Tuesday, 18 November 2014

I'm Taking My Groove Back! :)


Assalamualaikum..

Lama betul tak ngapdate pasal SERU ni, esp yang berkait pasal RSS. Rindu, serius rindu, tapi bila dah setahun tak take part apa-apa dengan peer coaching jadi segan nak bercakap pasal tu. Yela kan, sejak dua menjak dalam setahun dua ni posting banyak pasal benda yang makan hati je. Yang underestimating punya isu. Kadang tertanya-tanya jugak, mana AKU yang dulu, mana AKU yang selalu eager tentang personality development, mana dia AKU yang banyak goal achievement yang AKU aim dalam hidup ni.

Sampailah hari ni, rasa tergerak hati nak menjengah update pasal RSS, kebetulan peer coaching yang sorang ni bertanya juga. "Tikah pergi tak nanti, SERU, Prof Sham nak meet up." memang nak pergi, since dah setahun tak tunjuk muka ke sana. Segan pun ada, yelah dah tak aktif macam dolu-dolu, lagi mau tayang muka haha.. Tapi peer coach yang sorang ni (Ika) dengan coachee (Fatin) ada jugak tanya nak tak pergi. Since dah memang hari ni kelas ada satu je, itupun jam 4, so fikir balik why not pergi je, at least I'll get to know the progress.

Jujur, RSS yang sekarang tak semeriah macam batch kami dulu, tapi bila duduk semeja dekat bilik meeting SERU tu, dalam beberapa kerat yang masih setia dengan RSS tu, I can clearly see myself in them. Ada semangat Cuma dalam usaha nak build up tu agak sakit jugaklah, dengan coachee yang macam-macam ragam, komitmen sana sini, dengan kekangan yang ada, segala post mortem yang dibagi oleh coach yang batch sekarang memang benda yang sama kami lalui 3 tahun dulu. Tapi salutelah pada yang masih bertahan, which means, diorang ni memang betul-betul nak masuk platform ni untuk upgrade diri. Rindu, rindu sangat dengan sesi coaching dengan kawan-kawan daripada pelbagai background studies, macam tadi, meeting dari petang sampai malam. Serius weh, memang nostalgic duduk dekat SERU sampai malam, mengimbau balik kenangan masa dulu.

Setahun mendiamkan diri daripada UYT ni memang banyak mengubah diri AKU kepada seseorang yang lain, lain yang tak berapa nak positif, since AKU dah berhenti apply apa yang AKU belajar dalam SERU, memang agak down bila AKU rasa AKU tak berkembang macam orang lain. Then bila meet up tadi, barulah sedar diri, I still need this untuk belajar upgrade personaliti yang sedia ada dan kekalkan segala positive outcomes tu sebagai panduan masa hadapan yang terbaik.

In sha Allah, AKU akan start jadi Atikah yang baru, yang lebih matang, yang lebih menghargai setiap sisi kehidupan dengan lebih yakin, dan berfikir untuk memajukan sasiah diri dan memberi inspirasi kepada orang lain. Mungkin dah agak lewat untuk AKU bermula dari awal, sebab sekarang dah masuk final sem, tapi dengan waktu yang masih tersisa ni, I'll try to live this life to the fullest. I'm taking my groove back, people! Wish me all the best! :)

I've always this kind of environment..

Sunday, 9 November 2014

Aku Harap Kita Boleh Bertemu Lagi di Syurga.


Assalamualaikum..

Kita selalu berbicara soal rasa, hati dan cinta. Namun jarang sekali kita berbicara tentang sesuatu yang jauh daripada semua itu, hinggalah pada suatu hari, kau putarkan persoalan ini di cuping telingaku. Entahkan bagaimana kematian kita nanti? Apakah boleh membawa kita kepada redha Tuhan tau kemurkaannya, bukankah persediaan menghadapi alam sana jauh lebih utama? Kenapa kita tidak teruja dan berdebar-debar mahu bertemu Dia sang pencipta, berbanding dia yang mungkin hadir sekadar mahu bermain rasa?

Mengapa, tidak kita nyatakan apakah kesungguhan kita untuk persembahkan yang terbaik sewaktu pulang kepada-Nya pada suatu saat yang akan menjelma nantinya?

