Monday 22 July 2013

Seperti Melihat Pelangi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Result exam semester ni ada peningkatan, dari segi pointer, CGPA.. Dan yang paling menggembirakan, mimpi ngeri tentang paper wajib minor yang memang killer tu dah berakhir, dan syukur saya lulus paper tu, dah tak perlu repeat lagi dah..Tak perlu repeat lagi??

Yep!! Saya fail subjek Alam Sekitar Teknik dan Kaedah Kuantitatif, subjek wajib minor tahun satu dan sebagai habuannya, saya dan rakan-rakan yang turut sama terkandas mesti ulang semula subjek tu hingga lulus untuk melayakkan kami terima ijazah di atas pentas DTC masa hari jubah nanti.. Sakitnya.. Dahlah subjek minor pulak tu, and that's the point is. Jangan ambil mudah walaupun itu subjek minor, dan itulah yang saya buat masa first year dulu.. Apa yang berlaku memberi pengajaran berharga, supaya kesilapan sama tidak berulang lagi.

Tapi sebenarnya ada baiknya juga kenapa semua tu terjadi pada saya. Yelah, sebelum ni saya terlalu fokus pada  perkara yang saya suka, yang saya selesa dengannya, sedangkan itulah pembunuh nombor satu kejayaan, iaitu terlalu banyak duduk dalam comfort zone. Menjadikan saya terlepas pandang dan ambil mudah, konon subjek tu senang nak cover, dan bila sekali dalam exam soalan yang keluar kena twist sikit, masa tu Tuhan saja tahu betapa saya rasa sayalah manusia yang paling gelap hati.. sebab terlalu yakin dengan usaha yang sedikit.. Syukur.. Saya rasa Allah masih sayangkan saya, Dia beri saya kegagalan terlebih dahulu supaya saya sedar yang peritnya usaha itu adalah kejayaan di kemudian hari.

Untuk repeat semula subjek ni bukannya mudah.. Hakikatnya apa yang dirasakan oleh saya dan rakan-rakan pada waktu tu, ianya adalah sesuatu yang sangat memalukan, tercalar imej seorang pelajar senior apabila terpaksa menghadap muka lecturer yang sama, tutor yang sama dan yang lebih memeritkan, menghadap muka baru junior-junior. Kerat jari kalau mereka tak musykil "apa akak-akak ni buat dalam kelas kita? ni kan subjek first year.." tapi demi memperbaiki kesilapan, begitulah ujiannya.. Dan ianya baru permulaan, menandakan banyak lagi cabaran hebat selepas itu yang perlu kami tempuh, bersedia tebalkan muka, dan yang paling penting, bersedia cekalkan hati. Jika tersilap langkah, memang say bye bye untuk lulus.

Study group, gerak gempur, latihan, belajar di fakulti sampai lewat malam, ajak rakan tidur di bilik berhari-hari untuk cover semua topik, cakap je apapun semua kami buat. Fokusnya hanya satu "taknak repeat lagi subjek ni.." Alhamdulillah semuanya terbayar, bila online MyUM untuk check result, semua subjek lulus, rasa berdebar-debar selama berminggu-minggu akhirnya terjawab. Gembira? Mestilah, dan lega yang teramat sangat.

Semuanya kerana berkat dari Allah, berkat doa emak, terima kasih.  Rasa seperti melihat pelangi setelah hujan lebat di tengah hari.. dan yang paling penting, jangan pernah manjakan diri di dalam comfort zone lagi.. Maassalam.. :)

Best Quotes of the Day,






2 comments: