Friday 19 April 2013

Book Review: World Reading Day Conducted By Student Empowerment and Research Unit (SERU) of UM



Assalamualaikum..

"Say You're One Of Them."

   
Pengenalan
Judul buku ini merupakan tema bagi keseluruhan cerita-cerita pendek yang terkandung dalam sebuah buku hasil tulisan Uwem Akpan, penulis yang juga merupakan seorang paderi yang berasal dari benua Afrika Selatan. Menulis kerana minat, juga kerana keseronokan memerhati dunia di persekitaran, maka dari situ penulis mendapat ilham untuk menginterpretasikan minat tersebut ke dalam sebuah karya yang kemudiannya diterima oleh masyarakat di seluruh dunia sebagai sebuah karya yang berkualiti.

Penulis agak terbuka dalam menyelitkan unsur-unsur keagamaan yang ada ketikanya mengasak pemikiran pembaca untuk menerima atau tidak pandangan beliau terutamanya bagi yang beragama Islam kerana penceritaannya berdasarkan ilmu dan kefahamannya sebagai seorang mubaligh Kristian. Terpulang kepada pembaca yang menilai.

Daripada kesemua kisah-kisah kehidupan yang dipaparkan, kumpulan kami bersetuju untuk memilih tajuk "What Language Is That?" sebagai sebuah cerita yang sangat menarik, unik, dan meninggalkan kesan yang cukup untuk membuatkan kami terus tertanya-tanya, "apakah kesudahan kisah ini sebenarnya?"

In a common sense. penulis mahu kita sebagai pembaca lebih kritis menilai kesudahan cerita itu melalui suatu persepsi yang tersendiri, yang pelbagai, dan mungkin juga penulis mahu para pembaca untuk menterjemahkan sendiri pengakhiran kisah ini.

Mengangkat tema persahabatan dan konflik keagamaan, sebenarnya ia mencerminkan satu corak pemikiran masyarakat yang diwakili oleh watak dan perwatakan yang cuba diketengahkan oleh penulis, dan kanak-kanak menjadi elemen utama medium perantara cerita tersebut.

What Language Is That?
Mengisahkan tentang hubungan persahabatan antara Selam dan juga seseorang yang hanya digelar "Kamu".  Kedua-dua mereka merupakan jiran dan bersahabat sejak kecil dan akan bersama ke mana sahaja mereka berada. Kedua-duanya berbeza anutan agama, di mana "kamu" beragama Kristian Katolik manakala Selam pula beragama Islam.

Bagi masyarakat di kawasan perumahan "kamu" dan Selam yang majoritinya hampir keseluruhan beragama Kristian, mereka memiliki satu stigma yang negatif terhadap komuniti Islam (Islamofobia) sama ada terhadap muslim yang tinggal di kawasan kejiranan mereka, malah juga di seluruh dunia. Mereka menganggap semua orang Islam seperti keluarga Selam itu pengganas dan suka memberontak. Namun, prejudisme itu sedikitpun tidak menghalang kasih sayang dan persahabatan antara "kamu" dan Selam yang bagaikan saudara kandung itu.

Ibu bapa "kamu" dan Selam' juga tidak pernah menghalang keakraban persahabatan itu. Hinggalah pada suatu malam, ketika ibu bapa "kamu" mengajak Selam untuk turut serta dalam makan malam keluarga mereka di sebuah restoran, salah satu soalan yang diajukan oleh Selam telah menyentuh sensitiviti dan budaya keluarga "kamu" yang selama ini berpegang kuat terhadap fahaman Katolik.

Soalan yang diajukan adalah "adakah hamburger itu dibuat daripada daging khinzir?" "kamu" yang terkejut dengan soalan itu lantas bertanya dari mana Selam mendapat fakta tersebut? Selam memberitahu bahawa seorang rakannya yang bernama Hadiya telah memberitahunya tentang perkara itu dan meminta supaya dia berhati-hati kerana daging khinzir adalah haram dimakan mengikut ajaran Islam.

