Thursday 31 May 2012

My Third Peer Coaching Session of Sahabat SERU.

SESSION 3: The Wheel of Life.
Assalamualaikum semua.. Semoga indahnya hari ini membawa kita terus ke jalan-Nya.. =)

Sesi ketiga Peer Coaching agak “sunyi” berbanding minggu-minggu yang sebelumnya, sebab tiga korum tak cukup. Daripada 6, hanya 3 ahli kumpulan yang dapat hadir sebab yang lain ada personal matter yang nak diuruskan. Yang ada waktu tu cuma saya, Firman dan Zul. Walaupun macam tu, sharing yang kami buat memang best, macam biasa.. penuh inspirasi.
Topik yang dikongsikan bersama adalah tentang the wheel of life ataupun roda kehidupan.


1) Studies/ Pelajaran. 8/10
-Sebelum ni study group jarang-jarang sekali.. heheh.. tapi sekarang, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. inshaAllah.. akan berusaha untuk upgrade lagi.. kalau boleh tiap-tiap hari..
-Waktu study dipanjangkan daripada 2 jam sehari kepada 3-4 jam sehari untuk dua topik yang berbeza.
-Sedang bertungkus-lumus lengkapkan nota..
-Oh, susahnya…

2) Money/ Kewangan. 4/10.
-Mencabar juga nak buat 6 jars! So, saya start dengan satu tabungan dulu. Semua duit syiling yang lebih2 daripada perbelanjaan harian dimasukkan dalam tabung, secara kekal.. dah sendat tabung tu nanti.. masuk bank la.. adoi, childhood punya style.. takpela.. little baby step.. huhu.. Y_Y
-Masih amalkan senarai barang kalau nak membeli. Tapi kadang-kadang still tak dapat kawal diri beli barang yang bukan dalam list. Contoh, novel.. haih, nafsu yang sembilan.. Insha Allah, sedang dididik..

3) Health/ Kesihatan. 6/10.
-Dah kerap jalan kaki ke kelas sekarang, untuk lebih fit dan pada masa yang sama dapat menyeimbangkan pernafasan.
-Masih belum involve dalam mana-mana aktiviti sukan atau permainan. Kekangan waktu dan kurang minat. Tapi saya rindu nak main volleyball macam zaman sekolah dulu.. harap dapat teruskan..
-Masih amalkan suplemen dan minuman herba yang emak saya bekalkan, supaya saya kekal bertenaga walaupun kadang-kadang saya kurang tidur dan makan tak menentu dekat sini.
-Belum berhenti sepenuhnya daripada minum ais, tapi sedang dikurangkan. It’s just like an addiction to me..
-Saya sentiasa pastikan sekarang, sarapan yang diambil tidak lewat dari jam 9 pagi. Kafein dikurangkan, more to cereal drink.. tapi kalau terdesak saya ambil juga, contoh macam nak stay up untuk buat assignment atau study lewat malam, secangkir Nescafe tak pernah ditinggalkan..

4) Family and Friends/ Keluarga dan Rakan-rakan. 10/10.
-Mestilah ini priority yang paling tinggi. Anyhow, family and friends do come first. Dulu dengan mereka semua, saya sangat suka membangkang. Ada saja situasi yang saya nak sentiasa menang. Tapi sekarang, saya rasa jadi seorang pendengar yang baik itu lebih menyeronokkan. Sebelum ni, masa di kampus, saya cuma akan telefon emak sekali saja sehari, tapi sekarang dah jadi 2-3 hari sekali, sampai emak pun naik hairan dengan sikap saya ni.. hehe, sayaaaaang mak.. ^^.
-sekarang pun dah kerap contact kakak-kakak. Paling tidak, saya akan sms tanya.. “along buat apa tu..” “angah, hari ni takde gosip ke..” sebelum ni memang takla.. Just jarang-jarang atau kadang-kadang je, itu pun kalau mereka yang hubungi saya dulu untuk tanya keadaan saya di sini. Saya kan adik.. hehe…. =)

