Saturday 21 July 2012

Ramadhan Pertama Tanpa Abah..

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan buat semua..

Ibadah puasa tahun ni hati terasa kehambarannya. Kami sekeluarga terpaksa belajar untuk biasakan diri berpuasa tanpa abah. Memang susah, tak biasa bila tak dengar suara riuh rendah abah kejutkan kami semua bangun sahur, bagi tazkirah bila seminit lagi nak berbuka, sebab masa tu la masing-masing sibuk nak buat hal masing-masing, sedangkan abah dah ready set go kat meja makan. Abah juga akan bising-bising bila kami selalu ponteng terawikh, nanti akan berjela-jela la ceramah abah tentang fadhilat ramadhan dan betapa besar kerugian yang diperolehi bagi mereka yang tak nak rebut peluang tu yang datang cuma setahun sekali.

Hari pertama puasa, alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar, walaupun masing-masing terasa sunyi, tapi kami cuba sibukkan rutin harian dengan perkara yang penuh pengisian. Emak dengan kerja-kerja di dapur, kak ngah sibuk dengan hobinya mengemas rumah dan saya?? merenung masa depan.. hehe.. takldelah, saya dah mulakan tugas saya sebagai tutor separuh masa bermula dari petang selepas zohor hingga lah ke pukul 6 petang. sebelum puasa, selalunya saya mulakan tutor tepat jam 8.30-10.30 malam. Bila dah start puasa, saya pinda ke waktu petang sebab azam saya malam-malam saya akan ditumpukan sepenuhnya kepada ibadah dan berehat, serta menghabiskan masa bersama keluarga. memandangkan cuti semester saya pun dah tak lama..

Tujuannya selain hendak mengejar rahmat dan keampunan yang berlipat ganda pada bulan ini, ia juga adalah untuk meneruskan tradisi yang sebelum ni boleh dikatakan hanya abah saja yang fokus 100 peratus melakukannya. Dulu dalam bab-bab ibadah sunat ni, saya hanya fikir tentang diri sendiri
bila rasa nak buat, baru saya akan buat,.. Ya, memang agak selfish, dan tak matang langsung.
Sekarang ni amalan abah, kesenangan abah di sana banyak juga bergantung pada amalan anak-anaknya, sebagai sedekah dan penyambung pahala.. Jadi saya akan berusaha memantapkannya demi abah, dan kerana Allah taala..

InshaAllah, di kesempatan yang ada tahun ni, Ramadhan 1433 Hijrah ini akan dijadikan madrasah untuk saya terus bermuhasabah diri dan menampal lompang-lompang kekurangan yang dah sedia ada.. =).. sama-samalah kita ye..

Salam Ramadhan semua.. Maassalam..

No comments:

Post a Comment