Tuesday, 14 October 2014

Sampai di Sini Saja, "Kawan"

Assalamualaikum..

kadang, kita sudah mencuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang sudah lepas. sala atau betulnya pendirian kita yang membawa kepada konflik-konflik tertentu dalam perhubungan sesama manusia, seboleh-bolehnya apabila sudah selesai maka tidak perlu lagi ada isu-isu yang timbul di belakang hari. Kisah yang berlaku di situ, biar bnerakhir di situ sahaja. Namun, dalam tak sedar, ada yang cuba menjatuhkan kita dengan membawa cerita ini keluar ke pengetahuan mereka yang tidak ada kena-mengena. Seolah-olah yang jahat itu, yang paling banyak salah itu adalah di pihak kita sahaja.

Entah apa lagi yang tidak puas di hatinya barangkali. Mungkin hanya dengan melihat kita mati, terkujur kaku di dalam kubur, masa tu barulah orang itu akan tutup mulutnya, dari bercerita hal-hal yang tidak baik tentang kita. Sudahlah dipinggirkan habis-habisan atas satu salah faham kecil yang tidak ada kena-mengena dengan mereka, tapi dipukul canang pula keburukan kita hingga menampakkan yang benar-benar salah adalah kita ini.
*                                  *                                  *

Tidak apalah, fikir analogi ini. Kita boleh kawal diri kita daripada sesuatu yang buruk, tapi kita tak akan dapat kawal keburukan orang lain terhadap kita. Sedih memang sedih, sebab ditikam oleh seorang yang dahulunya pernah kita anggap bff kita, tak sangka dia begitu. Bila susah tahu mencari untuk minta tolong, tapi bila sudah senang, sudah megah bukan saja kita ini dilupakan, bahkan lebih dari itu ditaburnya pula jelatang pada kita. Kita ini, bila orang lain bercakap buruk tentang dia, sedaya upaya kita membela, sedaya upaya kita memenangkan dia. Tapi dia, boleh pula membawa cerita bukan-bukan tentang kita bila kita sedaya upaya menutupnya daripada pengetahuan orang lain.

Hilang sudah percaya aku terhadap dirimu, "kawan".. terima kasih kerana memburuk-burukkan aku. Ya, aku sedar aku tidak sempurna, banyak cacat celanya. DAn aku diamkan saja kritikan-kritikan pedih yang kau dan yang lain ungkapkan tentang aku. aku terima kritikan itu, kerana aku percaya bila kita dikirtik barulah kita akan sedar diri dan mahu maju ke hadapan. Tapi yang mengesalkan aku, bila mana kau seboleh-bolehnya membuka cela aku, tetapi aku sedaya upaya cuba menutup dan melupakannya, walaupun hakikatnya engkau juga banyak pincangnya. Siapalah aku mahu mengadu domba tentang itu. setiap sesuatu aku simpan diam-diam. Ternyata kau pula tegar menikam aku begitu.

Maafkan andai kau tidak senang dengan keberadaanku di sini. Akan sampai satu masa aku akan pergi selamanya, dan untuk itu, aku harap kita tidak perlu berjumpa lagi. Mulai hari ini aku tidak kenal lagi engkau siapa, dan kau juga seperti selalunya tidak perlu endahkan aku lagi. Kita sudah jadi asing antara satu sama lain. Goodbye then..

Quotes of The Day,

"True freinds like jewel, hard to find, expensive and rare.. Fake friends like fall leaves, found everywhere."

No comments:

Post a Comment