Thursday 18 February 2016

#Nota Hati 3: Aku Bukan Orang Yang Baik, Tapi Yang Aku Tahu, Aku Tak Mampu Berdendam

Assalamualaikum.

Salah satu petanda bahawa kau benar2 sudah memaafkan orang yg pernah khianati kau dulu, adalah apabila hati kau benar2 sedih melihat dia ditimpa musibah.

Terhiris dengan perbuatannya suatu masa dahulu tidaklah setanding dgn rasa pilu, tatkala melihat dia cuba bangkit daripada dugaan hebat yg melanda dirinya saat ini.

Ini bukan soal kifarah untuk dia, ini adalah kifarah untuk aku. Aku pernah meminta kepada Tuhan untuk memberi balasan setimpal atas semua yg berlaku, agar hatiku kembali tenang dan merasa puas. Namun apabila hari itu tiba, kata-kata keramat "padan muka" yang aku nanti-nanti untuk dihamburkan kepadanya selama ini ternyata lenyap begitu saja.

Entahlah, aku rasa aku ni bukannya baik pun untuk sesiapa tak boleh benci dan khianat pada aku. Aku ni bukannya baik pun nak memaafkan orang. Tapi hati aku tak sampai nak benci dan dendam pada orang lama2. Aku tahu dan aku terima cakap2 orang yg kata aku ni bukannya orang yg baik. Tapi entahlah, rasanya lagi pahit bila tengok "musuh" aku menderita daripada menelan cerita buruk orang tentang aku.

Rupanya, "musuh" utama aku, tak lain tak bukan, adalah diri aku sendiri.


No comments:

Post a Comment