Wednesday, 15 August 2012

Janganlah Terlalu Paranoid..

Tadi masa nak buat ujian QTI kereta, ada lah terjumpa dengan sorang budak perempuan ni. Dia pelajar lepasan matrik dan tengah tunggu tarikh nak mendaftar di UNIMAS bulan depan. Bercerita dan berkongsi pengalaman belajar sebelum dapat tawaran ke universiti, sangat menarik sebab pengalaman belajar kami memang tak sama.

Dalam dok bercerita tu ada jugak dia luahkan rasa gementar dia sebab pertama kali akan berjauhan terus dengan keluarga sebab selama dia belajar, walaupun tinggal di asrama, tapi dekat je dengan keluarganya, dan setiap minggu ibu dia akan datang melawat di asrama. Tapi lepas ni memang tak akan ada lagi semua tu sebab dia akan merantau ke seberang laut (walaupun masih dalam semenanjung ni) untuk tempoh 3 tahun 1/2 lagi.

Gementar sebab.. Pertamanya, jauh dari keluarga.. Kedua sebab tak tahu keadaan di Sarawak tu nanti macam mana. katanya lagi, sejak menerima tawaran keamsukan ke sana, saban hari dia dimomokkan dengan cerita kurang enak berkenaan dengan keadaan persekitaran dan masyarakat di Bumi Kenyalang itu.

Ikutkan hatinya, nak saja dia menolak tawaran tersebut tapi apakan daya, kalau dia reject, mungkinpeluang keemasan untuk belajar di menara gading akan terpadam. Semuanya sebab dia rasa terlalu takut dan risau dengan kedaifan hidup di tempat yang terkenal dengan kawasan pedalaman yang luas dan petempatannya yang tidak membangun. Dia cakap lagi, ramai orang cakap keadaan di bandar Kuching boleh digambarkan sebagai Melaka yang tidak maju.Senang cakap, kekampungan. Dan dia cakap lagi, kawan-kawan dia kata nanti kena tinggal dalam rumah panjang dan hidup dengan masyarakat bertelinga panjang.  Oh, come on la.. Ceteknya pemikiran! Macamlah teruk sangat duduk dalam rumah panjang. Budak tu pergi UNIMAS, tinggal dalam kampus, bila masanya pulaklah kena tinggal dengan orang telinga panjang. Kalau pun di sana nanti bertemu dengan orang macam tu, siapa kita untuk menghina kebudayaan masyarakat lain dan merendah-rendahkan mereka. Etnosentrik namanya tu!! ><


Inilah masalah orang kita. Kalau bab mengutuk tu nombor satu. Orang yang bercakap tu pun bukannya pernah jejakkan kaki ke sana nak describe tempat orang macam tu. Lagipun sekarang ni banyak kawasan di Sarawak yang semakin membangun. Dan saya cakap pada budak perempuan tu, zaman sekarang dah ramai rakyat di negeri bumi Kenyalang tu dah jadi kaya raya sebab mereka dah maju dari aspek ekonomi. Sana sini orang berniaga, mereka kaya dengan sumber alam yang berharga yang susah dan memang tak ada di Semenanjung ni. Aspek pendidikan pun dah berkembang dan apa yang saya lihat sepanjang pengalaman saya berkawan dengan teman-teman dari Sabah dan Sarawak ni, cara berfikir mereka cukup bagus, mereka tahu banyak perkara dan lagi, walaupun bukan semua tapi hampir keseluruhan rakan-rakan dan penduduk Sabah Sarawak yang saya kenal fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Di Sabah pula, memang tak dinafikan kadar kemiskinan rakyat di Sabah adalah antara yang paling tinggi di Malaysia, tapi bukan bermakna mereka tu masyarakat yang tidak bertamadun. Mereka ada kelebihan mereka sendiri. Hidup dalam keadaan dikelilingi petempatan yang masih belum membangun, memberikan mereka kelebihan dalam mengenali alam semula jadi dengan lebih sempurna berbanding masyarakat yang tinggal di bandar. Ya, memang masih ramai yang tinggal di dalam kampung, dekat dengan hutan, dekat dengan pulau. Rumah nelayan di atas laut, tapi itu memberikan satu kelebihan untuk mereka menguruskan khazanah alam yang wujud sejak beribu tahun dahulu dengan kepakaran mereka sendiri, yang mungkin masyarakat yang dianggap maju macam kita ni tak mampu lakukan.

Walaupun mereka orang kampung yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan masih ramai yang berpegang pada adat lama dan kepercayaan masing-masing daripada apa yang diwarisi turun-temurun, tapi itu bukanlah bermaksud mereka terus tertinggal jauh di belakang dalam urusan kelestarian hidup. Mereka masih ada adat, adab dan budaya yang mencorakkan nilai yang ada dalam diri mereka. Mereka masih menghormati orang lain, cuma mengikut resam budaya masing-masing yang memang dijadikan Tuhan berbeza-beza suapaya kita dapat saling berkenalan dan mengambil apa yang boleh dijadikan contoh teladan yang baik daripadanya. Dan mereka juga sentiasa ingin berusaha untuk maju dalam hidup. Yang diperlukan adalah sokongan moral dan bimbingan untuk terus maju dalam hidup melalui usaha penambahbaikan dari segi prasarana.