Kau buat aku berfikir, sahabat. Tentang masa lalu dan yang akan mendatang. Apakah cukup dengan kehidupanku sehingga hari ini dan pada detik-detik yang masih tersisa,  berbaloi untuk aku jadikan ini semua sebagai penebus cinta dan kasih sayang Tuhan buat diriku??

Lantas aku bertanya kepadamu, mahukah engkau berjiran denganku kelak di syurga? Lalu engkaupun menjawab.. Mengapa tidak, aku harap kita semua dapat bertemu lagi di syurga. Cumanya, aku tidak pasti apakah tingkat syurga untukku sama denganmu, atau apakah terlalu lama nantinya engkau menantikan hisab amalanku langsai sebelum derapan kakiku diterima masuk ke taman akhirat kelak?

Sungguh sahabat, betapa diri ini mengharapkan pengakhiran yang indah buat kita semua. Segala yang pahit, segala yang menyakitkan di dunia, biarlah bisa jadi tawa canda kita di balairung teratak kita di negeri abadi, sambil kita mengimbau-imbau, betapa murninya hatimu padaku, dan betapa kasihnya aku kepadamu. Moga ukhwah yang kita jalin erat hari ini akan menjadi tali yang menghubungkan persaudaraan kita di sana.

Andai aku yang melangkah dahulu, kirimkanlah doa, biar kita bertemu lagi di syurga sana. InshaAllah..  :)

Saturday, 1 November 2014

Apabila Wanita Muslimah Jatuh Cinta.

Wanita muslimah jatuh cinta? Hmm.. Pelik ke?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta itu fitrah manusia? Perasaan suka, sayang dan cinta itu fitrah. Tak salah mencintai seseorang tetapi harusnya cinta itu diuruskan dengan baik.

Macam mana nak uruskan?

Pertama sekali kita tegok diri kita di tahap mana. Wajib kahwinkah? Harus kahwinkan? Sunat kahwinkah? Makruh kahwinkah atau haram kahwin?

Jadi jika kita jatuh cinta sedangkan kita masih di tahap yang sebaiknya untuk berkahwin.. Bagaimana?

Cakap pada diri "bersabarlah"
Bagaimana nak sabar? Bukan mudah tau. Apa nak buat supaya hati ini tidak terlalu mengikut perasaan?

Persiapkan diri terutamanya. belajarlah jadi seorang isteri yang baik. Bangun awal, belajar kemas rumah, belajar memasak, belajar menjahit, belajar jaga adik, belajar.

Bilamana kita dah baik dari sudut pengurusan rumah tangga, barulah waktu itu kita sudah berjaya mempersiapkan diri kita untuk berkahwin. Mak ayah pun akan yakin dengan kita.

Kalau suka tengok muka tu dah kira tak jaga mata. Kira jatuh cinta jugaklah, pendapat yang lain macam mana?

Pastikan asas agama lengkap. Solat lima waktu cukup, rukun Islam baik, rukun iman pun baik, akhlak comel, diri terurus. Maklumlah seorang suami nak anak yang soleh kena cari isteri yang solehah. Begitu?

Pernah dengar "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?"

Jadi...

Kalau kita dah bagus dari sudut asas agama Insha Allah kita dah lengkap dari sudut kesediaan rohani. Bila mana kita dah bagus, Allah akan utuskan lelaki yang naik untuk kita. Suami soleh dan isteri solehah. Anak-anaknya nanti dapat bayangkan tak macam mana? Sudah tentu, anak-anaknya juga akan menjadi pencinta agama.

Tapi ingat!
Jangan kita berubah sebab nak dapatkan lelaki yang soleh.. no, no, no..

Berubahlah kerana menginginkan rahmat dan redha dari Allah. Berubah kerana Allah, nak Allah pandang kita.

Lagi apa nak buat untuk isi kesabaran sementara tunggu diri bersedia nak kahwin?

Doa sayang. Doakan supaya kita dpaat jodoh yang baik. Sibuk persiapkan diri sampai lupa nak berdoa pun tak boleh juga..