5) Personal Growth and Learning. 5/10.
-Apa yang ada pada diri saya, itulah saya. Memang kena jadi diri sendiri, tapi pada masa yang sama saya perlu sedar yang saya tak boleh selalu kekal di takuk lama.
-Sedikit demi sedikit saya cuba ubah kekurangan sikap saya. Contoh, kalau sebelum ni saya susah nak maniskan muka dan senyum pada orang lain, sekarang saya dah cuba jadikannya sebagai personality saya yang baru. Personality boleh berubah-ubah kan? Asalkan ia membawa kesan positif pada diri dan sekeliling. Mula-mula tu memang susah, tapi amalan yang berterusan akan menjadi habit yang berkekalan, inshaAllah.. dan saya dapat feedback positif, mereka senyum semula pada saya dan saya disapa dengan mesra. How great it feels, and I really love it!
-Kalau dulu saya hanya mampu senyum-senyum saja pada staf kolej, makcik cleaner, pakcik driver bas, pekebun, tapi sekarang saya rasa ion positif dalam diri saya semakin bertambah bila saya tegur mereka, sekurang-kurangnya beri salam, kalau ringan mulut, tanya khabar.. Saya boleh nampak wajah terharu mereka dan saya tahu mereka senang begitu. Sebab mereka rasa dihormati dan dihargai walaupun hanya sebagai staf bertaraf rendah. Rendah? Taklah, profession tu kan halal, dan mulia.. Well, mereka juga manusia macam kita, ada perasaan. Tambahan pula mereka orang yang lebih tua, anggap saja mereka seperti bayangan orang tua kita.  dan merupakan komuniti yang sangat, sangat, sangat, sangat penting dalam masyarakat. Tanpa mereka, huru hara hidup semua orang di sini. Masing-masing kan saling melengkapi.

6) Fun, Leisure and Recreation. 7/10.
 -Keseronokan bagi saya adalah apabila saya dapat habiskan masa dengan orang-orang yang saya sayang. Kalau di rumah, tentulah dengan keluarga saya. Masa arwah abah masih ada lagi pun, kami selalu keluar bersama, shopping, makan-makan di restoran terbaik di sekitar Jitra dan Alor Setar, melawat Mak Tok di kampung, rindunya sawah padi kat rumah Mak Tok. dan kalau tak keluar ke mana-mana pun, kami akan lepak di rumah, tonton rancangan tv yang best, bergelak-ketawa.. dan adakalanya emak dan arwah abah selalu buka kisah-kisah lama. Macam, zaman kanak-kanak mereka, cara hidup orang dulu-dulu, macam mana emak dengan abah bertemu jodoh. Sweeeeeett sangaaaatt… The best moment ever, indahnya…
-Di rumah saya di Jitra, selalu juga saya keluar beriadah dengan rakan-rakan di Tasik Darul Aman. Hujung minggu je, awal pagi sebelum matahari terbit, saya dan rakan-rakan saya di kampung memang akan keluar ke sekitar tasik, jalan-jalan hirup udara segar, kalau rajin nak keluarkan peluh, dua pusingan kawasan tasik tu kami jogging, memang semput nafas. Seronoknya…
-Di sini, jarang saya dapat buat macam tu, walaupun ada tasik Varsiti.. Haih, penyakit malas selalu datang, tapi itu tak bermakna keseronokan saya hilang macam tu je. Masa lapang yang ada saya manfaatkan juga, habiskan bacaan novel-novel, menulis.. itu juga keseronokan bagi saya, kalau rajin sikit, saya akan asah pensel saya kat atas kertas lukisan, hobi masa terluang, lukis saja apa yang terlintas dalam fikiran.. Seronoknya…!!  
- Kadang-kadang tu saya akan ajak kawan-kawan saya lepak di study corner kolej. Berjam-jam bersembang pasal assignment, zaman sekolah, kehidupan di kampung masing-masing dan… putera impian.. err.. yang tu kadang-kadang je.. pada saya, tak perlu keluar berhibur, cukup jika dapat memenuhi masa senggang dengan berkualiti. Sekali sekala tu keluar juga ke Mid Valley (apa boleh buat, itu je yang dekat pun.. haha), bila sempat, kami ada juga tengok movie, tapi saya kurang minat untuk itu. tempat yang paling saya suka adalah MPH book store dan Animal World di situ.. tinggalkan saya dua jam di situ pun takpe, bahagianya.. Bau buku-buku dan novel di situ sering saja membuatkan saya bertenaga dan segar.. buku-buku adalah aromatherapy untuk saya. Haiwan di Pet Wolrd juga, gelagat mereka membuatkan saya lupa sebentar dengan cabaran hidup di kota besar ni.. Muka buku (facebook) pun sama.. hehe, telah dihadkan, sebab sekarang kan saya dah ada blog.. cewah, berlagaknya.... =)
7) Physical Environment. 4/10.
-Sebelum tu, saya nak bagitahu ni.. pokok kaktus saya dah mati.. wahhh.. sedihnya… dua minggu lebih dah tak bersiram.. tahu-tahu je dah terkulai layu.. saya memang takde bakat jaga pokok bunga.. kesiannya… pokok kaktus saya.. isk isk.. O_Q
-Oklah, bilik saya ni tak banyak perubahan pun, semuanya masih selamat di tempat yang sama. Cumanya, sekarang saya akan cuba kemas almari loker dan meja setiap hari.
-Lantai bilik disapu, sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebelum ni sekali sehari. Itupun bergilir dengan roommate. Tapi sekarang, inshaAllah saya akan jadikannya sebagai rutin harian. Dalam mindset saya, kalau nak selesa, kena buat sendiri. Tak perlu tunggu orang lain buat ikut giliran sebab itu tanggungjawab bersama.. tapi kalau roommate dah tolong sapukan dulu.. Thank you very much!! I really appreciate that.. =)
Sekarang sedang berusaha untuk dapatkan tidur yang selesa dalam bilik. Selalunya memang susah sebab bila malam je, keadaan bilik akan rasa berkuwap dan panas. Mungkin juga sebab kedudukan kipas yang agak jauh dari katil.. berpeluh-peluh saya bila tidur atas katil.. solusinya, saya akan tidur atas lantai betul-betul di bawah kipas. Memang tak selesa, tidur atas lantai simen, beralaskan selimut.. Tapi itu je cara untuk saya dapatkan tidur yang.. err.. lena juga la.. Badan memang sakit-sakit sikit tapi sekarang dah biasa.. Sampai satu tahap saya terpaksa turunkan tilam dan tidur di bawah.. Thats feel much better..
-Sebelum ni kalau nak keluar, kami mesti akan tutup tingkap, tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, kami akan buka juga tingkap bilik, biar ada pengudaraan yang seimbang. Hidup dalam keadaan indoor air poullution pun tak bagus juga.. Alhamdulillah, bilik saya setakat ni tak ada bau-bauan yang tak menyenangkan. Cuma rasa panas sikit, sebab cahaya matahari direct masuk ke bilik, tingkap pula betul-betul mengadap ke laman foyer kk9. Kalau panas, panas sangat, kalau masa musim hujan, memang sejuklah.. macam mana pun, masih mampu lagi belajar dengan selesa..

