Thursday 31 May 2012

My Second Peer Coaching Session of Sahabat SERU.

SESSION 2: 360º Feedback Exercise.
Assalamualaikum.. Semoga terus berkasih sayang dan berinspirasi dalam lindungan Allah..
Seperti yang dijanjikan, untuk post kali ini, saya akan kongsikan tentang sesi kedua Peer Coaching Sahabat SERU yang saya hadiri sebulan yang lalu. Dalam peer coaching kali ini, ada dua perkara yang kami kongsikan sepanjang dua jam lebih program tersebut berlangsung. Di bawah bimbingan coach kami iaitu Kak Elin, banyak perkara yang kami kongsikan. Pertama, tentang feedbacak daripada keluarga dan rakan-rakan tentang keperibadian kita positif dan negatif. Yang ni pun telah saya kongsikan dalam post yang lepas bertajuk, "Atikah Zakaria: Positive vs Negative."
Daripada feedback yang saya dapat daripada orang sekeliling iaitu keluarga dan rakan-rakan, ada empat perkara yang saya nak sentuh.
1) What I’ve notice from my 360 feedback is..
-yang saya dapati paling ketara adalah.. manusia yang hidup di sekeliling kita sentiasa menilai keperibadian kita, cuma kita tak sedar pun tantang tu. macam saya, saya tak pernah sangka pun yang selama ni mereka yang hidup di sekeliling saya, terutamanya yang dekat dengan saya, rupanya sentiasa menilai saya luaran dan dalaman. Saya ingat saya je yang suka analisis orang. Sekali sedar-sedar saya juga dianalisis rupanya.. biasalah, hidup umpama roda.. hehe..
-saya fikir selama ni hanya saya yang memahami diri saya sendiri. But then, I was totally wrong.. people surroundings knowing me better, and I hope they could also understand me as well.
2) What most surprise me was…
-I am a blurring person.. Really?? ahh, mungkin saya tak sedar kot.. saya rasa saya jadi macam tu mungkin sebab saya terlalu suka termenung. Saya terlalu banyak berfikir.. “macam mana kalau..” “boleh ke tak,..”, “analyse,… analyse… proceed data..” that’s truly make me lost sometimes.. sebelum ni saya tak tahu pun saya ni blur orangnya, kuat termenung tu, ya.. memang betul.. tapi tak tahu pulak dua benda tu sama.. termenung.. blur.. blur.. termenung.. ok, need to deal with it..
-Suka merajuk.. Seriously!!?? I don’t ever know that I am a princess of sulking all this while.. Kuat merajuk? Bila masa ye.. hmm.. but I admit it, I got easily tempered on something. Chooppp!! dua benda ni sama ke? Tapi kan, kalau ada antara family dan rakan-rakan yang buat saya tak puas hati, selalunya saya akan macam ni.. “Fine!! don’t talk to me anymore.. just forget I exist!! Buwekkk.. ><..” lepas tu, saya buat-buatla membawa diri yang lara.. haha.. drama sangat kan, tapi kejap je.. and then, everything will comes back to normal.. Mungkin sebab tu kot semua orang ingat saya ni kuat merajuk.. ok, I’ll do something about it.. tapi tu dah jadi habit, boleh ubah ke? Saya ni kan si manja yang comel.. haha.. =P.. ok2, akan diperbaiki..
-Sarkastics.. Hmm.. feedback ni saya dapat dari seorang teman yang baru saya kenal.. Dia ni peramah orangnya, dan agak.. er.. frankly person I think.. baru je kenal dengan saya dah cakap.. “actually, you are a very sarcastism person..” terlopong jugak mulut saya waktu tu.. macam ni, =O.. katanya percakapan saya lebih ke arah menyindir, kalau saya tak setuju atau tak suka dengan sesuatu tu, saya tak terus bang bang boom macam tu aje, saya akan cakap dengan baik tapi hakikatnya ianya sungguh menusuk ke hati.. Amboi-amboi.. Amboooiii… suka hati dia je cakap saya macam tu kan.. tapi balik je ke bilik, saya terus muhasabah diri, kata-katanya terngiang-ngiang di fikiran saya.. hmm.. betul jugak apa yang dia cakap tu, Ya Allah.. begini rupanya sikap saya.. selama hari ni saya suka cakap menyindir ye.. I am so sorry for behaving on that way.. Baiklah, akan diperbaiki.. tapi kan, berterus terang pun boleh menusuk ke hati jugak kan? kan?? kan???.. Er, yela… berterus terang lebih baik, tapi dengan cara yang sopan, betul tak?