Doa mohon cinta yang baik.
"Ya Allah, hati ini bisa mudah jatuh cinta. Seandainya engkau takdirkan jodoh aku di dunia maka jadikanlah cinta aku ini dimiliki oleh lelaki soleh yang mencintaimu ya Allah. Berikanlah diri aku ini dicintai oleh orang yang juga mencintaiMu. Sungguh hati ini belum dimiliki. Maka bila tiba saatnya aku jatuh cinta, halalkanlah ia. Pertemukanlah aku dengan dia yang soleh. Moga zuriat kami menjadi generasi pembela agama. Sesungguhnya dikau pemilik cinta teragung.

Haaa.. Tapikan, macam mana kalau ada lelaki yang ajak couple? Tup tup lelaki tu crush kita? Apa nak buat?

Pertama kalinya kita kena lihat bagaimana dia tawarkan cinta pada kita? Lelaki yang baik akan muliakan muliakan wali. Dia takkan semberono main terjah macam tu je kan? Kalau berniat nak ambil langkah serius, tengok macam mana dia bertindak matang untuk kenal dengan keluarga dan minta izin, memandangkan kita masih di bawah pengawasan mereka walaupun kita dah cukup umur betul tak? sebab, dosa anak perempuan ayahnya yang akan tanggung.. kannnn?? :)

Urusan nikah kahwin ni, bukan urusan mudah tau. Kalau nak bercinta haram, nak nikah tak mampu, jadi bersabarlah. Isi cinta sepenuhnya dahulu dengan Allah. Kalau dah sedia maka nikahlah. Islam tak menyusahkan penganutnya pun..

Monday, 27 October 2014

Fokus Kepada Mereka Yang Menghargai


Assalamualaikum..

Sebelum itu, salam Maal Hijrah.. Semoga dilimpahi rahmat dari Tuhan dan dipermudahkan jalan mujahadah ini.

Tahun silih berganti.. Apa yang diharapkan tidak lain hanyalah penghijrahan diri menjadi seorang yang lebih baik dari semasa ke semasa. Tidak dinafikan dalam menempuh haluan hidup yang penuh liku ini bermacam ujian yang menerpa. Dan kebanyakannya memang menguji keteguhan hati dan peribadi. Allah saja tahu betapa sakitnya bila jatuh. Di situ kita tahu siapa yang kekal dan siapa yang hanya tahu berpaling dan meninggalkan.

Tak apalah. Yang berlalu biarkan saja ia pergi. Mari, mulakan satu catatan buku yang baru. Yang lebih indah dan penuh barakah, InshaAllah. Setiap dugaan yang hadir itu ibarat pelengkap ceritera hidup ini, sebagai satu kesaksian nilai-nilai kehambaan, bahawa semakin banyak seseorang hamba itu diuji dalam rentak hidupnya, maka semakin itu dia menjadi dekat dengan Tuhannya. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan atas warna warni hidup yang kau anugerahkan kepada hamba yang hina ini.

Hidup ini pilihan. Maka dalam memilih yang terbaik, nilaikan juga kepada mereka yang memberikan kebaikan kepada kita. Mengapa perlu difikirkan dan berdukacita atas perbuatan negatif orang kepada kita? Sedangkan dalam ramai yang menyakitimu, ternyata lebih ramai lagi yang menyintai dan menghargai dirimu seadanya.  Fokus kepada mereka itu, kerana di situ adanya titik bahagia dalam hidup. Biar tidak seberapa, asalkan kasih sayang itu abadi, dan ikhlas kerana Allah taala. Jangan disia-siakan doa   orang yang setia ingin melihat kita bahagia. InshaAllah, orang yang selalu menjadikan kita dekat denga Tuhan, yang selalu membahagiakan kita, itulah dia yang akan menjadi peneman kita di syurga-Nya kelak.

