Hari ni adalah hari terakhir saya bekerja di tadika, untuk tahun ni.. InsyaAllah, cuti semester yang akan datang, kalau saya ketagih nak mengajar, saya buatla lagi part time kat sana.
Hari ni kalau diikutkan budak-budak tu tak belajar, sebab hari ni puan pengetua adakan jamuan hari raya Aidilfitri dan sempena hari terakhir saya di situ.. Seronok saya tengok suasana di tadika hari ni, lebih warna warni daripada biasa, sebab.. semua orang pakai baju raya, dan anak-anak murid yang lebih bergaya sakan berbanding cikgu-cikgu! Bestnya!! ^_^ (haha, jelous lebih tepat =P)
Semua orang bawa makanan masing-masing untuk dikongsi antara satu sama lain. Puan Pengetua sponsor nasi tomato dan minuman, yang lain-lain bawa kuih raya masing-masing dan ada juga ibu bapa yang murah hari sponsor kek sempena hari raya.. Saya? Saya bawa perut yang kosong tak diisi je. haha.. Tak la, saya bawa kek coklat kukus yang saya berjaya buat untuk pertama kali selama 21 tahun hidup sebagai Atikah Zakaria. Thanks to my beloved best friend, Maheran for the awesome brownies recipe, ^_^.. Sharing is caring.. =) Alhamdulillah dapat sambutan, sampai ada yang nak tapau bawa balik untuk family, termasuklah puan pengetua. Kembang hidung bila semua orang sukakannya.. Alah, macam lah orang lain tak pandai buat kan.. =P
Em.. Pastu apa lagi eh? Ha.. Hari ni jugak ada pelajar yang bau nak mendaftar. Kalau tak salah, umur dia 4-5 tahun. Mungkin masuk tadika minggu depan, mungkin jugak tahun depan.. Tak tahulah, yang pasti, saya tak sempat mengajar budak sweet tu.. Danish? Anis? Ntahlah, tak pasti.. Yang penting, dia memang sweet dan mudah mesra, first time jumpa, dia tak kekok pun, apa yang kami tanya, semua dia jawab dengan happy, macam tak sabar nak masuk tadika.. Ecxited pulak tu bila saya ajak bergambar..
Masa nak balik tadi, rakan sekerja, kak Aisya suruh semua pelajar bersalam-salaman dengan saya, salaman istimewa sebab katanya.. "lepas ni cikgu Atie dah tak ada kat tadika.. kamu akan dapat cikgu baru nanti." Ada yang tanya "kenapa?" so saya jawablah "cikgu kena balik universiti.."
"Cikgu nak buat apa kat situ?"
"Cikgu nak belajarlah, macam kamu jugak.. Belajar membaca, menulis, mengaji.."
"Oh, cikgu nak pergi sekolah cikgu ke?"
Hahaha.. Geli hati saya.. Hmm.. Lebih kuranglah sayang oi.. Yang penting perjuangan kita sama, nak berjaya dalam hidup dan jadi insan berguna, cuma tanggungjawab cikgu lebih besar sebab perjalanan cikgu di dunia ni dah semakin jauh dan panjang.. Nanti bila dah besar, fahamlah mereka kenapa saya selalu datang dan pergi bila tiba masanya. Dan.. Agak touching la bila ada seorang pelajar perempuan yang tanya.. "Habis tu nanti macam mana? Intan nak mengaji dengan siapa?" Mata dah kuyu..Sayu.. saya pun cakapla.. nak sedapkan hati.. " Nanti cikgu Biah akan ajar sementara nak dapat cikgu baru."
"Emm.. Cikgu ni kejap datang, pastu dah nak pergi.. Hmm.. =(" haha.. Intan, Intan.. Intan payung.. sedih eh.. Alah, kejap je tu, esok lusa kepoh balik la..
Intan tu memang, drama queen.. Maybe dia dah selesa kot dengan saya sebab saya selalu melayan kerenah dia yang suka buat loyar buruk tu, dan saya selalu guna formula-formula tertentu untuk memudahkan dia ingat bacaan-bacaan yang saya ajar.. Sebabnya dia adalah antara pelajar yang paling susah nak ingat apa yang dia belajar.. Selalu lupa, so saya buat satu stail special untuk dia, sekarang alhamdulillah.. Dia dah makin improve.. Kinda proud of her.. Dan formula tu saya dengan dia je yang tahu.. hehe.. adalah..
Haih, cepat betul masa berlalu kan.. Bukan merungut, cuma.. Terasa berat nak tinggalkan semuanya yang di tadika tu.. Tapi macam manapun saya masih punya tanggungjawab yang lebih besar, untuk masa depan, dan untuk hidup ni.. Semoga semuanya berjalan sebaik mungkin..
That all for now.. Maassalam.. ^_^
Best Quotes of the Day
"There are many things in life that will catch your eye.. But only a few will catch your heart.. Pursue those.. "
Mulanya nak bergambar dengan Faris je (baju coklat). Dah semua interframe.. Takpela, lagi ramai, lagi meriah..
Port favourite kalau nak melepak time rehat.. Tapi, hah.. takdak maknanya.. huhu..
Inilah Kak Aisya.. Jurang umur kami memang jauh, tapi saya paling rapat dengan dia di tadika ni..
Terasanya diri tinggi, bila berdiri dengan orang yang kecik molek belaka..
Dari kiri, saya, Kak Aisya (dah tukar baju sebab ada pelajar muntah atas baju dia.. So sorry.. Y_Y), Puan Pengetua ( Cigu Rubiah) dan Kak Rubi
Rakan 1 Malaysia, Cikgu Revati.. Senior saya di tadika, dan senior saya masa seolah menengah, juga jiran satu taman perumahan.. Kebetulan betul.. =)
Inilah buah hati paling baik, comel, bijak dan lemah lembut dan segala-galanya.. Qistina, hope to have as sweet niece as you are..
Bergambar kat depan pintu, lighting tak clear.. So...
Tukar kat sini pulak.. baru ok sikit.. ^_^
Inilah bakal pelajar baru yang saya cakap tadi, Danish? Anis?? Not pretty sure, pelat bayi dia pekat lagi.. Bila tanya nama dia jawab, "er.. a..nii..s"
No comments:
Post a Comment