Saturday 4 May 2013

Jenis Manusia Apakah Kita??

Assalamualaikum..

Fuhh.. Fuhhhh.. Fuhhhhhh!!!!! (Buang habuk kat blog.. hahaha..)

Ok, my bad.. lama dah tak update blog, sibuk je memanjang di facebook sampai dah tepu debu-debu di laman blogku yang tak berapa nak cantik ni.. huhu.. So, bila dah boring di fb, boring dengan kisah luahan cinta tak berpenghujung, kisah perang politik yang hampir makin sakit mata memandangnya, sakit telinga mendengarnya, dan sakit otak membacanya, so here I am.. I'm back.. yeah.. *fireworks sparkling*

Tadi ada dengar slot motivasi daripada Dr. Muhaya di youtube tentang jenis-jenis manusia.. Sangat menarik, dalam menikmati hujung minggu yang mendung dan sambil melayan assignment yang tak berpenghujung (ohmydear..T_T), dapat jugak saya belajar sesuatu yang baru..

Jenis manusia yang Dr. Muhaya bincangkan dalam slot tersebut adalah Manusia Eksport dan Manusia Import.. Manusia yang bagaimanakah kita ini? Import atau Eksport?

Sebaik-baik manusia menurut Dr. Muhaya adalah Manusia Eksport iaitu manusia yang paling banyak memberi.. Memberi dalam erti kata lain bukan hanya dari sudut materialnya sahaja, tetapi lebih kepada yang memberi nilai terhadap dirinya untuk diberikan pula kepada orang lain. Macam sesebuah negara yang nak mengeksport barang dagangannya ke negara luar, negara itu mestilah terlebih dahulu memberi usaha yang jitu untuk mengeluarkan produknya dan dipasarkan ke negara luar untuk mendapatkan pulangan yang lumayan.. Begitulah kiranya analogi yang dimaksudkan.

Lumrah manusia hari ini kebanyakannya hanya mahu menjadi "Pengimport" yang hanya berada di posisi sehala.. Dia nak dia je yang terima, sentiasa mengira-ngira, dan mengharapkan orang lain yang memberi kepadanya.. Contohnya sebagai jiran tetangga, sahabat handai atau saudara mara yang datang ke rumah, selalunya tuan rumah yang akan sediakan apa-apa juadah untuk diberikan kepada tetamu yang datang berkunjung, sepatutnya yang mengunjungi juga harus begitu. Jika kita rasa bahagia apabila menerima sesuatu daripada seseorang sebagai tanda penghargaan, begitu jugalah dengan orang lain. Kalau kita selalu letakkan diri kita dalam posisi orang lain, pastinya kita tidak akan menjadi seorang yang individualistik yang hanya tahu mementingkan keperluan diri semata-mata.

Contoh yang lainnya pula sebagai pelajar, antara sekumpulan pelajar, pasti akan ada seorang dua yang diberikan kelebihan oleh Allah swt untuk lebih maju dan cemerlang berbanding rakan-rakan pelajar yang lain. Menjadi pelajar yang suka mengimport memang ramai, semua pelajar adalah pengimport, tetapi untuk menjadi pelajar yang mengeksport?? Macam mana tu?? Misalnya yang macam saya cakap tadi, dalam satu kumpulan pelajar, pasti akan ada yang dianugerahkan dengan kebolehan mencerap ilmu yang diajar lebih tinggi berbanding rakan-rakan yang lain. Namun, kebanyakannya sering bersikap mementingkan diri.. apabila diajak belajar berkumpulan akan dikatanya.. "aku tak biasa belajar berkumpulan, jenis aku susah nak faham kalau study group.." bagi Dr. Muhaya, katanya pelajar jenis ini sebenarnya dia tergolong dalam golongan taraf manusia rendah kerana mencipta alasan untuk mengelak daripada berkongsi ilmu.. Sedangkan dia sangat diperlukan dan sangat berperanan terhadap rakan-rakan pelajar yang lain.

Begitu juga dalam satu situasi ni, ada tak kita jumpa rakan yang bila diminta ajar tentang sesuatu subjek yang kurang difahami, dan dia akan cakap macam ni.. "Aku memang faham benda ni, cuma aku tak tahu nak terangkan macam mana.. Hmm.. entahla.." ini lagi satu golongan yang selfish dan kedekut kerana menurut Dr. Muhaya, mustahil bagi seseorang pelajar yang faham akan sesuatu subjek tu tapi dia tak tahu nak terangkan, perkataan tak tahu tu sebenarnya lebih kepada "malas".. Malas nak fikir macam mana nak membantu sedangkan dia tahu dan orang lain sangat memerlukan dan dia sangat berkebolehan. Lagi satu sebab dia takut kalau orang lain akan lebih pandai daripadanya.. That's a common fact.. Ramai je yang macam tu.. Bila minta ajarkan kata tak tahu, tapi bila tengok ke result, perghhhhh!!!!! Bikin luluh hati..

Saya ada jumpa yang macam ni masa first year.. Bila minta ajarkan, kata tak tahu, tak reti, tak faham bla bla bla.. tapi bila tulis esei semester tudia... memang dean list la dia.. Lagi satu masa ajak tukar esei semester.. Sebab tajuk lain-lain, dan kemungkinan soalan yang nak ditanya dalam exam pun berdasarkan antara soalan esei-esei semester yang diberikan, so bila minta tukar dia akan cakap "kau hantar dulu yang kau, nanti aku emailkan esei tu.." so saya pun email kan lah esei saya, tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai ke minggu study week saya belum terima esei dia, tutp-tup esok nak exam subjek tu, malam tu baru dia emailkan.. Itupun lepas saya call, sms dan inbox kat fb minta macam pemungut derma.. Alasannya lupa, sedangkan hampir setiap hari saya remind dia benda yang sama..