"kamu" terlalu marah dengan kata-kata Selam dan hampir-hampir memutuskan persahabatan antara mereka berdua kerana "kamu" menganggap Selam sudah tidak menyayangi dirinya lagi dengan mendengar apa yang diberitahu oleh Hadiya.Walaupun pada hakikatnya, ibu bapa "kamu" kelihatan tidak senang dengan pertanyaan yang diajukan oleh Selam, tetapi bapa Selam cuba menenangkan keadaan dan memujuk "kamu" supaya tidak mengambil hati dengan kata-kata Selam yang dianggap "tidak sengaja" itu. Mendengar pujukan bapanya, "kamu" berbaik semula dengan Selam dan berjanji untuk tetap menjadi sahabatnya sampai bila-bila. Kemarahan "kamu" tentang perkara itu bukanlah kerana isu hamburger tersebut tetapi lebih kepada perasaan takut jika Selam mula rapat dengan Hadiya dan akan meninggalkan dirinya dan Selam tidak mahu ia terjadi kerana bagi "kamu" hanya "kamu" yang boleh menjadi kawan baik Selam, begitu juga sebaliknya.

Tidak beberapa lama selepas itu, bapa "kamu" melarang"kamu" untuk berjumpa, bercakap dan berkawan dengan Selam atas alasan keluarga Selam telah memberi ancaman terhadap keselamatan penduduk di kawasan perumahan mereka. Ini kerana, di kawasan bangunan rumah flat yang diduduki keluarga Selam, telah berlakunya satu  insiden kebakaran yang telah memusnahkan semua rumah yang terdapat di situ kecuali rumah Selam. Jadi ianya menguatkan lagi dakwaan penduduk setempat termasuklah ibu bapa "kamu" bahawa  punca kebakaran itu datangnya daripada keluarga Selam yang gemar melakukan keganasan.

"Kamu" sama sekali tidak dapat menerima kenyataan itu dan tidak sanggup kehilangan Selam kerana bagi "kamu", hanya Selam sahaja yang mampu menjadi sahabat "kamu" yang terbaik. Hanya Selam yang akan bersama"kamu" sewaktu susah, hanya Selam yang tahu bagaimana untuk membuatkan "kamu" berasa gembira, kerana terlalu sayangkan Selam, "kamu" memberontak dan membantah dengan kata-kata ibu bapa "kamu" yang bukan sahaja mahu persahabatan mereka berakhir begitu sahaja, malah "kamu" juga akan dibawa ke Addis untuk melawat saudara "kamu" di sana, juga sebagai satu cara supaya "kamu" dapat melupakan Selam sedikit demi sedikit.

"kamu tak faham, Selam itu orang Islam." kata bapa "kamu". "Kamu" tidak berpuas hati dan mempersoalkan mengapa orang Kristian dan Islam tidak boleh terus bersahabat?

"jahat sangatkah mereka?" "kamu" bertanya lagi.
"tidak juga.."
"jadi kenapa kami tidak boleh bersahabat?"
"kepercayaan.. kerana kepercayaan kita yang berbeza dengan mereka." "kamu" masih gagal untuk memahami maksud kata-kata ibu "kamu" itu.

"mungkin sekarang kamu masih belum mengerti, tetapi percayalah apabila kamu sudah dewasa nanti, barulah kamu akan faham." ujar ibu "kamu", mengukuhkan lagi hujah dan larangan bapa Selam yang tidak mahu lagi "kamu" berkawan dengan Selam.

Tetapi itu tidak pernah menghalang "kamu" untuk terus memikirkan perihal Selam. Setiap hari "kamu" akan cuba untuk memerhatikan kawasan rumah Selam yang jaraknya cuma beberapa meter sahaja dari balkoni rumah "kamu" dengan harapan Selam juga berada di situ dan menanti-nantikan kemunculan "kamu". Dan apabila bertemu, "kamu" dan Selam masih tetap berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa tubuh yang "kamu" dan Selam cipta sendiri, biarpun tanpa sebarang suara, tanpa bersentuhan, tapi "kamu" dan Selam memahaminya, ianya adalah bahasa persahabatan bagi kedua-dua remaja perempuan tersebut. Melalui bahasa-bahasa tubuh itulah "kamu" dan Selam berhubung, melepaskan rindu tanpa sesiapa pun yang mengetahuinya. Mereka kekal begitu dan akan terus kekal seperti itu.

