Monday 15 April 2013

Anda Berkarisma Apabila...??

Assalamualaikum..

Tadi masa kat library ada terbaca satu buku ni, tajuknya Anda Berkarisma Apabila....???.. Hasil tulisan Prof Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar..

Bagus buku ni, tak tebal pun tapi isinya cukup padat dan mudah difahami.. Yang mampu dikongsi setakat ini..

Sesetengah orang menganggap karismatik seseorang apabila dia menyandang jawatan besar dalam organisasi, pemimpin yang mengetuai sesebuah badan atau parti politik atau golongan-golonagn elit saja.. Salah tanggapan tu..

Karismatik itu milik semua yang mahu memilikinya.. Tak kiralah siapa pun dia dalam masyarakat, perdana menteri ke, doktor, lawyer, majistret, guru pondok, tok siak surau, cikgu sekolah, tukang kebun, malah pelajar sekolah sekalipun.. Yepp!! Dia akan memiliki nilai karisma itu jika nilai-nilai seperti ini ada dalam dirinya;

1) Bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. Mudah mengadaptasi.. Menghormati..

2) Mempunyai sikap positif yang berpanjangan (aura itu akan tepancar terus ke luarannya)

3) Senyum yang bukan hanya di bibir, tapi di mata kerana senyuman yang paling jujur manisnya bukan di bibir, tapi dari matanya.. senyuman bibir hanya milik ahli politik.. Bukan saya yang kata, buku ni yang kata..

4) Pilih pasangan atau didik pasangan, khusus untuk yang nak atau dah kahwin laaa.... (mostly bagi lelaki, cari isteri yang boleh memberikan anda sokongan dari belakang, yang boleh membawa anda untuk dilihat sebagai pemimpin yang memiliki kredibiliti bukan hanya di luar rumah, tapi juga dalam kehidupan peribadi.. Kerana kejayaan di luar bermula dari dalam institusi kekeluargaan itu. Kerana bagi lelaki, jatuhnya mereka adalah di sebaliknya berdiri seorang wanita.. Tegoklah kebanyakan hidup para lelaki yang musnah sekelip mata kerana kesilapannya meriuh keseronokan dunia.. Skandalisme.

5) Dalam melakukan tugas, jangan terlalu berjanji, janji itu sematkan dalam hati, pamerkan kesungguhan berkhidmat, dan yang paling penting, tunaikan janji itu lebih daripada apa yang dijanjikan..

Contoh: Jika anda seorang pembekal barangan untuk pelanggan, katakan anda berjanji untuk melakukan penghantaran barangan selepas seminggu tarikh tempahan, jadi cuba hantarkan sehari atau dua hari lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan, impresi yang memberansangkan akan wujud dalam minda pelanggan anda yang menganggap anda serius, ikhlas dan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dan mampu memimpin syarikat dengan baik.. Nilai sebegini hanya dimiliki oleh mereka yang memiliki kesungguhan  memimpin dan melakukan tugas yang amanah, yang bermula dari sekecil-kecil perkara, dan dari situlah karisma seseorang itu akan mula timbul.

6) Sentiasa merendah hati (tawadhuk) dan mahu belajar biarpun daripada mereka yang statusnya rendah daripada kita.. (kalau kat sekolah, kolej, uni.. senior jangan malu berlajar daripada junior kalau tak tahu, biar tak tahu dan mahu belajar daripada tak tahu apa-apa tapi berlagak macam tahu semua benda.. itu namanya, b***h sombong..

7) Cari seorang atau lebih tokoh yang boleh dijadikan contoh.. Umat Islam tak payah susah-susah nak fikir, Nabi Muhammad kita kan ada.. Manusia paling berpengaruh di dunia.. Contohi akhlak baginda, aplikasi dalam kehidupan, walaupun tak semua, sekurang-kurangnya amalkan sedikit asalkan istiqamah dan tambah sedikit-demi sedikit..

8) Layanan yang saksama terhadap semua orang (termasuklah orang yang kita tak suka.. Biarlah tak suka sebab perangainya, bukan sebab dia.. manusia hatinya mudah berubah kan, jadi perubahan itu biarlah ke arah yang lebih baik.. dekati semua yang di sekeliling kita dengan memberi layanan yang sama rata, hormat tanpa mengira status dan rupa..

Memanglah kebanyakan ciri ni semua ada dalam individu yang memimpin.. Memanglah milik mereka yang memimpin.. Well, setiap yang dilahirkan adalah pemimpin.. Yang paling dekat untuk dipimpin adalah diri sendiri. So jangan kata kita tak boleh ada ciri-ciri kepimpinan ni sebab kita bukan pemimpin.. Sekali lagi, salah seribu kali salah statement tu.. Diri kita adalah tanggungjawab kita, setiap yang rasa ada tanggungjawab yang nak dipikul, maka dia adalah pemimpin.. Dan karismatik boleh datang kemudian..

Satu perkara lagi yang saya belajar daripada buku ni.. Nilai karisma yang wujud dalam diri bukan hanya apabila seseorang itu sudah menjadi seorang tokoh yang tersohor.. Karismatik tidak wujud sekelip mata.. Ia  adalah suatu tahap keunggulan diri yang dimulakan dari bawah, kadang pengalaman pahit seseorang itu menjadikan dia kuat untuk menempuh segala macam ragam kehidupan, jadi ia secara tak langsung membina karisma dalam diri tanpa perlu dipelajari, tanpa ada teori.. Ia datang secara alami, yang memang memerlukan masa untuk sebati dengan personaliti diri..

Cuba tengok latar belakang kehidupan tokoh-tokoh besar dunia, adakah mereka berdiri sebagai tokoh yang disegani begitu saja? Tidak!! Ada seribu satu macam kepayahan yang menghasilkan kesungguhan untuk keluar daripada kesusahan itu seterusnya membangunkan keupayaan minda bawah sedar yang lebih teguh, realistik!.. Mereka tahu matlamat perjuangan mereka, mereka tahu apa yang mereka lakukan.. Maka terhasil lah apa yang dinamakan kualiti tokoh dan pemimpin yang berkarisma..

Banyak lagi point dalam buku ni yang bagus-bagus, nak tahu lebih lanjut?? Bacalah keseluruhan buku tu ye..
ok, maassalam.. :)

Berkarismakah kita??

No comments:

Post a Comment