Friday 19 April 2013

Book Review: World Reading Day Conducted By Student Empowerment and Research Unit (SERU) of UM



Assalamualaikum..

"Say You're One Of Them."

   
Pengenalan
Judul buku ini merupakan tema bagi keseluruhan cerita-cerita pendek yang terkandung dalam sebuah buku hasil tulisan Uwem Akpan, penulis yang juga merupakan seorang paderi yang berasal dari benua Afrika Selatan. Menulis kerana minat, juga kerana keseronokan memerhati dunia di persekitaran, maka dari situ penulis mendapat ilham untuk menginterpretasikan minat tersebut ke dalam sebuah karya yang kemudiannya diterima oleh masyarakat di seluruh dunia sebagai sebuah karya yang berkualiti.

Penulis agak terbuka dalam menyelitkan unsur-unsur keagamaan yang ada ketikanya mengasak pemikiran pembaca untuk menerima atau tidak pandangan beliau terutamanya bagi yang beragama Islam kerana penceritaannya berdasarkan ilmu dan kefahamannya sebagai seorang mubaligh Kristian. Terpulang kepada pembaca yang menilai.

Daripada kesemua kisah-kisah kehidupan yang dipaparkan, kumpulan kami bersetuju untuk memilih tajuk "What Language Is That?" sebagai sebuah cerita yang sangat menarik, unik, dan meninggalkan kesan yang cukup untuk membuatkan kami terus tertanya-tanya, "apakah kesudahan kisah ini sebenarnya?"

In a common sense. penulis mahu kita sebagai pembaca lebih kritis menilai kesudahan cerita itu melalui suatu persepsi yang tersendiri, yang pelbagai, dan mungkin juga penulis mahu para pembaca untuk menterjemahkan sendiri pengakhiran kisah ini.

Mengangkat tema persahabatan dan konflik keagamaan, sebenarnya ia mencerminkan satu corak pemikiran masyarakat yang diwakili oleh watak dan perwatakan yang cuba diketengahkan oleh penulis, dan kanak-kanak menjadi elemen utama medium perantara cerita tersebut.

What Language Is That?
Mengisahkan tentang hubungan persahabatan antara Selam dan juga seseorang yang hanya digelar "Kamu".  Kedua-dua mereka merupakan jiran dan bersahabat sejak kecil dan akan bersama ke mana sahaja mereka berada. Kedua-duanya berbeza anutan agama, di mana "kamu" beragama Kristian Katolik manakala Selam pula beragama Islam.

Bagi masyarakat di kawasan perumahan "kamu" dan Selam yang majoritinya hampir keseluruhan beragama Kristian, mereka memiliki satu stigma yang negatif terhadap komuniti Islam (Islamofobia) sama ada terhadap muslim yang tinggal di kawasan kejiranan mereka, malah juga di seluruh dunia. Mereka menganggap semua orang Islam seperti keluarga Selam itu pengganas dan suka memberontak. Namun, prejudisme itu sedikitpun tidak menghalang kasih sayang dan persahabatan antara "kamu" dan Selam yang bagaikan saudara kandung itu.

Ibu bapa "kamu" dan Selam' juga tidak pernah menghalang keakraban persahabatan itu. Hinggalah pada suatu malam, ketika ibu bapa "kamu" mengajak Selam untuk turut serta dalam makan malam keluarga mereka di sebuah restoran, salah satu soalan yang diajukan oleh Selam telah menyentuh sensitiviti dan budaya keluarga "kamu" yang selama ini berpegang kuat terhadap fahaman Katolik.

Soalan yang diajukan adalah "adakah hamburger itu dibuat daripada daging khinzir?" "kamu" yang terkejut dengan soalan itu lantas bertanya dari mana Selam mendapat fakta tersebut? Selam memberitahu bahawa seorang rakannya yang bernama Hadiya telah memberitahunya tentang perkara itu dan meminta supaya dia berhati-hati kerana daging khinzir adalah haram dimakan mengikut ajaran Islam.