Tak sangka dalam kemajuan zaman teknologi hari ini pun, masih ramai pihak yang tidak henti-henti memberikan interpretasi yang kurang molek didengar tentang masyarakat pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. "Orang Sabah Sarawak tu kaum nomad", "hidup atas pokok", "Telinga panjang", "tempat kotor". Apa ni?? Zaman dah berubah, tak ada lagi isu macam tu, malah orang peribumi pun dah pakar gunakan teknologi macam kita. Kalau betul pun benda macam tu masih wujud, sekurang-kurangnya janganlah menghina. Bayangkan apa perasaan sahabat-sahabat kita dari sana yang mendengar orang di sini keluarkan statement negatif macam tu secara berlebih-lebihan. Keciklah hati mereka. Saya pun terasa jugak sebab salah seorang best friend saya dari Sabah, sedih saya bila diorang cakap masyarakat di situ macam tu. Sama lah macam dia menghina sahabat saya, menghina sahabat saya, bererti menghina saya jugak. Sakitlah, berdesing telinga saya dengar dia cakap macam tu tadi. But truly, I never blame her.. Apa yang dia cakap tu berdasarkan apa yang dia dengar dari orang sekeliling.

Sebenarnya tak kiralah di mana pun kita tercampak, di pulau, di lombong emas atau di tengah gurun padang pasir sekalipun, jika kita bijak membawa diri dan beradab.. InsyaAllah, Tuhan akan pelihara kita.. Lagipun di UNIMAS tu tak kurang hebatnya macam IPTA di Semenanjung, malah mungkin lebih advance, lebih besar dan banyak facilities.. Saya dengar satu tarikan yang ada di UNIMAS tu, mereka ada pusat bowling mereka sendiri.. Kita nak main nowling? Kena keluar pergi ke bowling center atau mall yang tersedialah jawabnya.

Saya suruh budak tu fikir balik, kelebihan merantau ke negeri orang. Its not that bad, as long as we can get along and adapting well with the situation.. Ia mematangkan. UNIMAS, bandar Kuching tu pun tempatnya macam di tempat lain jugak, cumanya mungkin suasana dan cara pembawakan yang akan nampak lain sikit nanti.. Tak rugi belajar di situ, bukan sebab ada bowling centre sendiri je, tapi kita jejakkan kaki ke tempat orang. Belajar sesuaikan diri, belajar menerima dan memahami budaya orang lain yang pelbagai. Belajar untuk adapt dengan perkara-perkara baru. Dan belajar untuk memantapkan personaliti diri seiring pergerakan usia yang semakin meningkat. Sampai bila nak terperuk dalam kepompong yang sama.. dan sampai bila nak hidup dalam budaya berfikir yang masih pesimis serta tidak berkembang..

Lagipun di sana bukannya tak ada pelajar lain dari Semenanjung.. Hidup di alam kampus memang tak sama dengan alam persekolahan. Kita belajar luaskan jurang sosial dan hidup dalam budaya bermasyarakat di situ. Got lots of fun there.. Sekurang-kurangnya nanti bila dah masuk alam pekerjaan tak adalah jadi culture shock kan.. Macam yang saya cakap sebelum ni, kalau pandai jaga diri dan positif terhadap perkara sekeliling, InsyaAllah semuanya akan jadi lebih mudah dalam perlindungan-Nya.. Di mana bumi dipijak, di situ jugalah langit yang akan dijunjung..

Dan pasal isu Sabah Sarawak ni kuno, naah.. Theres no such thingsla.. Cuba lah lihat dari sudut yang lebih optimis. Skeptikal biarlah berpada-pada.. Jangan nanti perkara tu berubah menjadi paranoid yang hanya merugikan.. Kepada adik tu tadi, saya harap dia berjaya habiskan pengajian ijazah pertamanya di sana dengan cemerlang. Janganlah difikirkan sangat cakap-cakap orang.. Tak kenal maka tak cinta. Silap hari bulan berat hati nak balik bila dah habis study. Semoga ilmu yang ditimba di sana nanti bermanfaat untuk semua hendaknya.. Masih banyak perkara dalam dunia ni yang belum diteroka. Itu baru dalam Malaysia, belum belajar sampai ke luar negeri lagi.. Kehidupan semakin mencabar hari demi hari, terpulang pada kebijaksanaan kita untuk menghadapinya.. Hanya orang yang melaluinya saja akan tahu susah atau senang sesuatu perkara tu. But then, there's no as easy as ABC in every first time..

Thats all.. Maaf kalau entri ni tidak menyenangkan.. Saya hanya berkongsi pendapat.. Maassalam.. ^^

No comments:

Post a Comment