Sifat pemurah Allah sentiasa ada, mengalir dalam setiap langkah, dalam apa jua situasi.. Saya memang bahagia sekarang dengan berita gembira setelah sejak 6 bulan yang lalu saya banyak dirundung dengan segunung kekecewaan.. (boooo... jiwang!!)
I'm talking about my examinations result.. And yeay!!! Thanks to Allah, He took out my cloudy sorrow day and replaced it with lots of rainbow colors..
Mulanya bila tarikh keluar keputusan peperiksaan semester 3 diumumkan, saya tak nak peduli sangat, saya sibukkan diri dengan benda lain. Ya, saya mengaku memang saya masih trauma dengan apa yang berlaku dengan keputusan peperiksaan saya masa di sem 2. Bukan nak buka pekung, tapi memang ia sangat mneyedihkan.. Inilah perkara yang paling saya nak elakkan untuk bercakap bila kawan-kawan tanya "macam mana pointer kau sem lepas? ada peningkatan?" ikutkan hati nak aje saya jawab "tak, makin merudum, pointer aku sekian, sekian, sekian..." tapi saya diamkan je, sebab sebelum saya luahkan kenyataan yang pahit tu, akan ada sesuatu yang boleh back-up saya lepas tu, iaitu peningkatan untuk semester yang akan datang..
Tak sangka saya akan tempuh zaman segelap itu sepanjang di UM, mungkin itu baru permulaan, masih berbaki 4 semester yang perlu ditempuh.. Entah macam manalah rupanya nanti.. InsyaAllah akan saya pastikan saya tak kecewa lagi. Frust kan, bila kita dah set matlamat kita, kita nampak visi kita, kita rancang yang terbaik dalam hidup kita, tapi di penghujungnya Allah uji macam tu.. Tapi Allah tak uji bila Dia tak sayang kan??
Dan mujurlah ada sahabat-sahabat yang memahami, merekalah yang sentiasa ingatkan saya, kita hanya nampak hebat ketika merancang, tetapi ketentuan Tuhan adalah yang terbaik, semua ada hikmahnya apabila Allah tetapkan rezeki untuk hasil usaha kita setakat itu sahaja.. Usaha yang bagi saya memang tak seberapa bila saya muhasabah kembali akan setiap kekurangan yang berlaku yang sememangnya berpunca daripada kelalaian saya sendiri..
Jadi bila dah sampai masa keputusan peperiksaan dah diumumkan dalam sistem secara online, saya tabahkan hati, walau apa pun keputusannya saya terima, sebab saya percaya pada pepatah, "apa yang kita beri, itulah yang akan kita terima.." dan, "Keajaiban terbesar adalah ketentuan yang datang dari kehendak Allah swt.." Saya positif, saya berdoa, saya bertawakkal, semoga Allah berikan saya peluang untuk baiki kelemahan dan berikan saya secebis kegembiraan dengan apa yang saya usahakan di sepanjang semester 3 ini..
Dan Alhamdulillah, keputusannya memang di luar jangkaan saya, walaupun tak mencecah tahap gempak giler, tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan yang boleh digembirakan.. Tak ada banyak A (jangan tanya berapa ><) pun takpe, saya akan dapatkan untuk semester 4 yang dah nak mula lebih kurang seminggu lagi ni..
Saya cerita pada emak, emak diam je, sambil senyum dan lepas tu mak cakap.. " bagusla.. Tapi kena tingkatkan lagi, jangan lalai lagi macam sem lepas.." InsyaAllah kata-kata mak saya pegang, dah saya sematkan dalam hati.. Mungkin segalanya akan bertambah mudah, bila dah ada pengajaran yang dipelajari daripada kesilapan lalu, jadi akan ada perancangan yang lebih baik, usaha yang berlipat ganda, dan yang pasti.. Berkat dan redha Allah yang saya perlukan untuk saya melangkah dengan lebih cemerlang lagi.. Amin.. ^_^
Sampai di sini dulu.. Jumpa lagi nanti.. Maassalam..
Best Quotes of the Day,
Biarlah permulaan yang baik hari ini menjadi lanjutan mimpi indah hari esok, supaya permulaan yang baik itu akan dapat diteruskan untuk hari-hari yang mendatang..
No comments:
Post a Comment