8) Spiritual and Religious Wellbeing. 9/10.
-Saya memang tak pandai agama macam orang lain. Tapi saya sentiasa nak dalami, selalunya melalui pembacaan. Saya pun tak pernah belajar di sekolah agama, jadi saya rasa pengetahuan saya dalam aspek keagamaan agak lemah.
-Banyak lagi yang perlu saya pelajari terutamanya dari segi pembacaan al-Quran iaitu amalan, hafalan, kefahaman dan tajwid. Kalau dulu, lepas habis solat saya terus baca doa dan… ok, done. Sekarang saya akan cuba upgrade lagi.. sikit-sikit je dulu, asalkan istiqamah..
-Kesedaran untuk mantapkan aspek keagamaan dalam diri memang ada, sebelum sertai sahabat SERU ni lagi. Biasalah bila nak buat perkara baik, ada saja halangan yang mematahkan semangat. Bila dah ada motivasi untuk memperbaiki kelemahan diri, terutamanya bila melihat rakan-rakan lain lebih banyak pengetahuan agama mereka, inshaAllah saya yakin saya juga mampu sampai ke arah itu.. Satu lagi yang saya perlukan, bimbingan dari mereka yang pakar..

Oklah.. setakat ni dulu lah ye.. Bertemu lagi di post yang seterusnya.. Have a good and inspiring day, everyone.. Ma’assalam.. =)

Best Quotes of the Day..
5 Reasons why Allah Uses Problems
-To Perfect Us.
-To Direct Us.
-To Correct Us.
- To Inspect Us.
-To Protect Us.



No comments:

Post a Comment