Wednesday 29 August 2012

Diam Tak Diam..

Assalamualaikum.. ^_^

Alhamdulillah.. sedar-sedar, dah nak masuk 3 bulan saya habiskan cuti semester di sini. Rabu depan dah nak balik ke UM.. Yeay!! I'm gonna cry again.. huhuhu.. Dan segala persiapan nak balik ke sana masih tak sampai pun 50% daripada 50% daripada 100% .. hehe.. Mood beraya? Oh, yeah!! Tak jugak.. =( It is more to er.. Saya rasa belum puas memporak perandakan bilik saya tu dengan aktiviti lepak sambil termenung fikir masa depan, sambil makan jajan.. hahah.. Tak hairanlah badan saya makin naik macam kek yang dibuat menggunakan tepung naik sendiri.. Memang naik sendiri.. Isk isk isk.. Y_Y.. Kak Elin jangan terkejut ye tengok saya nanti.. Susah saya nak elak dilayan bagaikan tuan puteri di rumah ni.. Semua kak ngah punya pasal.. Ada ke, hari-hari bawa balik makanan sedap-sedap, pastuh paksa saya makan, kalau tak makan dia cakapla something yang buat saya touching, ayat pasrah konon saya tak suka balik rumah.. Sedih konon, sedihla takut saya nanti lagi comel dari dia.. Ciss!! ><

Hari ni di tadika macam biasa,.. Eh, tak, tak.. Tak biasa.. Hari ni luar biasa sikit sebab buat pertama kalinya sepanjang saya mengajar di situ, saya buat pelajar saya menangis tersedu-sedan.. Isk, isk.. Sedihnya.. Tak tahulah kenapa, nak kata saya moody, tak jugak, nak kata si Shahrul Hakimi tu terlebih sensitif sikit, pun tak jugak.. Mungkin dia terkejut kot sebab first time ever, saya tinggikan suara, lebih tepat, saya bentak dia sebab dia sangat main-main semasa saya mengajar.. Ingat lagi pasal kenakalan Naufal yang saya post dulu? Hah, lebih kuranglah perangai dia, tapi Naufal tu jiwa kental, hentam jela macam mana pun, takdenya perasaan nak sentap, di"psiko"nya orang lain adalah..

Tapi si Shahrul ni lainlah, ok fine.. He's quite stubborn and naughty, normal la kan.. Bila saya tegur, dia buat tak tahu, tak nak mengaji, main-mainkan saya.. Dekat setengah jam handle dia tapi tak ada hasil, saya pun separuh tak sengaja terus "bang" meja tu dengan tangan saya. Ok, sakit jugak.. huhu, patutnya saya yang nangis, tapi terbalik, Shahrul pulak yang meraung macam kena pukul sakit-sakit.. Mulanya saya cuak jugak.. Saya dah buat budak senakal Shahrul menangis teresak-esak. Terfikir jugak nak pujuk, tapi saya takut nanti bila dah pujuk, makin melampau.. So saya biarkan sekejap, biar dia muhasabah diri.. Boleh ke?? hehe.. Lama dia menangis, dan bila saya tengok macam dah ok, saya gosok belakang dia dan cakap..

"Cikgu marah sebab cikgu sayang, macam mama marah Shahrul, tapi mama Shahrul tak benci Shahrul pun kan?" huh, klise.. what to do, I have to..

Dia angguk perlahan sambil teruskan bacaan dengan suara serak sebab nangis, mesti dia takut saya marah lagi sebab dari awal lagi dia dah tahu, suara saya akan meninggi kalau dia ambil masa yang lama untuk membaca.. Saya biar je respon dia, lepas tu saya tengok dia menangis semula dengat sekuat hati.. Kesian pulak saya tengok, bersalahnya rasa, sebab dengan.. Yelah.. budak umur 6 tahun tu pun saya gagal tolerate.. Saya ni memang tak ada bakat keibuan kan?

Saya pun suruh dia berhenti membaca dan saya consult dia sepatah dua ayat, dan saya yakinkan dia bahawa marah saya pada dia sebab saya nak dia jadi baik, dan saya sayaaaaaang dia sepenuh hati.. Then, saya tanya dia "Sayang cikgu tak?" well, saya terima kalau dia cakap "tak!" tapi terharunya bila dia angguk dan datang dekat saya sambil cakap "sayang.."

Budak-budak, marah je macam mana pun, tapi at the end of the story, diorang tetap nak bermanja-manja dengan kita jugak.. Diorang macam boleh tahu je, yang mana sayang dan yang mana benci.. Dan saya harap mereka faham bila orang yang lebih dewasa kadagkala perlu bertindak tegas di sebalik kasih sayang yang dilimpahkan.. Supaya tak ada yang lebih-lebih.. Just nice.. hehe.. Boleh tak macam tu?

Hmm.. Sedihnya esok dah last day for teaching.. Kindergaten.. Gonna miss you a lot!! Thats all for today.. Maassalam.. =)

No comments:

Post a Comment