Thursday, 21 February 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu Via Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Semoga dirahmati Allah..

Saya ada terbaca artikel yang dipetik daripada tulisan Prof Dr. Muhaya tentang Bagaimana Menjadi Pelajar yang Baik dan Berjaya. Salah satu perkongsian dalam artikel ini adalah tentang 7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu , insyaAllah semoga ia bermanfaat untuk dikongsi bersama.

1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu.
Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/ universiti. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya.
Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapapun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya (hmm.. tapi kat UM ni, kehadiran wajib 80%, kalau tak dah kena bar, semuanya dah ada dalam sistem). Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajaroleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut mengahdapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak ditekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka  keluar makan pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang 'Salah'.
Bercakap melalui pengalaman sayan, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang  tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskanmasa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

 4. Hilang Semangat.
Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-masta untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.

5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu.
Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalm bidang perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseorang itu tidak berminat. Menurut Dr. Muhaya, "Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian.
Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

-Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil.

-Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka.

-Tidak mahu berusaha. Ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar.

Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan kumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bising dan Tidak Bekerjasama.
Keadaan ini lazim berlaku dalam kalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menenagh atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah. Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota-nota dan buku-buku yang baik dan diberi pelajar senior. Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak diberi peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen dan menyembunyikan fakta yang baru mereka pelajari.. (kalau course saya, mungkin assignment, project paper atau kajian lapangan).

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendiran. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama.

Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.

Alhamdulillah, semoga Allah berkati Prof atas perkongsian yang bermanfaat ini. Terima kasih, insyaAllah kami akan sentiasa muzakarrah dengan input-input sebegini. Sampai sini dulu.. Maassalam.. ^_^

Best Quotes of the Day.
Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan dapat. Jadi, jangan kedekut.. hehehe...

Cerita Sikit Pasal Hari Ni

Assalamualaikum..

Macam-macam peristiwa ada hari ni.. Pertama sekali pasal nak mendaftar kelas tutorial sejarah. Habis je kelas Sejarah Pendidikan pukul 9.00 tadi, saya dengan cik Syima pun naiklah ke jabatan nak mendaftar untuk kelas tutorial subjek yang sama sebab Dr. Kamal dah beritahu yang pembantunya dah tampal borang tutorial dekat dashboard jabatan. Alang-alang dah naik tu ingatkan nak mendaftar jugaklah untuk tutorial Sejarah Wanita.

Sekali masa tengah menilik papan-papan kenyataan tu, sekonyong-konyong (hahaha, ntah apa2 ntah) pensyarah sunjek tu, Puan Salina pun keluar dari pejabatnya yang tak jauh dari tempat kami berdiri. Dengan ramahnya Pn. Salina tanya saya "Eh, you ambil kan paper wanita?"

"Ambil, ni ingat nak daftar kelas tutorial la ni, puan dah tampal eh?" terus mata melilau cari borang tutorial tu, macam takde je..

"Haa.. Itula, saya lupa nak tampal borang tu, saya cuma ingat yang paper Politik Asia Tenggara tu je.. Takpe nanti saya tampal k, aduh.. pening dah saya ni pun" Puan Salina mengomel-ngomel sambil garu-garu kepala.. Owh, gitu ke.. takpela.. Hmm.. banyak lagi la lompang kat jasual saya ni walaupun kalau tengok tu macam dah cukup padat je..


Rasa paling bahagia bila tengok jadual hari Jumaat... :P


Habis je sarapan, kami exercise kaki dan perut ke KPS, nak check kemasukan PTPTN sem ni, ramai yang cakap sepatutnya duit akan masuk hari ni, tapi tadi waktu pergi ke ATM untuk check baki, sama je baki akaun macam sem lepas.. Mungkin dimasukkan secara berperingkat kot..

Ada ke patut cik Syima kita tu cakap "ahaaa...tangan awak takde magicla Tikah.." wah2.. macam la saya ni Eloida macam dalam drama Filipina Magica tu kan.. hahaha, tapi kalau diberi pilihan, berbanding magic, saya lebih sukakan poket Doraemon.. "Pintu Ke Mana Sahaja!!" "Alat Mengembalikan Wang!!" "Robot Penaip Assignment!!!" Hah, tudiaa... mengarut sudah..

Takpela, lambat masuk, lambatla guna, lambat guna, lambatla susut, lambatla habis, tapi jangan lambat-lambat sangat eh. Bukan apa, nak merancang kewangan, hahaha alasanmu je semua tu..

So bila dah duit pun tak masuk lagi, saya dengan cik Syima kita tu menapakla laju-laju ke main library, saja nak survey buku apa yang sesuai untuk rujuk sem ni kan.. Tapi lain yang dicari lain pula yang dijumpa.. Alhamdulillah novel tentang Umar Al-Khattab tulisan penulis yang memang jadi kegemaran saya tu ada dalam simpanan perpustakaan.. Apa lagi, pinjam meminjam amalan mulia la.. :).. Sesiapa yang suka baca biografi tentang sahabat Rasululllah salallahu 'alaihi wassalam, ini antara yang terbaik, insyaAllah..




Banyaknya part yang membuatkan saya tak boleh tak nangis, sebak, terharu, dsbg.. Bacalah buku-buku macam ni kawan-kawan, Alhamdulillah sangat bermanfaat..


Sempat baca ni di library sampai muka surat 25 sebelum saya ikut Syima masuk ke kelasnya yang tak sama dengan saya, kelas Politik dan Perdagangan di Tanah Melayu tepat pukul 12 tengah hari. Disebabkan gap yang panjang sebelum nak masuk ke kelas Rusia, so saya masuk kejap dalam kelas tu, dengan harapan dapat jumpa dengan Prof Abdullah Zakaria, lecturer kegemaran kat Jabatan Sejarah tu sebab style mengajarnya macam ala-ala A.Samad Said dan Prof. Dr. Khoo Khay Kim tu. Lagipun macam yang saya selalu ulang cakap tu, masih dalam minggu add and drop.

Tapi, harapan jela bila prof tak masuk sebab ada program di Muzium Negeri Selangor dan diganti dengan Dr. Noraini yang sampaikan kuliah.. Fuh, dalam satu hari ni berapa kali dah saya frust, kat jabatan, ATM, kelas Prof Dollah.. Memang takde rezeki kan..

Selesai kelas, kami masuk pulak dalam Dataran Sastera tu, beratur panjang untuk dapatkan baucar buku 1 Malaysia tadi. 



Belum decide nak beli buku apa lagi, tapi yang pasti, novel cinta.. NO NO NO NO!! kali ni nak banyakkan koleksi ilmiah pulak, mak pun dah bising bila tabiat berangan sambil baca novel cintun ni tak boleh nak kikis lagi.. heeee :D, betul tu mak, berangan sangat pun tak dapat apa-apa.. Putera idaman takkannye jatuh dari langit..

Emm.. Lepas tu apa lagi eh, haa... Masa ambil baucar tadi, student dah boleh dapatkan slip keputusan peperiksaan semester lepas, ingatkan kena post ke rumah macam masa semester 2 hari tu.. Patutla sebelum balik hari tu berhari-hari naik berjanggut saya tunggu abang posto datang hantar slip ni..


Wahhhhhh.........hahaha, tetiba je kan..


Jeng jeng jeng!!! Haaaa...content slip ni.... adalaa... :D




Sampai sini dulu.. Jumpa lagi nanti.. Maassalam..  ^_^

Best Quotes of the Day,

Nobody can take away your pain, so don't let anyone take away your happiness.












Wednesday, 20 February 2013

Hari ni Macam Biasa..

Assalamualaikum.. Sihat sejahtera la selalu ye..

Hari ni ada dua kelas je, sepatutnya ada tiga (Alam Sekitar dan Kesihatan, Perundangan Alam Sekitar dan Teknik dan Kaedah Kuantitatif), tapi kelas Perundangan tak ada hari ni, tambahan pula minggu ni masih dalam minggu add and drop.

Kelas Alam Sekitar dan Kesihatan diajar oleh Dr. Mariney Yusof, masuk sem ni dah tiga kelas dengan dr, insyaAllah boleh get along kot.. Tapi dalam kelas tadi nampak macam dr masih tak sangka dengan kapasiti pelajar yang terlalu ramai, masa mula-mula subjek dibuka untuk pendaftaran, dr cuma buka kuota untuk 60 orang je, tapi yang mendaftar ada 100 orang.. "tak tahulah macam mana yang 40 lagi tu boleh terlepas.. Ada tak sesiapa yang volunteer nak drop subjek ni?? ^_^".. Dr Mariney tanya dengan muka penuh berharap sambil mata dikelip-kelipkan.. tiba-tiba bunyi cengkerik dalam dewan kuliah tu.. krikk, krikk, krikk!!! Takde respon..

