Assalamualaikum..
Perkongsian dari
roommate..
Katanya, kita
beramal, kita beribadah.. Pahala itu in shaa Allah..
Tetapi yang
menjadikan kita dapat masuk syurga bukanlah kerana banyaknya amalan kita itu,
tetapi kerana rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya.
Walau sebesar apapun
gunung dosa seseorang, hingga membuatkannya terhumban ke dalam neraka, tetapi
dengan rahmat Allah, jika ada sekelumit pun amalan yg dilakukan yang membuatkan
Allah redha kepadanya, Allah akan masukkan juga dia ke dalam syurga.. Kehendak
Allah tak siapa dapat menduga, tak siapa dapat mempersoalkan apatah lagi
menghalangnya..
Dan walau sebanyak
manapun, malah seluas lautan sekalipun timbunan amalan seseorang, tetapi jika
ada walau sebesar hama perasaan ujub, riak dan berbangga diri dengan amalan
yang dilakukan, itu hanya akan mengundang murka Allah.. Tak mustahil, walaupun
seseorang itu dilihat ketika di dunia ini dia seorang yang warak, tetapi di
akhirat dia muflis hanya dengan perasaan yakin, bahawa dengan amalannya itulah, dia pasti akan ke syurga..
Tidak!
Oleh itu, kita
jangan sesekali yakin bahawa dengan banyaknya amalan kita, itu akan menjamin
akses kita ke syurga-Nya..
Lantas saya
bertanya..
"bukankah
dengan amalan ketika di dunia akan menjadi tuaian hasil di akhirat dan
menjamin bahagia di sana?"
"ya, memang
benar.. Tetapi amalan yang banyak tidak ada gunanya jika hati tidak ikhlas, dan
tidak pula istiqamah.. Ibarat kita mahu mengusahakan tanaman, biji benih yang
baik tidak juga akan menghasilkan tuaian yang diinginkan jika tanahnya tidak subur..
Dalam menyemai redha Allah dengan amalan kita, tanah yang subur itu adalah
keikhlasan.. Namun, ikhlas semata-mata juga tidak cukup jika tidak dengan
perbuatan.. Sebab itulah iman dan amal itu mesti bergerak seiring, ibarat bumi
yang perlukan siang dan malamnya. Begitulah.."
Dia menyambung lagi…
"sebab itu,
dalam kita beramal, mesti bersungguh-sungguh, Allah tak pandang yang banyak..
Allah pandang yang ikhlas, yang sungguh-sungguh dari hati.. apa guna makanan yang banyak jika khasiatnya
tidak ada.. Lama-lama mudarat juga kan..jadi sama-samalah kita usaha, dalam apa
pun yang kita buat, targetnya adalah untuk mendapatkan redha Allah.. Baru hidup
ni diberkati.."
In shaa Allah,
Hibah..
Baru sekarang Tikah
faham..
Alhamdulillah, Allah
pertemukan saya dengan insan-insan yang selalu dekat dengan-Nya..
Semoga Allah rahmati
dan kasih pada kita semua..
Maassalam.. :)
No comments:
Post a Comment