Persoalan
Sesuatu yang menarik kerana jarang dalam sesebuah penceritaan, penulis membahasakan watak sebagai "kamu" di dalam kisah ini. Seolah-olah penulis mahu pembaca meletakkan diri sendiri dalam watak "kamu" itu dan menghayati perasaan, pergolakan dalaman yang terpaksa dilalui oleh seorang kanak-kanak, remaja yang dipaksa untuk memutuskan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama akibat pemikiran rigid daripada mereka yang lebih dewasa.


Kesan yang paling mendalam yang berjaya membuatkan kami tertarik adalah kekuatan hati budi, kesungguhan dan kejujuran "kamu" mempertahankan sahabatnya.
-"kamu" hanya mahu Selam kekal sebagai sahabatnya, dan tidak rela sahabatnya dirampas oleh orang lain. Situasi sewaktu "kamu" berasa sedih memikirkan Selam yang hanya rapat dengan Hadiya sejak insiden kebakaran itu mungkin akan melupakan dan menggantikan dirinya sebagai sahabat karib Selam di hatinya.
-"kamu" enggan mengikut ibu bapanya ke Addis kerana mahu sentiasa dekat dengan Selam walaupun tidak mampu bertemu dari dekat.. dapat memandang Selam setiap hari juga sudah memadai baginya.
-ketika "kamu" mempersoalkan larangan ibu bapanya terhadap hubungan persahabatannya dengan Selam atas alasan mereka berbeza agama. Secara tersirat, penulis telah menempelak golongan bukan Islam terhadap mentally-judgement mereka yang sempit terhadap orang Islam tanpa mahu memahami gambaran sebenar penganut agama tersebut terutamanya dalam kalangan orang dewasa.

Pengisian paling menarik yang berjaya ditonjolkan dalam penulisan ini adalah keikhlasan hubungan persahabatan antara kedua-dua watak ini biarpun masing-masing memiliki latar belakang ideologi agama yang berbeza. Walaupun jika dibaca sekali imbas, cara penulis menyampaikan cerita ini seolah-olah bersikap bias, tidak memahami keseluruhan sebenarnya masyarakat Islam di petempatan tersebut, tetapi nilai typical non-muslim stereotype itu terpapar jelas, kononnya semua orang Islam itu ganas, agresif, tidak berpendidikan dan kolot. Sebagai contoh, insiden kebakaran flat di kawasan yang didiami keluarga Selam.

Hanya kerana rumah keluarga Selam adalah satu-satunya kediaman yang terselamat daripada kebakaran tersebut, maka tanggapan yang diberikan adalah "ianya perbuatan keluarga Selam, kerana itulah sikap orang Islam, suka mengganas" tanpa membuktikan apa sebenarnya yang telah berlaku. Penulis juga membiarkan pembaca tertanya-tanya, siapakah penyebab insiden itu, seolah-olah pada akhirnya ia mengiyakan statement masyarakat di kawasan kejiranan tersebut bahawa ia memang perbuatan keluarga Selam.

Namun penulis berjaya mengaburi sedikit persoalan tersebut apabila penekanan seterusnya diberikan kepada kesungguhan "kamu" dan Selam dalam mempertahankan perasaan sayang terhadap satu sama lain, sebagai teman, dan juga sebagai saudara.Yang akhirnya membawa mereka mendekati diri masing-masing melalui bahasa dan di dalam dunia mereka sendiri.

cc: Syazrin Aminah
     Fairus Farihah Mohd Remly

Best Quotes of The Day;
"No matter how little that you perform, just do it in the best way of yours... :)"



No comments:

Post a Comment