Maka, bila jatuh, lekas-lekas bangun, bila terluka, cepat-cepat basuh, kerana ada yang menantimu di depan sana untuk kau terus mara ke hadapan dan yang penting, Allah ada dan Dia tidak suka hamba-hamba-Nya senang benar berputus asa dari segala mehnah hidup yang dilalui ini.. Mujahadah itu pahit, tapi buahnya manis bukan? Dan ingatlah, kita hamba memang lemah, tapi tak bermakna kita ini lembik.. Self noted! Bangkit!! :)


Tuesday, 14 October 2014

Sampai di Sini Saja, "Kawan"

Assalamualaikum..

kadang, kita sudah mencuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang sudah lepas. sala atau betulnya pendirian kita yang membawa kepada konflik-konflik tertentu dalam perhubungan sesama manusia, seboleh-bolehnya apabila sudah selesai maka tidak perlu lagi ada isu-isu yang timbul di belakang hari. Kisah yang berlaku di situ, biar bnerakhir di situ sahaja. Namun, dalam tak sedar, ada yang cuba menjatuhkan kita dengan membawa cerita ini keluar ke pengetahuan mereka yang tidak ada kena-mengena. Seolah-olah yang jahat itu, yang paling banyak salah itu adalah di pihak kita sahaja.

Entah apa lagi yang tidak puas di hatinya barangkali. Mungkin hanya dengan melihat kita mati, terkujur kaku di dalam kubur, masa tu barulah orang itu akan tutup mulutnya, dari bercerita hal-hal yang tidak baik tentang kita. Sudahlah dipinggirkan habis-habisan atas satu salah faham kecil yang tidak ada kena-mengena dengan mereka, tapi dipukul canang pula keburukan kita hingga menampakkan yang benar-benar salah adalah kita ini.
*                                  *                                  *

Tidak apalah, fikir analogi ini. Kita boleh kawal diri kita daripada sesuatu yang buruk, tapi kita tak akan dapat kawal keburukan orang lain terhadap kita. Sedih memang sedih, sebab ditikam oleh seorang yang dahulunya pernah kita anggap bff kita, tak sangka dia begitu. Bila susah tahu mencari untuk minta tolong, tapi bila sudah senang, sudah megah bukan saja kita ini dilupakan, bahkan lebih dari itu ditaburnya pula jelatang pada kita. Kita ini, bila orang lain bercakap buruk tentang dia, sedaya upaya kita membela, sedaya upaya kita memenangkan dia. Tapi dia, boleh pula membawa cerita bukan-bukan tentang kita bila kita sedaya upaya menutupnya daripada pengetahuan orang lain.

Hilang sudah percaya aku terhadap dirimu, "kawan".. terima kasih kerana memburuk-burukkan aku. Ya, aku sedar aku tidak sempurna, banyak cacat celanya. DAn aku diamkan saja kritikan-kritikan pedih yang kau dan yang lain ungkapkan tentang aku. aku terima kritikan itu, kerana aku percaya bila kita dikirtik barulah kita akan sedar diri dan mahu maju ke hadapan. Tapi yang mengesalkan aku, bila mana kau seboleh-bolehnya membuka cela aku, tetapi aku sedaya upaya cuba menutup dan melupakannya, walaupun hakikatnya engkau juga banyak pincangnya. Siapalah aku mahu mengadu domba tentang itu. setiap sesuatu aku simpan diam-diam. Ternyata kau pula tegar menikam aku begitu.

Maafkan andai kau tidak senang dengan keberadaanku di sini. Akan sampai satu masa aku akan pergi selamanya, dan untuk itu, aku harap kita tidak perlu berjumpa lagi. Mulai hari ini aku tidak kenal lagi engkau siapa, dan kau juga seperti selalunya tidak perlu endahkan aku lagi. Kita sudah jadi asing antara satu sama lain. Goodbye then..

Quotes of The Day,

"True freinds like jewel, hard to find, expensive and rare.. Fake friends like fall leaves, found everywhere."

Thursday, 25 September 2014

Kuliah Akhir Semester: It Gets Back To Normal.

Assalamualaikum.

Ingat lagi entri pasal masalah pendaftaran kursus tu?


Alhamdulillah semuanya dah selesai. Nasib ada lecturer yang prihatin dan staf jabatan yang tak banyak kerenah dan serius membantu mencari solusi masalah ni. Mungkin staf jabatan pun dah give in tengok muka saya setiap hari dari isnin sampai khamis tu asyik naik pejabat je tanya pasal pendaftaran. And I discovered one thing about myself during those hectic day. I am quite a pushy person when I put everything to get what I eagerly want. selagi tak dapat selagi tu ada jelah idea nak dapatkan juga.