HAHAHAHAHAH... kelakar kot, bila tengok muka cuak dr sebab terima pelajar seramai tu.. dahlah kelas tutorial ada 4, semuanya dr sendiri yang conduct sebagai tutor.. Kalau saya di tempat dr pun saya akan cuak, mungkin boleh pengsan agaknya..

Dr oh dr, macam mana la kami nak drop subjek ni, kalau kami drop, mana ada dah subjek lain yang boleh daftar lagi, semuanya dah penuh atau belum ditawarkan, lagipun yang lain-lain tu cuma student majoring Geografi dan Alam Sekitar je yang boleh ambil.. subjek minor tu dahlah kecik je kuotanya, banyak yang tertutup pulak tu.. Takpe dr, jangan risau, insyaAllah kami akan belajar sungguh-sungguh dan apply apa yang dr ajar dalam subjek ni.. Okkeh?? ^_^

Kelas yang seterusnya Alhamdulillah ok2 je.. Tapi bahang tekanannya makin terasa jugakla terutamanya bila disebut pasal assignment.. kannnn...  hahaha...


Okla.. See ya.. Maassalam..



Dewan Kuliah B yang sejuk macam peti ais.. :P... 




with my bff cik Nurul Kalsyima.. she just came back from Andalas University of Indonesia for her student-exchange program and that's kinda WOW!!!!!!.. btw, she's from Sulawesi.. hahahaha... gotcha!! habisla nanti kena cubit ngan awak cik Syima.. nanti bila-bila bawak la saya jalan-jalan area Pahang k..


 Menanti kelas Kuantitatif di surau FSSS, port paling sempoi punya nak bermusyawarah pasal hal ehwal kewanitaan sebelum dan selepas solat..
Sukahati je cik Syima ni snap2 gambar kite tengah sms..





Tuesday, 19 February 2013

Semester 4 Bermula Hari Ini..

Assalamualaikum..

Hari ni saya dah mulakan kelas untuk semester 4.. Sepatutnya dari semalam lagi kelas saya dah start.. Tapi sebab semalam baru saya panjat tangga bas Mara Liner tu, pukul 9 pagi, jadi nak tak nak saya dah ter"burn"kan satu hari kuliah.. Memang dari awal lagi saya plan nak naik bas balik KL hari Isnin, sebab kalau balik hujung minggu, boleh migrain saya nak berasak-asak dengan ratusan, mungkin ribuan manusia yang berpusu-pusu bertumpu di satu tempat yang sama pada hari yang sama. So bila saya balik weekday, kemungkinan untuk sesak tu sikit je.. Alhamdulillah perjalanan memang lancar seperti yang dirancang. Tepat-tepat bertolak dari kedah jam 9.00 pagi, jam 4.00 petang tepat sampailah saya di stesen Puduraya tu..

Ok, dah selesai bab naik bas, sambung pasal kelas hari ni. Kelas saya untuk hari ni (Selasa) dengan Khamis, bermula seawal jam 8.00 pagi.. Uwarggghhh!!! Sama macam semester lepas jugak.. "Paginyaaaaaaa...." itulah respon akan-rakan yang tak ambil subjek tu, Sejarah Pendidikan di Malaysia. Tapi apa boleh buat kan, itulah satu-satunya subjek bahagian B, kursus yang takde nak clash dengan mana-mana kelas lain.

Masuk kelas hari ni, saya tengok tak ramai classmate yang lain datang penuhkan kelas.. Yelaa.. Inikan masih dalam minggu add and drop courses.. So, kedatangan secara rasmi belum diambil.. Isnin depan barulah dikira kedatangan dan disahkan dalam sistem. Sebab tulah selamber yeyeah nye saya ponteng satu kelas, sebab immunity saya masih full hahahah...

Dan apabila kedatangan masih belum dikira, maka kebanyakan kelas hari ni end up dengan lecturer tidak masuk lagi dalam kelas, kalau masuk pun, hanya diberikan briefings dan profoma. Dr. Ahmad Kamal pun tak masuk untuk kelas Sejarah Pendidikan hari ni, sebab hari ni di fakulti ada satu event besar yang diadakan dan melibatkan hampir semua pensyarah di Fakulti Sains dan Sastera untuk turut serta. Event tu adalah Seminar Politik dan Pilihanraya Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 anjuran Pusat Kajian dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL). Para mahasiswa/mahasiswi pun digalakkan untuk masuk dan join seminar tu yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Jadi bila dah Dr. Kamal tak masuk hari ni dewan kuliah, pukul 8.30 tu saya dan sahabat saya, Kalsyima, kami ambil keputusan untuk keluar dan terus masuk ke dewan seminar.


