Saturday 27 October 2012

Apabila Diari Lama Diselongkar..

Assalamualaikum.. ^_^

Sihat semuanya hari ini? Alhamdulillah, semoga sentiasa hendaknya dalam perlindungan Allah..

Hobi saya bila memerapkan dalam bilik selain berhibernasi, saya suka sangat selongkar rak-rak buku lama dan membaca semula diari-diari yang ditulis semasa zaman sekolah dulu.. Ketawa sorang-sorangla bila terbaca semula apa yang saya tulis. Ada yang jiwang, ada yang emosi, ada yang kelakar.. haha.. Baru sekarang saya faham kenapa masa sekolah dulu sahabat-sahabat selalu gelar saya sasterawati.. Dalam seronok-seronok membelek rak-rak dan buku yang bak kata kak ngah "dah patut masuk museum dah buku-buku tu", saya terbaca satu puisi daripada salah satu diari yang saya catat, karya seorang tokoh akademik yang cukup disegani dalam dunia sejarah di Universiti Malaya dan Malaysia amnya, ikon pilihan saya di Jabatan Sejarah UM, iaitu Prof. Dr. Khoo Khay Kim.. Puisi ni tajuknya Nazam Ayah dan Ibu.. Salah satu puisi yang menjadi kegemaran saya selepas puisi Ke Makam Bonda dan Mimpi karya Allahyarham Dato Dr. Usman Awang.

Nak saya kongsikan? Tak perlu lah kot, orang sekarang bukan suka sangat puisi-puisi ni kan? Semuanya nak direct, straight to the point je betul tak? Al maklumlah dunia dah maju.. Cukuplah sekadar saya kongsikan yang saya rasa sangat gembira bila terjumpa semula puisi yang saya anggap cukup eksklusif tu.. Kalau share pun bukannya semua faham...





Hahaha.. Janganlah marah saya yang comel ni.. Gurau je la.. Benda yang baik, tak kira lah lama ke baru ke, kalau elok tak salah berkongsi betul tak? Terimalah puisi eksklusif karya Prof. Dr. Khoo Khay Kim..

Nazam Ayah dan Ibu.

Hai segala anaknya Adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan

Ibu mengandung sembilan bulan
Lebih dan kurang tak ditentukan
Lahirkan dikau betapa kesakitan
Berpantang pula minum dan makan

Setelah engkau sudahlah ada
Siang dan malam ibu menjaga
Tidur pun tidak barang seketika
Makan dan minum tidak berasa

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu berasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Berapakah dian dengannya tanglung
Diangkat diam lalu dibedung
Setelah jaga lalu didukung
Kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga di tengah malam
Badan pun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutan;
Kain dan baju tidak dipandang
Basah di ampai kering di pinggang
Tidur bergalas tidak berenggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ayah ibumu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya Adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan.

Tersentuh kan? Belum lagi dengar edisi nazam yang dinyanyikan sendiri oleh Prof. Khoo. Insaf kot.. Puisi yang sarat dengan pesanan untuk seorang anak supaya mengenang dan menghargai jasa ibu bapa yang tidak pernah berbelah bagi. Tidak kiralah ibu bapa masih ada di dunia atau sudah dijemput Ilahi, tanggungjawab sebagai anak itu tidak akan putus hingga membawa ke akhirat. "Ayah ibumu hubungan Tuhan". Itulah bahagian yang paling.. huh.. tertusuk sampai ke sedalam-dalam dasar hati.. Semoga Allah mengasihi ibu bapa kita lebih dari mereka menyayangi kita.. Dan Semoga perkongsian ini bermanfaat.. Maassalam.. :)

Best Quotes of The Day.

"Berehsanlah kepada ibu bapa, kerana dengan ehsan merekalah Allah izinkan kita lahir ke dunia."

No comments:

Post a Comment