"kamu" terlalu marah dengan kata-kata Selam dan hampir-hampir memutuskan persahabatan antara mereka berdua kerana "kamu" menganggap Selam sudah tidak menyayangi dirinya lagi dengan mendengar apa yang diberitahu oleh Hadiya.Walaupun pada hakikatnya, ibu bapa "kamu" kelihatan tidak senang dengan pertanyaan yang diajukan oleh Selam, tetapi bapa Selam cuba menenangkan keadaan dan memujuk "kamu" supaya tidak mengambil hati dengan kata-kata Selam yang dianggap "tidak sengaja" itu. Mendengar pujukan bapanya, "kamu" berbaik semula dengan Selam dan berjanji untuk tetap menjadi sahabatnya sampai bila-bila. Kemarahan "kamu" tentang perkara itu bukanlah kerana isu hamburger tersebut tetapi lebih kepada perasaan takut jika Selam mula rapat dengan Hadiya dan akan meninggalkan dirinya dan Selam tidak mahu ia terjadi kerana bagi "kamu" hanya "kamu" yang boleh menjadi kawan baik Selam, begitu juga sebaliknya.

Tidak beberapa lama selepas itu, bapa "kamu" melarang"kamu" untuk berjumpa, bercakap dan berkawan dengan Selam atas alasan keluarga Selam telah memberi ancaman terhadap keselamatan penduduk di kawasan perumahan mereka. Ini kerana, di kawasan bangunan rumah flat yang diduduki keluarga Selam, telah berlakunya satu  insiden kebakaran yang telah memusnahkan semua rumah yang terdapat di situ kecuali rumah Selam. Jadi ianya menguatkan lagi dakwaan penduduk setempat termasuklah ibu bapa "kamu" bahawa  punca kebakaran itu datangnya daripada keluarga Selam yang gemar melakukan keganasan.

"Kamu" sama sekali tidak dapat menerima kenyataan itu dan tidak sanggup kehilangan Selam kerana bagi "kamu", hanya Selam sahaja yang mampu menjadi sahabat "kamu" yang terbaik. Hanya Selam yang akan bersama"kamu" sewaktu susah, hanya Selam yang tahu bagaimana untuk membuatkan "kamu" berasa gembira, kerana terlalu sayangkan Selam, "kamu" memberontak dan membantah dengan kata-kata ibu bapa "kamu" yang bukan sahaja mahu persahabatan mereka berakhir begitu sahaja, malah "kamu" juga akan dibawa ke Addis untuk melawat saudara "kamu" di sana, juga sebagai satu cara supaya "kamu" dapat melupakan Selam sedikit demi sedikit.

"kamu tak faham, Selam itu orang Islam." kata bapa "kamu". "Kamu" tidak berpuas hati dan mempersoalkan mengapa orang Kristian dan Islam tidak boleh terus bersahabat?

"jahat sangatkah mereka?" "kamu" bertanya lagi.
"tidak juga.."
"jadi kenapa kami tidak boleh bersahabat?"
"kepercayaan.. kerana kepercayaan kita yang berbeza dengan mereka." "kamu" masih gagal untuk memahami maksud kata-kata ibu "kamu" itu.

"mungkin sekarang kamu masih belum mengerti, tetapi percayalah apabila kamu sudah dewasa nanti, barulah kamu akan faham." ujar ibu "kamu", mengukuhkan lagi hujah dan larangan bapa Selam yang tidak mahu lagi "kamu" berkawan dengan Selam.

