Apapun keadaannya,
jika perlu menjauh, menjauhlah..
Hidup di dunia bukan kerana mahu mencari
perhatian manusia,
tetapi alang-alang
sudah menumpang kasih Tuhan, pandai-pandailah berkelana,
ada maruah yang mesti
dijaga, ada kehormatan yang nantinya bakal ditanya..
Biar saja mereka
anggap kita sombong, wahai Hawa'..
Harga diri kita bukan boleh dibeli, dipakai
buang seperti baju, yang nanti bila sudah buruk, bila sudah reput, ke lohong
sampah jua akhirnya ia..
Jadi bunga jangan
mudah disentuh-sentuh, Hawa'.. jangan sembarangan mahu disunting, nanti layu
kau yang sakit.
Jadi bunga itu biar berduri, biar tidak cantik tidak mengapa,
biar ada racunnya juga tidak apa.. Biar tidak dipandang selalu, biarlah…
kerana
yang benar bersungguh, dia tidak akan berniat memetik, tetapi diambil dengan
izin, dengan hormat beradab, untuk dijaga di tamannya sendiri, bajanya iman,
bertanahkan ilmu dan disirami kasih sayang Tuhan..
Hawa, manisnya kita
bukan boleh dirasa-rasa, kita bukan gula,
dihurung semut rosak binasa, malah
boleh jadi mati semut kerananya.. Bukan!
kita bukan alat
untuk mahu dicuba-cuba..
Berhati-hatilah
hendaknya,
kerana kita yang
selalunya dipilih, jangan sesekali biarkan kita dipilih oleh dia yang salah..
Hidup biar dengan
prinsip.. Wasiat nabi perisai jiwa,
"Jagalah dirimu
baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, dipandang bukan kerana rupa, tetapi kerana
budi dan elok pekertinya."
Biarlah Hawa',
biarkan andai mereka mentafsir kita seperti api,
dalam tidak halal, siapa mampir terbakarlah
ia..
pauti semangat api dari bahangan mentari,
siapa mengangkat wajahnya mahu memandang, pasti
tertunduk segan, silau mata menyakitkan..
Layaknya begitu, hanya yang Tuhan redha bisa merasakan nikmat hangatnya menyamankan, menyemai kehidupan.
Hawa', mahalnya kita tidak ada sebut harga..
Mahalnya kita dengan maruah dan hikmah..
Tidak mampu dimiliki oleh dia yang
mahu mensia-sia..
Jangan mudah menerima
lafaz cinta, cinta itu boleh saja pudar, hilang..
Lemparkan itu kepada yang
benar-benar ingin membina jejak syurga bersamamu sahaja..
Di saat itu pasti
akan kau temukan cinta Tuhan di segenap rasa..
Teguhlah, Hawa',
teguhlah.. Jangan mudah rebah..Jangan senang mahu menyerah,
kau tidak murah!!
Kerana kita, Hawa'..
Kita lahir bersama amanah, hidup kita dalam amanah, pulang nanti membawa
amanah..
Maka persembahkanlah yang baik-baik saja, bukan untuk sesiapa, untuk
DIA juga.. :)
No comments:
Post a Comment