Alhamdulillah, seminar yang berlangsung hampir 4 jam itu banyak memberikan input yang berguna pada kami, para mahasiswa dan generasi muda dalam pendedahan tentang landskap politik dan bahang PRU-13 yang tinggal tak berapa lama lagi. Dalam seminar ni juga ada diramalkan parti mana yang akan dapatkan kemenangan dan berdasarkan survey yang dikeluarkan oleh UMCEDEL, bagaimanakah pemikiran masyarakat di Malaysia hari ini dalam memperkatakan tentang politik dan apakah pandangan mereka terhadap pemimpin sama ada dalam kalangan Parti Perikatan mahupun Pakatan Rakyat. 

Kemudian diadakan pula sesi pembentangan dan interaksi dengan media dari Harakah Daily, Sinar Harian dan juga Malaysia Kini sebagai lidah rasmi untuk menyampaikan berita yang tuntas dan telus kepada rakyat berkenaan dengan suasana pemerintahan hari ini. Sangat menarik, memang banyak sangat perkara penting yang berlaku dalam negara kita ni yang jarang-jarang kita, I mean saya mahasiswa, generasi-y ini untuk explore perkara-perkara yang membawa kepada jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang dipimpin oleh mana-mana pucuk pimpinan.
 
Ada tiga slot semuanya tapi saya cuma sempat masuk untuk slot pertama dan kedua sahaja. Slot ketiga saya tak ada kesempatan sebab ada urusan yang saya  nak selesaikan di Kompleks Perdana Siswa. Nak beli barang, nak ambil kad bas, sebab kalau saya tunggu habis slot ke-3, nanti tak sempat pulak sebab seminar tu tamatnya seawal jam 5.00 petang. Lagipun jam 5.30 tu saya ada kelas ko-k. Itupun masa dalam dewan seminar untuk slot pertama dan kedua pun saya mengelisah tengok jam tak henti-henti sebab takut tak sempat nak solat sebelum masuk kelas Sejarah Wanita jam 1.00, jam 2.00 dah nak start slot ketiga.. Nak solat lagi, kad bas lagi, barang nak beli.. Tu sebabnya at the end saya cakap kat sahabat-sahabat saya yang saya tak dapat join, lagipun takkanlah saya nak masuk masa tengah seminar kan, tak nak lah mengganggu majlis.

Tapi slot yang ketiga tu la yang menarik, sebab ada tetamu khas dari parti-parti politik utama seperti YB Dato' Saifuddin Abdullah (BN) YB Kamalanathan (MIC), YB Nurul Izzah Anwar (PKR), dan YB Husam Musa (PAS).. Maknanya akan ada pemerhatian daripada pelbagai perspektif tentang masa depan politik negara kita dan apa yang rakyat perlu, apa tanggungjawab pemimpin dan apa juga tanggungjawab rakyat.


Haa.. Inilah kad bas semester 4 ni.. Agak kekartunan sikit berbanding kad untuk semester yang lepas, tapi saya suka la.. warna kad tu, betul-betul buat saya rindu kampung saya, hijau kuning tanahku, negeri Kedah negeriku.. baru sampai UM dah homesick balik.. huhuhu... Y_Y

Nak pergi kelas pun sempat lagi pose2 sambil review jadual kuliah sebelum keluar pukul 7.30 pagi tadi, bajet sangat.. :P

Yelah, sampai sini dulu.. nanti kita sharing caring lagi k.. Maassalam.. :)

Best Quotes of The Day,

"Great things are done by a series of small things brought together.."

Saturday, 16 February 2013

Untuk Memulakan Perlu Ada yang Mengakhiri

Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari terakhir saya di rumah sebelum saya berangkat balik ke KL esok pagi, InsyaAllah.. Overall, semuanya ok, cuma perasaan berat nak balik sana tu masih ada, masih tebal sebenarnya.. Oh, saya tak pernah cakap eh yang saya ni homesick? hahaha, memang saya ni homesick, cuma tak nak tunjuk.. Malasla nak tunjuk-tunjuk perasaan ni, nampak sangat saya ni belum matang..

