Sunday, 12 August 2012

Kelas Memandu..

Assalamualaikum..

Minggu ni adalah minggu yang terakhir saya jalani kelas memandu 8 jam. 4 minggu memandu kereta manual untuk pertama kali seumur hidup, tak tahu nak describe macam mana. Seronok? Agakla jugak.. Sebab mencuba perkara baru dalam hidup memang mengujakan. Tapi, takut tu jangan cakapla.. Ikutkan hati ni memang tak ada perasaan nak ambil lesen kereta, tapi bila memikirkan ni semua untuk kebaikan saya jugak, dan ramai rakan-rakan sebaya dah lepas lesen P, so saya rasa kecik je bila saya antara yang terkebelakang, jadi saya belajar jela. Lagipun sekarang ni memang ada banyak kesempatan. Cuti semester 3 bulan bukannya selalu kan.. =)

InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa halangan mungkin Rabu ni saya buat ujian QTI. Seriously memang saya gementar sekarang ni. Sebabnya, saya rasa saya belum cukup bersedia walaupun dah sebulan berlatih. Dan hari ni, boleh dikatakan cara saya memandu terutamanya di jalan raya adalah yang paling teruk dalam sejarah. Macam-macam benda berlaku sepanjang dua jam memandu hari ni.

Pertamanya, saya langgar lopak air sewaktu memandu di jalan raya, habis terperanjat cikgu memandu saya tu. Bergegar kereta. What then.. kena sound la.. "Apa ni, Atikah, dah 4 minggu bawa kereta tak boleh alert lagi?"

Lepas tu masalah nak handle gear, paling saya rasa susah bila nak tukar dari gear 4 ke gear 2, ataupun waktu nak membelok, kadang-kadang saya main hentam belok je tak tukar gear.. Dah tu memang kena hentam lagi la.. "Atikah, kamu kan dah ada lesen motor, takkan tak boleh handle gear lagi kot.. Motor dengan kereta tak jauh beza pun!" Pastu mulut saya ni pun laju je menjawab, "Saya naik skuter, tak ada gear.." dan saya tengok muka cikgu tu dah lain.. Pastu terus dia ketawa terbahak-bahak.. Saya tahu dia ketawakan kelurusan saya.. huhuhu.. Y_Y.. Tak suka..

Situasi ketiga, masa tunggu turn nak buat dekat petak parking. Tak tahu lah kenapa, tak pernah-pernah berlaku seumur hidup saya sepanjang belajar memandu tiba-tiba saya rasa nak meng"adjust" sit kereta. Dan saya adjust sit tanpa free gear terlebih dahulu. Apa lagi, macam kuda mengamuk la kereta tu melambung-lambung.. Cikgu memandu saya yang menunggu di bawah pondok petak parking pun naik gelabah dan terus berlari ke arah saya.

"La, kamu buat apa pulak kali ni? Ni mesti adjust sit tak mati gear.. Tak pernah-pernah buat macam tu kenapa hari ni jadi macam ni.." muka dia dah merah padam, saya tahu dia nak marah tapi macam biasa, dia ketawakan saya lepas tu, macam saya ni Mr. Bean yang tengah buat lawah bodoh depan orang ramai. Macam biasa, saya pun jawab.. "Entah, rasa macam hari ni kaki pendek sikitlah, susah nak tekan cluch."

"Itulah sebabnya sebelum start drive dalam undang-undang jalan raya pemandu kena adjust siap-siap apa yang tak selesa, sebab tak mahu jadi macam ni lah.. Dah, sekarang free gear dan matikan enjin. Lepas tu mula balik.."

"Hehehe..." saya hanya mampu sengih, pemandu yang tunggu di belakang semuanya ketawakan saya.. Sentap juga, tapi turn saya ketawakan mereka bila ada yang naikkan tayar kereta atas bendul masa nak buat parking dan ada yang enjin mati masa tengah memandu.. cikgu diorang pulak yang tepuk dahi.. Hah, itulah.. ketawakan orang lagi.. Rasakan! huh.. ><

Masa nak balik, saya memandu dari driving school terus sampai ke rumah.. Kebas jugaklah kaki tangan ni.. Memmang mencabar, selalu juga kena sound setempek sebab ada je kesalahan yang saya buat, tapi saya buat muka tak bersalah je, dan itu menambahkan stress cikgu memandu saya tu..

Yang best sepanjang jalan saya kena komen. Macam ni..

"Atikah, kamu ni.. Petak parking ok, simpang tiga, bukit semua dah cantik, pejam mata pun kamu boleh buat.. Yang tu ok pulak,orang lain yang tulah part paling susah, highway pulak senang.. Tapi kamu, bila atas jalan raya ni apasal lah cemerkap sangat. Kamu tahu tak, jalan area Langgar ni lah yang paling senang sekali, kalau driving school Alor Setar, Malau.. Ada lima laluan nak kena ingat. Sini dua laluan saja. Lagi satu, kamu ni gopoh sangat. Kamu tak rasa bimbang ke? Tak takut kena langgar lori, tak pun tak takut ke kalau kamu tu yang langgar lori.. Bla, bla, bla..."

Haih, yelah cikgu.. Saya faham, isk.. isk.. kenapalah saya ni slow sangat nak pick up apa yang saya belajar, baik di sekolah, kelas memandu, kelas tae kwando, selalu tak lepas.. Tapi harap-haraplah, saya lulus ujian yang ni.. Walaupun saya memang tak ada bakat nak memandu kenderaan manual macam orang lain, tapi saya akan atasi kekurangan tu. Saya yang akan mengawal keadaan, bukan keadaan yang mengawal saya.. Saya akan apply konsep BELIEVE yang saya belajar dalam Sahabat Seru.. Percaya pada potensi diri.. "You are what you think." Kalau orang lain boleh atasi cabaran yang lebih besar dari kelas memandu ni, kenapa tidak saya.. Dan saya memang tabik spring toink toink la pada rakan-rakan dan semua orang yang dah lepasi semua halangan ni.. InsyaAllah, saya akan menyusuli kalian, cepat atau lambat je.. Doakan eh.. Maassalam.. ^^

Best Quotes of the Day..

"Don't wish it was easier, wish you were better. Don't wish for less problems, wish fo more skills. Don't wish for less challenges, wish for more wisdom."

No comments:

Post a Comment