Tetapi itu tidak pernah menghalang "kamu" untuk terus memikirkan perihal Selam. Setiap hari "kamu" akan cuba untuk memerhatikan kawasan rumah Selam yang jaraknya cuma beberapa meter sahaja dari balkoni rumah "kamu" dengan harapan Selam juga berada di situ dan menanti-nantikan kemunculan "kamu". Dan apabila bertemu, "kamu" dan Selam masih tetap berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa tubuh yang "kamu" dan Selam cipta sendiri, biarpun tanpa sebarang suara, tanpa bersentuhan, tapi "kamu" dan Selam memahaminya, ianya adalah bahasa persahabatan bagi kedua-dua remaja perempuan tersebut. Melalui bahasa-bahasa tubuh itulah "kamu" dan Selam berhubung, melepaskan rindu tanpa sesiapa pun yang mengetahuinya. Mereka kekal begitu dan akan terus kekal seperti itu.

Persoalan
Sesuatu yang menarik kerana jarang dalam sesebuah penceritaan, penulis membahasakan watak sebagai "kamu" di dalam kisah ini. Seolah-olah penulis mahu pembaca meletakkan diri sendiri dalam watak "kamu" itu dan menghayati perasaan, pergolakan dalaman yang terpaksa dilalui oleh seorang kanak-kanak, remaja yang dipaksa untuk memutuskan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama akibat pemikiran rigid daripada mereka yang lebih dewasa.


Kesan yang paling mendalam yang berjaya membuatkan kami tertarik adalah kekuatan hati budi, kesungguhan dan kejujuran "kamu" mempertahankan sahabatnya.
-"kamu" hanya mahu Selam kekal sebagai sahabatnya, dan tidak rela sahabatnya dirampas oleh orang lain. Situasi sewaktu "kamu" berasa sedih memikirkan Selam yang hanya rapat dengan Hadiya sejak insiden kebakaran itu mungkin akan melupakan dan menggantikan dirinya sebagai sahabat karib Selam di hatinya.
-"kamu" enggan mengikut ibu bapanya ke Addis kerana mahu sentiasa dekat dengan Selam walaupun tidak mampu bertemu dari dekat.. dapat memandang Selam setiap hari juga sudah memadai baginya.
-ketika "kamu" mempersoalkan larangan ibu bapanya terhadap hubungan persahabatannya dengan Selam atas alasan mereka berbeza agama. Secara tersirat, penulis telah menempelak golongan bukan Islam terhadap mentally-judgement mereka yang sempit terhadap orang Islam tanpa mahu memahami gambaran sebenar penganut agama tersebut terutamanya dalam kalangan orang dewasa.

Pengisian paling menarik yang berjaya ditonjolkan dalam penulisan ini adalah keikhlasan hubungan persahabatan antara kedua-dua watak ini biarpun masing-masing memiliki latar belakang ideologi agama yang berbeza. Walaupun jika dibaca sekali imbas, cara penulis menyampaikan cerita ini seolah-olah bersikap bias, tidak memahami keseluruhan sebenarnya masyarakat Islam di petempatan tersebut, tetapi nilai typical non-muslim stereotype itu terpapar jelas, kononnya semua orang Islam itu ganas, agresif, tidak berpendidikan dan kolot. Sebagai contoh, insiden kebakaran flat di kawasan yang didiami keluarga Selam.

Hanya kerana rumah keluarga Selam adalah satu-satunya kediaman yang terselamat daripada kebakaran tersebut, maka tanggapan yang diberikan adalah "ianya perbuatan keluarga Selam, kerana itulah sikap orang Islam, suka mengganas" tanpa membuktikan apa sebenarnya yang telah berlaku. Penulis juga membiarkan pembaca tertanya-tanya, siapakah penyebab insiden itu, seolah-olah pada akhirnya ia mengiyakan statement masyarakat di kawasan kejiranan tersebut bahawa ia memang perbuatan keluarga Selam.

Namun penulis berjaya mengaburi sedikit persoalan tersebut apabila penekanan seterusnya diberikan kepada kesungguhan "kamu" dan Selam dalam mempertahankan perasaan sayang terhadap satu sama lain, sebagai teman, dan juga sebagai saudara.Yang akhirnya membawa mereka mendekati diri masing-masing melalui bahasa dan di dalam dunia mereka sendiri.

cc: Syazrin Aminah
     Fairus Farihah Mohd Remly

Best Quotes of The Day;
"No matter how little that you perform, just do it in the best way of yours... :)"



Monday 15 April 2013

Anda Berkarisma Apabila...??

