Wednesday 15 August 2012

Yeay!! Lulus Ujian QTI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, seperti yang diharapkan, lulus jugak ujian QTI kereta yang saya ambil pagi tadi walaupun dari segi persediaan tu memang agak tak menyakinkan. Tapi mungkin nasib saya baik hari ni, Tuhan permuahkan segalanya dari awal hingga akhir. Mulanya saya takut jugak, takut gagal.. Penyakit utama manusia yang bernama Atikah Zakaria ni.. Tambah pula bila tengok muka tester tu macam nak telan orang hidup-hidup je.. lagi la macam nak tercabut jantung.. Nasib baiklah boleh buat..

Bahagian parking, bukit dan simpang tiga memang saya tak ada masalah. Cuma bila masuk ke laluan luar di jalan raya tu mulalah saya gelabah. Saya pun tak tahu kenapa saya lemah sangat dekat bahagian yang orang lain anggap paling senang dalam syllabus sekolah memandu tu. Tapi saya memang gementar setiap kali masuk ke laluan jalan raya. Cikgu memandu tu pun selalu tegur, saya memang lemah bahagian tu walaupun itu antara paling mudah untuk lulus.

Dan sekali lagi nasib saya baik tadi. Tester suruh saya bawa ikut satu laluan saja iaitu di laluan dua sebab tak banyak kenderaan kat situ waktu-waktu pagi macam tu.. Itupun separuh jalan je, katanya, ikut syarat.. Alhamdulillah tak ada masalah yang timbul sepanjang saya memandu, cuma tester selalu tegur tentang kawalan stereng yang agak kurang memuaskan terutamanya bila membelok. Yes, saya akui itu, masa belajar kelas 8 jam tu pun itu juga antaa masalah utama, tapi saya yakin dah semakin improve sebab sekarang bila memandu, cikgu tu dah tak perlu tolong control stereng untuk saya macam sebelum ni, tester tu pun tak complain apa-apa. Dia cuma pesan kalau nak tukar gear pasikan saya tumpukan pada jalan di hadapan, bimbang jika stereng terhuyung hayang jika tak fokus di hadapan.

Itulah kisahnya untuk hari ni. kalau diikutkan sebenarnya hari ni saya sepatutnya tak dibenarkan untuk megambil ujian tu sebab.. saya pakai tracksuit untuk test hari ni.. Yeay!! "bijak" kan saya, langgar peraturan isntitut memandu. =P Saya mengaku silap saya, siapa suruh pakai track nak test kereta kan.. Mulanya memang saya dah keluarkan jeans, tapi saya doubted masa tu, saya rasa macam jeans tak dibenarkan. Hanya tracksuite dan slack saja yang dibenarkan, kebetulan slack semua dah masuk washing machine, so saya pakai jela tracksuite tu.

Sampai masa nak daftar QTI, terus kakak di bahagian pengurusan tu cakap seluar yang saya pakai tu tak dibenarkan untuk ujian QTI dan JPJ. Tapi tester di situ lepaskan saya sebab katanya itu hanya isu "kecil" dan asalkan tiada pegawai JPJ di situ masa tu, tak ada apa yang nak dirisaukan. Syukurlah, hari ni memang saya terlalu diberkati. Berkat Ramadhan barangkali, setiap kekurangan yang saya lakukan tidak begitu diambil pusing oleh tester di situ. Tapi itu tak bermakna saya boleh buat suka hati, saya anggap itu bagaikan peluang untuk saya bagi pengajaran pada diri sendiri supaya lebih improve dan lakukan yang terbaik..

Well then, insyaAllah mungkin 28/8/12 ni saya struggle untuk test JPJ pulak.. Doakan eh.. Maassalam.. ^^

Best Quotes of The Day..

No comments:

Post a Comment