Thursday 2 January 2020

2020 ADALAH TAHUN UNTUK MOVE ON


Assalamualaikum. Lama betul tak bertandang ke ruangan ni. Ruang yang dahulunya selalu menjadi tempat aku meluah dan berkongsi hampir segalanya yang aku rasa. InshaAllah, aku akan kembali memeriahkan ruang penulisan tanpa had ini  sebagai tempat aku menghimpunkan segala kisah yang boleh memberi kebaikan kepada semua. Sebenarnya ini bukanlah satu azam tahun baru aku, tapi lebih kepada salah satu alternative baharu untuk aku mengawal ketagihan aku terhadap penggunaan media sosial yang berlebihan. Sepanjang setahun aku perhatikan keadaan aku, dan bila aku buat muzakarah dengan diri sendiri, aku rasa aku ni terlalu banyak menghabiskan masa di dunia maya berbanding berpijak di bumi yang nyata. Dan ternyata itu lebih banyak mendatangkan rasa murung dalam jiwa ini yang makin lama aku rasa aku agak bergantung dengan dunia maya untuk mengisi kekosongan yang sekian lama bersarang di hati ini. Dahulu, aku selalu terfikir, kalau aku banyak cari info melalui media sosial, hari-hari aku akan lebih terisi, aku akan lupa ‘that loneliness’ yang selama ini aku tanggung sendiri. But somehow aku rasa makin teruk, rasa makin tak matang. Sebab semua benda nak dipost, dikongsi setiap masa untuk tatapan kenalan maya yang belum tentu faham dengan apa yang kita nak sampaikan, macam hidup ini dijalani untuk dipertontonkan pada sebanyak mungkin manusia yang kita kenal.

                Pada masa yang sama, terus terang ada insan-insan terdekat dengan aku yang buat aku berasa jauh hati dan dipinggirkan. Terasa seperti tak wujud dalam kehidupan masing-masing. Hidup ini memang akan rasa ‘down’ dan berat bila kita jauh dari orang yang kita sayang, nak sayang, sayang sangat-sangat tapi itulah yang menyisihkan kita.  Mungkin aku saja yang menganggapp begitu. Tapi apalah makna kehidupan yang terlihat indah di alam maya andai di dunia nyata, andai yang paling kita harapkan untuk mengisi ruang hidup kita, malah itulah yang menjadikan kita semakin jauh ditinggalkan.

                Jadi, itulah sebabnya aku mengambil keputusan  drastik dan signifikan macam ni untuk mengundurkan diri daripada dunia media sosial, tujuannya adalah untuk mengawal diri, juga sebagai satu langkah untuk membendung anxiety ni. So yeah.. langkah pertama selepas deactivate hamper semua akaun media sosial, aku rasa lebih tenang, lega. Tak perlu dah nak rasa pressure bila orang buat kita rasa down. Now its time for me to be more appreciative towards myself.

No comments:

Post a Comment