Tuesday 31 July 2012

Hai lah.. Nakalnya Cucu Bos..

Assalamualaikum.. semoga dalam rahmat dan perlindungan..

Cerita hari ni eh?
Ok, hari ni seorang anak murid saya kena denda. Semua sebab saya dah tak dapat nak handle lagi dah kenakalan pelajar saya tu. Dah hampir sebulan, setiap kali masuk ke kelas saya, dan setiap kali saya minta dia baca buku Iqra' nya, dia mesti main-main. Jadi hari ni, lepas puas saya berdiam diri, oh tidak.. Kalau saya terus biarkan dia macam tu, sampai ke sudahlah dia takkan progress dengan apa yang dia belajar daripada saya.

Dendanya, berdiri atas kerusi selama 10 minit sambil kedua-dua tangan disilangkan ke telinga....

Saya rasa kejam.. Kejam ke? Entahlah, sebab saya rasa itu satu-satunya cara yang efektif supaya saya dapat kawal keadaan yang memang tidak terkawal. Sepanjang bekerja di tadika, itu kali pertama saya denda pelajar saya macam tu. Thats why, I think its cruel.. Dan pelajar yang saya denda tu, siapa lagi kalau bukan cucu kesayangan Puan Pengetua di tadika tu sendiri. Well then, disiplin tidak mengenal cucu bos.. huhuhu.. Q_Q

Asal dia masuk dalam kelas saya, mesti muka saya jadi macam Squidward yang dalam kartun Spongebob tu.. Saya tak kata anak murid saya yang seorang tu teruk, cuma hiperaktif dia tu, its really drives me crazy.. Tapi saya masih berfikiran positif, sebab bagi saya, kanak-kanak yang hiperaktif ni adalah seorang yang sangat bijak dan berpersonaliti unik, jika dibentuk tak mustahil mereka akan jadi awesome satu hari nanti.... Kan??  -_-

Tapi, balik kepada topik asal.. Hari ni, masuk je dalam kelas, dia tendang pintu kelas tu dengan gayanya macam dalam cerita The Karate Kid. Terkejutlah saya, nasib baik takde lemah jantung.. Lepas tu masa duduk atas kerusi, dia bergoyang-goyang atas kerusi tu sampai lastly, jatuh tergolek atas lantai.

Memanglah dia tak menangis, sebab benda tu jadi macam satu keseronokan bagi dia. Dan dia akan buat macam tu berulang-ulangkali tanpa sikitpun rasa sakit. 5 minit berlalu, tapi satu huruf jawi pun dia belum mula baca. Sampaikan saya terpaksa angkat dia, letak atas kerusi dan bagi amaran supaya duduk diam-diam kalau tak mahu saya denda.

Mula-mula tu dia diamlah sekejap, tapi tak sampai 10 saat, dia start perangai macam tadi.. Sabar Atikah, sabar.. Dia kecik lagi, takpe.. Lepas tu saya suruh dia duduk diam-diam dan tumpukan perhatian. Bila saya suruh lagi sekali dia mulakan bacaan, tiba-tiba je dia rapatkan muka dia dekat dengan muka saya, dan tenung muka saya dalam, sedalam-dalamnya.

Saya pun tanyalah dia, kenapa tenung saya macam tu. Dia pun cakap,
"Kan cikgu suruh Naufal tumpu perhatian.."

MashaAllah.. Saya rasa macam nak 'bang' je dahi saya dekat atas meja tu. Kenapalah generasi sekarang, cerdiknya luar biasa.. Tingginya IQ diorang tu..

"Yela, cikgu suruh Naufal tumpu perhatian, tengok buku, bukan tengok cikgu.."

"Ok bos!!"

Hmm.. Takpe, dia budak lagi.. Biasalah tu kan.

Tengah elok-elok dia baca macam biasa, lepas tu tak pasal-pasal, suka hati je dia tukar sebutan huruf Ba' dan Ta', terbalik. Huruf Alif pulak, dia sebut Ya.. Lepas tu dia ketawa terbahak-bahak. hah, saya tahu dia sengaja permainkan saya..

"Salah tu Naufal.."

"Betul la.. Nikan huruf Ya" dia berusaha menegakkan benang yang basah.

"Salah! Naufal, cuba ingat balik, huruf apa ni??"

"Lah, cikgu ni.. Kan Naufal dah cakap ni huruf Alif! Cikgu janganla main-main.."

Bertuah punya anak murid.. Siapa pulak yang main-main ni..

"Naufal, sayang.. Tolonglah jangan buat macam ni, ok.. Bacalah betul-betul, jangan main-main. Cikgu tahu Naufal pandai, sekarang baca elok-elok tau.." saya buat ayat romantik.. wekk.. =P.. Dengan harapan dia akan lebih serius belajar macam rakan-rakannya yang lain.