Assalamualaikum..

Tadi masa kat library ada terbaca satu buku ni, tajuknya Anda Berkarisma Apabila....???.. Hasil tulisan Prof Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar..

Bagus buku ni, tak tebal pun tapi isinya cukup padat dan mudah difahami.. Yang mampu dikongsi setakat ini..

Sesetengah orang menganggap karismatik seseorang apabila dia menyandang jawatan besar dalam organisasi, pemimpin yang mengetuai sesebuah badan atau parti politik atau golongan-golonagn elit saja.. Salah tanggapan tu..

Karismatik itu milik semua yang mahu memilikinya.. Tak kiralah siapa pun dia dalam masyarakat, perdana menteri ke, doktor, lawyer, majistret, guru pondok, tok siak surau, cikgu sekolah, tukang kebun, malah pelajar sekolah sekalipun.. Yepp!! Dia akan memiliki nilai karisma itu jika nilai-nilai seperti ini ada dalam dirinya;

1) Bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. Mudah mengadaptasi.. Menghormati..

2) Mempunyai sikap positif yang berpanjangan (aura itu akan tepancar terus ke luarannya)

3) Senyum yang bukan hanya di bibir, tapi di mata kerana senyuman yang paling jujur manisnya bukan di bibir, tapi dari matanya.. senyuman bibir hanya milik ahli politik.. Bukan saya yang kata, buku ni yang kata..

4) Pilih pasangan atau didik pasangan, khusus untuk yang nak atau dah kahwin laaa.... (mostly bagi lelaki, cari isteri yang boleh memberikan anda sokongan dari belakang, yang boleh membawa anda untuk dilihat sebagai pemimpin yang memiliki kredibiliti bukan hanya di luar rumah, tapi juga dalam kehidupan peribadi.. Kerana kejayaan di luar bermula dari dalam institusi kekeluargaan itu. Kerana bagi lelaki, jatuhnya mereka adalah di sebaliknya berdiri seorang wanita.. Tegoklah kebanyakan hidup para lelaki yang musnah sekelip mata kerana kesilapannya meriuh keseronokan dunia.. Skandalisme.

5) Dalam melakukan tugas, jangan terlalu berjanji, janji itu sematkan dalam hati, pamerkan kesungguhan berkhidmat, dan yang paling penting, tunaikan janji itu lebih daripada apa yang dijanjikan..

Contoh: Jika anda seorang pembekal barangan untuk pelanggan, katakan anda berjanji untuk melakukan penghantaran barangan selepas seminggu tarikh tempahan, jadi cuba hantarkan sehari atau dua hari lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan, impresi yang memberansangkan akan wujud dalam minda pelanggan anda yang menganggap anda serius, ikhlas dan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dan mampu memimpin syarikat dengan baik.. Nilai sebegini hanya dimiliki oleh mereka yang memiliki kesungguhan  memimpin dan melakukan tugas yang amanah, yang bermula dari sekecil-kecil perkara, dan dari situlah karisma seseorang itu akan mula timbul.

6) Sentiasa merendah hati (tawadhuk) dan mahu belajar biarpun daripada mereka yang statusnya rendah daripada kita.. (kalau kat sekolah, kolej, uni.. senior jangan malu berlajar daripada junior kalau tak tahu, biar tak tahu dan mahu belajar daripada tak tahu apa-apa tapi berlagak macam tahu semua benda.. itu namanya, b***h sombong..

7) Cari seorang atau lebih tokoh yang boleh dijadikan contoh.. Umat Islam tak payah susah-susah nak fikir, Nabi Muhammad kita kan ada.. Manusia paling berpengaruh di dunia.. Contohi akhlak baginda, aplikasi dalam kehidupan, walaupun tak semua, sekurang-kurangnya amalkan sedikit asalkan istiqamah dan tambah sedikit-demi sedikit..