Mulai esok, saya dah kena mula fikirkan beberapa perkara.. Berkaitan dengan kelas, dengan program-program di kolej dan fakulti.. Mulai esok, saya akan mulakan tugas sebagai wartawan rasmi untuk majalah Sinergi Kk9.. Tugasan saya tu perlukan saya dan rakan-rakan setugas untuk temubual beberapa individu berpengaruh di kolej tu. Master, Penyelia, Atlet, Artis, macam-macamlah..

Kemudiannya, saya ada terima satu lagi tugasan di fakulti, under  Jabatan Sejarah untuk handle pertandingan kuiz sejarah yang bakal diadakan mungkin di sekolah menengah dalam masa terdekat ni. Saya memilih untuk uruskan bahagian protokol, sebab selama terlibat dengan projek-projek macam ni, saya lebih senang bekerja di bahagian hiasan venue.. Jadi kali ni bila dah diberi pilihan, saya pilihlah protokol.. Sebab.. hanya itu je department yang tinggal selain sponsor.. huhuuhu... Nak cari sponsor?? Tak kot, saya kena menuntut banyak lagi ilmu ni dari Maheran.. hahaha, peace..

Lagi satu, saya perlu daftar semula subjek majoring saya sebab saya dah buat silap masa mendaftar hari tu. Semoga semuanya berjalan lancar nanti..Bukan senang nak uruskan proses add and drop tu.. Hmm.. Esok dah takde santai-santai lagi dah.. Atikah, lets rock it!!

Ok, Maassalam.. :)

Best Quotes of  The Day..

Hidup bukan selalu terjadi dengan apa yang kita rancang, tetapi ia adalah takdir dari Ilahi, melalui apa yang kita usahakan.. ^_^

Sunday, 10 February 2013

Alhamdulillah.. Allah Maha Pemurah..

Assalamualaikum.. Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Sifat pemurah Allah sentiasa ada, mengalir dalam setiap langkah, dalam apa jua situasi.. Saya memang bahagia sekarang dengan berita gembira setelah sejak 6 bulan yang lalu saya banyak dirundung dengan segunung kekecewaan.. (boooo... jiwang!!)

I'm talking about my examinations result.. And yeay!!! Thanks to Allah, He took out my cloudy sorrow day and replaced it with lots of rainbow colors..

Mulanya bila tarikh keluar keputusan peperiksaan semester 3 diumumkan, saya tak nak peduli sangat, saya sibukkan diri dengan benda lain. Ya, saya mengaku memang saya masih trauma dengan apa yang berlaku dengan keputusan peperiksaan saya masa di sem 2. Bukan nak buka pekung, tapi memang ia sangat mneyedihkan.. Inilah perkara yang paling saya nak elakkan untuk bercakap bila kawan-kawan tanya "macam mana pointer kau sem lepas? ada peningkatan?" ikutkan hati nak aje saya jawab "tak, makin merudum, pointer aku sekian, sekian, sekian..." tapi saya diamkan je, sebab sebelum saya luahkan kenyataan yang pahit tu, akan ada sesuatu yang boleh back-up saya lepas tu, iaitu peningkatan untuk semester yang akan datang..

Tak sangka saya akan tempuh zaman segelap itu sepanjang di UM, mungkin itu baru permulaan, masih berbaki 4 semester yang perlu ditempuh.. Entah macam manalah rupanya nanti.. InsyaAllah akan saya pastikan saya tak kecewa lagi. Frust kan, bila kita dah set matlamat kita, kita nampak visi kita, kita rancang yang terbaik dalam hidup kita, tapi di penghujungnya Allah uji macam tu.. Tapi Allah tak uji bila Dia tak sayang kan??

Dan mujurlah ada sahabat-sahabat yang memahami, merekalah yang sentiasa ingatkan saya, kita hanya nampak hebat ketika merancang, tetapi ketentuan Tuhan adalah yang terbaik, semua ada hikmahnya apabila Allah tetapkan rezeki untuk hasil usaha kita setakat itu sahaja.. Usaha yang bagi saya memang tak seberapa bila saya muhasabah kembali akan setiap kekurangan yang berlaku yang sememangnya berpunca daripada kelalaian saya sendiri..

Jadi bila dah sampai masa keputusan peperiksaan dah diumumkan dalam sistem secara online, saya tabahkan hati, walau apa pun keputusannya saya terima, sebab saya percaya pada pepatah, "apa yang kita beri, itulah yang akan kita terima.." dan, "Keajaiban terbesar adalah ketentuan yang datang dari kehendak Allah swt.." Saya positif, saya berdoa, saya bertawakkal, semoga Allah berikan saya peluang untuk baiki kelemahan dan berikan saya secebis kegembiraan dengan apa yang saya usahakan di sepanjang semester 3 ini..

Dan Alhamdulillah, keputusannya memang di luar jangkaan saya, walaupun tak mencecah tahap gempak giler, tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan yang boleh digembirakan.. Tak ada banyak A (jangan tanya berapa ><) pun takpe, saya akan dapatkan untuk semester 4 yang dah nak mula lebih kurang seminggu lagi ni..

Saya cerita pada emak, emak diam je, sambil senyum dan lepas tu mak cakap.. " bagusla.. Tapi kena tingkatkan lagi, jangan lalai lagi macam sem lepas.."  InsyaAllah kata-kata mak saya pegang, dah saya sematkan dalam hati.. Mungkin segalanya akan bertambah mudah, bila dah ada pengajaran yang dipelajari daripada kesilapan lalu, jadi akan ada perancangan yang lebih baik, usaha yang berlipat ganda, dan yang pasti.. Berkat dan redha Allah yang saya perlukan untuk saya melangkah dengan lebih cemerlang lagi.. Amin.. ^_^

Sampai di sini dulu.. Jumpa lagi nanti.. Maassalam..

Best Quotes of the Day,

Biarlah permulaan yang baik hari ini menjadi lanjutan mimpi indah hari esok, supaya permulaan yang baik itu akan dapat diteruskan untuk hari-hari yang mendatang..

Thursday, 24 January 2013

Middle Child Syndrome.

Assalamualaikum..
Pertama sekali, saya nak ucapkan selamat menyambut hari maulidur Rasul. InsyaAllah semoga 12 Rabiulawal 1434 Hijrah ni memberi inspirasi pada kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang terbaik.. Sebelum tu, jom selawat dulu ok..

Sharing hari ni, tentang satu artikel yang saya baca pagi tadi.. Tentang "middle child syndrome" atau pun "sidrom anak tengah". Ok, saya mengaku.. for the first time in my life, ini kali pertama saya terdengar istilah tu, itu pun masa tonton family sitcom Hope and Faith semalam.. Jadi bila saya google pasal tu hari ni, menarik jugak..

So, back to the main point.. Ok, anak tengah.. hmm.. Memang sukar nak diramal kan.. teori tentang ni (middle child syndrome)  sebenarnya masih lagi hebat diperdebatkan dalam kalangan ahli-ahli psikologi dan juga kaunselor kekeluargaan. Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat hari ni ada yang menerima teori tentang situasi tersebut yang sering memperlihatkan peranan anak tengah dalam keluarga selalu tersepit, yela.. Dah nama pun anak tengah kan..

Dalam pendapat ini, dikatakan anak tengah selalu merasakan bahawa dirinya kurang diberi perhatian, tidak boleh minta lebih, second-child means, second hand in purchasing stuffs, then second-class upper.. terutamanya jika yang atas daripadanya adalah sama jantina. Kalau anak sulung selalunya disayangi, dan dianggap penting dalam keluarga sebab dialah yang pertama muncul dalam melengkapkan sebuah institusi yang dipanggil KELUARGA, dan dialah contoh kepimpinan terbaik dalam kalangan adik-beradik yang lain. Dan di pihak anak bongsu pula, dia adalah perkara yang paling digemari ramai dalam keluarga kerana dia sentiasa menjadi yang "paling kecil dan comel" serta yang paling perlu menerima bimbingan daripada mereka yang lebih dewasa, so perhatian pun akan lebih tertumpu kepada si bongsu tersebut.

Selalunya juga, anak sulung dan bongsu akan jadi kegemaran di pihak salah seorang ibu bapa. Kalau yang sulung mungkin akan jadi favourite ibu, mungkin yang bongsu akan jadi favourite ayah, atau sebaliknya, atau kedua-duanya. Itu lah yang sering muncul dalam persepsi anak tengah yang merasakan dirinya berada dalam situasi kekeluargaan yang sedemikian rupa. Begitulah antara hujah yang saya peroleh dari sumber kajian tersebut.. Bak kata Faith Fairfield dalam sitkom Hope and Faith, "the middle child always get screwed!! uhuhuhu..." Betul ke wahai anak-anak tengah sekalian?

