Tuesday 9 October 2012

Terkejut, Tak Sangka dan Tak Faham..

Assalamualaikum..

Hidup ni selalunya berkisar tentang sesuatu yang tak dijangkakan.. Ya, begitu banyak perjalanan hidup yang dilalui akan bermula dengan sesuatu yang tak disangka..

Salah satunya adalah tentang sesuatu yang terjadi.. er.. taklah terjadi tapi macam.. sesuatu yang saya lalui hari ni yang membuatkan saya berfikir sampai sekarang.

Ceritanya macam ni.. Tadi, masa keluar dari Kompleks Perdanasiswa UM (KPS), saya disapa oleh seorang kakak yang menegur saya dari belakang. Ingatkan dia nak bertanya arah jalan atau tempat sekitar UM ni. Tapi bila saya toleh, rupanya student macam saya jugak.

Melihat personaliti kakak tu, nampak macam baik.. yup, sangat baik.. Katanya dia dari Sabah.. Bila saya cakap yang saya ni dari Kedah, nampak keterujaan dia tu sebab katanya dia ada abang ipar yang berasal dari Kulim, dan pernah menetap di Jitra.. kiranya macam bertemu saudara jugalah ni.. Sekarang tengah sambung master di Akademi Pengajian Islam di UM. Tapi tak tahulah dalam bidang apa..

Ok, bila orang dah tegur dengan begitu sopan dan mesra, saya memang tak ada masalah untuk approach orang tu semula.. Lepas tu kakak tu datang pada saya dan tanya nama, asal, fakulti dan segala-galanya tentang basic detail saya sewaktu nak melintas untuk ke bus stop.

Mula-mula tu saya terkebil-kebil jugak, kenapa tiba-tiba ada orang datang dan terus bertanya itu ini tentang diri saya, dan minta nombor telefon dan alamat facebook untuk keep in touch pulak tu.. Nasib baiklah dia perempuan, kalau lelaki dah lama saya lari.. Tapi ada ke lelaki yang berani buat macam tu eh.. Nak- nak pulak dengan orang macam saya ni, dahlah muka garang kan, sombong je.. haha..

Biasalah, penyakit/tabiat buruk saya yang satu ni, masih tak dapat nak dikikis sepenuhnya, iaitu paranoia... First assumption saya bila terjumpa dengan orang macam kakak tu, dalam fikiran saya tak lain "mesti kakak ni nak buat kaji selidik pasal aku, biasalah pelajar universiti ni, tugasannya lain macam sikit." "tak pun, ada sesuatu yang dia nak dari aku ni.." sebab sebelum ni pun ada jugak saya bertemu dengan orang macam kakak tu, yang melayan saya dengan sangat baik, terbaik, tip top..dan bila sampai satu tahap saya dapat tahu rupanya dia berbaik-baik dengan saya sebab nak ajak saya jadi salah seorang ejen di bawahnya dalam satu skim cepat kaya yang ala-ala macam MLM dan Skor A tu.. Masuk kali ni dah tiga kali saya jumpa dengan orang macam tu.. Nauzubillahiminzalik, Ya Allah.. Minta-mintalah yang ni bukan salah satu daripadanya..

Kadang-kadang terfikir jugak analogi mak-mak kita kan, pesan orang lama.. Kalau terjumpa orang yang walaupun baru pertama kali dah baik dengan kita macam sepuluh tahun kenal, pijak semut pun tak mati.. Better hati-hati, mungkin ada udang sebalik mee.. (makan mee bandung time mendung ni sedap jugak kan.. hehe..) Takut nanti kebaikan itu dieksploitasi sebagai satu kesempatan untuk memanfaatkan kita demi kepentingan dia..

Dan di sebalik paranoia saya itu, ada satu lagi persepsi yang berbeza yang terlintas di fikiran saya.. Siapa tahu mungkin dia memang ikhlas nak meluaskan ukhwah sesama saudara semuslimah.. Saya tanya jugak dekat kawan saya Maheran pasal hal ni, katanya golongan macam kakak tu memang peramah dan mesra alam, mereka sentiasa nak mencari teman baru.

Hmm.. berdasarkan apa yang Maheran cakap tu, mungkin jugak tujuan kakak tu mulakan perkenalan dengan saya sebab nak berdakwah.. Yela.. Saya ni memanglah Muslimah, tapi nak sampai tahap sejati tu, tengok dari luaran pun dah tahu belum sampai seru untuk ke arah itu. Mungkin sebab tu kot dia nak berkenalan supaya senang dia nak sampaikan dakwah bila dah tahu personaliti saya macam mana.. Well then, I am an unpredictable person, Atikah Zakaria boleh berubah ikut situasi tau, macam Mask Rider gitu.. haha, macamlah saya sorang je macam tu kan..

Walaumacam mana pun, saya tetap positifkan hati dan fikiran saya terhadap kakak tu, dia juga manusia biasa.. Agaknya, memang dah habit dia kot, suka berkawan dengan orang.. InsyaAllah.. Saya letakkan kepercayaan saya pada Allah taala, bahawa kakak tu orangnya baik dan berhati ikhlas, jujur dalam berukhwah. Macam saya juga, suka tegur junior-junior sebab nak mereka tak rasa kekok dalam mobiliti sosial di kampus ni, macam tu jugak la agaknya dengan kakak tu. =)

Tadi baru dapat sms dari akak tu dan dia nak ajak saya jumpa dengan dia bila-bila free sebab katanya,.. katanyalah.. nak berkenalan dengan lebih erat lagi.. Since saya ni sekampung dengan abang iparnya.. Saya ok je, well.. jujur saya katakan, tak banyak.. sikit pun perasaan was-was tu tetap ada, penilaian saya berdasarkan pengalaman yang lepas.. Tapi InsyaAllah, saya takkan biarkan perkara yang sama berulang.. Tapi itulah, belum kenal, belum tahu, hati budi orang susah nak ramal.. So, saya memang tak ada masalah kalau orang nak berkawan.. Positif, Atikah, positif.. Bak kata orang bijak pandai, dalam banyak-banyak orang yang tak baik, sebenarnya lebih ramai lagi orang baik yang ada di luar sana tu.. Ya, saya pegang prinsip tu. Ada hikmah Allah nak bagi.. Tengoklah nanti macam mana kan..

Apapun, seronok jumpa kakak tu.. =) Maassalam..

Best Quotes of the Day:
"Kita takkan tahu sedalam mana lautan itu, sehingga lautan itu diselami sedalam-dalamnya.."

No comments:

Post a Comment