Sebenarnya semua ni atas budi bicara pensyarah juga. Kalau pensyarah tu jenis yang tahu bertolak ansur oklah, macam Prof Joseph, sungguh-sungguh nak bantu sebab dia faham perasaan student final sem ni. Takkanlah hanya sebab satu subjek je yang tinggal dan hanya kerana sistem birokrasi entah apa-apa, saya nak kena extend satu sem lagi semata-mata nak penuhi 3 jam kredit lagi? lagipun, kalau extend, bukan 3 jam kredit je kena ambil. Wajib satu sem sekurang-kurangnya 9 jam kredit kena ambil. Dan lagi, ianya bukan percuma sayang.. satu jam kredit bayarannya RM 50. darablah dengan 9.. kalau saya ni anak orang kaya, duit boleh dicetak guna mesin fotostat, bila-bila pun boleh..

inilah kerisauan yang membelenggu kepala sejak dua minggu ni. Alhamdulillah semuanya dah diselesaikan dengan adanya kerjasama mereka yang baik hati dan sudah tentu, bantuan dari Allah. sebab itu, walau serumit apapun masalah yang terpaksa dihadapi, sentiasa bulatkan tekad dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Jangan putus asa. One failure is another door open to a success. Satu selesai, ada lagi entah berapa ribu.. positif selalu, jangan jatuh!

Wassalam..

Wednesday, 17 September 2014

Apabila Kau Mahu Berubah.

Assalamualaikum..

Aku bukanlah pakar agama, bukan juga ahlinya, tetapi aku mahu berbicara soal ini dari hati ke hati.. dari hematku atas nama seorang hamba, seorang yang masih bergelut dalam mencari siapa aku, di tengah-tengah dunia yang entahkan bila akan habis waktunya.

Seperti mana aku, mungkin kalian juga sedang berdepan dengan situasi yang sama. Di depan jalan-jalan hidupmu sarat pilihan, seiring dengan kedewasaanmu engkau akan semakin terbuka akal fikiran, memilih jalan hidup yang kau mahu di hujungnya akan bisa membahagiakan. Ketahuilah setiap pilihan yang kau ambil itu akan ada natijahnya, akan terselit dugaan dan pancarobanya, juga terlalu banyak hikmah yang akan kau pelajari, terpulang daripada dimensi seperti apa yang kau mahu cernakan ia dalam benak jiwamu sendiri.

Di saat engkau memilih untuk berubah, daripada seorang yang kosong hala tuju, kau mahu matlamat yang jelas akan haluan hidup dan matimu, maka di saat itu juga satu per satu hakikat dunia akan tersingkap di depan mata, lalu menerjah nurani dan minda. pada saat itu kau akan mengenali siapa dirimu, siapa sahabat dan musuhmu, kau akan tahu jelas siapa yang selama ini mendukung dan siapa yang selama ini hanya menabur janji palsu, untuk terus kekal bersamamu mengharungi onak liku.

Mungkin saja kau akan hilang teman akrabmu, kau malah akan dipersoalkan atas setiap pilihan dan perubahanmu. yang mana memahami akan menghormati dan setia di sisi, menerima engkau seadanya dari segala segi, dan itu boleh dikira dengan jemari, terlalu sedikit. Bagi yang tidak mengerti akan terus menghukum keji dirimu tanpa henti.

Ada yang berkata perubahanmu menuju Tuhanmu hanyalah satu propaganda untuk kau menutup cela dirimu. Malah ada juga yang menuduh engkau hipokrit dan berpura-pura baik dengan menggunakan agama dan pakaian Ismalikmu untuk memburu perhatian dan puji-pujian manusia.

Ada juga yang berkata engkau bukan pelajar agama untuk berimej seperti itu. Engkau tidak fasih al-Quran dan bahasanya untuk berpakaian seperti itu. Malah masa silammu yang dulu tak sudah-sudah dibuka dan diungkit-ungkit, sebagai hujah kau tidak layak memiliki peribadi seperti apa yang kau pamerkan hari ini. Mereka juga tidak akan melihat perubahanmu itu adalah atas proses pembelajaranmu yang masih bertatih meraih cinta Ilahi, bahkan mereka melihat bahawa bagaimana rupa engkau hari ini  adalah satu riak yang konon sempurna, lantas meletakkan prejudis, "luarannya saja Islamik, dalam hati masih jahil dan penuh kepalsuan."