8) Layanan yang saksama terhadap semua orang (termasuklah orang yang kita tak suka.. Biarlah tak suka sebab perangainya, bukan sebab dia.. manusia hatinya mudah berubah kan, jadi perubahan itu biarlah ke arah yang lebih baik.. dekati semua yang di sekeliling kita dengan memberi layanan yang sama rata, hormat tanpa mengira status dan rupa..

Memanglah kebanyakan ciri ni semua ada dalam individu yang memimpin.. Memanglah milik mereka yang memimpin.. Well, setiap yang dilahirkan adalah pemimpin.. Yang paling dekat untuk dipimpin adalah diri sendiri. So jangan kata kita tak boleh ada ciri-ciri kepimpinan ni sebab kita bukan pemimpin.. Sekali lagi, salah seribu kali salah statement tu.. Diri kita adalah tanggungjawab kita, setiap yang rasa ada tanggungjawab yang nak dipikul, maka dia adalah pemimpin.. Dan karismatik boleh datang kemudian..

Satu perkara lagi yang saya belajar daripada buku ni.. Nilai karisma yang wujud dalam diri bukan hanya apabila seseorang itu sudah menjadi seorang tokoh yang tersohor.. Karismatik tidak wujud sekelip mata.. Ia  adalah suatu tahap keunggulan diri yang dimulakan dari bawah, kadang pengalaman pahit seseorang itu menjadikan dia kuat untuk menempuh segala macam ragam kehidupan, jadi ia secara tak langsung membina karisma dalam diri tanpa perlu dipelajari, tanpa ada teori.. Ia datang secara alami, yang memang memerlukan masa untuk sebati dengan personaliti diri..

Cuba tengok latar belakang kehidupan tokoh-tokoh besar dunia, adakah mereka berdiri sebagai tokoh yang disegani begitu saja? Tidak!! Ada seribu satu macam kepayahan yang menghasilkan kesungguhan untuk keluar daripada kesusahan itu seterusnya membangunkan keupayaan minda bawah sedar yang lebih teguh, realistik!.. Mereka tahu matlamat perjuangan mereka, mereka tahu apa yang mereka lakukan.. Maka terhasil lah apa yang dinamakan kualiti tokoh dan pemimpin yang berkarisma..

Banyak lagi point dalam buku ni yang bagus-bagus, nak tahu lebih lanjut?? Bacalah keseluruhan buku tu ye..
ok, maassalam.. :)

Berkarismakah kita??

Selangkah ke Fasa Baru Kehidupanmu


Assalamualaikum..

Nak share sikit ye cerita sahabat saya yang seorang ni.. Alhamdulillah Sabtu baru-baru ni dia dah sah jadi tunangan orang.. Bertunang dengan rakan lama sejak sekolah menengah di SMK Tanjung Pauh dulu.. Hmm.. Siapa sangka kan, bermula atas nama persahabatan, dari rakan biasa akhirnya bertemu jodoh jugak..

Kedua-duanya rakan baik saya, In shaa Allah setahun dari sekarang berlangsunglah ye majlisnya.. Semoga hubungan ni berkekalan hingga ke syurga.. Dah melangkah ke satu fasa baru dalam hidup ni, banyak dugaannya.. Sama-samalah persiapkan diri, jadi insan yang lebih bersedia membina keluarga sakinah, yang Allah redha, yang Rasulullah s.a.w juga redha, kerana bakal meneruskan legasi Islam yang In shaa Allah syumul di sisi-Nya..

Ramai yang tak tahu pasal hari bahagia "adik" saya yang seorang ni. So bila dah terbongkar dekat fb, dengan gambar semua, sekonyong-konyong tu ramailah yang menginbox, bertanya pada saya.. Ada yang yang tak percaya, ada jugak yang memang tak percaya.. hehe.. Tapi, percayalah, perihal jodoh, benda-benda masa depan ni memang kadang susah kita nak jangka.. Ada pulak tu yang mula terasa hati sebab tak dijemput ke majlis yang dibuat ala kadar je tu.. Haih, nama pun bertunang kan, memanglah simple, sebaik-baik pertunangan adalah apabila ia dirahsiakan.. Nanti sampai masa dah nak kenduri maka akan dijemputlah segala rakyat jelata semua.. Poyo sudah lah si Atikah ni..

