Tuesday 7 August 2012

Gaji Pertama, 6 Jars & ASB.

Assalamualaikum semua..
Seronok kan bila dapat gaji? ^^ tambah pulak dah nak raya ni, tiba-tiba pulak semua benda rasa nak beli. Tapi dalam keghairahan nak berbelanja, saya mesti tunaikan janji pada diri sendiri, untuk lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan.  Sebelum ni pun saya ada menabung bila dapat duit poket atau gaji, tapi belum pun cukup sampai hujung bulan, tiba-tiba tabung jadi ringan.. Lepas tu bila buat senarai barang yang dah dibeli.. Mak aih, banyaknya yang saya bazirkan untuk benda yang tak penting.
Barulah nak insaf.. Itupun kejap je..

Dan kali ni, saya dah tekad. Gaji saya akan dibelanjakan dan disimpan dengan lebih bijak. Jadi saya dah mulakan finance management melalui konsep 6 Jars yang diajar dalam seminar Upgrade Yourself Skills dulu di bawah bimbingan Abang Amirul dan Kak Elin. Saya tahu agak lewat untuk start apply semua ni. But atleast I try my best for my best.. Sebab saya rasa ini antara salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk mereka yang nak disiplinkan diri dalam hal ehwal kewangan. Harap-harap berhasil..

Hari ni juga, saya dah buka akaun ASB. Alhamdulillah, hasil tabungan saya sejak sekolah dulu, walaupun tak sebanyak mana, akhirnya dapat juga saya buka saya akaun pelaburan. Niat nak buka akaun ASB ni memang dari Form 6 dulu. Tapi tak ada kesempatan. Tabung-tabung kat rumah ni pun dah berhabuk sebab dah lama tak dipeduli, kalau dibiarkan je dalam tu, tak bercambah jugak kan. Kalau melabur ada jugak hasil.

Sebelum ni memang ada simpanan dalam bank, tapi itu dibuat oleh arwah abah melalui skim insurans untuk pendidikan. Akaun yang dah sedia ada pun akaun biasa je untuk perbelanjaan di kampus. Sekarang bila abah dah tak ada, saya pun dah dewasa, barulah sekarang saya tahu betapa susahnya nak dapatkan wang dengan titik peluh untuk menyara diri sendiri. Dan jugak kesedaran betapa pentingnya menabung untuk masa depan pun dah makin bertambah.. Walaupun duit bukan segalanya, tapi zaman sekarang segalanya perlukan duit. Baru macam tu dah rasa besar cabarannya, itu baru untuk diri sendiri.. Susahnya abah uruskan kewangan sepanjang hayatnya dulu.Ya Allah, rahmatilah abahku.
Semoga bermanfaat.. Maassalam.. ^^


My First 6 Jars.. Sengaja saya guna container kecil, nanti walaupun simpanan sikit, tapi boleh nampak macam banyak.. haha. But then, this is how I begin..

1. SPENDING (Prioritized Necessities) 50% . Contoh, perbelanjaan harian, pastikan kita research sikit tentang rutin perbelanjaan kita setiap hari supaya kita tahu cash flow kita ke mana dan untuk apa wang kita dibelanjakan. Benda ni akan lebih berkesan kalau dalam kita nak setup bajet untuk kategori tabungan macam ni, better buat list keperluan rutin.

2. SAVINGS (Long Term ) 10%. Ingat, sebelum bayar orang lain untuk keperluan semasa kita, bayar diri sendiri dahulu "pay yourself first" untuk kegunaan masa depan. Jangan sentuh langsung amount dalam balang ni, cukup timing, terus transfer dalam akaun. Kalau takut duit hilang dalam bank, guna je peti besi. Haha. Bagi pelajar terutamanya pelajar sekolah yang biasanya dapat wang saku secara harian, tetapkan tempoh untuk untuk kumpul simpanan dalam balang ni. Kalau ikutkan cadangan Abang Amirul, setkan tempoh setiap bulan untuk kosongkan isi balang tu ke dalam simpanan yang lebih proper (bank), dan isi semula bila tiba bulan yang baru. Part ni serius tak tipu, iman kena kuat, hati kena nekad, jangan pandang belakang dah once dah isi dalam balang ni. 

3. FINANCIAL FREEDOM (Investment) 10% - Yang ni best sikit, sebab ini simpan bukan sebarang simpan, simpan cara orang yang fikirkan hari tua esok (kalau umur panjang), boleh rileks dok goyang kaki lepas pencen cukup timing bila perlu, tuailah hasilnya. Kalau orang muda, eloklah melabur dalam SSPNi ke, pendidikan, takaful, tabung haji, insuran hayat, insuran mulut, ehhh.. Kalau anak-anak kecil, antara institusi yang boleh dipercayai untuk urus simpanan pelaburan mereka adalah amanah saham didik. kita ni dah tua, ada je alternatif lain. Tak rugi mencuba. Jangan labur kat skim cepat kaya pula ya, hangus jadi abu nanti. Tak percaya. Eh terpulang...

