Saturday 6 July 2013

A to Z of Positive

Assalamualaikum..

Sharing hari ni, A-Z dalam menjadi seorang yang positif..

A- Accept
-Terima diri sendiri seadanya, jangan jadi orang lain semata-mata untuk puaskan hati semua orang, itu mustahil.

B- Believe
-Percaya terhadap kemampuan diri untuk meraih kejayaan yang diimpikan. Jangan putus asa!

C- Care
-Ambil berat terhadap orang di sekeliling agar mereka merasa dihargai. Menggembirakan orang lain adalah sunnah dan ada pahalanya.. :)

D- Direct
- Arahkan fikiran kepada hal-hal yang positif yang boleh meningkatkan kepercayaan diri.

E- Earn
- Terima penghargaan yang diberi orang lain tanpa ada perasaan riak sebaliknya terus berusaha untuk istiqamah dan menjadi yang terbaik.

F- Face
- Hadapi masalah dan cabaran hidup dengan berani dan yakin.

G- Go
-Teruskan melangkah, bergerak menuju ke arah jalan yang benar dan diredhai Allah.

H-Homework
-Buat survey dan kaji dulu sesuatu sebelum menilai baik dan buruknya. Ia adalah langkah yang penting untuk mendapat informasi yang tepat dan sahih.

I- Ignore
-Abaikan apa sahaja yang menghalangi jalan untuk mencapai tujuan selagi mana ianya baik di sisi Tuhan dan baik untuk semua.. Contoh, bila ada yang cuba under estimate bila nak belajar memantapkan diri dalam agama.. maka dari situ akan kedengaranla suara-suara "Booo.. Poyo!!!" "Plastik, silikon.. Hipokrit" "Minta puji la tu.." "Ustazah segera, ustaz muka buku.. fana semua tu!!" Nah.. Pedulikan saja kata-kata yang menjatuhkan semangat, betulkan niat, pandangan siapa yang lebih bernilai?? Semua orang berhak jadi baik kalau itu yang mereka mahu..

J-Jealously
Iri hati yang baik bergerak bersama-sama dengan cogan kata "kalau mereka boleh, mengapa tidak saya?" itu adalah rasa iri hati untuk memajukan diri tanpa ada niat menjatuhkan orang lain.. saling berlumba-lumba lakukan kebaikan untuk dikongsi bersama orang lain. Bukan cemburu kategori PHD tu (Perasaan Hasad Dengki)..

K-Keep
-Teruskan berusaha walaupun beberapa kali gagal.. Kegagalan itu selalunya membuka jalan baru untuk mencapai kejayaan. Tak boleh berhenti separuh jalan katanya..

L- Learn
Belajar dari kesilapan lalu dan berusaha untuk tidak mengulanginya. Kata orang, jangan dikenang kisah silam yang pahit.. Tapi yang pahit itu perlu sentiasa diingati agar menjadi pengajaran di masa hadapan. Ingat, "Sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.."

M-Mind
-Mind your own business?? Ya, mesti jaga urusan sendiri, bukan maksudnya tak pedulikan hal-hal sekeliling, tapi lebih kepada tidak sebarkan perkara buruk tentang orang lain.. Khabar angin yang disebar-sebarkan jika betul itu namanya mengumpat, jika tidak betul itu namanya memfitnah.. Tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita.. ^_^

N-Never
-Jangan pernah berhenti berusaha mencari, mendapatkan dan memberi kebaikan kepada semua orang .. selagi nyawa dikandung badan, then tomorrow will never die for a goodness.. :)

O-Observe
-Amati setiap perkara di sekeliling.. Bila mata memerhati, telinga akan mula mendengar, dan dari situ kita dapat belajar.. Apa yang baik diambil sebagai contoh, ditiru dan diamalkan, yang tidak baik itu sebolehnya dijauhkan dan dijadikan iktibar..

P-Patience
-Sabar itu separuh daripada??? Iman.... Kesabaran itu kunci kejayaan.. Jalan untuk menuju kejayaan itu memang sukar dan perit, hanya kesabaran dan percaya pada rahmat Tuhan adalah kekuatannya dan hasilnya tidak ternilai.. benih kejayaan itu pahit, kesabaran itu buahnya, dan sangat manis.. In shaa Allah..

