Yup!! Seronok.. Beraya dengan family tu jangan cakapla.. Takde yang tak seronok dapat sambut lebaran dengan keluarga.. Dan keseronokan bertambah-tambah lagi bila saban tahun berjumpa semula dengan rakan-rakan seperjuangan masa sekolah dulu. Baik yg dari SMKTP atau SMKTATAR, every moment was the best ever.. memang reunion tahunan yang sangat gempak..
Hari ni kami melawat Cikgu Sahidan di Hospital, bekas guru Geografi merangkap bekas guru kelas masa form 3 dulu.. Kami dapat tahu cikgu masuk hospital sebab masalah kekurangan darah dalam badan, semuanya sebab ketumbuhan di bahagian usus. Terkejut jugak masa mula-mula dapat berita ni, kami tahu pun lepas pergi ke rumah cikgu semalam, kalau tak memang tak tahu menahu langsung. Tak sangka sekali lagi saya dapat berita mengejut.. trauma tak habis lagi sebenarnya, saya tak bolehla dengar news macam tu, nak nangis je rasa.. Faham-fahamlah.. Alhamdulillah masa melawat tadi, nampak cikgu boleh bercakap macam biasa, sempat lagi bergurau pasal.. er.. tak ingatla pulak, takpe yang penting semua happy kan ^_^.. Saya doakan semoga cikgu cepat pulih dan gigih mengajar macam dulu..
Sebelum pergi hospital tadi, kami bertandang ke rumah ustazah dan bekas guru kimia kami masa form 5 dulu. Seronoknya dapat jumpa guru-guru.. Terasa berkatnya ilmu yang dipelajari bila tengok cikgu-cikgu tumpang gembira dengan pencapaian kami semua.. Syukurlah, masing-masing ada kisah menarik dan sangat membina untuk dikongsi.
Dan untuk kesekian kalinya, saya terpukul lagi dengan soalan-soalan cepumas berkaitan dengan pengajian saya di bumi UM tu. Salah sorang cikgu saya tanya, kursus yang saya belajar sekarang ni, nak boleh kerja apa nanti bila dah grad? Sentap? taklah, buat apa nak sentap-sentap, betullah soalan tu. Itu tandanya cikgu saya prihatin tentang masa depan saya. Mungkin mereka risau, subjek yang saya pilih ni tak menjanjikan masa depan yang cerah macam orang lain. Tak terlintas pun nak simpan dalam hati tentang itu, semua orang berhak mempersoalkan Saya dah lama prepare dengan soalan-soalan kbkk macam tu, sebab saya sedar, bukan semua orang sudi terbuka dengan jalan hidup yang kita corakkan.
Saya percaya konsep rezeki, takdir dan peluang. Memanglah apa yang kita dapat adalah hasil daripada apa yang telah kita usahakan sebelumnya tapi.. Tapi.. Tapi.. kita juga dilahirkan untuk pelbagai potensi, yakni, potensi untuk cemerlang dalam bidang masing-masing. InsyaAllah, saya yakin dengan jalan yang saya lalui, walaupun mulanya terus terang, ini bukan apa yang saya kehendaki.. hmm.. Orang selalu cakap, kita takkan dapat semua yang kita nak 100 peratus, kita hanya diberi apa yang kita perlukan, semuanya dah ditetapkan.. Allah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.. Dia dah sediakan yang terbaik untuk kita di hadapan sana, kita cuma perlu memilih untuk teruskan perjuangan, atau berhenti di separuh jalan. Dan saya memilih untuk teruskan perjalanan saya, berjalan dan berjalan tanpa henti selagi hayat ini masih diizinkan-Nya. Sebab hidup saya, susah atau senang sayalah yang akan menanggungnya sendiri.. Uhh.. Dejavoo??
Menuntut ilmu memanglah untuk kesenangan hidup.. Tapi kesenangan hidup yang macam mana ye? Kerja? Gaji? Material? Semua tu kesenangan sementara, yang didambakan adalah keseronokan dan perasaan puas apabila diberi peluang menimba setitis ilmu yang dipinjamkan Tuhan.. Semoga bermanfaat. Selalunya kata-kata yang mengusik hati, kadangkala akan menjatuhkan semangat juang yang dipertahankan selama ni. Namun bagi saya, ini peluang baik, terbaik! untuk saya tingkatkan usaha dan buktikan pada mereka di luar sana, yang di luar bidang saya, InsyaAllah saya akan berjaya dan bahagia dengan apa yang saya perjuangkan sekarang. Takde niat nak riak ke atau bangga diri, tapi saya dah immune dengan kritikan, tak kisahlah apa assumption orang terhadap saya, dan saya sangat hormat dengan kritikan cikgu saya, saya anggap ianya pendorong untuk terus maju. Kritikan yang membina akan saya pegang dan saya jadikan prinsip, kritikan pesimis, juga saya pegang dan jadikan prinsip, akan saya jadikan ia sepositif yang mungkin..
wahh.. kisah beraya dan jadi karangan motivasi ke apa? hahaha.. saja je nak berkongsi. Terima kasih, kerana terus menjadikan hati saya seperti tanah liat (huh?? apakah? hehe =P).. Sebab, semakin lama dibakar api, semakin ia kuat dan tahan lama.. =).. k, maassalam..
Best Quotes of the Day..
No comments:
Post a Comment