Menjadi seorang tutor memang memberikan satu pengalaman yang menarik. Macam simple, tapi bila bersangkutan dengan amanah dan tanggungjawab, saya kena pastikan apa yang saja ajarkan pada mereka dapat difahami. Lagipun, UPSR dah tak lama, kalau tak salah, 11/9 ni kan?
Masa mula-mula mengajar, saya diberitahu oleh ibu-ibu mereka, supaya bertegas dengan mereka, marah kalau perlu dan jangan berlembut. Alasannya, anak-anak mereka ni malas belajar dan sangat lemah dalam subjek bahasa Inggeris. Saya iakan saja, tapi saya takkan buat macam tu. Saya ni cuma tutor separuh masa, bukannya guru sekolah yang bertauliyah untuk buat semua tu. Peranan saya tak lebih hanya sebagai pembimbing dan berkongsi apa yang saya tahu sebagai orang yang dah mengalami apa yang bakal pelajar-pelajar ni tempuhi tak lama lagi..
Sepanjang tutorial yang saya jalankan dengan 3 orang pelajar yang juga anak kepada jiran-jiran tetangga di rumah saya, saya tak nampak apa-apa yang ekstrim teruknya sebagaimana yang digambarkan oleh ibu-ibu mereka tu.. Lemah English, yup.. Itu memang betul, tapi part yang dikatakan malas tu, langsung saya tak nampak ada pada sikap mereka terhadap pelajaran.
Mereka sentiasa bertanya dan bertanya tentang sesuatu yang mereka tak tahu.. Kejap, bukan tak tahu, tapi tak yakin yang mereka tahu tentang apa yang mereka patut tahu.. Saya rasa frasa "malas" tu sepatutnya ditukar kepada istilah yang bagi saya lebih tepat disebut sebagai "takut". Ya, memang mereka takut. Takut buat salah, takut kena marah dan takut nak berhadapan dengan cabaran yang tidaklah sesusah mana kalau mereka yakin dengan kemampuan yang mereka ada.
Mereka juga sentiasa alert dengan apa yang saya cakap dan setiap yang saya katakan, mereka akan tulis di atas buku latihan, walaupun spelling nya tunggang terbalik macam bahasa sanskrit kadang-kadang tu.
Saya tak nafikan, berdasarkan kertas-kertas ujian dan latihan-latihan yang lepas, menunjukkan betapa lemahnya pelajar-pelajar ini dalam subjek-subjek tough macam bahasa Inggeris, Sains dan Matematik kertas II, tapi bahasa Inggerislah yang paling teruk sekali. Tapi masa belajar dengan saya, mereka mampu hasilkan dua esei 100 perkataan dengan baik kurang dari satu jam. Mereka bagus, cuba perlu perbaiki ejaan dan perbanyakkan vocabulary dalam penulisan esei untuk kertas II mereka tu.
What is wrong with those kids? I can see how pale they are each time they have to deal with this English "stuff".. Fine then, saya akan cari punca masalah ni. Saya tak sampai hati tengok pelajar yang sepatutnya jalani baki-baki masa yang ada sebelum peperiksaan bermula, terpaksa berhadapan dengan tekanan belajar dan fobia terhadap sesuatu hingga mengganggu tumpuan mereka untuk terus belajar. Mereka memang berpotensi untuk berjaya, tapi bila halangan-halangan macam tu tak diatasi segera, hampir mustahil untuk mereka capai target yang ditetapkan..
Untuk tutorial esok pagi (owh, sebelum tu.. Kedah cuti hari Jumaat.. ^_^), saya minta mereka bawakan jadual belajar di sekolah dan jadual peribadi mereka. Dan lagi, saya minta mereka bawakan sekali semua buku-buku latihan bahasa Inggeris dan kertas latihan dari tempat tuisyen .
Rasanya ok tak saya menyibuk macam tu sekali? Saya tahu saya tak layak bertindak sejauh tu, seolah-olah saya mempertikaikan cara pembelajaran yang mereka terima daripada guru mereka, sedangkan saya juga tak ada sebarang kelayakan pun untuk mengajar, lagi-lagi subjek ni, saya ni pun bahasa Inggeris masih di tahap merangkak, baby step.. Telalu banyak kelemahan.. Tapi inilah saja caranya saya nak dapatkan kepastian, kenapa mereka sangat takut dengan bahasa Inggeris sedangkan mereka tak ada masalah kalau mereka percaya dan yakin pada diri sendiri.. Saya tak lihat mereka sebagai pelajar, tapi sebagai adik yang perlu dibimbing oleh kakaknya. InsyaAllah, saya akan bantu selagi mana yang termampu.. Doakan eh.. =)
Oklah, sampai di sini dulu.. Jumpa lagi dalam post-post yang akan datang.. Maassalam..
Best Quotes of the Day..
Salam Atikah, wonderful sharing. Alhamdulillah you are empowering and contributing. InsyaAllah you are going to be a great tutor.
ReplyDeleteSalam Abg Amirul & Kak Elin, thanks for those motivated compliments.. I really appreciate that.. InsyaAllah..
ReplyDeleteBut still, I need your guidance in this so that I can keep empowering myself fo better.. Thanks again.. ^^