Bagaimana perasaanmu, jika saban waktu kau dihidangkan dengan tohmah nista seperti ini, bukan sahaja dalam kalangan teman taulanmu, malah juga dalam kalangan anggota keluargamu? Pastinya di hatimu itu terasa seperti dilapah mentah-mentah, luka berdarah tak terkata. Terasa hidupmu kosong penuh derita. Kau merasa sendirian di setiap ceruk kakimu melangkah, dalam riuh rendah hanya sunyi sepi jadi teman bicara. Kau terkapai-kapai dalam banjir air mata, tiada yang mendengar, tiada yang mahu bertanya apakah kau baik-baik saja? kau tak apa-apakah? Dalam rapuh hatimu kau mahu ada yang mendengar keluh kesah, menemani kala hilang arah, kau mahu mengadu tetapi tiada yang endah. Terasa seperti tersungkur tetapi tiada tangan sudi menghulur, membantu kau bangkit semula. Terasa juga seperti sendirian kau ditinggalkan di tanah gersang, tak berpenghuni, gelap gelitanya dunia.

BEGITULAH AKU!
BEGITULAH HAKIKAT YANG MENIMPA DIRIKU..

Berat rasanya beban ujian yang kuterima. Kadang kubertanya sendiri, kenapa begini? Di manakah lagi silapnya? semakin aku berusaha mahu kembali dan mencari jalan pulang, semakin aku terasa jauhnya kasih sayang Tuhan terhadapku. dan pernah juga sekali sekala terlintas dalam hatiku, mungkin aku tidak sesuai menjadi baik, mungkin aku tidak layak. Mungkinkah aku hanya layak diam di takuk lama, menjadi diriku yang kabur sesat mencari arah?

Lama aku bungkam.
Lama aku diam.
Aku kaji diriku,
di mana silapnya,
di mana bengkoknya,
apa lagi yang tidak kena??

Lantas bicara sepiku menampar kalbu.
Sedarlah!!
Tuhanmu sedang mengajakmu berbicara.
Dia sedang menjawab setiap yang kau tanya.
Dia sedang memberi apa yang kau minta.
Kau minta bahagia,
Kau minta ditunjukkan jalan menuju Dia.
Sungguh apakah wujud jalan singkat ke syurga?
Siapa engkau mahu meraih kesenangan dan kemuliaan percuma?
Duhai jiwa yang mengimpikan solehah..
Sungguh di dunia ini penjara
bagi mereka yang dahagakan cinta yang Maha Esa
sungguh iktikad imanmu tiada makna
andai kau menolak untuk diuji barang seketika.

Toleh sebentar kepada intisari silam
Apakah ada kau temukan
Orang yang mahu mati gembira
hidupnya senang lenang??
Apakah ada kau temukan
Orang yang mahu mati gembira
Tiada ujian yang bertandang?

Ada.. semuanya ada..
Tiada yang mudah dalam mengejar akhirat.
Ada harga yang mesti kau bayar.
Mungkin saja sesuatu yang kau cinta selama ini terpaksa kau tinggalkan
atau ia pergi sejauh-jauhnya meninggalkan..
tetapi andai yang kau cinta itu tidak Allah redha
lalu kau tinggalkan semata-mata kerana Dia,
pasti akan ada ganti yang Allah sisipkan untukmu
yang jauh lebih baik,
dan yang jauh lebih indah.

Justeru andai kau melihat ujian bukan sebagai musibah
bukan bantaian takdir yang menerpa,
bukan juga sebagai kifarah dosa semata,
bahkan tiada lain adalah kerana kasih-sayang-Nya
percayalah segala rasa sakit itu akan hilang
sepertimana hilangnya kabus ketika matahari memancar sinarnya
seperti dingin air yang menghapus dahaga
seperti hujan yang menghalau pergi debu semesta..

Sabarlah, teguhlah..
yang kau lakukan ini sudah betul..
telah kau bulatkan tekadmu memilih Dia,
maka yang pahit hanyalah seketika
kerana begitulah sifat dunia dan segala isinya.
dan yang sebenar-benarnya manis
letaknya di syurga..

Hilangkan dukacita.
Allah ada bersama kita..