Bila dah jadi tunangan orang ni, maknanya sikit hari lagi dah ada tanggungjawab baru sebagai isteri, dan bakal ibu kepada anak-anak pewaris bangsa. So, macam yang saya cakap tadi, persiapkanlah diri luar dan dalam, mental, fizikal, emosi, kewangan, dan yang paling penting, agama mesti dibarisan hadapan sekali. Saya ni nak menasihat orang memang tak pandai, tapi saya yakin, bila semua perkara yang baik didahulukan dengan niat kerana Allah, maka semua pasti akan dipermudahkan dan mendapat berkatnya..

Saya doakan Lokman dan Wahida, berkekalanlah kalian dengan ikatan suci ni.. Semoga dirahmati selalu.. Selamat membina keluarga bahagia tak lama lagi.. :)

Tu je.. Tahniah once again.. Maassalam..

Ramai yang cakap kami ni macam dua beradik.. hmm.. tang mana sama tu?? Ok fine, kecomelan yang sama level.. well then, hahaha... By the way I call her Adik.. as we are as a group memang dah macam adik beradik.. Ada along, angah, kak yang, achik, adik dan saya, diorang panggil atih.. konon sebab putih.. Putihla sangat.. hohoho..


Adik with our Along.. Suppose to be she's the first who gonna experience this , but then,  it's ok, dah jodoh adik sampai dulu kan, jauh tu dik kau langkah bendul along.. haha.. so along, cepat2 lah ye.. :P

Thursday 11 April 2013

Tips Belajar (Sumber Perkongsian dari Laman Web Langit Ilahi e-Book Store)

Assalamualaikum, dah lama tak berkongsi, hari ni saya terbaca satu post dalam laman web Langit Ilahi tentang tips-tips untuk belajar dengan efektif. Sangat berguna untuk kita yang masih belajar, juga untuk para motivator yang mencari-cari input tambahan dalam membantu pelajar meningkatkan potensi dan kecemerlangan dalam akademik.. Semoga bermanfaat! ^_^


