Tuesday, 26 August 2014

Tolong Tepi Sikit, Gadget!

Assalamualaikum.

Kalau nak ajak saya keluar makan, satu je.. satu jeeee saya mohon.. segala gadjet tak kiralah iphone ke, ipad ke, mp3 segala mak nenek tu mohon simpan atau letak ke tepi ya..

kalau setakat ajak keluar "just nak temankan makan" tapi hanphone tu melekat kat tangan, swipe tak berhenti dari mula makan sampailah habis makan sepatah tak bercakap, baik kamu makan depan tiang lampu lagi bagus. jangan ajak saya kalau macam tu lah sikap kamu yang lebih pentingkan komunikasi di alam maya berbanding komunikasi dengan manusia depan mata kamu ni.

penting sangat ke facebook, twitter, instagram kamu tu sampai nak berborak dengan saya pun tak boleh?? cer kabor gak penting sangat ke?? o.O

saya pun ada jugak segala benda alah tu semua, tapi bila duduk makan semeja, keluar habiskan masa dengan family/sahabat handai, automatically saya memang dah tak pandang benda-benda tu semua kalau tak ada keperluan penting. saya pun kaki facebook jugak, saya pun dok mengupdate jugak status, post gambar segala bagai, tapi tak adalah sampai lupa diri.. tak adalah sampai I have to wave my hand to say, "hello.. I'm here, right in front of you.. can we talk?" haih...

saya tak tahulah kalau orang lain tak kisah pasal tu. Tapi saya kisah, ok!! dan saya memang cukup pantang bila duduk depan manusia yang 24 jam tengok handphone, bergelak ketawa depan handphone, tapi kawan yang ada depan mata ni jadi tunggul.. haaa... ini memang menimbulkan kemarahan yang luar biasa, luar biasa tahu takk..dah macam zombie pun ada orang macam ni.  haih, geramnyaaaa!!!!!! >..<
rasa macam nak ambil handphone tu baling je dalam tong sampah.

nak keluar dengan orang macam saya tak susah, saya serius tak cerewet esp bab makanlah kan.. (hahhahhaha) tapi yang saya utamakan kualiti masa yang dihabiskan bersama tu, tak kiralah sejam ke, 15 minit ke, yang penting ada komunikasi. sebab masa tulah kita nak berkongsi tentang kehidupan, pemikiran dan kasih sayang kita dengan orang yang kita habiskan masa bersama tu. dahlah nak jumpa duduk semeja sekali sehari pun payah, bila dah ada kesempatan macam ni boleh pulak pentingkan gadget dari manusia?? kenapa?? kalau tak view news feed dekat social network tu 24 jam sehari, boleh mati ke??!!!
---------------------------------------------
kalau calon suami aku nanti macam ni punya perangai, hah! bye-bye lah jawabnya.. kau nak sangat perangai macam ni kan..pergi kahwin jelah dengan i-phone kau tu!

Monday, 25 August 2014

Result Tesis: Dah Jangka..

Assalamualaikum..

Officially Result Tesis dah pun keluar. Syukur, ya syukur sekurang-kurangnya lulus dengan kepujian. Terkilan sikit sebab tak dapat A macam yang diangan-angankan.

memang dah jangka pun, result mungkin tak sebagus yang lain, dan tak sebagus expectation penyelia tentang kajian yang ditulis tu. Tidaklah meletakkan kesalahan tu pada sesiapa. kekurngan tu memang dari diri sendiri juga.. sebab dari awal tak rujuk penyelia untuk tukar objektif kajian. based on dapatan kajian, rujukan semata-mata... seratus peratus rujukan memang di arkib.. banyak yang terpaksa ditukar di saat-saat akhir.. and it was totally my bad bila tak jumpa penyelia untuk kemukakan masalah tu. yelah, apa function penyelia kalau bukan untuk bantu student yang menulis latihan ilmiah di bawah seliaannya setiap kali bermasalah kan.. padah bila memandai-mandai.. buat tulis tesis tu macam ngapdate blog pun ada..hurmm..

