Thursday 5 December 2013

Maafkan Aku..

Assalamualaikum..

Menerima pengajaran yang paling bermakna dalam hidup sebentar tadi, membuatkan diri seolah-olah ditampar untuk bangun daripada lena yang panjang.. Sungguh, manusia itu kadangkala tersasar dalam memahami dirinya sendiri, kadang perlu juga orang lain untuk bertindak sebagai "mikroskop" untuk meneliti sikap dan keperibadian kita luar dan dalam, jika kita sendiri gagal berbuat demikian..

Alhamdulillah masih ada yang mahu menegur khilaf diri ini.. Membuktikan bahawa mereka masih sayangkan persahabatan yang hampir 3 tahun terbina.. Tak sangka, selama ini saya anggap diri saya sudah lakukan yang terbaik untuk jadi seorang yang baik, rupanya untuk orang yang selalu di sisi saya, saya abaikan perasaan mereka.. Ya, mereka terasa, dan mereka terluka.. Tanpa saya sedar sudah sekian lama saya mengguris garis-garis calar itu pada hati mereka.. sehinggalah petang tadi.. kami curhat dari hati ke hati..

Apabila dinilai, masalah itu sebenarnya berpunca daripada saya sendiri, sehingga menyebabkan salah faham, dan dari situ wujudnya satu jurang yang luas antara kami  sebulan dua ini.. Allah, mujur mereka tidak menjauh, cuma perasaan tidak seakrab dahulu itu. membuatkan saya terfikir, "apa yang tak kena dengan aku ni? kenapa hati tak tenang dengan mereka? kenapa rasa serba salah ini berbuku di hati?

Rupanya mereka terasa dengan saya.. Allah, indahnya apabila kita menghargai nilai persahabatan itu, pincangmya sahabat itu tidak terus ditinggalkan begitu sahaja, malah diusahakan untuk mencari solusi, kerana masing-masing percaya dan yakin ianya masih boleh diselamatkan dan diperbaiki untuk menjadikannya lebih baik. Itulah gunanya berbincang dari hat ke hati, barulah ketika itu akan nampak punca masalah..

Masing-masing mengambil jalan diplomasi, terbuka dan lebih matang untuk mencari jalan keluar daripada masalah ini. Sungguh jika kita ikhlas, pasti Allah akan bukakan jalan.. Sungguh saya ikhlas menerima teguran itu, demi kebaikan semua, dan atas dasar sayang kepada sahabat-sahabat saya, sayang kerana Allah juga.

Allah, maafkan diri ini andai tidak menghargai kurnia sahabat yang Engkau berikan.. Maafkan diri ini andai tidak peduli dan sering melukakan hati insan-insan di sisi.. Sabahat, terima kasih kerana menegur, terima kasih kerana masih menerima aku sebagai sebahagian daripada kalian. Terima kasih kerana tidak menjadikan khilafku sebagai nanah dendam di benak hati.. Terima kasih kerana sudi membantu aku untuk memperbaiki segala yang kurang itu.

Benar, jika nilai negatif yang kita sarangkan di dalam jiwa, maka negatiflah hasil yang akan diperolehi, dan itu akan jadi habit, bagi kita itu mungkin biasa saja, tapi bagi orang lain.. cukup, cukup, cukup mengguris perasaan.. In shaa Allah, aku terima nasihat kalian, akanku bentuk kembali identiti diri, yang positif, diriku yang sebenar.. In shaa Allah aku tak akan lost lagi.. dan kuharap, jangan serik untuk terus membimbing.. Aku sayang kalian kerana Allah..

Sekali lagi, maaf.. :)

No comments:

Post a Comment