Saturday 12 May 2012

My Goal: 6 Most Important Aspects of My Life that I Want to Improve it Better.

Spiritual/Religious Development.
sebagai seorang  muslimah, proses untuk memahami dan mendalami ilmu agama adalah yang paling asas. Agama itu identiti bagi masyarakat yang bertamadun. Pincang agama, maka pincanglah hidup dunia dan akhirat. Masih banyak ilmu keagamaan yang belum saya ketahui sepenuhnya. InsyaAllah, saya akan terus belajar dan belajar lagi sebab saya nak berdiri seiring dengan wanita-wanita solehah di luar sana. Biar generasi umat Muhammad lahir sebagai hamba-Nya yang bertaqwa, berilmu, berjaya dan bahagia.

2. Behavioral Development.
Saya nak jadi diri sendiri. Tapi pada masa yang sama saya juga perlu berubah. Ya! Manusia tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan, kerana proses belajar itu sentiasa berterusan dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Saya bermatlamat untuk mengikis semua sikap negative saya; terhadap keluarga, rakan-rakan, persekitaran, dan masyarakat. Sifat ego, cuai, dan suka mengkritik sesuatu yang tidak memuaskan sudah menjadi keperibadian saya. Tapi saya percaya semua itu boleh diubah jika saya berkehendakkan ia berlaku. Perlu lebih banyak senyuman agar hidup sentiasa ceria dan positif.. =)


3.Health.
Ini yang paling merisaukan. Kesedaran untuk lebih peka terhadap kesihatan itu memang ada. Cuma ada kekangan yang menghalang matlamat kualiti kesihatan untuk dicapai dengan sebaik mungkin. Saya nak dapatkan berat badan yang ideal. BMI saya tak stabil ok. Tengok pun dah tahu. Bukan untuk nampak cantik dipandang saja. Tapi untuk kesihatan sepanjang usia. Health is wealth.. Tak boleh dibeli walaupun kita adalah manusia yang paling kaya di dunia!


4. Academic Performance.
Sejak kecil saya memang kurang progress dalam pelajaran. Saya suka belajar, tapi selalunya saya kecundang di tengah jalan, mungkin tidak yakin dengan keupayaan dan potensi diri. Tapi saya yakin dengan konsep usaha tangga kejayaan. Allah tidak akan mengubah nasib hamba-Nya jika hamba-Nya sendiri yang tidak mahu berubah. Pelajaran itu penting. Ianya tuntutan dan amanah dalam kehidupan. I want dean list! Dengan itu saya akan lebih serius dalam study. Plan A, setup a startegi.. Wake up from a day dreaming..!!!


5. Personal and Leadership Development.
Saya akan lebih bersikap professional dalam tugasan berkumpulan. Terutamanya jika diberi tanggungjawab sebagai ketua kumpulan. Perlu lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam memimpin sesuatu kumpulan atau organisasi. Nak pimpin diri sendiri dengan sebaik mungkin terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain. Saya mahu lebih bermotivasi. Walaupun saya bukanlah orang yang berpengaruh dan bijak pandai yang sejati, tapi permulaan secara sedikit-sedikit itu mampu membawa perubahan yang lebih besar. Doesn’t matter how does we look, it is how we look into ourself.


6. Extra Curricular Involvement.
Emm… Masih tercari-cari aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan. Fotografi ke. Rasa macam nak aktif balik tae-kwando dengan volleyball macam masa sekolah menengah dulu.. Harap dapat tetapkan masa dengan lebih fleksibel untuk itu. Mungkin lepas ni dapat fit kan balik badan macam dulu semula.. Tapi bab-bab bersukan ni memang saya kurang sikit. Saya lebih suka aktivitis kemasyarakatan macam program sukarela ke, aktivis sosial, penulisan, seni lukis, saya minat walaupun bakat tak seberapa.. At the same time, saya akan berusaha menyambung semula penulisan novel saya yang tergendala sejak dua tahun yang lalu.. kesibukan rutin seringkali menjadikan saya lupa dengan minat yang tersemai sejak lama. And I think that this is the right time to finish lots of thing that I’ve started..



No comments:

Post a Comment