-Pandai layan tetamu.. Ini Kak Ngah saya yang cakap.. tapi, tapi, tapi… sungguh saya tak percaya.. bila masa pulak saya ni pandai layan tetamu? Setahu saya, asal ada orang datang je, jadilah saya macam kura-kura.. suka menyorok.. kura-kura menyorok takpe lagi, dalam cangkerang je.. saya ni, dengar je orang cakap.. “Assalamualaikum..” terus saya cabut masuk dalam bilik, tutup pintu bilik serapat-rapatnya, siap kunci lagi.. saya jadi takut seolah-olah ada zombie yang datang nak makan otak saya, “Otaakkkkk…” itulah yang saya akan rasa.. haha, nonsense!! Dan lagi, saya hanya akan keluar bila emak panggil.. itupun lepas emak sebut nama penuh saya dengan lembut.. “Atikah Zakariaaaaaa…..” masa tu fahamlah saya, itu isyarat kepada “kalau tak keluar juga, tetamu balik nanti siap kau.. mak cili habis-habisan”.. ok, waktu tu dengan terhormatnya, saya akan keluar salam dengan tetamu, tersipu-sipu, senyum-senyum, tanya khabar dan terus ke dapur, buatla apa yang patut sebagai anak dara.. haha.. bukan apa, saya ni pemalu sikit orangnya.. cewahh.. =P.. tapi bila dah biasa, orang pun nak ajak saya sembang-sembang, masa tu barula respon saya baik punye dan kadang-kadang terlebih ramah pulak.. hehe.. sebab tu kot family anggap saya ni pandai layan tetamu..  hmm, maybe...

3) I am most valued for..
-when my peers said that I am a good middle person and agood one to keep any secrets..
Wahh.. masa tu, terawang-awanganlah saya.. Terasa bagaikan dipuji, dan dihargai bila rakan-rakan percayakan saya. Tak tahulah benda ni betul atau tidak, tapi yela.. sejak dari tingkatan 1 lagi, kalau ada rakan-rakan saya tak puas hati sesama sendiri, mereka akan datang mengadu pada saya. Dan selalunya saya akan suruh mereka berbaik semula dengan “mengungkit” semula kenangan-kenangan indah masa mereka berbaik dulu. Kadang-kadang menjadi taktik saya tu, tapi kadang-kadang ada yang jenis keras kepala, nak tegakkan benang yang basah. Dan kadang-kadang nak aje saya hantuk kepala mereka semua, biar bergaduh lagi.. tapi saya taknak la jadi batu api.. Munafik namanya tu.. Nauzubillahiminzalik Ya Allah.. lagi satu, saya ni jugak selalu jadi orang tengah antara cinta monyet kawan-kawan saya, tolong sampaikan salam la, tolong dapatkan nombor telefon seseorang la,.. selalunya kawan-kawan lelaki yang akan buat macam tu. Maka, jadilah saya posmen tak bergaji. Masa jadi pengawas dulu pun, kalau ada pelajar tak puas hati barangnya dirampas guru disiplin, muka saya juga yang akan dicari.. “tolonglah kak, handphone tu handphone pinjam je, tolonglah pujuk cikgu bagi balik..” kadang-kadang kalau saya rasa saya ni baik hati, saya tolong jugak, kesian.. tapi kalau saya badmood hari tu, memang semua saya hentam sekucup rasa.. kakak tak kakak.. Huh!! ><
Perihal pandai simpan rahsia pula, saya harap saya masih boleh dipercayai lagi untuk itu. Rahsia seseorang itukan amanah, satu penghormatan jika kita dipilih sebagai salah seorang penyimpan rahsia mereka.. wahh, macam penyimpan mohor besar raja-raja pulak dah. hehe.. InshaAllah, sahabat-sahabatku.. rahsia kalian masih teguh dalam simpanan saya, dikunci rapat, dan kuncinya telah saya benamkan dalam jauh-jauh ke dasar hati saya.. dan tak dapat diselami lagi.. wah3 ayat, tak boleh blah.. =P
-My friends told me that I got talent to lead an organization or project.
Pendapat yang sama saya terima daripada rakan-rakan sekolah lama dan di universiti. Contohnya masa sekolah, tingkatan 5 dulu, masa tu sempena hari Merdeka.. semua guru demand nak tengok persembahan dari kelas 5 Sains.. kelas saya la tu sebab kami tak pernah buat persembahan untuk sambutan di sekolah, paling tidak.. masuk pertandingan pidato je, wakil sekolah.. tu pun tak pernah menang, erk.. =P.. masing-masing buntu tak tahu nak buat persembahan apa.. yela, selama ni asyik study je kan, otak pun tepu dengan formula addmath, bio, fizik, kimia, fakta sejarah bla bla bla.. oh my.. macam mana ni.. lepas tu ada yang cadangkan kami buat sketsa.. tapi idea masih tak muncul-muncul.. tiba-tiba salah seorang classmate saya bagi cadangan gila.. dia minta saya yang organize team persembahan sebab kata mereka, saya ni kan sasterawati sekolah.. mesti banyak idea..hah, yela tu.. mulanya saya memang tak nak terlibat, tapi memikirkan maruah semua ahli kelas.. saya pun mulala mengarang cerita dan menyusun atur plot, watak dan semuanya dengan kerjasama semua orang dalam kelas tu.. Alhamdulillah.. sketsa tentang 50 Years Before and After Merdeka berjaya dan ianya menjadi kenangan indah sampailah ke hari ini..
Situasi kedua pula adalah semasa di kampus..  apabila saya dipilih oleh rakan-rakan untuk lead kumpulan subjek Hubungan Etnik. Mulanya saya risau.. Bimbang kalau team saya punah ranah dalam pimpinan saya.. tapi bila melihatkan kesungguhan ahli-ahli kumpulan untuk bagi kerjasama, keyakinan saya untuk memikul tugasan sebagai ketua dapat saya jalankan dengan.. ok.. hehe.. berkat sokongan dan semangat berpasukan.. walaupun ada yang cakap saya ni cerewet macam cikgu sekolah sebab semua bahagian tugasan ahli kumpulan saya marking dengan pen dakwat merah, kena buat pembetulan banyak kali pulak tu... well, pilihla lagi saya sebagai ketua ye.. hehehhe..