Sebenarnya kekuatan tu tak ada.. bimbang dan takut dengan penyelia yang sangat optimis dan berharap apa yang bakal dipersembahkan itu nanti mengikut apa yang dikehendaki. doktor yakin yang saya mampu hasilkan apa yang diinginkan. lantaran kepercayaan yang tidak berbelah bagi itulah, bila adanya masalah saya jadi takut dan tidak yakin diri untuk berjumpa doktor dan kemukakan segala masalah yang ada berkenaan rujukan yang ada. jadi saya putuskan untuk menulis berdasarkan bahan yang ditemukan, yang mana sedikit sebanyak ianya telah mengubah objektif yang dirancang sejak pembentangan proposal tesis tu dibuat.

3 minggu saya skip dari berjumpa doktor. minggu depan dah nak kena submit, hari ni baru jumpa untuk berterus terang masalah sebenar.. memang tak sempatlah doktor nak membantu, nasiblah doktor terima tesis tu, walaupun dengan riak muka kecewa sebab hasilnya berubah, tak sama macam yang dirancang.

keputusannya ok, tak teruk, tapi tidaklah cemerlang mana.. tak cemerlang macam yang lain-lain.. tapi alhamdulillah, apapun yang berlaku, taklah sampai jejaskan pointer untuk sem ni. tak jatuh, naik sikit.. sikiiiitttt je.. haha, nasiblah result final exam tu ok, kalau tak memang hangit kena masak dengan mak..

Itulah Atikah, orang lain sibuk belajar, kau sibuk belajar juga, tapi tak hadam.. pastu hentam keromo..  Aduhai,.. moga jadi pengajaran bermakna..

Maassalam..

Friday, 2 May 2014

Manusia Itu Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah.

Assalamualaikum..

Perkongsian dari roommate..

Katanya, kita beramal, kita beribadah.. Pahala itu in shaa Allah..
Tetapi yang menjadikan kita dapat masuk syurga bukanlah kerana banyaknya amalan kita itu, tetapi kerana rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya.

Walau sebesar apapun gunung dosa seseorang, hingga membuatkannya terhumban ke dalam neraka, tetapi dengan rahmat Allah, jika ada sekelumit pun amalan yg dilakukan yang membuatkan Allah redha kepadanya, Allah akan masukkan juga dia ke dalam syurga.. Kehendak Allah tak siapa dapat menduga, tak siapa dapat mempersoalkan apatah lagi menghalangnya..

Dan walau sebanyak manapun, malah seluas lautan sekalipun timbunan amalan seseorang, tetapi jika ada walau sebesar hama perasaan ujub, riak dan berbangga diri dengan amalan yang dilakukan, itu hanya akan mengundang murka Allah.. Tak mustahil, walaupun seseorang itu dilihat ketika di dunia ini dia seorang yang warak, tetapi di akhirat dia muflis hanya dengan perasaan yakin, bahawa dengan  amalannya itulah, dia pasti akan ke syurga.. Tidak!

Oleh itu, kita jangan sesekali yakin bahawa dengan banyaknya amalan kita, itu akan menjamin akses kita ke syurga-Nya..

Lantas saya bertanya..

"bukankah dengan amalan ketika di dunia akan menjadi tuaian hasil di akhirat dan menjamin bahagia di sana?"

"ya, memang benar.. Tetapi amalan yang banyak tidak ada gunanya jika hati tidak ikhlas, dan tidak pula istiqamah.. Ibarat kita mahu mengusahakan tanaman, biji benih yang baik tidak juga akan menghasilkan tuaian yang diinginkan jika tanahnya tidak subur.. Dalam menyemai redha Allah dengan amalan kita, tanah yang subur itu adalah keikhlasan.. Namun, ikhlas semata-mata juga tidak cukup jika tidak dengan perbuatan.. Sebab itulah iman dan amal itu mesti bergerak seiring, ibarat bumi yang perlukan siang dan malamnya. Begitulah.."

Dia menyambung lagi…

"sebab itu, dalam kita beramal, mesti bersungguh-sungguh, Allah tak pandang yang banyak.. Allah pandang yang ikhlas, yang sungguh-sungguh dari hati..  apa guna makanan yang banyak jika khasiatnya tidak ada.. Lama-lama mudarat juga kan..jadi sama-samalah kita usaha, dalam apa pun yang kita buat, targetnya adalah untuk mendapatkan redha Allah.. Baru hidup ni diberkati.."

