Friday 26 October 2012

Aidiladha yang Sederhana, Tetapi Bermakna..

Assalamualaikum..

Sambutan Aidiladha hari ni begitu sederhana, dan agak sunyi.. Sebelum ni arwah abah selalu jugak akan bercerita tentang suasana ibadah korban yang akan abah sertai sama ada di kampung, atau di kawasan perumahan kami. Sepanjang hari akan ada saja cerita daripada abah. Keadaan haiwanyang dikorbankan, bagaimana agihan daging untuk fakir miskin diadakan.. Dan selalu jugak abah akan bawa emak ke tempat sembelihan sebab lepas tu akan ada gotong-royong beramai-ramai memasak dan berkenduri dengan daging korban tu. Tahun ni dah dua tahun kami miss moment tu.. Tapi takpelah, insyaa Allah semuanya akan dilalui dengan tenang.

Tahun ni kami banyak habiskan masa di rumah, ada jugak balik ke rumah mak tok tengah hari tadi, itupun sekejap je, cuma nak hantar makanan. Kesian mak tok, dengan keadaan usia yang semakin lanjut, kudrat pun dah semakin terbatas, manalah mampu nak buat kerja berat-berat. Kini giliran kami generasi muda lah pula yang berbakti..

Balik dari rumah mak tok, saya jemput rakan-rakan sekolah lama datang ke rumah, ada la jamuan ala kadar yang emak sediakan untuk tetamu yang datang berkunjung. Mungkin hari ni ramai yang balik merayakan Aidiladha di kampung, jadi tak ramai yang dapat hadir. Tapi alhamdulillah kehadiran mereka yang datang sekurang-kurangnya mengeratkan lagi ikatan persahabatan antara kami, walaupun masing-masing dah sibuk dengan haluan masing-masing.

Hampir dua jam berborak, banyak juga yang kami bualkan. Antaranya rutin harian semasa di kampus dan berkongsi pengalaman menguruskan kehidupan sebagai mahasiswa. Dan dari situ dapat beberapa tips untuk belajar, antaranya bagaimana nak belajar secara berkumpulan dengan lebih sistematik, antaranya, bentukkan satu kumpulan, yang penting mesti sefahaman, dan mesti ada seorang yang boleh memainkan peranan sebagai ketua, dan ketua itulah yang akan bertanggungjawab memastikan kumpulan perbincangan sentiasa progress, dan setiap ahli mesti mainkan peranan sebagai tutor kepada rakan-rakan kumpulan perbincangannya. Maknanya, dalam kumpulan tu, setiap orang mesti ulangkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu topik, dan dialah yang akan membuat pembentangan, dan mengajar semula kepada rakan-rakannya seperti seorang tutor..

Wahhh.. Best kan, sebenarnya konsep tu memang dah lama ada, cuma dari segi praktikalnya, mungkin memerlukan komitmen 101% daripada semua yang terlibat. Dan mereka telah melakukannya.. Dari situ timbul rasa cemburu saya terhadap sahabat saya yang seorang tu, dia dan rakan-rakannya adalah golongan first class student yang sentiasa mencari jalan untuk berjaya dalam hidup dan bagaimana nak rebut peluang untuk jadi seorang yang maju ke hadapan, serta bagaimana nak cari penyelesaian untuk setiap kesukaran yang dihadapi. Ok, saya akan ambil ia sebagai contoh, inspirasi. Semoga sama-sama beroleh kejayaan yang dimatlamatkan.. Amiinn..

Itu saja dulu setakat ni, semoga perkongsian ini bermanfaat.. Maassalam.. =)

Best Quotes of The Day..

The past is where you learned the lesson, and the future is where you apply the lesson.

No comments:

Post a Comment