4) I could most improve.
-My attitude towards someone who are new to me.. Saya sedar saya ni dingin sikit orangnya.. tambahan pula dengan orang yang saya tak kenal, yang tak rapat atau pun yang baru muncul dalam hidup saya.. Saya takla sombong, Cuma agak kurang mesra dan memerlukan masa untuk itu. mungkin sebab saya tak biasa sebab saya ni masih terbawa-bawa dengan doktrin lama.. “orang tak suka saya, jadi duduk je diam-diam kat situ.” Tapi pola kehidupan sentiasa berubah kan? Makin tinggi tahap kehidupan kita, makin ramai orang yang kita jumpa, pelbagai ragam dan pemikiran.. Di sini (kampus), saya yakin rakan-rakan pelajar semuanya sudah matang untuk berfikir dengan lebih bijak. Jadi saya pun kena jadi lebih professional. Sebenarnya ramai orang baik di dunia ni, yang penting, kena pandai bawa diri.
-kena lebihkan senyum.. and make as sweetest face as could be.. kawan-kawan saya cakap, mereka sebenarnya takut-takut nak tegur saya mula-mula dulu sebab muka saya yang tak pernah nak manis, sombong dan macam nak marah orang je. Takla, muka saya memang macam ni.. Y_Y.. dan diorang cakap saya sebenarnya sangat comel bila senyum.. wahh…  kembang dah semangkuk.. haha, perasan betul..!! ><. Yelah, kawan-kawanku sekalian.. Sekarang ni saya cuba improve personality saya, saya akan lebihkan manis dalam senyuman ye.. tapi jangan salahkan saya bila saya didapati senyum sorang-sorang, mungkin waktu tu saya tengah praktis memaniskan wajah saya yang memang tak manis ni.. Smile, Atikah.. just smile.. that’s all..
-jangan blur-blur lagi.. yela, saya akan lebih fokus dan yakin dengan apa yang saya buat. Kalau nampak muka saya macam tu, tegur-tegurlah ye.. Kadang-kadang saya pun tak perasan saya tengah blur.. huhu, kesiannya saya..
-don’t be so clumsy.. Yes!! Inilah yang paling saya kena, mesti, WAJIB perbaiki.. Ya Allah, saya memang cuai.. kalau dikira dengan jari memang tak cukup walaupun terpaksa guna jari orang lain. Saya janji saya akan perbaiki, sebab saya nak jadi seorang yang bermanfaat untuk orang lain. Jadi, mesti bermanfaat untuk diri sendiri dulu..

Selesai perkara yang pertama.. baru yang pertama.. Ada lagi yang kedua.. hehe.. pada hari yang sama juga, setiap ahli kumpulan kami yang diberi nama U-Youth ni telah diminta untuk membawa buku berkenaan dengan biografi dan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w untuk dikongsi dan diambil manfaatnya bersama. Tapi sedihnya hari tu, hanya saya seorang saja yang tak ada buku untuk dikongsi.. kesibukan menyebabkan saya terlupa untuk mencari buku-buku yang bersesuaian. Semua orang bawa buku masing-masing yang dibeli, termasuklah coach kami, Kak Elin.. I’m so sorry ya Kak Elin and friends.. TAPI!! Minggu yang berikutnya, saya bawakan dua buah buku berkenaan dengan Nabi Muhammad s.a.w iaitu yang bertajuk “Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit” dan “40 Strategi Pendidikan Rasulullah.” Sebagai penebus kesalahan saya sebab tak dapat memenuhi tugasan yang satu ni.. Input daripada buku-buku ni,  nanti akan saya kongsikan dalam post yang seterusnya ok.. =)

Have a great day, everyone.. Assalamualaikum..

Best Quotes for Today..
“Beginning are usually scary and ending are usually sad, but it’s everything in between that makes it all worth living..”

No comments:

Post a Comment