In shaa Allah, Hibah..
Baru sekarang Tikah faham..

Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan insan-insan yang selalu dekat dengan-Nya..
Semoga Allah rahmati dan kasih pada kita semua..


Maassalam.. :)

Tuesday, 25 March 2014

Apabila Aku Yang Dipilih..

Menjaga diri sendiri juga tidak lepas,
Masa kan mahu memimpin segerombolan??

Namun apabila aku yang dipilih,
Aku tahu ada hikmah, Allah sudah izin..

Sudah lama juga belakang parang ini berdaki karatnya,
Tumpul!
Buat mengetuk nyiur saja tak mungkin pecah,
Tetapi kugagahi,
Siang malam kuasah,
Siapa tahu untung nasib boleh juga jadi senjata
Membela diri
Walau yang datang menujah itu
Semuanya anak-anak panah bermuncung api..

Dari dulu aku tidak pernah mahu semua ini..
Tetapi siapa aku mahu berdalih?
Sudah ketetapan, rezeki ku
Untuk merasa bagaimana peritnya mengatur jemaah,
Apalagi jika safnya sering saja terpisah-pisah,
Aku terima, sungguh ikhlas aku terima..
Walau di depanku ratusan, malah ribuan lagi yang lebih berhak..
Aku sudikan juga menadah telapak tangan kedua-duanya
Kerana kutahu  ada DIA yang menjaga..

Cuma sesekali datang guruh berdentum,
Petanda ribut, mungkin tengkujuh,
Di dalam dadaku resah terpasung,
Berombak-ombak membadai jiwa dan roh..

Bagaikan sendirian di tengah hutan rimba,
Di atasku taring singa menganga,
Di bawahku semut api berbisa..
Dan aku??
Hanya siput kecil rapuh cengkerang,
Lambat-lambat merangkak,
Perlahan-lahan mengengsot,
Berjuang untuk maju barang selangkah cuma..
Silap masa, mungkin sampai lumat kalau dipijak..

Hanya kuharap selagi masa itu tersisa,
Kental teguh kuberdiri,
Kerana aku yakin, mahu sampai ke situ,
Ada duri liku menunggu,
Kalau aku tidak berani melawan arus,
Takkan aku bergerak ke mana-mana,
Kekal dalam denai yang sama..


Tuhan.. Kuatkanlah hamba.. 

Saturday, 22 March 2014

Duhai Hawa'..

Apapun keadaannya, jika perlu menjauh, menjauhlah.. 
Hidup di dunia bukan kerana mahu mencari perhatian manusia,
tetapi alang-alang sudah menumpang kasih Tuhan, pandai-pandailah berkelana, 
ada maruah yang mesti dijaga, ada kehormatan yang nantinya bakal ditanya..

Biar saja mereka anggap kita sombong, wahai Hawa'.. 
Harga diri kita bukan boleh dibeli, dipakai buang seperti baju, yang nanti bila sudah buruk, bila sudah reput, ke lohong sampah jua akhirnya ia..

Jadi bunga jangan mudah disentuh-sentuh, Hawa'.. jangan sembarangan mahu disunting, nanti layu kau yang sakit. 
Jadi bunga itu biar berduri, biar tidak cantik tidak mengapa, biar ada racunnya juga tidak apa.. Biar tidak dipandang selalu, biarlah… 
kerana yang benar bersungguh, dia tidak akan berniat memetik, tetapi diambil dengan izin, dengan hormat beradab, untuk dijaga di tamannya sendiri, bajanya iman, bertanahkan ilmu dan disirami kasih sayang Tuhan..

Hawa, manisnya kita bukan boleh dirasa-rasa, kita bukan gula, 
dihurung semut rosak binasa, malah boleh jadi mati semut kerananya.. Bukan!
kita bukan alat untuk mahu dicuba-cuba..
Berhati-hatilah hendaknya,
kerana kita yang selalunya dipilih, jangan sesekali biarkan kita dipilih oleh dia yang salah..

Hidup biar dengan prinsip.. Wasiat nabi perisai jiwa,
"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, dipandang bukan kerana rupa, tetapi kerana budi dan elok pekertinya."