Q-Question
-Malu bertanya sesatlah jalan.. Setiap pertanyaan akan membuka ruang untuk beroleh lebih banyak ilmu, untuk dikongsi dan disebarkan pula kepada yang lainnya. Cuma, pastikan bertanya kepada orang yang betul.. Sebaik-baik pertanyaan adalah pertanyaan kepada diri sendiri.. "Apakah bakti yang masih belum aku lakukan di sepanjang usiaku yang diamanahkan Tuhan ini??"#contoh#

R-Respect
-Menghormati dan menghargai itu hendaklah terhadap diri sendiri dan orang lain.. Hormati orang lain jangan sampai diinjak-injak, hormati diri sendiri jangan sampai angkuh meninggi diri.. Jika kita berpesan kepada orang lain "kamu hormat saya, saya akan hormat pada kamu.." begitulah diri sendiri perlu diingatkan.. "hormati diri kamu, supaya orang lain juga menghormati kamu.."

S-Self Confident and Self Esteem
- Yakin dan percaya dengan kemampuan diri.. Jangan terlebih yakin, jangan kurang yakin.. YAKIN sahaja! In shaa Allah, semuanya akan dapat dilalui dengan tenang..

T-Take
Take responsibility. Setiap tindak tanduk kita, adalah di bawah tanggungjawab kita sendiri.. Kalau baik, maka baiklah, kalau tidak, sebaliknyalah!

U-Understand
-Hidup umpama roda, roller coaster, laut.. ada turun naik dan pasang surut.. Maka perlu difahami bahawa semua yang berlaku ada hikmah.. Kita merancang, kita berusaha.. di penghujungnya?? perancangan dan ketentuan Allah itu lah yang terbaik.. Kita mahu sesuatu, tapi jika tidak dapat walaupun berusaha, itu bukan untuk kita, kerana untuk kita, hanya yang terbaik.. :)

V-Value
-Nilai diri sendiri, dan orang lain.. Maksudnya, nilaikan apa yang ada pada diri sendiri dan orang lain untuk dihargai, bukan untuk mencari di mana ketidaksempurnaan itu, tetapi mencari, di mana untuk mencukupkan yang tidak sempurna itu? Fitrah manusia, personalitinya berbeza supaya dapat melengkapi antara satu sama lain..

W-Work
-Work hard, work smart and the most important is.. Team work!.. Nak ambil contoh Wonderpet.. Apa yang penting, kerjaaaasama!! kalau seorang selalunya tak cukup kuat.. tapi mesti bermula dengan sikap individu sendiri yang mahu bekerja keras, dan diselaraskan dengan sikap individu yang lainnya, supaya dapat membentuk satu team yang kukuh..

X-X'tra
- Bila dah kukuh, bolehlah buat penambahbaikan.. Contoh, sebelum  ni sharing di blog cuma seminggu sekali, start minggu depan mungkin seminggu dua kali.. Contoh lain, sebelum ni mengaji lepas habis solat maghrib, mungkin start subuh esoknya, lepas solat setiap waktu nak mengaji.. sekurang-kurangnya, sekali mengaji satu muka surat al-Quran.. Contoh lagi, bulan ni baca sebuah buku je, bulan depan up lagi jadi dua buah.. Bagi extra, dapat pun extra kan..yang penting istiqamah, dan jangan kerana terpaksa.. =)

Y-You
Kamu.. diri kamu tu.. (cakap kat diri sendiri) mesti percaya, mesti kuat, mesti yakin, untuk lakukan perubahan ke arah yang lebih baik, dan belajar mencuba sesuatu yang baru, yang mungkin boleh menjadikan kamu lebih matang, dan bijak melalui pengalaman-pengalaman yang hadir di sampingnya.. belum cuba belum tahu..

Z-Zero
-"Kalau tak mulakan dari sekarang, sampai bila-bila pun macam tu je tak ke mana, sampai bila??.." Bijak pandai dan golongan-golongan yang tekad dan nekad selalu cakap macam tu kan.. betul lah.. kalau nak tahu hasilnya, kena mula lakukannya sekarang.. kalau tak, ZzzzZzzzzzzzzzzzzzzz........

Sampai sini dulu, semoga bermanfaat..
cc: Buku Motivasi-Jadi Cool Dan Positif

 Maassalam..

Best Quotes of the Day..

"Being defeated is often a temporary condition, giving up is what makes it permanent.."

No comments:

Post a Comment