Sunday, 5 August 2012

Sakit adalah Tarbiyyah & Kifarah Dosa..

Assalamualaikum.. Sejahteralah selalu buat saudaraku..

Dua hari berlalu tanpa sebarang perkongsian. Sorry.. Y_Y.. Biasalah bila satu anggota yang tak sihat, anggota yang lain turut terasa sakitnya.

Sejak tiga hari lepas saya selsema tak henti-henti.Rasa macam nak putus urat kepala ni.. Kelas tutorial pun tak boleh nak buat macam biasa.. Sorry yea adik-adikku.. huhuhu...

Walaupun demam, Alhamdulillah puasa belum sempat ponteng lagi tau.. (wah, berlagak.. haha..)
Ada juga emak suruh saya "burn"kan satu hari sebab memang dah tak tahan, dengan selsemanya, sakit tekak, peti suara habis bateri (suara hilang), tapi.. Oh tidak.. Kalau 10 tahun yang lalu mak suruh saya buka puasa sebab sakit, memang hoorey-hoorey lah saya.. Tapi sekarang saya dah terlalu "tua" untuk buat semua tu.. Malu kot kat anak-anak jiran yang berpuasa penuh walaupun baru berusia 6 tahun. Walhal dalam hati.... Bak kata UNIC, Hanya Tuhan yang Tahu.

Itulah faktor utama saya "sunyi" je sehari dua nih.. But now, I'm back..!! :)) Alhamdulillah, terima kasih pada Allah yang memberikan kesembuhan setelah dia datangkan sakit tu. Itu baru sikit dah rasa... "isk.. isk.., mungkin ini hari terakhirku.." Tapi Allah yang Maha Pemurah, masih juga dia mahu berikan saya ruang untuk meneruskan kehidupan ni.

Teringat saya pada kata-kata ustazah saya masa sekolah dulu. Kadang-kadang kita diberi sakit supaya Allah dapat memberi kita peluang untuk raih pahala percuma. Yup, percuma maksud saya macam bonus, hadiah untuk kita.. Ditambah pula jika kita pertaruhkan kesabaran dan berserah hanya kepada-Nya. InsyaAllah, pahalanya berlipat ganda. Dan sakit itu juga kifarah dosa. Mungkin ada khilaf yang kita terlepas pandang atau yang kita tak sedar pun selama ni yang telah menyebabkan bertambahnya dosa-dosa kecil dalam buku catatan harian kita.. Jadi sakit itu menjadi pemadam kepada catatan dosa-dosa kecil itu.. Wallahua'lam.. semua itu atas perkenan Allah swt untuk hamba-Nya yang lemah..

Sakit Mendidik Hati Agar Sentiasa Mengingati Mati...

Tak ada sesiapa pun di dalam dunia ini yang bergembira meraikan kesakitan setiap kali ia muncul. Dalam hati atau yang melata di bibir waktu tu pastinya "aduh, cepatlah sembuh.. dah tak tertahan lagi.." lebih kuranglah kan..

Tapi setiap yang menimpa kita baik atau buruk, ibarat kata-kata insan bijak pandai "pasti ada hikmahnya." Dan bagi umat Islam seperti kita, itu adalah satu kenyataan yang wajib kita terima sebagai iktikad kita terhadap Qada' dan Qadar daripada Allah swt.

Di saat kita ditimpa kesakitanlah, hati selalunya akan cenderung untuk lebih mengingati kematian yang sentiasa menanti untuk menjemput kita bila-bila masa tanpa sesaat cepat atau sesaat lambat. Justeru, mengingati mati itu akan menjadikan kita takut, takut sekiranya saat kita dijemput, kita masih belum mengumpul bekalan sekucupnya untuk dibawa pulang ke negeri abadi.. Maka, hati akan selalu merintih memohon rahmat dan keampunan Allah, serta peluang untuk kita menebus setiap keterlanjuran dan menampung mana-mana lompang yang masih belum terisi sepenuhnya. Dengan itu, bertambah lagi keimanan kita kepada Allah, lantas menjadikan kita hamba yang sentiasa ingat kepada-Nya..

Ibnu Umar meriwayatkan, bahawa "Nabi memegang pundakku lalu berkata, "Jika kamu berada di waktu petang, jangan kamu nantikan pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi, jangan kamu nantikan petang, Manfaatkan masa sihatmu sebelum datang sakit dan masa hidupmu sebelum datang kematian."

Sama-samalah kita ambil kebaikan daripadanya dan seriously, saya memang takut mati.

Kehidupan Lebih Dihargai...

Setuju atau tidak, waktu sakitlah kita akan tersedar fungsi sebenar anggota tubuh yang terasa sakit itu. Sebagai contoh, kita selalu tak alert kepada keperluan tubuh untuk mendapatkan keseimbangan waktu rehat yang mencukupi, dan selalu kita abaikan masa tidur yang berkualiti.

Jika kita mengabaikan waktu tidur misalnya (saya la tuu..), otak akan mengalami keletihan, lalu menyukarkannya untuk bekerja dengan baik. Hah, masa tu mulalah, migrain, selsema, demam, insomnia dan sebagainya. Bila dah dapat semua sakit tu, barulah kita akan terasa.. Azabnya bila kepala ni sakit, rasa macam nak meletuplah, macam kena cucuk besi lah.. Dan, pastinya kita akan berusaha untuk memastikan tubuh badan kita sihat seperti sedia kala.. Dan sesudah sembuh, pasti kita akan lebih prihatin terhadap kesihatan diri melalui rehat yang secukupnya.

Itulah hakikat yang sedang saya hadapi sekarang ni. Bila dah sakit, baru nak rasa betapa nikmatnya sihat.. Dan mulai semalam, saya akan pastikan saya akan masuk ke bilik tepat jam 10.30 malam dalam keadaam bilik gelap gelita, supaya memudahkan saya untuk tidur walaupun saya ni memang susah ya amat nak tidur malam.. teringat pula dengan kata-kata adik sepupu yang sorang tu, dia selalu cakap, "ntah-ntah kakak dah kena sumpah jadi burung hantu tak.. Tak pun zombie.. sebab tu lah susah tidur malam.." Wahh,!! tak awesome langsung jadi zombie.. So, sekarang, saya lebih banyak mengahabiskan masa bergolek-golek di atas katil pada waktu malam berbanding membaca novel cinta fantasi yang dah jadi tabiat sejak Form 3 dulu.. =D.. Peace.. (^_^)v

Jadi, itulah sharing feed hari ini.. Salah satu punca jatuh sakit, dan juga hikmah di sebaliknya.. Yang mengajar erti sabar dan syukur..
Semoga bermanfaat, insyaAllah.. Maassalam..

Best Quotes of The Day..

No comments:

Post a Comment