Biarlah Hawa', biarkan andai mereka mentafsir kita seperti api,  
dalam tidak halal, siapa mampir terbakarlah ia.. 
pauti semangat api dari bahangan mentari, 
siapa mengangkat wajahnya mahu memandang, pasti tertunduk segan, silau mata menyakitkan.. 
Layaknya begitu, hanya yang Tuhan redha bisa merasakan nikmat hangatnya menyamankan, menyemai kehidupan.

Hawa',  mahalnya kita tidak ada sebut harga.. 
Mahalnya kita dengan maruah dan hikmah.. 
Tidak mampu dimiliki oleh dia yang mahu mensia-sia.. 
Jangan mudah menerima lafaz cinta, cinta itu boleh saja pudar, hilang..
Lemparkan itu kepada yang benar-benar ingin membina jejak syurga bersamamu sahaja.. 
Di saat itu pasti akan kau temukan cinta Tuhan di segenap rasa..
Teguhlah, Hawa', teguhlah.. Jangan mudah rebah..Jangan senang mahu menyerah,
kau tidak murah!!


Kerana kita, Hawa'.. 
Kita lahir bersama amanah, hidup kita dalam amanah, pulang nanti membawa amanah..
Maka persembahkanlah yang baik-baik saja, bukan untuk sesiapa, untuk DIA juga..  :)

Sucikan Hatimu!

Assalamualaikum..

Malam semalam ada ikut program di Akademi Pengajian Islam.. Forum bertajuk Cermin Hati, Terserlah Kecantikan Dalam Diri.. Menariknya program tu hanya untuk muslimat sahaja. Subhanallah, memang indah.. Panelnya, Ustazah Halimah Alaydrus dari Indonesia dan Ustazah Sharifah Norhayati.

Iintipatinya semua berkisar tentang hati. Tak semua input dapat malam tu, sebab sampai sana pun dah lewat, jam 10 baru masuk dewan.. Maklumlah, agak mencabar penghuni KK9 nak join program kat dalam kampus kalau tak ada kenderaan.. But it's better late than never right.. :)

Sampai je sana, dah sejam program berlangsung, senang cakap, dah nak habis pun,. Tapi sempat juga grab 2-3 perkongsian daripada program tu. Antaranya, macam mana nak kawal rasa marah, menyucikan hati dengan memaafkan dan melupakan kesalahan orang terhadap kita dan hikmah bagi orang yang sabar.

Beberapa kata-kata hikmah yang sempat diambil daripada ahli panel:

Setiap keburukan yang berlaku dalam hidup manusia, itu kerana ianya adalah sarana Allah untuk menjadikan manusia itu memiliki tingkat keimanan yang tinggi di sisi-Nya. Dianalogikan bahawa manusia itu ibarat besi, untuk menjadi sebilah pedang yang tajam, perlu ditempa, dicanai, dibakar, dijemur dan dibakar lagi berulang-ulang, kemudiannya diasah sehingga benar-benar menjadi bilah pedang yang tajam dan berkilau.. Begitulah juga dengan kita, dugaan itu ibarat api dan bahangan yang menyakitkan, melukakan, tetapi berkat kesabaran, dan berusaha menghadapinya dengan redha dan berserah diri, maka terbentuklah ia sebagai manusia yang berkualiti dan memiliki kemuliaan yang tinggi di sisi Allah.

Hati kita merupakan tempat yang bersih, umpama bekas menyimpan yang bersih dan cantik. Sudah tentu bekas yang baik sering digunakan untuk menyimpan barang-barang yang baik dan berharga juga. Masakan kita mahu menggunakan bekas yang cantik dan bersih untuk menyimpan benda-benda kotor. Jadi analoginya ringkas, benda-benda yang baik dan berharga itulah akhlak yang terpuji, sifat-sifat mahmudah, berbaik sangka, memaafkan dan sabar.  Manakala yang buruk dan busuk itulah sifat dendam, panas baran dan berburuk sangka sesama manusia..

Orang yang suka memaafkan orang lain, sebenarnya orang itu sangat menghargai dirinya, kerana mahu menyucikan hatinya dari segala noda dan dosa..

Itulah antara yang diperoleh.. Semoga majlis-majlis ilmu seperti ini berterusan, dan semoga beroleh manfaat..

