Thursday 21 February 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu Via Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Semoga dirahmati Allah..

Saya ada terbaca artikel yang dipetik daripada tulisan Prof Dr. Muhaya tentang Bagaimana Menjadi Pelajar yang Baik dan Berjaya. Salah satu perkongsian dalam artikel ini adalah tentang 7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu , insyaAllah semoga ia bermanfaat untuk dikongsi bersama.

1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu.
Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/ universiti. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya.
Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapapun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya (hmm.. tapi kat UM ni, kehadiran wajib 80%, kalau tak dah kena bar, semuanya dah ada dalam sistem). Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajaroleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut mengahdapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak ditekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka  keluar makan pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang 'Salah'.
Bercakap melalui pengalaman sayan, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang  tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskanmasa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

 4. Hilang Semangat.
Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-masta untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.

5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu.
Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalm bidang perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseorang itu tidak berminat. Menurut Dr. Muhaya, "Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian.
Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

-Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil.

-Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka.

-Tidak mahu berusaha. Ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar.

Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan kumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bising dan Tidak Bekerjasama.
Keadaan ini lazim berlaku dalam kalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menenagh atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah. Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota-nota dan buku-buku yang baik dan diberi pelajar senior. Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak diberi peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen dan menyembunyikan fakta yang baru mereka pelajari.. (kalau course saya, mungkin assignment, project paper atau kajian lapangan).

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendiran. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama.

Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.

Alhamdulillah, semoga Allah berkati Prof atas perkongsian yang bermanfaat ini. Terima kasih, insyaAllah kami akan sentiasa muzakarrah dengan input-input sebegini. Sampai sini dulu.. Maassalam.. ^_^

Best Quotes of the Day.
Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan dapat. Jadi, jangan kedekut.. hehehe...

No comments:

Post a Comment