Tips 1 – Tekan butang “pause” – rehat seketika
Berhenti dan rehat seketika. Faktor terbesar yang mempengaruhi tumpuan adalah rehat yang cukup dan ini telah diperakui oleh banyak kajian. Penumpuan memerlukan minda anda sentiasa  tenang dan rileks. Tetapi pemikiran anda akan terganggu jika anda tidak cukup rehat. Pastikan anda mendapat jumlah tidur yang cukup dan pada masa yang tepat. Jangan tidur pada waktu yang tidak sesuai, ianya akan mengganggu ketenangan otak. Sebaiknya mempunyai masa tidur yang tetap, dan ini merupakan langkah utama untuk meningkatkan tumpuan belajar. Belajar dalam keadaan tidak cukup rehat akan mendatangkan rasa letih dan kepenatan.
Rancang waktu rehat anda dengan gunakan setting masa pada jam atau HP anda. Jika anda merancang waktu rehat, anda tidak akan terlepas waktu untuk menyegarkan diri, atau anda tidak pula asyik kerap berehat dan berehat. J
Kenapa perla ambil waktu untuk rehat seketika? Otak anda memerlukan masa untuk cas semula selepas ia memproses sekumpulan maklumat. Dalam beberapa kajian, berehat dan berjalan seketika akan meningkatkan daya ingatan memori kita menjadi lebih baik.
Tips 2 – Masih tekan butang “pause” lagi – muhasabah diri
Berhenti seketika dan muhasabah diri. Kenapa kita tidak fokus? Apa sebabnya? Apa puncanya? Jika kerana kita kurang keseriusan, atau kerana kita kerap membuang masa, maka perbaiki sikap kita. Check hati kita. Bagaimana hubungan hati kita dengan Allah. Anda solat  tak? Doa tak? Solat sunat tak? Masa study berwuduk tak? Luruskan kembali matlamat belajar. Ambil masa rehat sebentar, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan sambil di dalam hati katakan, Ya Allah, kuatkan diri ini! Ya Allah, berikan kefahaman kepada diri ini. Ya Allah, tolong hamba-Mu ini!
Lakukan kaedah penghapusan (zero defect) dengan istighfar. 10kali, 21 kali, 33 kali, 70 kali, 100 kali. InsyaAllah, kekuatan akan muncul. Dan kembali study.
Tips 3 – Buatlah perancangan
Sentiasa mempunyai rancangan untuk apa sahaja yang  anda mahu lakukan. Rancang masa ulangkaji, masa rehat, masa bersantai, masa sosial, masa outing, masa khas dengan Allah SWT. Jika tiada perancangan maka anda akan belajar mengikut rasa hati anda. Miliki jadual hidup. Dalam jadual kehidupan adanya jadual belajar.
Tips 4 – Elakkan Gangguan dan belajar di tempat yang sesuai
Anda perasan tak, semasa kita study, dalam masa yang sama kita sering melayan FB, SMS, menonton TV or Youtube, layan panggilan masuk dan macam-macam lagi. Semua ini faktor gangguan fokus. Adalah tidak bijak untuk belajar dengan HP disisi, walaupun anda sudah set vibrate. Sebaik sahaja sms baru masuk, anda akan melihat. Kita ini manusia! Anda tidak boleh fokus pada belajar jika anda sedang berbual dengan seseorang yang lain atau melayan sms. Maka,  tutup seketika HP anda.
Carilah tempat belajar yang sesuai. Terkadang, bilik tidur atau bilik darjah kita bukanlah tempat terbaik untuk belajar. Cari tempat yang tenang, selesa, ada kerusi dan meja, anda boleh duduk dengan sebaik-baiknya tanpa televisyen, komputer atau telefon bimbit dalam jangkauan anda.
Katakan Tidak! Ya, tidak pada ajakan kawan anda yang tidak penting. Ajakan kawan yang tidak penting merupakan satu bentuk gangguan fokus. Berterus terang padanya, katakan anda perlu menyelesaikan ulangkaji anda dulu.
Cari tempat yang ada ruang udara yang lancar. Jauh dari kebisingan dan gangguan bunyi. Perpustakaan atau bilik study khas adalah tempat yang terbaik.
Tips 5 – Memilih masa yang sesuai
Ia akan membantu anda meningkatkan pusat perhatian kepada study. Bilakah waktu anda belajar yang terbaik adalah saat yang paling produktif. Jika anda seorang jenis bangun pagi, maka study waktu pagi. Jika anda merupakan jenis “burung hantu”, maka study waktu malam. Anda tahu diri anda lebih baik daripada orang lain,  maka tentukan masa yang terbaik apabila anda berada di kemuncak fokus anda dan kurangnya rasa letih. Ia akan menjadi lebih sukar untuk fokus jika anda sedang melawan keletihan dan masanya tidak sesuai.
Masalah utama pelajar ialah bila waktunya hendak belajar, isu ini adalah kritikal. Maka yang baik ialah belajar harus dilakukan hanya apabila anda dalam keadaan rehat yang cukup, dan memilih masa belajar yang sesuai.
Tips 6 – Memberi ganjaran kepada diri sendiri
Ini kadang-kadang membantu jika ianya boleh mendorong anda  menjadi rajin . Sebagai contoh, anda mungkin mengatakan yang saya akan lakukan 30 minit kerja rumah, maka saya akan memberi ganjaran diri saya dengan 15 minit menonton televisyen atau 10minit melayari FB. Atau, setelah berjaya dari pagi hingga ke tengahari melakukan latih tubi menjawab soalan, maka sebelah petangnya outing ke bandar atau ke pantai. Lama-kelamaan, anda membina tabiat melakukan tugas tanpa mengharap sebarang ganjaran. Namun, insyaAllah jika anda jelas bahawa belajar adalah satu ibadah kepada Allah, maka anda akan punya semangat dan fokus untuk belajar kerana akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.
Tips 7 – Membahagikan tugas yang lebih besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
Kadang-kadang, kita rasa beban dan tidak semangat belajar kerana kita merasakan banyak sangat tugas belajar yang perlu di buat. Maka fokusnya mula menurun. Sebaliknya, kita boleh elakkan perasaan ini dengan membahagikan tugasan anda mengikut sub topik dan keutamaan. Mulakan yang anda minat dan suka dahulu. Perlahan-perlahan anda bergerak ke bahagian-bahagian yang lain. InsyaAllah dengan cara ini dapat mengelakan rasa tertekan, bosan, kecewa dan stress.
Tips 8 – Pilih rakan belajar anda yang tepat.
Pilihlah seseorang yang serius untuk berjaya dan berfokus seperti anda. Jangan belajar dengan kawan yang suka berbual dan bermain-main, ianya hanya membuang masa anda. Memiliki rakan kongsi belajar yang osem adalah satu idea yang hebat. Anda boleh berkongsi pandangan, mengagihkan tugasan, saling berbincang dan menjawab soalan. Sewajarnya pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia kedengaran seperti sinis, tetapi banyak orang terlepas pandang akan hal ini. Jika anda mahu belajar, memilih rakan belajar yang pintar, berdedikasi, dan tidak keberatan mengajar kita. Sesi belajar anda akan menjadi  lebih baik. Kumpulan belajar yang efektif akan dapat meningkatkan kuasa fokus belajar.  Cuma jangan jadikan kumpulan belajar kita tempat bergosip atau mengadu domba. J
Tips 9 – Amalkan kaedah belajar yang efektif.
Sebagai contoh, disiplinkan masa belajar anda 30 minit. Gunakan alat penjaga masa samada dengan jam atau HP anda dan tumpukan belajar anda selama 30 minit tanpa gangguan. Kemudian berehat 5 minit. Kembali dan ulang lagi 30 minit dan kemudian rehat lagi. Selepas 4 sesi, berehatlah 30 minit. Pergilah ke luar, menonton tv, meregangkan otot, dan melakukan apa sahaja yang anda mahu. Kadang-kadang kita berasa berat belajar kerana apa yang kita lihat ialah bahawa kita perlu belajar selama 4 jam. Pelbagaikan pendekatan dan anda akan rasa seronok belajar. Fokus akan meningkat apabila kita seronok.
Tips 10 – Bina Kekuatan Motivasi
Apabila setiap kali anda merasa seperti hilang fokus, maka bisikan pada diri anda kata-kata yang dapat menguatkan motivasi anda untuk kembali fokus. Ingat, belajar ini adalah masa depan kita. Bukan sahaja di dunia malahan di akhirat sana. Allah menjanjikan kepada hamba-Nya yang berilmu ini kelebihan beberapa darjat.
Motivasi yang kuat khususnya dari dalam hati kita akan mendorong kita bersungguh dan berfokus. Bacalah Al Quran sebagai penguat jiwa. Bacalah buku-buku motivasi dan kisah-kisah orang berjaya. Jangan pernah tinggal untuk berdoa dan berharap. Lemah motivasi akan menenggelamkan potensi dan menggelapkan masa depan anda. Sering hilang fokus adalah mungkin kerana jiwa kita tidak tenang dan celaru. Serabut dan bermasalah. Motivasinya adalah dengan kembali kepada fitrah, carilah Allah dalam kehidupan anda.
Selamat berjaya dan menikmati saat indah menjadi pelajar! Maassalam..

cc: Abu Ridhwan of LangitIlahi http://langitilahi.com/12349