendaftaran sampailah tamat program, rasa teruja peserta dapat dilihat daripada cara mereka memberikan komitmen dan perhatian sepenuhnya sepanjang program diadakan. Memang berbaloi saya merantau dari kk9 ke kk3 sampai malam dan menampal poster ke seluruh kawasan fakulti sastera dan pendidikan even sampai maghrib (huhu seram) sebab saya tahu apa yang saya lakukan ini membuahkan hasil apabila mereka memberi respon positif.

Tak mengharapkan apa-apa balasan pun dengan apa yang dah dilakukan, cuma berharap sangat agar mereka dapat rebut peluang untuk membina dan memantapkan keperibadian diri melalui program-program softskills seperti ini. Sebab masa belajar ni la sesuai untuk melatih diri menjadi seorang insan yang seimbang Nak juga tengok orang lain terutamanya generasi-generasi selepas kami rasa pengalaman yang tak ternilai ini yang dah kami lalui, semoga menjadi warisan sepanjang masa.

Di penghujung program UYT tu, Abang Amirul dan Kak Elin jemput kami Sahabat-sahabat SERU ni (yang ada masa tu cuma 5 orang; saya, Iqa, Maheran, Puri dan kak Jiha) untuk berkongsi input yang kami dapat. Setiap orang share satu modul.. Saya dapat sharing moment pasal Love Languange.. Yeay!! Alaaa.. yang pasal love languange kakak-kakak saya tu..Bestnya bila dapat kongsikan hasil ilmu yang diperolehi dan kita aplikasikan dengan jayanya. ^^

Rasa macam tak puas nak berkongsi.. Walaupun nervous tu still ada lagi, tapi bila dah dapat pegang mike lepas dua tahun bersara, hah.. lepas gianla.. nasib baik tak lupa diri.. ok, 3 minit memang tak lama sebab memang banyak sangat nak kongsi.. Itu baru part yang love language, belum lagi yang lain-lain..

Habis je program, ramai jugak yang mendaftar untuk menyertai Real Sahabat SERU.. Dapat tengok keterujaan mereka nak ikut jejak langkah saya dan rakan-rakan, tapi saya harap keterlibatan bakal-bakal Sahabat SERU yang baru ni akan lebih gempak dari kami dan meriah daripada yang sebelumnya.

Paling terasa diri ini famous sebentar, bila ada dua tiga pelajar datang jumpa dan minta nombor telefon, alamat email dan nama facebook, katanya nanti senang kalau nak minta nasihat untuk apa-apa dan "nak keep in touch dengan kakak-kakak".. oh dear.. soooooo sweeeeeettttt.. hehe.. Hah, lepas ni kena lebih teliti dan matang kalau nak post apa-apa dalam facebook, biar nampak macho =P dan boleh dicontohi.. InsyaAllah.. Peace.... ^_^

Hmm.. tu je dulu.. nanti untuk upcoming program 20/10/12 ni, insyaAllah sharing moment akan lebih menarik.. wahh.. berlagaknye la hai.. =)
Maassalam...

Best Quotes of the Day:

To live is to love, to love is to understand, understood what is shared, sharing is to give, giving is love, love is life..



Gambar sekitar program UYT.






















Girls of Sahabat SERU.. Pilihlah nak yang mana satu.. tapi yang tudung pink tu not available eh.. haha.. ^^