Assalamualaikum..
Lama
betul tak ngapdate pasal SERU ni, esp yang berkait pasal RSS. Rindu, serius
rindu, tapi bila dah setahun tak take part apa-apa dengan peer coaching jadi
segan nak bercakap pasal tu. Yela kan, sejak dua menjak dalam setahun dua ni
posting banyak pasal benda yang makan hati je. Yang underestimating punya isu.
Kadang tertanya-tanya jugak, mana AKU yang dulu, mana AKU yang selalu eager
tentang personality development, mana dia AKU yang banyak goal achievement yang
AKU aim dalam hidup ni.
Sampailah
hari ni, rasa tergerak hati nak menjengah update pasal RSS, kebetulan peer
coaching yang sorang ni bertanya juga. "Tikah pergi tak nanti, SERU, Prof
Sham nak meet up." memang nak pergi, since dah setahun tak tunjuk muka ke
sana. Segan pun ada, yelah dah tak aktif macam dolu-dolu, lagi mau tayang muka
haha.. Tapi peer coach yang sorang ni (Ika) dengan coachee (Fatin) ada jugak
tanya nak tak pergi. Since dah memang hari ni kelas ada satu je, itupun jam 4,
so fikir balik why not pergi je, at least I'll get to know the progress.
Jujur,
RSS yang sekarang tak semeriah macam batch kami dulu, tapi bila duduk semeja
dekat bilik meeting SERU tu, dalam beberapa kerat yang masih setia dengan RSS
tu, I can clearly see myself in them. Ada semangat Cuma dalam usaha nak build
up tu agak sakit jugaklah, dengan coachee yang macam-macam ragam, komitmen sana
sini, dengan kekangan yang ada, segala post mortem yang dibagi oleh coach yang
batch sekarang memang benda yang sama kami lalui 3 tahun dulu. Tapi salutelah
pada yang masih bertahan, which means, diorang ni memang betul-betul nak masuk
platform ni untuk upgrade diri. Rindu, rindu sangat dengan sesi coaching dengan
kawan-kawan daripada pelbagai background studies, macam tadi, meeting dari
petang sampai malam. Serius weh, memang nostalgic duduk dekat SERU sampai
malam, mengimbau balik kenangan masa dulu.
Setahun
mendiamkan diri daripada UYT ni memang banyak mengubah diri AKU kepada
seseorang yang lain, lain yang tak berapa nak positif, since AKU dah berhenti
apply apa yang AKU belajar dalam SERU, memang agak down bila AKU rasa AKU tak
berkembang macam orang lain. Then bila meet up tadi, barulah sedar diri, I
still need this untuk belajar upgrade personaliti yang sedia ada dan kekalkan
segala positive outcomes tu sebagai panduan masa hadapan yang terbaik.
In sha
Allah, AKU akan start jadi Atikah yang baru, yang lebih matang, yang lebih
menghargai setiap sisi kehidupan dengan lebih yakin, dan berfikir untuk
memajukan sasiah diri dan memberi inspirasi kepada orang lain. Mungkin dah agak
lewat untuk AKU bermula dari awal, sebab sekarang dah masuk final sem, tapi
dengan waktu yang masih tersisa ni, I'll try to live this life to the fullest.
I'm taking my groove back, people! Wish me all the best! :)
I've always this kind of environment.. |
:) ..samalah kak..nak istiqamah tu pyer la susah.. aishhh :'(
ReplyDelete:) ..samalah kak..nak istiqamah tu pyer la susah.. aishhh :'(
ReplyDeleteSemoga tetap sabar dan kuat dlm perjuangan hidup ni ya dik... :) insyaAllah Allah akan permudahkan..
ReplyDelete