4. EDUCATION (Current or Long Term) 10-% . Let say lah macam saya ni student undergrad kena buat group project ke, assignment, seminar kerjaya ke apa ke, atau apa-apa saja yang melibatkan akademik, at least dah ada petty cash yang lebih tersusun dan stabil untuk berbelanja. Pada masa yang sama, buat catatan dalam buku rekod perbelanjaan (ni tambahan, takde masalah kalau taknak buat), supaya kita tahu basically berapa banyak kos yang kita kena prepare untuk keperluan macam ni. Kalau rasa macam akan ada budjet burst, cover la sikit daripada balang yang SPENDING tu. Lagi satu tujuan balang jenis ni diwujudkan juga untuk encourage kita untuk tambah  kegiatan yang menambah ilmu pengetahuan macam setkan tabungan ni khusus untuk beli buku akademik setiap bulan. sambil-sambil tu sahutlah seruan kerajaan untuk banyakkan membaca. Well, membaca kan jambatan ilmu, ILMU PUNCHA KEHIDUPAN. UM IS ONE! Haaaa tiber!

5. FUN & PLAY (Once in a While) 10%- Apa-apa sahaja (benda positif) yang kita minat, kita suka buat, biasanya mesti kena ada modal kan. Bagi saya, waktu berhibur paling best bila movie best keluar panggung, biasanya kalau tak urus kewangan dengan baik, memang menonong je buka dompet bayar tiket wayang, tak peduli dah duit ada ke takde, lepas tu mulalah drama sebabak, "semalam baru je keluarkan duit weh, hari ni tetiba dah takde." Bila kita dah allocate sebahagian kecil duit belanja kita untuk balang F&P ni, one thing fo sure, kita akan mula belajar self control dan tak terlalu menurut hati selagi tak sampai masanya. Tapi bila dah cukup amount yang kita nak guna untuk tujuan ni, rasa bersalah nak berbelanja tu kurang sebab kita faham memang itu adalah untuk kegunaan hobi kita. Tak kisahlah dari sekecil-kecil mengumpul setem saaaaaaampailah travel hingga ke seloroh pelosok dunia. Cash is king.

6. GIFT GIVING (Gratitude and Appreciative) 10% - Pernah dengar pepatah ulama pasal sedekah "sebenarnya yang dalam tangan kita tu bukanlah milik kita sehinggalah kita mula memberikannya kepada yang lebih memerlukan." "Harta yang menjadi hak milik kita bukanlah apa yang kita simpan, tapi apa yang kita infakkan.". Ini juga menjadi satu latihan pada diri kita untuk belajar menyucikan harta. Kalau dalam konsep Islam, lebih kepada zakat dan sedekah, even dalam agama pun kita diajar bahawa dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain. Dah cuba buat, tak semestinya sedekah mesti cari fakir miskin semata-mata, sedekah paling baik adalah pada ahli keluarga, kepada asik-beradik yang kita nampak dia macama gak kesempitan di situ. masa nilah nak infakkan untuk kebajikan mereka. Paling simple la kan, beli makanan kucing dan bagi stray cats makan. The act of kindness could be in everywhere, tak kiralah sama ada terhadap sesama manusia atau kepada makhluk lain. Buatlah setakat yang termampu. Asalkan buat. sebab panduan dan ada.



Nampak mudah, tapi rasa macam susah kan? Alah bisa tegal biasa. Belum cuba tak tahu, benda ni asalkan ada disiplin dan kemahuan je. Terpulang la pada kecenderungan masing-masing. Dan lagi jangan salah faham, tak semestinya kena ada duit berkepuk-kepuk baru boleh buat, even waktu tu dapat seringgit sekalipun, cubalah allocate kan, at least masukkan dalam SAVINGS jar pun jadilah. Its better than nothing, though. 



Tak dinafikan agak terlambat. Tapi macam orang bank tu kata, "takpe lah, kurang-kurang pun, janji ada.."

Semoga bermanfaat.

1 comment:

  1. Salam Atikah,

    Thank you for sharing! Dalam dunia ni Allah jadikan pelbagai manusia. Dia lebih mengetahui. KIta kena belajar menerima. Contohnya, dalam keluarga Abg Mirul ada 2 orang adik yang kini sudah berumur 20 tahun dan mereka istimewa ada autism.

    Sampai hari ini kami tak faham mereka esp adik yang seorang ni. Dia tak boleh bercakap dan dia buat macam-macam perkara yang menyebabkan kami ketawa, marah, sedih & macam-macam lagi. Kenapa dia jadi begitu? Kita tak tahu. Hanya Allah yang tahu. Apa yg kami tahu, insyaAllah dia adalah ahli Syurga. :)

    Tahniah kerana berjaya mula 6 jars anda. Yang penting anda bermula. InsyaAllah arwah Abah akan bangga dengan Atikah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

    - Amirul & Elin

    ReplyDelete