Maassalam..  :)

Best Quotes of The Day,

Berkata Imam al-Ghazali


"Carilah hatimu di tiga tempat iaitu dengan banyak-banyak mengingati mati, dalam solatmu, dan ketika membaca al-Quran."

Sunday, 9 February 2014

Result Sem Ni Ok.. :)

Assalamualaikum..

Syukurlah.. Semester ni pointer naik lagi.. Alhamdulillah.. Meningkat, yes.. Deans list?? Soon, there's another two semesters to swipe it all.. Sempat, sempat.. In shaa  Allah..

As I expected before, there are fews subjek yang result dia memang unexpected, untuk paper sejarah China, I strongly think that I've ruined it all, everything in that answer sheet was totally crap, sebabnya, soalan yang kelauar tu langsung tak ada dalam tutorial, kalau ada pun, dia twist tema, hah, satu kelas terpempan, then apa lagi, jawab dengan penuh KBKK (Kemahiran Bantai-membantai dengan Kreatif dan Kritis) result tu yang paling tak nak tahu, sebab dah agak, kalau tak C- confirm F.. So I prayed, "Ya Allah, kalau tak excel pun paper tu, asalkan lulus, lulus C+ pun okla.." Sekali tengok, Alhamdulillah.. B+.. So terfikir balik, "Apa yang aku bantai masa tu eh?" tapi inilah ibrahnya, mungkin Allah nak bagi kesedaran, jangan mengaharap pada tutoraial je untuk score, kuliah tu yg penting, walaupun yang keluar exam tu topik ciput yang diajar dalam kuliah.. haaa... jeng jeng jeng.. bukan salah lecturer, salah kami sebab anggap yang ciput tu boleh dipandang enteng.. kan dah kena.. 

Subjek lain, Alhamdulillah.. jujur cakap, memang puas hati.. Tengok dekat fb ramai member kelas asyik post result sem ni memberansangkan, masing-masing ada peningkatan.. Samala kitaaa.. Tapi malas pulak nak post gitu, nanti ada yang bertanya lebih spesifik, "berapa A?" "pointer, cgpa berapa?" haha.. Bukan semua boleh di"public"kan untuk tatapan umum betul tak?.. Setakat bagitahu saya lulus semua, dan alhamdulillah semakin meningkat, bersyukur dan usaha lagi untuk maintain mana yg dah ok dan up lagi mana yang perlu..

Itu pasal result, alhamdulillah dah settle walaupun menunggu untuk officially announcement tu punyalah menduga kesabaran, kalah melangut macam tunggu buah taknak jatuh..

Perihal pendaftaran kursus pun  ok, semster ni harap-harap tak hectic macam sem lepas, sebab berbanding sem lepas, kali ni saya cuma ambil 18 jam kredit, sebab nak fokus lebih pada tesis.. Jadual dah siap susun.. Terlopong juga bila waktu kuliah semua subjek start tengah hari.. Semoga saya tak jadi makin pemalas sem ni.. Isk isk.. Planning saya, bila tengok ke jadual tu, hari Isnin dengan Rabu memang hari yang paling padat, 4 kelas direct, tapi macam mana pun saya akan jadikan dua hari ni memang padat dengan tutorial juga. Kalau boleh saya nak relief hari selasa dengan khamis untuk pergi ke arkib sebelah pagi, memandangkan kelas hari selasa start pukul 1.. Perancangannya gitu.. Well, we'll see..

Pejam celik, tolak, darab, bahagi,kuasa dua.. Dan tak sampai seminggu cuti yang tinggal.. Berat hati nak balik UM, serius rasa macam tak nak balik, tapi nak buat macam mana, tenggungjawab menanti di sana tu..  Harap sangat semuanya berjalan lancar, kuliah, tutorial, assignment, tesis, persatuan.. Dan… em.. Something might happen, satu lagi watak bakal muncul dalam hidup saya, either this is fate, or just a test to strengthen my faith.. Huh.. Just praying the best for all.. Amiinn..

Feeling not going back to UM, as home will always be the most safest place to stay, but to have the best experience in life, like it or not, we have to step our feet out of the comfort zone..


Maassalam.. :)