Assalamualaikum..
Malam semalam ada
ikut program di Akademi Pengajian Islam.. Forum bertajuk Cermin Hati, Terserlah
Kecantikan Dalam Diri.. Menariknya program tu hanya untuk muslimat sahaja.
Subhanallah, memang indah.. Panelnya, Ustazah Halimah Alaydrus dari Indonesia
dan Ustazah Sharifah Norhayati.
Iintipatinya semua
berkisar tentang hati. Tak semua input dapat malam tu, sebab sampai sana pun
dah lewat, jam 10 baru masuk dewan.. Maklumlah, agak mencabar penghuni KK9 nak
join program kat dalam kampus kalau tak ada kenderaan.. But it's better late than
never right.. :)
Sampai je sana, dah
sejam program berlangsung, senang cakap, dah nak habis pun,. Tapi sempat juga
grab 2-3 perkongsian daripada program tu. Antaranya, macam mana nak kawal rasa
marah, menyucikan hati dengan memaafkan dan melupakan kesalahan orang terhadap
kita dan hikmah bagi orang yang sabar.
Beberapa kata-kata
hikmah yang sempat diambil daripada ahli panel:
Setiap keburukan
yang berlaku dalam hidup manusia, itu kerana ianya adalah sarana Allah untuk
menjadikan manusia itu memiliki tingkat keimanan yang tinggi di sisi-Nya.
Dianalogikan bahawa manusia itu ibarat besi, untuk menjadi sebilah pedang yang
tajam, perlu ditempa, dicanai, dibakar, dijemur dan dibakar lagi
berulang-ulang, kemudiannya diasah sehingga benar-benar menjadi bilah pedang
yang tajam dan berkilau.. Begitulah juga dengan kita, dugaan itu ibarat api dan
bahangan yang menyakitkan, melukakan, tetapi berkat kesabaran, dan berusaha
menghadapinya dengan redha dan berserah diri, maka terbentuklah ia sebagai
manusia yang berkualiti dan memiliki kemuliaan yang tinggi di sisi Allah.
Hati kita merupakan
tempat yang bersih, umpama bekas menyimpan yang bersih dan cantik. Sudah tentu
bekas yang baik sering digunakan untuk menyimpan barang-barang yang baik dan
berharga juga. Masakan kita mahu menggunakan bekas yang cantik dan bersih untuk
menyimpan benda-benda kotor. Jadi analoginya ringkas, benda-benda yang baik dan
berharga itulah akhlak yang terpuji, sifat-sifat mahmudah, berbaik sangka,
memaafkan dan sabar. Manakala yang buruk
dan busuk itulah sifat dendam, panas baran dan berburuk sangka sesama manusia..
Orang yang suka
memaafkan orang lain, sebenarnya orang itu sangat menghargai dirinya, kerana
mahu menyucikan hatinya dari segala noda dan dosa..
Itulah antara yang
diperoleh.. Semoga majlis-majlis ilmu seperti ini berterusan, dan semoga
beroleh manfaat..
Maassalam.. :)
Best Quotes of The
Day,
Berkata Imam
al-Ghazali
"Carilah hatimu
di tiga tempat iaitu dengan banyak-banyak mengingati mati, dalam solatmu, dan
ketika membaca al-Quran."
No comments:
Post a Comment