Mulanya dia baca jugak, lancar. Sikit lagi nak habis, tiba-tiba je dia jatuhkan muka dia betul-betul atas buku Iqra' tu. Sekali lagi saya minta dia bangun, duduk tegak dan teruskan bacaan. Tahu tak apa dia buat? Dia buat buih macam belon air sabun guna air liur dia.. kemudian, dia tutup buku Iqra' tu dan cakap..

"Dah habis..." dan dia sambung lagi aktiviti senaman mulut dia yang entah apa-apa  tu.

Warghh.. Saya rasa muka saya masa tu dah bertukar hijau. Yang ni memang tak awesome.. Terus saya bangun dan menghentak tapak tangan atas meja. Nasib baik tak sakit. Dan nasib baiklah meja tu tak patah saya buat.

"Mohd Naqib Naufal!! Berdiri atas kerusi sekarang jugak!! Now, stand-up.. On the chair.. On the chair! Naufal, cepat berdiri, tangan dua-dua pegang telinga!" Saya betul-betul marahkan dia masa tu. Terkebil-kebil jugaklah mata dia tengok saya, mungkin tak sangka kot yang saya akan marah. Tapi sekejap je terkejut dia tu, muka still macam orang tak ada perasaan.. Apakah?? isk, isk... Y_Y

"Alah, cikgu ni.. Nanti Naufal cakap kat opah, cikgu buli Naufal.."

"Oh, nak cakap kat opah? Cakaplah.. Nanti bolehlah cikgu tolong Naufal bagitau opah, yang cikgu denda Naufal sebab Naufal main-main dalam kelas.."

"Huh, tak nak kawan!!" dia ugut saya, dengan muncung-muncungnya sambil peluk tubuh, tapi masih sempat patuh pada arahan saya dan naik atas kerusi. Nak ketawa juga masa tu, tapi saya tahan je.. Kalau tak lagi ligatlah dia main-mainkan saya.

"Tak nak kawan sudah.. Cikgu tak kisah.. Huh.." saya pun tarik muncung sambil peluk tubuh, mengajuk-ajuk apa yang dia buat. "Berdiri situ diam-diam. Jangan bergerak selagi cikgu tak benarkan."

"Baik, kapten.." dia angkat tabik macam prebet askar. Tengok tu, sempat lagi dia buat loyar buruk. Memang comel, tapi saya tak nak layan kerenah dia hari ni, nanti lagi menjadi-jadila perangai ngada-ngada dia tu..

"Eh-eh.. Tangan tu, pegang telinga.. Tutup mulut kamu!"

Sepuluh minit keadaan aman tanpa kenakalan Naufal, Yes.. Dah terkawal sikit keadaan. Kemudian saya suruh dia turun dan balik ke kelas asalnya di bilik darjah sebelah. Pantas dia turun dan terus datang peluk saya..

"Thank you cikgu, sayang cikgu.." wahh.. sweetnya anak seorang nih.. Cair sebentar.. hehehe..

"Aik, tadi cakap tak nak kawan.." saya cuba mengusik dan ulang balik statement dia tadi..

"Esoklah Naufal tak nak kawan dengan cikgu, hari ni nak kawan lagi.."

Haih, suka hati kamulah.. Naufal memang nakal dan hiperaktif,. Tapi saya tahu dia ni sebenarnya sangat pintar dalam pelajaran. Cuma kadang-kadang degilnya tu membuatkan kesabaran dan kekreatifan saya handle budak macam tu akan teruji.. Lagi satu, dia sangat manja.. dan pandai psiko orang lain. Opah dia, bos saya pun selalu juga dipsikonya, sampai nak marah pun dah jadi tak sampai hati..

Pasal denda tu, saya ada cakap pada Puan Pengetua. Bukan sebab takut Naufal mengadu atau sebab Naufal tu cucu dia. Tapi sebab saya nak dia tahu prestasi pelajar-pelajarnya yang dirasakan penting untuk diupdate. Atas arahan dia jugak..

Pengetua sendiri pernah cakap, kalau cucu dia nakal, bagi je apa yang patut, jangan patah riuk sudah. Dia pun tahu cucunya memang super mega nakal. Tapi setakat ni memang tak pernahlah saya jentik pelajar-pelajar di situ, setakat marah sikit-sikit dan denda yang simple-simple tu adalah..

Lagipun dalam polisi dan etika mengajar, tak boleh pukul dan mengeluarkan kata-kata yang tak baik.. Sebab setiap kelakuan orang dewasa akan menjadi tauladan kepada anak-anak kecil seperti mereka..

Rasa teruk jugak, sebab perihal denda mendenda ni, memang tak ada dalam agenda saya sebagai cikgu di tadika tu. Walaupun dalam hati memang tak tergamak, tapi dalam nak membentuk watak anak kecil yang berdisiplin, terpaksa jugakla kan.. Entah betul ke tidak apa yang saya buat ni..

Naufal, cikgu Atie sayang kamu k.. ^_^

No comments:

Post a Comment