Lagi satu bila kita tanya dia "tahu tak mana nak cari bahan-bahan ni?? Pusing-pusing satu library tak jumpala.." Kita tanya dia sebab dia memang tahu.. Tapi yang dijawabnya.. "Aku pun belum cari lagi bahan.. Pergila tengok kat library tu.." Tup-tup dua tiga hari lepas tu dia dah submit assignment dia walaupun tarikh hantar jauh lagi.. Rupanya dia guna nota senior yang lepas-lepas, dan adalah rujukan lain yang dia dapat di library bahagian artikel tesis.. Tak nak kongsi maklumat tu, kedekutnyaaaa.... Then boleh pulak tu tanya, "Kau dah submit esei??" Soalan minta penampor tu..

Memangla.... kannnn.... So saya tinggalkan terus orang macam ni, semester lepas pun masa dia ajak study sekali dan nak bertukar esei macam biasa.. I just ignore him.. Ya, dia memang bijak, cemerlang dan maju orangnya, tapi dia nak dia sorang je yang rasa manfaat tu, so I simply don't need this kind of person in my life, yet, I survived.. Ramai lagi yang boleh bergerak bersama sebagai rakan import eksport saya.. saling memberi la kan.. Nah... mengumpat pulak dah Atikah ni.. haih.. =..= Actually berkongsi pengalaman, supaya rakan-rakan lain dapat berhati-hati dengan orang macam ni.

Sambung yang pasal Dr. Muhaya cakap tadi. Dalam keluarga pun macam tu. Selalunya anak-anak mesti demand lebih kasih sayang kepada ibu bapa.. Nak itu, nak ini, dan adakalanya menjadi anak-anak yang hanya tahu mengimport kasih sayang itu daripada ibu bapa hingga terlepas pandang yang ibu bapa juga perlukan anak-anak melestarikan kasih sayang tersebut sebagaimana yang mereka berikan.

Contoh, satu hari minggu tu anak minta pada ibu nak makan sesuatu.. Bila ibu dah beli barang nak masak, tolonglah membantu di dapur, angkat barang ke, kupas bawang ke, tak pun tolong kemas rumah dan jaga adik-adik.. dah nanti ibu terkontang kanting nak memasak untuk kita, sekurang-kurangnya kita sebagai anak ringankan tulang membantu apa yang patut.. Barulah ibu kita akan rasa usahanya ingin membahagiakan keluarga tu dihargai, walaupun ibu kita tak pernah cakap, tapi jauh di sudut hati sebenarnya itulah yang diharapkan.

Macam tu juga dengan bapa kita, seharian keluar mencari rezeki untuk keluarga bila pulang ke rumah, penat, letih macam-macamlah, pastinya dia inginkan rumah itu menjadi pelepas tekanannya di luar. Jadi sebagai anak apa yang perlu kita buat? Behave! Jaga kelakuan, senangkan hati ibu bapa dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menambahkan kusut di fikiran mereka memikirkan sikap kita.. Kejap, saya nak fahamkan maksud yang Dr. sampaikan ni.. hmmm... faham2!! hehe.. :)

Ada juga selain manusia import eksport.. ada juga jenis manusia low standard apabila hidupnya hanya mahu minta dipuji dan diberi perhatian.. Hari-hari bercerita benda-benda yang nak orang puji, dia hebat dia lawa, dia pandai.. dia macam-macamlah, nak orang je dengar cerita dia, bila orang lain nak bercerita, dia mula bosan.. Dia akan anggap dirinya yang terbaik dan kebaikan atau kelebihan orang lain akan dipandang remeh.. Wahh... saya sedang berhadapan dengan orang macam tu!! Jadi apa nak buat ni?? Bagi saya, selagi telinga saya tak keluar api, boleh kot.. Dan dengan orang yang suka makan puji ni senang je nak "stuck" kan dia sekejap.. puji orang lain yang lebih baik daripada dia yang tak boleh ditandingi sesiapa pun.. lagi dia puji diri, lagi tu kita puji orang lain... Saaaaaaaampai dia bosan, boring dan segala bo lagi yang ada.. Saya dah buat, yes Alhamdulillah sangat berhasil.. hihihi... kawan-kawan saya cakap, psyhicology attack.. gitu ke?? taklah, saya cuma nak hentikan dia daripada terus hanyut dengan keujuban dia dan menyampaikan mesej secara tersirat.. "kalau kau bagus, raaaaaaamai lagi yang baaaaaaagussss dari kau.."

Di akhir-akhir slot, Dr. Muhaya ada bagi satu quotes ni, lakukanlah sesuatu yang kita akan suka bila orang lakukannya kepada kita.. dan lagi, Dr mengkelaskan juga jenis manusia dalam empat kategori;

Manusia wajib: Bila ada dihargai, bila tiada akan dicari..
Manusia haram: Bila ada dibenci, bila tak ada disyukuri..
Manusia sunat: Bila tak ada tak mengapa, kalau ada lebih baik..
Manusia makhruh: Bila ada tak mengapa, kalau tak ada lebih baik..

Jadi, manusia jenis apakah kita??
Maassalam.. :)

Best Quotes of The Day,

Kayakan diri kita, supaya kita dapat kayakan orang lain, sekurang-kurangnya dengan hati budi dan kasih sayang..

No comments:

Post a Comment