Dalam pendapat tersebut juga ada menyatakan bahawa anak-anak yang hidup dalam lingkaran kekeluargaan sebegini akan memiliki personaliti yang pelik berbanding anak-anak sulung dan bongsu. Contohnya pemalu, suka menyendiri, lebih serius dan kurang keyakinan untuk bersosial hanya mempunyai kenalan yang ada dalam kualiti dan kuantiti yang ditetapkannya sendiri.. Sekali lagi, betul ke?? Nampaknya akan berlaku percanggahan pendapat di sini..

Well, syndrome ni mungkin wujud tapi bukan dalam semua situasi, dan kenyataan teori dan pendapat tentang perkara ni tak semestinya tepat, tapi pada masa yang sama, tak boleh juga dinafikan.
Pada pandangan saya, anak tengah ni memang jenis individu yang memang di tengah-tengahlah, sama rata, tapi sukar diramal dan kadang-kadang.. MISTERI... jeng, jeng, jeng.. Tapi itu tidak bermakna mereka ni pelik.. Unik, yes.. Tapi kan ke setiap anak mempunyai keunikannya yang tersendiri.. Tudia, ayat nak klise sokmo kan..

Cuma yang saya faham tentang anak tengah ni, mereka adalah jenis individu yang banyak memerhati, tiang seri dalam keluarga, semua adik-beradik akan bergantung kepadanya terutama sekali dalam hal-hal yang agak kritikal dan perlukan cara penyelesaian yang lebih cool.. Bukannya nak kata anak sulung dan bongsu tak cool, hello.. I'm the youngest in the family k, and I am  cool!! ^_^ Cuma, yela.. anak tengah memang cool, dengan cara dia sendiri, very the-cool.. Tapi kalau dah meletup, oh please jangan meletup, sangat unexpected kalau itu terjadi. Dan dialah antara individu pertama  akan melakukan "gencatan senjata" apabila tercetusnya "perang saudara" dalam kalangan adik-beradik, sebab dialah yang paling senang nak declare "perjanjian persefahaman"..

Kenapa saya cakap macam ni?? Sebab saya ada kak ngah, and in most of the situation, kak ngah saya memang macam tu, macam saya dan kak long, kami lebih suka ambil masa untuk bertenang dan akan awkward sekejap dalam proses nak "berdamai" tu.. bukan ego, we just need some more time to get use to a normal line again. We do love each other so much.. as much as stars in the sky, and even more.. twice.. of the trillions.. blood is thicker than water right, bercakar pun sekejap-sekejap je, mana ada adik-beradik tak gaduh kan.. then bila dah berjauhan barulah insafnya tak terperi.. huhuhu.. so itulah pandangan yang saya utarakan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya. Well then, anak bongsu pun suka memerhati jugak apa..

Pandangan orang lain mungkin berbeza dengan saya, sebab yelah.. setiap orang pembawakannya baik secara individu mahupun secara berkelompok (keluarga terutamanya) adalah berbeza.. Tapi yang saya tahu, emak dan abah sayangkan kami adik beradik sama rata, dan kasih sayang itu tak pernah berbelah bahagi, cuma mungkin cara mereka menginterpretasikan kasih sayang tu tak serupa, mengikut personaliti kami yang seribu satu macam rentaknya..

Anak-anak yang semakin dewasa, dibantu dengan persekitaran yang lebih membuatkan jurang pemikiran, tingkah laku dan pembawakannya berbeza mengikut apa yang sesuai pada dirinya.. Jadi itu akan membuatkan anak-anak tidak sama personalitinya masing-masing dari hari ke hari.. Itu pula apa yang saya pernah baca daripada artikel-artikel sebelum ini..

Oklah, saya tahu saya suka berleter panjang lebar.. Jadi, kita berhenti setakat sini dululah ye.. Hargai adik-beradik kita ye.. Salam sayang, Maassalam..^^

Best Quotes of the Day..

"Kita bergaduh, kita bercakaran, kita mengkritik antara satu sama lain.. Dan sampai satu tahap kita akan sangat membenci, bila tengok salah seorang susah dan sakit.. hati kita akan turut sama merasa sakit itu, sebab kita adik-beradik.. dan sebab benci itu sebenarnya adalah kasih sayang yang tidak bertepi.." (panjang pulak quotes hari ni.. weeeee.. :D)